• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / review / Xiaomi Smart Home penggera pintar keselamatan bajet untuk rumah

Xiaomi Smart Home penggera pintar keselamatan bajet untuk rumah

7th November 2015 by akubiomed 17 Comments

Penggera keselamatan pintar Xiaomi Smart Home mampu milik.

Xiaomi Smart Home

Penggera Xiaomi Smart Home boleh dipasang untuk penggera pencerobohan. Harganya dibawah RM200 mampu milik. Nak pasang sistem penggera rumah konvensinal sudah tentu kosnya yang mahal tidak termasuk yuran-yuran lain.

Kalau sebelum saya ada buat reviu mengenai Xiaomi Xiaoyi Ants Camera. Kali ini saya ingin perkenalkan penggera pintar rumah iaitu Xiomi Smart Home. Secara jujur tidak ramai yang mampu untuk memasang sistem penggera di rumah kerana kos dan yuran lain turut dikenakan.

Ciri-ciri penggera pintar Xiaomi Smart Home.

  • Boleh dijadikan sistem penggera pencerobohan
  • Lampu tidur. Ada 16 juta mod warna lampu boleh dipilih.
  • On/Off modul barangan elektrik(optional)

Modul-modul Xaomi Smart Home kit.

  1. Multifunction Wireless Gateway
  2. Wireless Switch
  3. Human sensors
  4. Doors and windows sensor

Multifunction Wireless Gateway

Multifunction Wireless Gateway bertindak sebagai unit utama untuk menghubung modul-modul lain secara tanpa wayar. Selain itu ia mempunyai lampu boleh ubah 16 juta warna dan pembesar suara terbina dalam.

Wireless Switch

Wireless Switch boleh digunakan sebagai loceng pintu dan suis on/off.

Human sensors

Human sensor bertindak sebagai sensor pergerakkan objek. Boleh diletak dimana-mana lokasi strategik tanpa sambungan wayar. Human sensor ini akan mengesan pergerakan sehingga 180 darjah.

Doors and windows sensor

Doors and windows sensor sensor pintu. Sensor ini boleh dipasang pada pintu atau pada tingkap. Apabila pintu atau tingkap dibuka ia akan membunyikan penggera Multifunction Wireless Gateway.

Video demo penggera Xiaomi Smart Home.

Sambungan pintar tanpa wayar dengan aplikasi Smart Home.

Sambungan pintar tampa wayar dengan aplikasi Smart Home boleh dipasang pada Smartphone. Lebih banyak fungsi apabila mengunakan aplikasi Smart Home. Contohnya akan mendapat notifikasi jika ada pencerobohan atau boleh on/off Xiaomi Smart Home secara di Smartphone sahaja. Sambungan Wifi diperlukan untuk Multifunction Wireless Gateway berfungsi dengan aplikasi Smart Home.

Muat turun Xiaomi Smart Home apps disini >>Xiaomi Smart Home<<

Alat penggera pintar yang basic tetapi sudah memadai untuk melindungi rumah dari dicerebohi.

Berminat?? Boleh dapatkan disini >>Xioami Smart Home Kit<<

  • Gelang pintar Xiaomi Mi Band teman kesihatan peribadi
  • Xiaomi Xiaoyi Ants Camera bajet untuk pemantuan keselamatan
  • Mi Band 2 untuk mereka aktif dan bajet kecil

Filed Under: review Tagged With: xiaomi, xiaomi smart home apk, xiaomi smart home app, xiaomi smart home review

Reader Interactions

Comments

  1. Noriza Rahman says

    16th December 2015 at 10:37 am

    Boleh kejutkan anak-anak bangun tidur tak dengan alat penggera ni?

    Reply
  2. Dato Sitiee says

    29th November 2015 at 5:25 pm

    Skrg byk kes curi. mmg bagus pasang alat ini.

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2015 at 10:44 pm

      Baik bersedia kerana malang tidak berbau.

      Reply
  3. cik tom says

    18th November 2015 at 11:02 pm

    bagus betulpasang utk up security system kt rumah..rumah sewa ciktom yg lama pernah kena pecah dh msuk pencuri akhr thn lepas..

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2015 at 10:45 pm

      Harta benda hilang boleh diganti tetapi nyawa tiada gantinya.

      Reply
  4. Kimmie says

    18th November 2015 at 9:49 pm

    kalau dah ada rumah sendiri boleh la pasang ni

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2015 at 10:46 pm

      Xiaomi Smart Home ini tidak perlu paku yang boleh mencacatkan dinding rumah. Pasang pada soket dinding sahaja dan mudah alih.

      Reply
  5. zik says

    18th November 2015 at 6:29 pm

    pasang sendiri memang jimat banyak nih.. keselamatan penting , zaman sekarang macam2 boleh berlaku.. huhu

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2015 at 10:47 pm

      Baik bersedia daripada terkena baru nak sedar.

      Reply
  6. Faizul Ali says

    10th November 2015 at 12:46 am

    Sistem keselamatan alat penggera yang kurang dari RM200 dan senang untuk setup. Memang menjimatkan

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2015 at 10:08 pm

      Serius berbaloi untuk mempunyai sistem keselamatan pintar di rumah.

      Reply
  7. Raihanah Ahmad says

    9th November 2015 at 5:43 am

    owh ni penggera keselamatam, saya tersilap ingatkan smoke detector. anyway bagus ni bawah rm200 boleh dpatkan

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2015 at 10:09 pm

      Ya, alat pengesan asap juga penting dan perlu ada untuk pasang dirumah.

      Reply
  8. Sani says

    8th November 2015 at 10:54 am

    Rumah yang di taman-taman yang tiada pengawal keselamatan memang kena dapatkan penggera yang bajet murah macam ini.

    Reply
    • akubiomed says

      9th November 2015 at 12:03 am

      Bingit betul apabila penggera Xiaomi Smart Home berbunyi.

      Reply
  9. mrhanafi says

    8th November 2015 at 2:50 am

    lepas pasang semua ini…berdoa dan bertawakal sahaja supaya keselamatan kita terjamin..

    Reply
    • akubiomed says

      9th November 2015 at 12:03 am

      Sekurang-kurang sudah berusaha.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in