• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / review / Xiaomi Redmi Note 3 lebih kuasa dan tiada lag

Xiaomi Redmi Note 3 lebih kuasa dan tiada lag

22nd January 2017 by akubiomed 19 Comments

kotak redmi note 3

Masalah Ram dan Storan tak cukup? Xiaomi Redmi Note 3 Smartphone harga mampu milik dengan lebih berkuasa dan lebih storan. Nak tahu apa disebalik Redmi Note 3 ini boleh teruskan pembacaan.

Ciri-ciri  penambat hati mengenai Redmi Note 3:-

+ Saiz skrin HD penuh 5.5″

Dikuasakan prosesor Snapdragon 650, 64bit hexa core 1.8Ghz, Grafik GPU Adreno 510 dan dual channel LDPDDR3 RAM.

+ Kekunci sentuh iluminasi .

+ Butang Volume dan Power On disisi.

Memandangkan skrin Redmi Note 3 ini besar agak jauh nak capai butang-butang tersebut dengan sebelah tangan.

+ Pembesar suara

Kekuatan bunyi agak sederhana walaupun butang Volume di set tahap maksimum tetapi bergantung keperluan individu mahu bunyi multimedia yang kuat ketika bermain game. Saya jenis bukan kaki game tak kisah.

+ Kamera belakang 16 Megapiksel , dual flash dan sensor imbas cap jari.

Kamera belakang 16 Megapiksel dan F/2.0 Arpeture tidaklah superior berbanding jenama lain tetapi memadai mengambil gambar bagi saya boleh tahan cantik.

Dua Tone Flash menghasilkan tona warna gambar lebih natural. Saya antara kurang gemar guna flash dan lebih suka mengunakan natural light tetapi tidak menghalang sesiapa nak guna Dual Tone Flash.

Kamera hadapan 5 Megakpiksel dan F/2.0 Aperture sudah memadai mereka yang suka Selfie tetapi masih tidak bersaing dengan jenama pesaing seperti Oppo R9 kamera hadapan 16 Megapiksel dengan harga lebih RM 1k manakala harga Redmi Note 3 harganya separuh adalah mampu dimiliki. Kamera 5 Megapiksel ke atas adalah standard boleh dikatakan baik untuk kamera hadapan.

+ Pengecas mikro USB 2.0

+ 4G hybrid dual SIM dan swap sokongan memori mikroSD sehingga 32GB.

Yang best tentang RedMi Note 3 ini boleh masukkan 2 sim kad yang mempunyai sokongan 4G serentak. Satu slot SIM kad bersaiz Mikro dan satu lagi slot kedua untuk SIM kad bersaiz Nano.

RedMi Note 3 adalah smartphones sepenuhnya sokongan 4G LTE penuh dengan Dual SIM dan Dual Standby serta Wifi 802.11ac.

Apabila nak tambah memori dengan mikroSD terpaksa korban satu slot SIM kad untuk menjadi satu. Salah satu kekurangan apabila guna mikroSD terpaksa korban satu slot SIM kad dan sebab itu saya ambil spefikasi tinggi Redmi Note 3 mempunyai saiz storan terbina dalam 32 Megabytes.

+ Dual Apps

Apa yang saya suka Redmi Note 2 ini adalah boleh cipta dua Apps sama untuk akaun berbeza sebagai contohnya saya boleh guna dua WhatsApp untuk no telefon yang berbeza. Ini adalah satu kelebihan tidak perlu install App pihak ketiga.

+ Sensor pengimbas jari

Ciri keselamatan tambahan pada Redmi Note 3 ini adalah mempunyai sensor pengimbas jari dan sangat pantas 0.3s buka home skrin.

Pengimbas jari ini juga boleh digunakan sebagai butang ambil gambar ketika selfie.

Contoh hasil gambar tanpa edit yang diambil dengan Redmi Note 3.


Kesimpulan menguji Redmi Note 3

Saya tidak mengalami isu laging nak buka apps dan dapat menikmati kelajuan 4G kerana SIM kad Digi saya sokongan 4G tetapi faham-faham ia beri kesan kepada ketahanan kuasa bateri.

Maklumat lanjut di Lazada dengan klik disini >>> Redmi Note 3.

  • 2GB + 16GB
  • Snapdragon 650, 64-bit hexa-core 1.8GHz
  • Adreno 510
  • 2GB dual-channel LPDDR3 RAM
  • 16GB eMMC 5.0 Flash
  • 4000mAh / 4050(typ)
  • 0.3s fingerprint unlocking
  • 4G hybrid dual SIM, up to 32GB microSD support
  • 3GB + 32GB
  • Snapdragon 650, 64-bit hexa-core 1.8GHz
  • Adreno 510
  • 3GB dual-channel LPDDR3 RAM
  • 32GB eMMC 5.0 Flash
  • 4000mAh / 4050(typ)
  • 0.3s fingerprint unlocking
  • 4G hybrid dual SIM, up to 32GB microSD support
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2017-01-22
Reviewed Item
Xiaomi Redmi Note 3
Author Rating
4

Filed Under: review Tagged With: harga redmi note 3, note 3 plus, redmi note 3, redmi note 3 16gb, redmi note 3 32gb, redmi note 3 gold, redmi note 3 reviu, spefikasi redmi note 3, xiaomi redmi note 3 review

Reader Interactions

Comments

  1. Saji.My says

    3rd March 2017 at 8:30 am

    Menarik ni. Bolelah ganti iphone yang semakin mahal.

    Reply
  2. MeqZa Abdul Rahman says

    14th February 2017 at 4:04 pm

    Memang best Xiomi ni..agak tahan lasak juga kan perantinya

    Reply
  3. raihanah ahmad says

    8th February 2017 at 9:27 am

    saya pun tengah survey2 hp baru, boleh study lgi ni

    Reply
  4. siti hazreen says

    6th February 2017 at 11:02 pm

    bateri tahan lama memang osem. tapi tulah, besar sangat. tak kena pada tangan saya 😉

    Reply
  5. zikri husaini says

    5th February 2017 at 11:03 am

    boleh tahan ram dia.. sebab tuh dia takda lag..

    Reply
  6. abdfatah says

    4th February 2017 at 1:39 am

    Nak kena survey sebijik nih.. Yg penting harga mampu milik..

    Reply
  7. Norasikin says

    1st February 2017 at 1:02 pm

    Teknologi sekarang ni cepat betul. Belum dapat smartphone yg diidam sebelum ni, dah ada yg lagi best. Buntu kepala

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2017 at 1:45 pm

      Teknologi sangat cepat berubah sehinggakan Nokia jenama yang tersohor pun tersungkur.

      Reply
  8. sabree hussin says

    27th January 2017 at 11:11 am

    Kebetulan saya pun tengah survey2 phone yang ada kamera cantik. Kalau tengok pada gambar yang dikongsikan tu, memang nak menarik

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2017 at 1:48 pm

      Harga pun mampu milik dengan spefikasi tidak kurang hebatnya. Kalau nak ambil RedMi Note 3 yang versi 3GB + 32GB atau dipanggil RedMi Note 3 Pro.

      Reply
  9. dukenaim says

    26th January 2017 at 8:49 am

    Bab kamera tu best. Gambar nampak macam live siap boleh blur je tu, betul ke? kena test drive juga nampaknya ni…

    Reply
    • akubiomed says

      26th January 2017 at 11:05 pm

      Apeture F2.0 boleh dapat hasil bokeh.

      Reply
  10. ema says

    25th January 2017 at 5:10 pm

    bolehlah cari satu ni…

    Reply
    • akubiomed says

      26th January 2017 at 11:06 pm

      Boleh dapat sepasang sebab harganya sekitar RM7++ jer.

      Reply
  11. Jebengotai™ says

    24th January 2017 at 10:43 am

    dulu2 la brand china ni org x pandang…tp silap, skang diorg dh advance… T T

    Reply
  12. Mus says

    23rd January 2017 at 12:14 am

    Saya peminat xiaomi.. puas hati dengan spec nya dan sesuai dengan harganya… dual apps tu menarik

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2017 at 6:39 pm

      Saya happy guna Xiaomi walaupun ada pengalaman guna iOs.

      Reply
  13. Nuyun says

    22nd January 2017 at 4:54 pm

    Lama juga duk servey hp jenis note, tertarik bila baca review tentang xiaomi ni.

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2017 at 6:40 pm

      Saiz skrin besar. Orang perempuan suka.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in