• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / Tips jimat cecair mandian bayi

Tips jimat cecair mandian bayi

8th October 2017 by akubiomed 28 Comments

botol dispenser buih jimatkan cecair mandian bayi

botol dispenser buih jimatkan cecair mandian bayi

Tips jimat mandian bayi dengan mengunakan botol dispenser buih.

Saya nak kongsi tips yang dikongsikan oleh rakan saya mengenai jimatkan cecair sabun. Tips yang diberikan sangat mudah dengan hanya mengunakan dispenser.

Dispenser dimaksudkan adalah botol yang mempunyai kepala botol boleh ditekan dan akan mengeluarkan cecair. Botol dispenser ini ada dua jenis:-

  1. Botol dispenser akan mengeluarkan cecair apa bila kepala botol ditekan.
  2. Botol dispenser akan menukarkan cecair kepada buih sabun apabila ditekan.

Apa yang perlu lakukan adalah mendapatkan botol dispenser buih sabun. Masalahnya bagaimana nak kenal pasti jenis-jenis botol dispenser tersebut di pasaran. Okay saya akan kongsi perbezaan botol dispenser tersebut supaya dapat membeli yang boleh mengeluarkan buih bila ditekan.

Botol dispenser buih jimat pengunaan cecair sabun.

Botol dispenser yang bukan jenis buih akan mengeluarkan cecair akan cepat habis apabila selalu digunakan berbeza dengan botol dispenser jenis buih akan dapat menjimatkan pengunaan cecair kerana ia akan dicampur dengan air. Sebagai contoh botol dispenser buih 500ml hanya mengunakan lebih kurang lima sudu cecair sabun dan selebihnya dicampur dengan air. Nampak tak penjimatan bila guna botol dispenser buih?

Cecair mandian bayi dibancuh ke dalam botol dispenser buih

Contoh kepala botol dispenser buih mempunyai spring yang agak panjang

Kepala botol dispenser mempunyai kemampuan menukarkan cecair sabun yang dicampur dengan air kepada bentuk buih berbanding botol dispenser bukan jenis buih hanya mengeluarkan cecair sabun sahaja. Insyallah dengan mengunakan botol dispenser buih ini dapat memanjang tempoh hayat cecair mandian bayi apabila beralih mengunakan botol ini.

Bagi yang selalu mengalami situasi cecair sabun mandian selalu cepat habis sebab anak-anak selalu bermain buih sabun boleh mengunakan botol dispenser buih ini. Boleh guna botol dispenser buih ini untuk cecair pencuci bersabun dan secara tidak langsung akan menikmati penjimatan.

Tips semasa membancuh cecair sabun dan air.

  • Tidak terlalu pekat. Jika pekat perlu ditambah air.
  • Tidak terlalu cair tidak akan berbuih boleh tambah cecair sabun.

Tonton video panduan bancuh cecair sabun dan air.

 

  • Pengharaman botol susu bayi BPA
  • Bermalam di Four Points by Sheraton di Pulau Pinang
  • Mahu trafik tinggi boleh sahaja

Filed Under: diy Tagged With: dispenser, jimat mandian bayi, mandian bayi

Reader Interactions

Comments

  1. aRzMoHa says

    26th November 2018 at 11:00 am

    tips yang baik, mandian bayi boleh tahan juga harganya

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2018 at 12:42 am

      Apa yang berkaitan dengan baik boleh tahan harganya. Sebagai ibubapa beli ikut ukur baju pada badan sendiri.

      Bagi yang ibu berkemampuan mungkin duit bagi masalah kerana mahukan terbaik untuk anak mereka.

      Reply
  2. Saliza sachari says

    12th November 2017 at 2:39 pm

    Tak sangka botol dipenser ini lebih jimatkan.. pasni da le cari la..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2018 at 12:43 am

      Ya, boleh cuba menjimatkan. 🙂

      Reply
  3. Saliza sachari says

    12th November 2017 at 2:36 pm

    O.. baru tahu botol ni boleh jimatkan penggunaan sabun.. terima kasih share info ini.. 😉.. boleh cari nanti untuk sabun semulajadi baby ku..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2018 at 12:44 am

      Sama-sama. Semoga tips ini memberi manfaat.

      Reply
  4. NORIZA ABDUL RAHMAN says

    27th October 2017 at 11:42 am

    Memang kena buat macam ni juga sebab anak-anak suka main sabun kalau suruh mandi, kejap je dah habis

    Reply
    • akubiomed says

      28th October 2017 at 12:57 am

      Insyallah jimat dan dapat memanjangkan tempoh beli baru.

      Reply
  5. zikri husaini says

    13th October 2017 at 5:33 pm

    dekat company pun ada buat macam ini juga.. nak jasi jimat keluar sabun tuh..

    Reply
    • akubiomed says

      14th October 2017 at 6:52 pm

      Guna dispenser foam dapat jimat cecair sabun.

      Reply
  6. Norasikin says

    12th October 2017 at 10:47 am

    Tak terfikir lak cemana air sabun tu boleh kuar jd buih tanpa digoncang

    Reply
    • akubiomed says

      14th October 2017 at 6:54 pm

      Ada mekanisme didalam kepada dispenser foam berupaya tukar cecair yang dibancuh boleh ditukar kepada buih sabun.

      Reply
  7. reezluv says

    11th October 2017 at 11:57 am

    memang bagus tips ni, balik rumah kena tukar..patut la ada kedai buat ada yang berbuih, ada yg keluar liquid je

    Reply
    • akubiomed says

      14th October 2017 at 6:57 pm

      Jimatkam kos dan cecair sabun pun boleh bertahan lama.

      Reply
  8. azimah mohd zainuddin says

    10th October 2017 at 12:15 pm

    Terima kasih atas tips ini. Baru tahu ada dua jenis dispenser. Ingatkan sama sahaja.

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2017 at 9:11 pm

      Ya ada dua jenis dispenser. Perlu tahu yang mana satu dapat menjimatkan cecair sabun. 🙂

      Reply
  9. mrhanafi dot com says

    10th October 2017 at 10:08 am

    tak sangka juga idea begini memang menjimatkan..

    boleh la cari botol dispenser selepas ini..

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2017 at 9:11 pm

      Kawan saya kongsi tips ini lalu saya kongsikan semula. 🙂

      Reply
  10. Raihanah Ahmad says

    10th October 2017 at 7:58 am

    boleh guna la tips ni. selalu memang cepat habis mandian baby

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2017 at 9:12 pm

      Ini tak ralat sangat sebab bancuhan lima sudu cecair sabun boleh dibancuh untuk 500ml. Jimat banyak tuh. 🙂

      Reply
  11. Gum Arabic Al-Manna says

    9th October 2017 at 12:13 pm

    Memang berguna tips jimat cecair mandian bayi yang dikongsikan ini. Namun tak pasti kalau untuk anak-anak yang suka main air dan buih berkesan atau tak dengan dispenser ini. Maklum la selagi tak habis sabun tu, selagi itu la pesta berlangsung. Apa pun panduan ini sangat membantu yang ada anak kecil.

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2017 at 9:56 pm

      Terbukti jimat. Sebagai contoh dalam video ini saya bancuh lima sudu cecair mandian bayi dan selebihnya air. Sangat berbaloi kalau habis lima sudu cecair sabun berbanding satu betul penuh cecair sabun.

      Reply
  12. adianiez AIDA says

    9th October 2017 at 8:54 am

    sgt bagus ni. tq share.
    saya kalu beli sabun mandi dispenser ni, anak2 buat parti kat dlm tandas everytime mandi.
    cepat abis?

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2017 at 9:58 pm

      Berbaloi guna botol dispenser buih. Sebagai contoh dalam video ini saya bancuh lima sudu cecair mandian bayi dan selebihnya air. Sangat berbaloi kalau habis lima sudu cecair sabun berbanding satu betul penuh cecair sabun.

      Reply
  13. Joe Labu says

    9th October 2017 at 7:56 am

    budak budak kau memang suka main sabun, habis satu bath tub

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2017 at 9:59 pm

      Seronok main buih sabun. Boleh jadi ralit. 🙂

      Reply
  14. Azhani Azhar says

    9th October 2017 at 3:10 am

    Wah, bagus tips ni..

    Guna sabun pun ciput aja dapat buih yang kembang mcm tu..

    Kalau tau awal dulu boleh praktikkan juga..

    Habis dah sabun.. ?

    Next time boleh guna cara ni..

    Budak2 pun suka byk buih mcm tu..

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2017 at 10:00 pm

      Sangat berbaloi botol dispenser buih. Menjimatkan.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in