• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Ubuntu Desktop aku hampir buntu

Ubuntu Desktop aku hampir buntu

23rd March 2011 by akubiomed 66 Comments

Ubuntu OS sumber terbuka berasaskan Linux

Aku pernah memasang sistem operasi dari sumber terbuka(open source operating system) kedalam desktop pc sebelum ini tapi malangnya motherboard yang aku gunakan ada sedikit masalah.

Sudah lama aku pendam hajat untuk memasang OS Ubuntu adalah alternatif kepada OS Windows. Biasanya aku mengunakan laptop sahaja untuk mengemas kini blog AkuBiomed. Beberapa cubaan memasang Ubuntu desktop didalam  desktop pc hampir membuat aku buntu.

Adik aku ada memberi desktop PC yang tidak lagi digunakan dan aku mengambil peluang untuk membaik pulih sendiri dengan memasang OS Ubuntu. Bermula hari Ahad baru ini sudah beberapa hari OS Ubuntu aku pasang tidak dapat berfungsi dengan baik selepas proses kemas kini versi selesai akan menyebabkan keyboard dan mouse tidak dapat berfungsi.

Bagi yang pertama kali mendengar OS Ubuntu tentu akan berasa pelik. Ubuntu berasal dari perkataan Afrika membawa maksud ‘untuk insan sejagat’ dan ia dibangunkan berasaskan Linux. Yang menariknya OS Ubuntu ini tidak memerlukan lesen seperti Windows dan sesiapa sahaja boleh memiliki, memasang dan mengedar. Mungkin ada yang ragu-ragu dengan kemampuan OS Ubuntu ini rendah risiko virus berbanding OS Windows dan tidak memerlukan aplikasi AntiVirus.

Semalam akhirnya aku berjaya memasang OS Ubuntu dan mengemaskini fail yang perlu. Aku tidak lagi mengalami masalah keyboard dan mouse yang sebelum ini tidak responsif. Desktop PC yang telah dipasang OS Ubuntu akan digunakan oleh anak-anak yang asyik bertanya bila desktop pemberian makciknya akan siap. 🙂

p;s: Jangan tanya lebih-lebih sebab sahaja godek OS Ubuntu masih peringkat pembelajaran 🙂

Sila tekan butang kongsi:

  • 5 Dalil kenapa AkuBiomed perlukan Ultrabook Toshiba Portege Z830
  • Ilmu berguna di seminar produk Mitsubishi Electric
  • Raspberry Pi XBMC buat ruang tamuku gempak

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. ohtwit says

    5th April 2011 at 2:13 pm

    huhu sumber terbuka semakin menambat hati penduduk malaysia

    Reply
  2. jantan says

    1st April 2011 at 10:22 am

    aku lek jew psang..x da hal pon..menggelabah je konie.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2011 at 11:22 pm

      Tidak tahu apa puncnya sekarang Os Ubuntu berfungsi dengan baik sekali. Rasanya berkemungkinan besar hard disk ada flaws kadang-kandang lambat baca

      Reply
  3. jantan says

    1st April 2011 at 10:22 am

    mcm gempak sgt je kau nie..

    Reply
  4. Ladfe Amir says

    30th March 2011 at 11:04 pm

    walaupun aku teringin sangat mencubanya..tetapi masih blm berkesempatan. nanti2 la kot

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 12:41 am

      Saya pasang Ubuntu sebab ada desktop pemberian adik dan memang sudah lama ada hasrat untuk mencuba Ubuntu

      Reply
  5. mancai says

    28th March 2011 at 4:30 pm

    kalau rasa kurang sesuai bro boleh try kubuntu atau xubuntu…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2011 at 11:23 pm

      Terima kasih bro kerana memberi cadangan untuk memasang OS yang lebih ringan dan untuk low spec. Sekarang OS Ubunut yang saya pasang sudah stabil

      Reply
  6. aimannajmy says

    28th March 2011 at 1:53 pm

    ubuntu yang sungguh membuntukan hehe.. salu dok nmpk opis government byk pakai ubuntu hehe

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2011 at 11:24 pm

      Memang betul agensi kerajan sdah banyak pasang aplikasi dari sumber terbuka

      Reply
  7. adele says

    27th March 2011 at 2:21 pm

    adakah meraka yg biasa mnggunakan ubuntu sering mengalami kebuntuan? 😀

    Reply
  8. Ali ridha says

    26th March 2011 at 4:37 pm

    Teruk la pula kebuntuan melanda
    akubiomed ni…masa aku dulu
    tiada buka komputer berserabut
    kebuntu seperti ini.

    Reply
  9. afique says

    26th March 2011 at 12:33 pm

    welcome to the club! 😀
    tapi lately jarang dah guna ubuntu sebab kebanyakan software yang digunakan masa praktikal ni ada dalam windows je.

    Reply
    • syahrilhafiz says

      28th March 2011 at 7:31 pm

      aik awat komen aku yang dulu tak naik pelik..hehe
      welcome to club!!! yeah!!!

      Reply
      • akubiomed says

        2nd April 2011 at 11:25 pm

        Terima kasih bro. Ubuntu pakai untuk kengunaan famili sahaja.

        Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2011 at 11:29 pm

      Terima kasih bro. OS Ubuntu sekadar boleh akses internet pun sudah mencukupi

      Reply
  10. kulanz says

    25th March 2011 at 11:02 pm

    dah berjaya install Ubuntu tu dah kira okey..
    dulu PC aku pernah juga ada Ubuntu ni. Lepas tu hilang lepas reformat pc.. pernah juga try install sendiri.. tapi tak berjaya 😀

    Reply
  11. Mus says

    25th March 2011 at 12:18 am

    satu hari nanti nak belajar juga ubuntu ni..

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 1:25 am

      Kalau ada desktop PC terpakai boleh cuba install OS Ubuntu

      Reply
      • hollowgram says

        25th March 2011 at 9:50 am

        leh jadikan sumber inspirasi untk upgrade pc kat rumah ;D

        Reply
        • akubiomed says

          28th March 2011 at 12:16 am

          Terima kasih. Setakat ini anak-anak dan isteri yang tidak pernah ada pengalaman mengunakan PC dan OS Ubuntu belum complaint lagi.

          Anak-anak saya paling cepat belajar walaupun tidak ada tunjuk ajar. Saya biarkan mereka explore sendiri nampaknya mereka cepat tangkap 🙂

          Reply
  12. dnoBiz says

    24th March 2011 at 9:24 pm

    Sahkan nat setup..
    dengar pun aku dah buntu..

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 1:18 am

      Jangan buntu lagi bro sebab hardware saya adalah terpakai jadi tidak ketahui apa masalahnya melainkan desktop PC baru 🙂

      Reply
  13. hollowgram says

    24th March 2011 at 9:15 pm

    tahniah bro,,nampak complikated je..;D

    berapa ram yg digunakan?

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 1:17 am

      OS Ubuntu tidak memerlukan processor speed yang tinggi, nilai RAM yang besar dan memakan ruangan hard disk.

      Untuk desktop PC yang saya pasang OS Ubuntu sudah memadai RAM 512

      Reply
  14. hollowgram says

    24th March 2011 at 9:14 pm

    tahniah bro..

    nampak komplikated sangat tu..hhee

    Reply
  15. Amirez says

    24th March 2011 at 6:04 pm

    kalau pasal Ubuntu memang saya buntu. langsung tak tau apa2 hehe. tapi teringin juga nak try, ramai yang bagi komen positif kpd Ubuntu ni

    Reply
  16. Hisyam says

    24th March 2011 at 5:27 pm

    ubuntu memang best. tapi tak tau saya still suka guna window.

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 1:06 am

      OS Ubuntu ini adalah OS sumber terbuka. OSCC pernah melaporkan lebih 70% pejabat kerajaan mengungakan sumber terbuka

      Reply
  17. megat says

    24th March 2011 at 4:16 pm

    sudah 3 bulan aku full commit dengan ubuntu. sangat memberangsangkan! yang paling menarik, aku jadi lebih independant.

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 12:56 am

      Saya banyak lagi yang perlu dipelajari untuk OS Ubuntu dan dari pemerhatian saya OS Ubuntu ini unik

      Reply
  18. PakarBuahPinggang says

    24th March 2011 at 1:01 pm

    Salam bro,

    Kira dahsyat jugalah bro ni ye boleh buat sendiri.Saya ni lagilah tentang sumber terbuka tu pun masih dok membaca lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 12:52 am

      Tidaklah sampai tahu semua benda cuma saya ini berminat mencuba.

      Kalau hendak tahu perlu merasainya dahulu dengan install OS Ubuntu. Kaalau membaca belum teruji 🙂

      Reply
  19. suri says

    24th March 2011 at 12:48 pm

    sy tidak mahir dalam sisitem komputer klu sistem maklumat ok lagi nhgee..

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 12:42 am

      Sisem Maklumat macamana yang Suri maksudkan. Boleh jadi Sifu 🙂

      Reply
  20. khairolghani says

    24th March 2011 at 11:41 am

    aku suka godek2 PC aku..dah hampir nak jahanam dah tu..nak beli laptop la lepas ni..senang sikit nak bawa ke mana2..

    Reply
    • suri says

      24th March 2011 at 12:49 pm

      laptok yang saiz kecil ada jual.siapkan wet jer kan bro heee..

      Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 12:29 am

      Tak apa godek PC sendiri boleh berlajar. Kalau kaki gamer lagi selalu upgrade PC. Pakai Laptop memang senang keran ia portable kerana laptop sudah ada macam-macam contohnya connector HD

      Reply
  21. nanie khairani says

    24th March 2011 at 11:21 am

    saya penah guna ubuntu for 2years… best sebab senang guna and virus free… hehe… tapi skg back to windows.. leceh sket la sebab tak sesimple ubuntu…

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 12:12 am

      Okay lah tuh apa sudah ada pengalaman mengunakan OS Ubuntu. Manakala saya ini baru berjinak-jinak dengan OS Ubuntu 🙂

      Reply
  22. decrewz says

    24th March 2011 at 9:55 am

    Jai x pernah lagi buat tapi teringin nak buat… Tengok macam menarik je.. Ramai dah org guna.. Jeles nih…hu3

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 12:10 am

      Selain saya, adik-beradik sudah lama menggunakan OS Ubuntu kerana sudh bosan dengan Windows.

      Reply
  23. sw33tdarling says

    24th March 2011 at 9:53 am

    pandainya… untungnya tak payah upah orang…

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 12:09 am

      Tidaklah pandai,Insyallah bleh godek sendiri :-). Cuma sekarang ini tidak mengikuti perkembangan desktop PC sejak ada Laptop.

      Reply
  24. suffer8zine says

    24th March 2011 at 9:04 am

    heheh aku pakai portable ubuntu je bro

    Terkini : Belasah Ibu Sebab Kahwin Lain

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2011 at 12:08 am

      Kalau portable macamana pula hendak digunakan pula bro?

      Reply
  25. tehr says

    24th March 2011 at 4:03 am

    aku hanya setakat tahu je
    memang tak reti lagi nak pasang OS
    hehe

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2011 at 11:53 pm

      Install OS Ubuntu lebih kurang Windows sahaja. Kalau Windows kita perlu acitvation key tapi Ubuntu tidak payah. Risau Microsoft Office tidak ada jangan bimbang kerana ada Open Office yang juga tidak perlu activation key 🙂

      Reply
  26. naimulfirdaus says

    23rd March 2011 at 11:57 pm

    eh. silap ejaan.
    (tak)

    Reply
  27. naimulfirdaus says

    23rd March 2011 at 11:54 pm

    saya lagi lah, ta tahu nak mula faham dari mana..

    er, maaflah saya dah lama tak singgah sini..tapi nampaknya blog ni dah semakin maju..

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2011 at 12:06 am

      Terima kasih. Memang sudah banyak perubahan berlaku di blog ini.

      Reply
  28. zik says

    23rd March 2011 at 11:52 pm

    buntu dibuatnya…. tak pernah guna lagi.. yang ada tuh fedora… tuh pun tak install lagi.. huhu

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2011 at 11:36 pm

      Pernah juga dengan OS Fedora. OS Ubuntu ini saya pasang pada desktop untuk kegunaan anak-anak dan isteri. Kalau corrupt tidak perlu bimbang.

      Laptop saya masih mengunakan genuine Windows sejak beli 🙂

      Reply
  29. chii says

    23rd March 2011 at 11:25 pm

    takat ni chii pakai windows je..eventho ramai kata linux best arr..u buntu la..tp sebab buntu..so x cuba yg len :p

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 11:43 pm

      Ubuntu dan Windows boleh buat dual boot kerana ia tidak akan ada konflik keduanya

      Reply
      • tengkorak emas says

        24th March 2011 at 2:17 am

        ya, dual boot itu yg kita mahukan, bro tau setup mcm mana?

        Reply
        • akubiomed says

          24th March 2011 at 11:33 pm

          Saya download OS Ubuntu kemudian burn didalam CD. Semasa install nanti TE mempunyai pilihan untuk testing terlebih dahulu dan boleh membuat pilihan untuk full installation atau dual boot.

          Install OS Ubuntu tidak akan menganggu Windows dan boleh dibuang bila-bila masa tanpa menjejaskan apa-apa directory Windows.

          Reply
  30. anif says

    23rd March 2011 at 11:21 pm

    Bila dapat setup Ubuntu tu tentu tersenyum puas 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 11:42 pm

      Memang puas kerana untuk pemasangan OS Ubuntu tidak perlu pening kepala cari driver kerana semuanya automatik

      Reply
  31. gadisgula-gula says

    23rd March 2011 at 10:59 pm

    adoii.. tak berani nak godek2 kat situ.. fuhh! ni desktop sye ni pun.. dah bengong dah… ambil masa selamanya untuk shut down.. last2 guna suiz je.. nak anta kedai.. tp karang.. dia cas beribu lak~ haishh.. tau tak kenapa??

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2011 at 11:12 pm

      Kalau kedai kena caj ribuan baik ambil baru sahaja. Kalau dapat membaiki sendiri desktop dapat menjimatkan perbelanjaan

      Reply
      • gadis gula2 says

        24th March 2011 at 1:46 am

        reti repair tak? hehe

        Reply
        • akubiomed says

          24th March 2011 at 11:30 pm

          Insyallah boleh, saya bermula dengan membeli laptop Texas Intruments model Extensa 450 Processor Intel 486DX4 75Mhz kemudian beralih ke desktop clone Processor Intel Pentium III 550Mhz.

          Kalau ada kalau ada desktop terpakai saya biasanya akan baiki dan saya dapati OS Ubuntu paling sesuai kerana mengunakan RAM yang rendah.

          Reply
          • gadisgula-gula says

            25th March 2011 at 6:12 pm

            hurm.. kalau anta kat abg boleh tak?? mcm seriau je nak anta kat kedai.. ngeee

            Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in