Suka dengan minyak rambut pomade
Dalam diam tak diam sudah 4 bulan saya telah mengunakan 3 jenis minyak rambut pomade. Suka gaya rambut dengan mengunakan minyak rambut pomade. Minyak rambut pertama adalah Shiner Gold, diikuti dengan Suavecito dan Layrite.
Saya sudah mengunakan bermacam-macam jenis minyak rambut dan telah mengalami masalah kelemumur. Pada asal saya ingat ada masalah kulit kepala yang menyebabkan masalah kelemumur. Masalah kelemumur ini sedikit sebanyak menganggu kerana kegatalan dan kelemumur yang jatuh diatas bahu baju.
Setelah beralih kepada minyak rambut Pomade nampaknya masalah kelemumur ini tiada lagi. Mungkin kulit kepala tidak sesuai dengan bahan kimia didalam minyak rambut sebelum ini. Saya menunggang motorsijkal ke tempat kerja kalau dahulu rambut kelihatan penyek disebabkan memakai topi keledar. Susah hendak bentuk balik rambut tetapi dengan mengunakan minyak rambut pomade, rambut mudah disikat dan gayakan. Cuma perlu basahkan sikat dan sikat mengikut gaya yang dikehendaki. Walah sangat mudah.
Apa yang best sangat minyak rambut pomade ini?
Minyak rambut pomade ini tidak melekit dan mudah dicuci. Pomade ini adalah larut air @ water soluble. Rambut lebih mudah sikat dan mengikut digayakan. Rambut berkilat dan kekal pada bentuk pengayaan sepanjang hari sehinggalah dibasuh. Kalau hendak mengayakan rambut lain cuma perlu basahkan sikat dan sikat mengikut kehendak. Rambut akan mengikut yang digayakan.
Sedikit ringkasan 3 minyak rambut pomade.
1. Shiner Gold Pomade
Shiner Gold Pomade adalah minyak rambut pomade yang pertama saya gunakan. Rambut mudah disikat dan tidak tersekat apabila disikat mengikut gaya rambut yang dinginkan. Rambut kelihatan berkilat dan bersinar. Antara adunan adalah lilin lebah dan berbau kelapa.
2. Suavecito Pomade Strong Hold
Minyak rambut pomade yang kedua digunakan. Berciri strong hold dan bau wangi. Rambut kelihatan berkilat dan berbau wangi.
2. Layrite Superhold
Minyak rambut pomade yang ketiga digunakan. Berciri superhold dan berbau soda. Rambut sederhana berkilat dan berbau wangi. Antara bahan adalah lilin lebah.
Mana satu minyak rambut pomade pilihan hati?
Diantara Shiner Gold pomade, Suavecito Pomade dan Layrite Superhold, saya akan memilih Layrite Superhold pertama, diikuti Shiner Gold dan Suavecito Pomade. Sebabnya kerana Layrite dan Shiner Gold mudah disikat. Bau Layrite lebih sedap kerana berbau soda dan Shiner Gold bau kelapa. Rambut kelihatan berkilat dengan Shiner Gold. Suavecito apabila dicuci rambut masih lagi rasa ada minyak rambut.
Video mengayakan Pompodour dengan minyak rambut pomade
1. Combover sidepart
2. Rockabilly hair
3. Side part comb
saya ada pomade Hipster
dengan minyak rambut pomade ini , nampaknya bisa membuat kita jadi makin cool aja
saya sangat menyukai minyak rambut pomade ini …..
lebih gemar pakai hispter pomade
saya lebih suka guna gel rambut bro…rambut kekal hingga ke malam.
Saya dah lama henti guna gel selepas beralih kepad pomade yang mengunakan bahan natural dan asli serta bebas kimia salah satunya lilin lebah jadi kulit kepala saya tidak mengalami alahan seperti guna gel dahulu.
Skrg ni saya guna gonzo pomade, sblm ni suavecito. Apa2 pun suka pomade yg bau wangi dan strong hold..
dibandingkan dengan jenis minyak rambut lainnya, seperti wax dan gel, pomade memang lebih baik untuk pria..
Mana nak beli ni bro ?
Abg biomed, pomade ni di buat dari lilin ka ? igt nk guna, tapi klu nk smyg nnti mcm mna
Ada bahan seperti lilin lebah. Minyak rambut ini water soluble.
den tak gomar klu minyak rambut tu jenis berminyak
Jenis berminyak ada masalah hendak dicuci dan melekit. Kurang gemar.
aku guna minyak bayi aje. haha..
Ini lagi old skool. 🙂
Tidak pernah Nampak minyak rambut ni, di mana boleh jumpa?
Minyak rambut pomade ini diimport. Boleh dibeli secara online.
Sekarang ni memang tengah trend pomade kan? Ramai jugak kawan-kawan yang pakai 🙂
Antara sebab mengunakan Pomade ini rambut mudah disikat dan rambut kekal segak sepanjang sehari.
Rambut kawe dah lama tak pakai minyak rambut. Asal naik sikit, kena cantas sampai licin 😀
hehee sama lah pe’el kita ni ya, bro..
Jimaaaat. 🙂
Wahhh senang nak uruskan rambut kalau macam ni..hehe
Rambut mudah disikat apabila guna minyak rambut pomade ini.
Nampak klasik minyak rambut tu.
Ya ada unsur klasik.
rambut aku tak cukup stylo nak pakai miyak rambut macam tu.
aku cuma pakai minyak zaitun je
orang lelaku suka gaya rambut pacak senget bagai heee..kata era 40an dah mula menkadi muda kemballi erk… lalala…
Tidak minat rambut belah tepi semata-mata.
tapi saya suka dia punya lakaran lukisan tu cam best menarik dan sungguh klasik
Banyak jenama minyak rambut pomade dipasaran.
Nampaknya Layrite sekarang ni dah ada packaging baru. Layrite memang banyak mendapat komen yang baik daripada pengguna pomade. Saya punya Layrite pun dah nak abis. Rasanya lepas ni nak cuba Shinner Gold ‘Psycho hold’. Katanya terbaik jugak.
Oil based memang susah nak ditanggalkan. Dah shampu pun masih lagi elok dan tak tanggal dari rambut. Akhirnya jumpa penyelesaian dengan menggunakan ‘baby oil’ sebelum shampu. Hehe
Nanti nak cuba Shiner Gold Psycho.