• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Tinggalkan Celcom 3G untuk bersama Maxis Broadband

Tinggalkan Celcom 3G untuk bersama Maxis Broadband

11th April 2011 by akubiomed 79 Comments

Beralih angin dari Celcom 3G kepada Maxis Broadband

Tajuk entri macam cerita pasangan kekasih sahaja, meninggalkan kekasih yang sekian lama bersama untuk kekasih baru yang mendapat tempat dihati. Kalau entri sebelum ini aku selalu sahaja merungut tak kala Streamyx offline, aku akan mengunakan Celcom 3G untuk memastikan sambungan ke internet. Selalu sahaja aku menyalahkan Celcom 3G sentiasa bermasalah dengan bayaran RM98 sebulan macam tidak sepadan dengan prestasi yang diberikan.

Aku rasa tidak patut melepaskan kemarahan aku kerana akses internet ini disebabkan liputan Celcom3G dikawasan aku tinggal tidak stabil selalu dapat EDGE berbanding 3G walaupun didalam liputan 3G. Kalau hari hujan lagi teruk dan jika aku di kampung begitu juga susah untuk mendapat kelajuan yang stabil. Lalu aku mengambil keputusan untuk menukar dari Celcom 3G kepada Maxis Broadband dengan mengambil pakej pelan Power Maxis Broadband. Bayaran RM68 sebulan berbanding pakej Celcom 3G yang aku bayar tiap-tiap bulan sebanyak RM98. Sebagai permulan aku perlu membayar yuran pengaktifan sebanyak RM100 dan akan dapat USB modem.

Pakej Pelan Maxis Broadband

Ringkasan ciri modem Huawei model E1762 yang digunakan

  • Keupayaan kelajuan download 7.2Mbps
  • Keupayaan kelajuan upload 5.76Mbps

Ringkasan:
Ulasan yang diberikan mengenai produk diatas adalah berdasarkan liputan dikawasan penulis mungkin berbeza di tempat lain. Segala informasi diberikan adalah rujukan dan tidak boleh digunakan sebagai tentu ukur sebenar.

p/s: Apa jua pembekal yang bakal dipilih, teliti liputan dan terma-terma sebelum melanggan.

 

Sila tekan butang kongsi:

  • Salahkah aku mencari penganti yang lain?
  • Streamyx bila nak up balik?
  • Menguji speed Streamyx broadband

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. ami (aminuddin) says

    11th May 2012 at 9:46 pm

    celcom mule2 je ok, tp bile dah pakai 5/6 hr ad je masalah, sudah gile nak dpt kan 200kbps, kadang2 kerap dapat 0.00kbps

    Reply
  2. Shahril says

    18th March 2012 at 12:03 am

    Walaupun kat tempat kawan ni Celcom N MAXIS dua dua ada 3G,tapi pengalaman menggunakan celcom aka CELKONG sungguh mendukacitakan….MAXIS terbaik…

    Reply
  3. Liza says

    24th February 2012 at 10:16 pm

    pengalaman guna celcom & maxis broadband. ok lagi maxis walau pun balik perak atau pahang atau bangi berbanding celcom. tak guna juga limit tinggi sampai 5K tapi nak dapat liputan pun jenuh. confirm tak abis la 5G tu.

    Reply
    • akubiomed says

      24th February 2012 at 11:34 pm

      Dulu liputan Celcom ditempat saya 3G dan stabil tetapi tidak tahu apa punca turun taraf kepada EDGE apabila kampung talian asyik terputus-putus sebab itu tukar.

      Reply
  4. Ajeem says

    28th January 2012 at 2:28 am

    aku pakai celcom sejak mei 2009 sampai sekarang.aku rasa sejak tahun 2011 maxis lebih kehadapan banding dengan celcom..dah nak bertukar alih arah setelah hampir 3 tahun langgan celcom.

    Reply
  5. k says

    27th January 2012 at 4:22 pm

    kalo bli kad prepaid celcom broadband, bley xmasuk ke modem maxis broadband???

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 1:44 am

      Rasanya perlu ubah setting sahaja.

      Reply
  6. pian says

    9th May 2011 at 9:40 pm

    aku baru langgn celcom

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2011 at 12:08 am

      Sebenarnya kelajuan bergantung kepada liputan. Macam tempat saya Maxis adalah terbaik

      Reply
  7. Ladfe Amir says

    15th April 2011 at 9:37 am

    pernah guna maxis masa ianya masih unlimited. tapi skrg dah tinggalkannya. beralih kepada streamyx yg juga unlimited.

    wife dapat celcom bb, tapi blm berkesempatan guna sbb tak berpeluang bercuti sama

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 11:59 pm

      Dekat rumah saya pakai Streamyx

      Reply
  8. mancai says

    14th April 2011 at 5:06 pm

    mula2 aku guna maxis lepas tu tukar celcom kini layan digi… betul tu bro semuanya berdasarkan kawasan liputan…

    Reply
  9. nizam says

    13th April 2011 at 9:54 pm

    nizam pakai celcom punya..kalau kat kg macam laju je sikit…tapi bila kat kolej ni macam bengap jer..mungkin ramai yang guna area sini tu jadi lembab sikit..
    apa-apa pun tak boleh ukur secara melulu…perlu kaji satu-satu kan….

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2011 at 12:16 am

      Bergantung kepada liputan juga sebenarnya

      Reply
  10. nasslimdiet2 says

    13th April 2011 at 3:03 pm

    saya pengguna celcom broadband dan masih setia. dulu penah guna maxis broadband tapi di kawasan saya line tak ok

    Reply
  11. aimannajmy says

    13th April 2011 at 1:04 am

    belakang rumah saya ada tower pemancar maxis baguih punya dok ada.. rasanya kalo pakai maxis laju kot huhu

    Reply
    • Ladfe Amir says

      15th April 2011 at 9:35 am

      kena tukar maxis la bro. pemancar dah ada dekat.
      tapi kena ambik pakej yg berbaloi2 la. kalu tak hbs limit je…hampeh balik.

      salah satu bangunan kilang aku bekerja..di puncaknya ada menara maxis. jadinya, sentiasa akan dapat full bar walaupun kantin di dalam perut bumi .

      Reply
  12. Izwan says

    13th April 2011 at 12:17 am

    bro ada guna postpaid ke?…rasanya postpaid je dapat plan ni..sy guna Maxis gak.. pelan setahun lepas.. RM48,1.5 gb..tapi cam cepat sgt habis.. laju memg laju..tapi bila habis bandwidth.. uishh.. hidup segan mati tak mau.. haha

    Reply
    • Ladfe Amir says

      15th April 2011 at 9:33 am

      bila dah smp had limit nya. mmg macamtu keadaannya. happy bertukar bengang.
      nak marah lbh2 ..bukan dapat apa. dah itu pakej yg diambil. kena terima keadaanlah

      Reply
  13. adamfaiz says

    12th April 2011 at 1:43 pm

    Aku memang guna Maxis BB… kat rumah pakai wireless streamyx dari jiran sebelah.. (dia bagi permission..)

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 10:37 pm

      Kalau jiran bermurah hati tidak apa 🙂

      Reply
  14. BroZooL says

    12th April 2011 at 12:09 pm

    Em,saya pun pakai celcom sebelum ini, tapi celcom kat kg tak boleh pakai langsung, lepas tukar ke maxis baru puas hati, lagipun maxis punya offer lebih lagi dari celcom..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 10:37 pm

      Sebenar bergantung kepada liputan kalau liputan baik tentu tidak ada masalah

      Reply
  15. Kujie says

    12th April 2011 at 11:47 am

    tak pernah ada pengalaman guna broadband… guna streamyx je sebab bukan keperluan nak beronline selalu…ye lah guna pun utk blogging je.

    akan datang tatau lagi

    Reply
  16. Faizul says

    11th April 2011 at 11:31 pm

    Sayangnye data volume Maxis bb ni cuma 3G sahaja, Celcom punya minimum 5G walaupun pakej yg RM68 tu..

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 12:52 am

      Saya tidak pilihan kerana saya mahukan prestasi tapi tidak dapat pada harga yang saya bayar untuk pakej langganan RM98

      Reply
  17. zool says

    11th April 2011 at 10:50 pm

    Tak pakai pun bb walau promo.. kat umah ni susah nak dpt line.. adik bawa balik pun tak leh guna. jadi tak payah le..

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 12:53 am

      Kalau tidak ada liputan apa gunanya 🙂

      Reply
  18. zik says

    11th April 2011 at 10:48 pm

    celcom bb dah terminate, hujung bulan lepas… kalau tak sakit lah nak bayar bulan2.. sekarang nie baru guna streammyx kat rumah.. kalau jalan2.. terpaksa cc jerla… huhu.. nak beli iphone tak mampu lagi…

    Reply
    • aimannajmy says

      13th April 2011 at 1:15 am

      streamyx memang terbaek kalo kaki donlod..tapi kadang2 belh mendatangkan kemarahan jugak kalo kabel kena curi

      Reply
  19. donny says

    11th April 2011 at 10:28 pm

    Tahniah bro,harap2 bband baru awak dapat menyenangkan hati… saya pun guna celcom sekarang rm98 tue…rasa memang x berbaloi betul

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 12:54 am

      Terpulang kepada individu boleh buat pilihan pembekal yang mana satu dapat diharapkan

      Reply
  20. tehr says

    11th April 2011 at 10:18 pm

    aku tak pernah guna maxis
    liputan kat sini kurang berbanding celcom

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 1:05 am

      Bergantung kepada liputan jika liputan baik tentu tidak ada masalah 🙂

      Reply
  21. Ismail N says

    11th April 2011 at 10:16 pm

    Kawe dok lepak sembang2 kat tempat Celcom petang tadi. Punya lah baik salesman.. dia cakap “Kalau broadband.. bagus ambik DIGI lagi murah dari Celcom”.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 1:06 am

      Pakej Digi antara yang termurah kalau liputan baik boleh dapat 3G

      Reply
  22. saiful says

    11th April 2011 at 10:01 pm

    2 minggu pakai celcom prepaid,memang sungguh mengecewakan.Lembab,boleh gila dibuatnya.Alhamdullilah,hari ni dah boleh pakai streamyx balik setelah bayar bil tertunggak,haha

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 1:07 am

      Dekat rumah memang guna Streamyx sahaja 🙂

      Reply
  23. bEe says

    11th April 2011 at 8:42 pm

    Cop!!!!!!!!!!!
    Takde hidden chargers from maxis ker?
    bEe agak jelek sket dgn maxis ni….

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 9:10 pm

      Belum tahu tapi ini adalah pengalaman pertama saya dengan Maxis broadband 🙂

      Reply
      • bEe says

        12th April 2011 at 2:54 pm

        owwwhhh,
        Ok takpe awk try dululah. Saya pnh guna maxis broadband + line hp maxis. Disebabkan dah ada -ve so mcm taknak pandang dah maxis ni 😛

        Reply
  24. Nadri says

    11th April 2011 at 8:08 pm

    masa pakai celcom broandband tahun lepas, aku mengalami masalah yg bro rasa skrg nie..bila dah tak blh tahan, terus langgan streamyx w/pun terpaksa byr lebih..skrg blh layan internet tanpa tekanan..

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 9:09 pm

      Streamyx pun sudah semakin baik perhidmatan pelanggan(merujuk pengalaman berberapa kali menelefon khidmat pelanggan Streamyx). Cuma tempat saya kerap berlaku kilat yang menyebabkan kabinet talian telefon selalu mengalami masalah. Biasanya selang sehari akan kembali pulih

      Reply
  25. benjy says

    11th April 2011 at 7:27 pm

    Aku dulu guna maxis broadband juga tetapi lain pula bagi ku … aku telah beralih kepada Digi internet broadband prepaid … hahahaha bagi liputan di kawasan ku ia cukup bagus. Jimat dan memuaskan. Walaupun apa yang kita guna ia tetap memberikan kita networking sebagaimana yang ada sekarang …

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 9:06 pm

      Kalau ada pelan pakej Turbo ada liputan di kawasan saya sudah lama saya langgan 🙂

      Reply
  26. Mrs.Ayie says

    11th April 2011 at 1:02 pm

    Masa study guna maxis broadband. Laju jer, dan tak perlu berebut wifi kolej yang lembap. Tapi sekarang dah potong, sebab kawasan rumah ni maxis adalah slow.

    *Bergantung pada kawasan liputan sebenarnya.

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 9:04 pm

      Setuju dengan pendapat Ayie 🙂

      Reply
  27. sw33tdarling says

    11th April 2011 at 12:53 pm

    broadband mana lebih bagus mmg tak boleh nak nilai.. tapi liputan mana yang jelas di kawasan kita, itu penentu servis yg kita bakal dapat

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 9:04 pm

      Setuju, kalau liputan bagus tentu tidak ada masalah

      Reply
  28. eLLy says

    11th April 2011 at 12:50 pm

    kat umah pakai strmexy ..
    kat luar pakai celcom so far so good

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 9:02 pm

      Itulah Elly bergantung kepada liputan jadi pengguna perlu pandai memilih 🙂

      Reply
  29. pipoq says

    11th April 2011 at 12:18 pm

    aku pakai P1 wimax je…setakat ni boleh tahan la..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 9:01 pm

      Dengar P1 juga menawarkan pakej yang menarik. Kalau duduk setempat berani juga hendak melanggan tapi buat masa ini tidak yakin ada liputan 🙂

      Reply
  30. Ali ridha says

    11th April 2011 at 11:04 am

    buah hati lama aku maxis
    broadband suka buat hal.
    bila dah bayar bila 2 bulan.
    internet jadi lambat.

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:57 pm

      Oh ye ker. Saya masih lagi menguji pakej Maxis Broadband 🙂

      Reply
  31. afique says

    11th April 2011 at 8:05 am

    biomed speedtest dekat area mana ni?

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:55 pm

      Bukit Sentosa, Rawang

      Reply
  32. adele says

    11th April 2011 at 5:46 am

    sy rasa bknlah mslh broadband sepenuhnya..di kawasan sy, broadband maxis lembab spt siput manakala broadband celcom yg sentiasa laju..happy2 blogging 😀

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:54 pm

      Itulah saya sudah cakap bergantung kepada liputan 🙂

      Reply
  33. Ekspresi Ruang says

    11th April 2011 at 5:03 am

    kawasan saya ni pon celcom kurang coverage. waktu siang jrg sungguh dpt, tp kalau pg2 buta mmg laju je. xphm kenapa jd cmtu…

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:52 pm

      Semasa melanggan Celcom 3G, loading content sangat lambat kalau blog yang berat lansung tidak dapat akses 🙁

      Reply
  34. serol says

    11th April 2011 at 2:08 am

    ucapped tu maksudnya apa?

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:50 pm

      Uncapped bermaksud speed boleh capai setinggi 7.2Mb

      Reply
  35. dnoBiz says

    11th April 2011 at 2:00 am

    Lepas ni Blogging makin kencang la Bro.. 😀
    Ps : aku masih setia dengan streamyx

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:48 pm

      Streamyx masih kegunaan ketika rumah 🙂

      Reply
  36. tengkorak emas says

    11th April 2011 at 1:32 am

    EDGE?

    makna lainnya adalah puncak. Dan ia satu perkataan yg positif, ingin berada di puncak.

    tapi kalau EDGE celcom..amat menyakitkan hati.

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:47 pm

      Dulu saya pernah melanggan pakej pelan Digi ketika itu pada kelajuan EDGE tidaklah menghampakan tapi di kawasan saya masih lagi EDGE untuk Digi

      Reply
  37. Razlan says

    11th April 2011 at 1:27 am

    Maxis broadband memang tip top buat masa ne,download je da 2mb ,kalu surf mesti laju giler

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:46 pm

      Lihat kawasan liputan ada pembekal dapat memberi prestasi perkhidmatan yang diharapkan

      Reply
  38. anif says

    11th April 2011 at 1:18 am

    Macam tak cukup jer tu… Kena ambil plan Freedom 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:45 pm

      Tak apalah bro dah senak ambil pakej RM98 🙂

      Reply
  39. maza says

    11th April 2011 at 12:58 am

    welcome aboard.. hehehe

    rasanya kalau selalu upload gambar dan dowload video stream, tak lama lagi abg boime akan mengupgrade ke package 6gigabite data usage. hehehe

    tungguuuuuu

    Reply
    • dnoBiz says

      11th April 2011 at 2:01 am

      Ada Kemungkinan tu Maza hehehe

      Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:44 pm

      Tidaklah guna kerap hanya ketika outstation dan balik kampung sahaja

      Reply
  40. Firdaus Kasim says

    11th April 2011 at 12:55 am

    yg RM68 tue x de limit ekh?

    Entri paling hot :
    Nuffnang pandang serius pada entri “Rahsia Terbongkar Nuffnang”

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:44 pm

      Biasalah mana-mana pembekal mempunyai terma kelajuan ‘best effort’ macam pakej pelan yang saya limit 3G sebulan

      Reply
  41. Sabahan Bloggers Club says

    11th April 2011 at 12:41 am

    Hmmm…. speed celcom sekarang ni dah macam kureng sikit. 🙁
    Tapi masih lagi boleh guna kalau tempat yang takde tenet. Mungkin akan fikirkan kemudian, nak tambah guna maxis ke tak.

    Reply
    • akubiomed says

      11th April 2011 at 8:43 pm

      Saya guna wireless broadband apabila outstation dan balik kampung sahaja

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in