• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Tiada lagi koning tapi kuning

Tiada lagi koning tapi kuning

24th February 2011 by akubiomed 56 Comments

Pasukan Olimpik Malaysia berbaju koning.

Pertama kali aku ingin mengucapkan tanniah kepada Skuad Olimpik Malaysia yang segak berbaju kuning dengan kemenangan 2-0 keatas pasukan Pakistan.

Skuad Olimpik Malaysia gagal manfaat peluang untuk menambahkan jaringan gol walaupun pasukan bola sepak Pakistan hanya tinggal 10 pemain kerana seorang pemain telah dibuang padang setelah menerima kad merah kerana mengasari Khairul Fahmi @ Sepek.

kredit: pulakdah

Kalau sesiapa yang mengikuti blog AkuBiomed pasti akan teringat perkataan  koning pernah digunakan didalam entri-entri  sebelum ini. Aku pun tidak sangka perkataan koning masih menjadi perkataan yang diingati untuk blog ini.

Aku amat terharu kerana sahabat-sahabat blogger masih lagi menyebut perkataan koning didalam komen. Perkataan ini timbul kerana Adik pelat menyebut perkataan kuning dengan betul yang kemudian menjadi modal entri dan gambar-gambar di blog Akubiomed.

Secara kebetulan filem Transformer mempunyai watak BumbleBee yang  menjadi kegilaan anak-anak aku yang berwarna kuning antara watak robot popular menajadi rebutan antara Abang Long, Abang Ngah dan Adik.

Sebahagia komen yang ada menyebut perkataan koning

Semalam ketika perlawanan pasukan Olimpik Malaysia melawan Pakistan berlangsung Adik telah menegur emaknya yang pasukan  Olimpik Malaysia berbaju kuning.

Secara rasmi tiada lagi perkataan koning yang akan disebut oleh Adik kerana Adik sudah berjaya menyebut perkataan kuning dengan betul. Adik pun sudah membahasa dirinya Abang sejak baby Aslah mengambil posisi anak bongsu 🙂

Perkataan koning ini mula menjadi tajuk entri dan gambar-gambar di blog AkuBiomed. Ini adalah  antara tajuk dan gambar entri mengenai perkataan koning.

  1. Contest Aksi Makan yanmieonline.com tidak menang tapi dapat hadiah saguhati hosting dari penaja Fivio
  2. Persiapan persekolahan abang Ngah
  3. Aku dapat adik ipar
  4. Entri kali ini hanya 5 patah perkataan
  5. Abang Ngah bakal duduki ujian saringan tahun 1
  6. Adik nak koning

p/s: biar berbaju koning jangan otak koning 🙂

  • Malaysia menewaskan Lubnan 2-1
  • Kita hanya terbaik di Asia Tenggara
  • Kelayakan Olimpik 2012: Keputusan Malaysia vs Jepun

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. apaajanews says

    6th March 2011 at 2:14 am

    salam persahabatn bro…kali pertama singgah disini…dek tertanya-tanya apa kena mengena dengan ‘koning’ jadi bila dah baca baru faham…he he
    semoga saling singgah menyinggah

    Reply
    • woot woot says

      28th September 2011 at 11:54 pm

      taw takpe..sy pon pelik ape die koning koning..haha !

      Reply
  2. Zik says

    27th February 2011 at 2:39 am

    jap yer.. tambah lagi perkataan kuning nih… buah cempelak yang berwarna kuning emas.. sedap juga buat goreng nih.. 2nd leg nampaknya kena lebih kemas bahagian serangan, dan berhati-hati defend… bekalan sekarang nampak macam selesa.. tapi awas!!

    Reply
  3. MDHAFiZ.NET says

    26th February 2011 at 6:13 pm

    kuning lambang berdaulat…
    ayuh maju harimau malaya!! 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2011 at 11:29 pm

      Betultuh bila sudah menyarung jersi koning memang bersemangat bak Harimau

      Reply
  4. tehr says

    26th February 2011 at 1:17 am

    harap2 skuad kuning/koning akan berjaya nanti di pakistan

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2011 at 11:29 pm

      Memang sudah menjadi harapan skuad Olimpik Malaysia menyerlah dengan membaiki ketajaman dibahagian penyerang

      Reply
  5. PakarBuahPinggang says

    26th February 2011 at 12:04 am

    Salam bro,

    Agak-agak berapa lama ye anak bro nak dapat sebut perkataan kuning dengan betul tu?

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2011 at 11:28 pm

      Lama juga nak hilan sebutan pelat sebab dirumah saya dan isteri tidak pernah mengajuk pelat

      Reply
  6. tengkorak emas says

    25th February 2011 at 7:31 pm

    kata-kata anak kadangkala mencuit hati, hehe ketika koning hangat diperkatakan, saya belum menjadi pembaca setia blog ni..=_=

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 10:03 pm

      TE terjah dekat blog saya pun berterima kasih apalagi kalau menjadi pembaca setia 🙂

      Reply
  7. donny says

    25th February 2011 at 7:02 pm

    wow menarik ni bro.. semuanya pasal koning hehe

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 10:02 pm

      Terima kasih bro Donny saya pun tidak sangka perkataan koning jadi modal entri blog

      Reply
  8. ieda al-habsyi says

    25th February 2011 at 3:27 pm

    koning, hehhee! lucu dengan gambar tu, pandai je buat ayatnya, eh..belog ni cepat loadingnyer, bagus betoi 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 9:59 pm

      Terima kasih dan tanniah kepada Ieda yang bakal menambah ahli keluarga sempena zodiak tahun Arnab sama dengan zodiak saya 🙂

      Reply
  9. ciksembang says

    25th February 2011 at 12:47 pm

    baru berkenalan dgn pemunya blog ni..so baru pertama kali dengar koning..
    tak tahan tengok gambar baby baju koning tgh tidur..comel sungguh..pasti maknya comel..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 9:58 pm

      Ohh..saya pun tidak sedar akan gambar baby tidur memakai baju koning. Memang betul emaknya COMEL 🙂

      Reply
  10. fikryn says

    25th February 2011 at 11:45 am

    Yuhu.. malaysia belum boleh senang hati lagi. Kalau menang 5-0, rasanya baru ‘kebal’ sikit. Koning, merempit blog, merempit komen dan ada banyak lagi istilah yg tidak sengaja telah menjadi ikutan.
    Tp rasanya, koning tu tetap melekat.. hi hi

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 9:57 pm

      Ha..haa..ye lah tuh 🙂

      Kalau jaringan 5 gol mungkin skuad Olimpik Malaysia boleh lega tapi saya percaya pada perlawan ke-2 ditempat lawan Pakistan akan mengikat penyerang kita

      Reply
  11. eLLy says

    25th February 2011 at 11:23 am

    klu otak koning tu tau la belajar dari sapa… huahuahua ;p

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 9:55 pm

      Jangan macam itu saya tidak bersalah. Haa…haa..

      Reply
  12. maza says

    25th February 2011 at 10:41 am

    yg baby tu cute habis.. geram betul tengokan. hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 9:54 pm

      Sebab cute sangat asyik di picit-picit oleh abang-abangnya

      Reply
  13. wazy says

    25th February 2011 at 10:05 am

    Tahniah buat pasukan Malaysia
    comel anak bro yang kecik tu

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 9:54 pm

      Jaringan 2 bukanlah jaminan untuk skuad Olimpik Malaysia berada di zon selesa ketika perlawanan ke 2 di Lahore Pakistan nanti.

      Reply
  14. Kujie says

    25th February 2011 at 7:29 am

    kak jie orang kedah…kuning sebutan dia kunin tak de ‘g’

    ada cerita hantu femes pasal volkswagen kuning di Terowong Menora , Ipoh

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 9:52 pm

      Macamana pernah dengar cerita seram Volkswagen koning. Nanti saya hendak Google cari bahan cerita

      Reply
      • padin says

        26th February 2011 at 1:46 am

        ahahhaa wolswagen kuning.. kisahnye seram2 kelakar keh3

        Reply
  15. Ismail N says

    25th February 2011 at 5:20 am

    apa lagi bro… cat le balik blog ni dgn warna koning 😀

    Reply
    • suri says

      25th February 2011 at 11:25 am

      muhaa..
      asal tulisna jgn koning kay..karang suri plk yg tak nampak heee

      Reply
      • akubiomed says

        25th February 2011 at 9:51 pm

        Tulisan koning sakit mata susah hendak baca

        Reply
    • adamfaiz says

      25th February 2011 at 3:20 pm

      Bernas jugak tu!

      Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 9:51 pm

      Hee..hee.. memang ada niat hendak tukar theme tapi buka koning 🙂

      Reply
  16. Budak Melayu says

    25th February 2011 at 2:07 am

    wah… rajin edit gambar… aku nk buat komik yg gini utk photoshot masa jalan2 kat Dataran Shah Bandar KT pun xbuat2 lagi 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 9:50 pm

      Boleh dibuat cerita memang menarik juga cuma PhotoScape template sudah standard jadi kalau henda buat customize guna PhotoShop

      Reply
  17. Mus says

    25th February 2011 at 1:36 am

    editing gambar kat bawah entri tu memang smart!!!

    Reply
    • suri says

      25th February 2011 at 11:24 am

      cam ner nk buat pic cam tu heee?

      Reply
      • akubiomed says

        25th February 2011 at 9:49 pm

        Saya pakai PhotoScape sahaja. Suri boleh download secara percuma kerana ia adalah opensource http://www.photoscape.org/ps/main/download.php

        Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 9:48 pm

      Terimak kasih, saya lakukan secara spontan sahaja 🙂

      Reply
  18. anif says

    25th February 2011 at 12:25 am

    Err Malaysia menang 2 – 0 kan?

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 1:16 am

      Terima kasih bro kerana tegur tidak perasan langsung walhal sudah baca berulang kali 🙂

      Reply
  19. Sabahan Bloggers Club says

    24th February 2011 at 11:47 pm

    Hahahahahahahaha….
    Baru tau cerita pasal Koning ni. Patutlah.., baru faham apa yg blogger lain cakap.

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 1:14 am

      Ini belum lagi perkataan ‘merempit blog’ yang diperkenalkan oleh bro DnoBiz

      Reply
  20. adele says

    24th February 2011 at 11:36 pm

    yeah, bola lagi..cutenya anak2 bro..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      25th February 2011 at 1:14 am

      Terima kasih, apabila Adele ada zuriat sendiri tentu cute juga 🙂

      Reply
      • adele says

        25th February 2011 at 1:20 am

        waaaah,harapnya bgitulah..ameen 😀

        Reply
        • suri says

          25th February 2011 at 11:26 am

          erk..pic dila pum deh kena membang koning heee

          Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in