• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu

Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu

2nd November 2010 by akubiomed 41 Comments

Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu ku milik.

toyota prius

Toyota Malaysia telah mengumumkan penurunan harga jualan Toyota Prius Hibrid seiring dengan pembentangan Bajet 2011 . Harga Toyota pada sebelum pembentangan bajet 2011 adalah RM175,000 dan selepas pengumuman bajet dibuat harga Toyota Prius akan bermula serendah RM139,900.

Pengecualian duti import sebanyak 100% untuk pemegang francais kereta hibrid dan 50% bagi kereta hibrid yang siap pasang(CBU )

Info ringkas mengenai kereta hibrid

  • Mengunakan dua sumber tenaga iaitu petrol dan elektrik
  • Ketika kelajuan rendah kuasa elektrik dijanakan oleh motor elektrik
  • Bateri sel akan dicaj semasa pedal brek di tekan
  • Ketika memerlukan kelajuan, kuasa minyak dan motor elektrik akan berfungsi
  • Semasa berhenti kuasa dijanakan sepenuhnya oleh motor elektrik
  • Pembinaan kereta hibrid memerlukan aerodinamik dan menggunakan bahan logam ringan

Proton bakal melancarkan kereta hibrid pada 2011.

Proton memperkenalkan kereta konsep Eco Mobility Advanced Solutions atau nama singkatannya EMAS di Pameran Kereta Geneva 2011. Proton telah mempamerkan tiga model konsep Proton Emas, Emas Country dan Emas3. Kereta hibrid ini dibangunkan dengan hasil kerjasama Proton, Lotus dan Italdesign Giugiaro (IDG) sebuah firma reka bentuk Itali.

Pameran Kereta Geneva 2007 menyaksikan enjin kereta Proton Gen2 telah dipasang EVE hibrid menggunakan kepakaran kejuruteraan Lotus. EVE hibrid membawa maksud Efficient, Viable dan Environmental digabungkan dengan enjin Campro berkuasa 1.6 liter serta pemacuan kotak gear teknologi CVT.

Proton juga merancang memasang enjin hibrid pada model MPV Exora dan sekarang ini Proton sedang menguji Exora Hibrid di Britain. Exora Hibrid dijangkakan akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan di Putrajaya nanti.

p/s: Walaupun bajet 2011 memberi sinar kepada penurunan harga kereta hibrid, aku masih belum mampu miliki.

  • Kereta hibrid penyelesaian kenaikan harga minyak
  • Kembali ke tenaga hijau
  • Posting pun kena ganyang

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. hairulafiz says

    23rd November 2012 at 4:25 pm

    mahal lagi kereta hibrid ni

    Reply
  2. Ali ridha says

    13th December 2010 at 9:49 pm

    minyak sudah naik.
    mahu tidak
    mampu membeli.

    Reply
  3. Ali ridha says

    13th December 2010 at 9:48 pm

    beban keluarga lagi.
    bila anak mula melangkah
    ke sekolah.

    Reply
  4. Ali ridha says

    13th December 2010 at 9:47 pm

    ter’konfius aku tengok
    harga kereta toyota prius ni.

    Reply
  5. Fahmi Raazali says

    5th November 2010 at 3:38 pm

    hhu… tunggu la bila ade rezeki lebih dari biasa… boleh la beli 😀

    Reply
  6. dnoBiz says

    4th November 2010 at 1:27 pm

    mungkin kalau diturunkan bawah RM 100K baru ramai yang mampu..,
    Ps : aku dengar keta hibrid ni under power???

    Reply
    • akubiomed says

      4th November 2010 at 1:54 pm

      Kita tengok nanti feedback apabila Exora hibrid digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan di Putrajaya

      Reply
      • dnoBiz says

        5th November 2010 at 12:01 am

        tunggu….
        tapi aku lagi tak sabar menungu proton terbaru dilancarkan

        Reply
  7. mijie says

    3rd November 2010 at 8:29 pm

    aku nak tunggu honday civic hybrid tu menjadi murah lepas tu boleh la angkat satu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 11:00 pm

      Masalah kereta hibrid bila nak ganti sel bateri dah lah mahal dan dah tentu lebih dari satu. Kereta janaan petrol hanya satu bateri je

      Reply
  8. Ismail N says

    3rd November 2010 at 7:55 pm

    Hmmm.. aku lagi prefer public transportation. Tak sanggup drive dlm traffic jam. Harap 1M’sia govt cari jalan baiki public transportation. Tak lah abis duit kita beli keta je.. he he

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 8:02 pm

      Setuju, kalau saya pun nak pakai public transport yang efficient dan comfort. Sebenar satu cabaran kepada kerajaan untuk menyediakan rangkaian bersepadu dan cekap yang mana memerlukan perbelanjaan besar. Harapan saya syarikat swasta boleh menyumbang sumber kewangan untuk Private Fund Invesment(PFI) mengurangkan beban kewangan kerajaan 😉

      Reply
  9. etomyam says

    3rd November 2010 at 5:36 pm

    kena tunggu honda civic hybrid la pulak, harga dlm 128K je sebelum bajet 2011 hari tu, mana tau kot2 nak turun jugak

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 5:48 pm

      Hari ini Honda Malaysia dah buat pengumuman pengurangan sebanyak RM21k dari harga asal. Berhajat ker?

      Reply
  10. akubiomed says

    3rd November 2010 at 9:20 am

    Alangkah indahnya kalau enjin Gen2 saya boleh di hibridkan dengan Lotus EVE hibrid. Tak perlu tukar kereta 😉

    Reply
  11. zik says

    3rd November 2010 at 12:56 am

    masih tak mampu nak beli… mampu untuk melihat dan mereview..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 8:51 am

      Bekas mantan perdana menteri dan juga penasihat Proton Tun Dr. Mahathir mengumumkan bahawa Proton akan mengeluarkan kereta hibrid pertamanya yang berharga bawah RM100k. Persoalan adakah saya mampu memiliki kereta kedua yang sekarang ni pun dah sesak 😉

      Reply
  12. Squtopus says

    3rd November 2010 at 12:18 am

    Nasib baik aku tak minat kereta bentuk cam ni. hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 8:51 am

      Habih minat kereta jenis apa?

      Reply
      • Squtopus says

        3rd November 2010 at 5:11 pm

        Kalau ikutkan nafsu kerata bugati veyron la. hehehe. Kalau ikut akal, kereta kompak cam myvi pun dah cukup.

        Reply
        • akubiomed says

          3rd November 2010 at 5:19 pm

          Err Myvi yang color pink ke? Cantik juga tuh 😉

          Reply
          • Squtopus says

            3rd November 2010 at 8:09 pm

            Aah. Siap taruk reben. Hahaha

            Reply
            • akubiomed says

              3rd November 2010 at 8:13 pm

              Ye ler tu.. kalau buat gift MyVi untuk isteri tersayang okay juga tuh tentu tidak berpaling lagi..he..hee

              Reply
  13. khairolghani says

    2nd November 2010 at 11:47 pm

    aku cukup suka keter ni..tapi harga dia buat aku down..memang jauh dari kemampuan..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 8:52 am

      Harga masih mahal disebabkan teknologi yang di embeded dengan kereta ini.

      Reply
  14. tehr says

    2nd November 2010 at 11:13 pm

    sama la kita
    aku pun tak mampu nak beli

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 8:52 am

      Kalau Proton boleh produce hibrid murah. Berminat juga ke?

      Reply
  15. zulkbo says

    2nd November 2010 at 12:09 pm

    salam..
    ermmm..sampai masanya
    anda akan lebih mampu dari
    kereta toyota..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 8:53 am

      Amin..moga-moga dimakbulkan.

      Reply
  16. kulanz says

    2nd November 2010 at 11:35 am

    ni dah masuk kereta mewah ni.. tak mampu nak beli juga kereta ni walau harga dah turun

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 9:17 am

      Itu masalahnya kerana golongan pertengahan dan bawahan memerlukan kenderaan pada harga yang mampu beli

      Reply
  17. suri says

    2nd November 2010 at 11:08 am

    mampu pandang sahaja heeee

    Reply
  18. dedoku says

    2nd November 2010 at 11:02 am

    buat masa sekarang memang mampu tengok je la..hehe

    Reply
  19. donny says

    2nd November 2010 at 10:56 am

    kan bagus semua keta x guna minyak… guna kuasa hibid je..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd November 2010 at 9:15 am

      Kereta hibrid sebenarnya membawa maksud sumber menjana enjin ada dua iaitu minyak dan motor elektrik. Jadi bila pada kelajuan rendah, semasa brek dan berhenti kuasa akan dijana dari kuasa motor elektrik.

      Reply
  20. Syafrizal says

    2nd November 2010 at 10:22 am

    huhu.. masih lag mahal tapi kalau sapa ada duit confirm beli punya…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2010 at 10:33 am

      Sudak tentu golongan pertengahan dan bawahan tidak mampu milikinya

      Reply
  21. zezebel says

    2nd November 2010 at 9:12 am

    Kita yang tak mampu ni tengok jer lar teguk air liur kan?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2010 at 9:48 am

      Be honest pembangunan kereta hibrid memang mahal kerana teknologinya

      Reply
      • zezebel says

        3rd November 2010 at 5:49 pm

        Apa salahnya kalau jual murah sikit, lama-lama belanja R&D tu boleh cover juga kan? Kebanyakannya saya rasa beli R&D dari company lain, bukan buat sepenuhnya sendiri pun.

        Reply
        • akubiomed says

          3rd November 2010 at 5:58 pm

          Sesuatu yang kena dipertimbangkan oleh pengeluar kereta tempatan. Apabila beli teknologi tentu ada pattern yang kena bayar royalti

          Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in