• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / The Grand Finale Samsung AppStar 2012

The Grand Finale Samsung AppStar 2012

1st December 2012 by akubiomed 56 Comments

Keputusan the Grand Finale Samsung AppStar 2012.

Pada hari Rabu lepas saya mendapat jemputan daripada Nuffnang mengenai satu event The Grand Finale Samsung AppStar 2012 yang bertempat The Bee @ Publika, Solaris Dutamas pada hari Khamis, 29 Nov.

Sebelum ini ada menerima jemputan email untuk menyertai event berkaitan dengan Nuffnang cuma waktu tidak bersuaian. Kali ini event memang kena kegilaan saya dengan dunia IT. Lebih-lebih lagi ia berkaitan Apps Android yang mana trigger minat saya.

Samsung AppStar 2012 adalah inisiatif dari pihak Samsung mengalakkan ide kreatif khususnya dikalangan belia Malaysia untuk pembangunan apps berasaskan OS Android  yang dapat memberi manfaat kepada pengguna seperti mana kita tahu belia ini selalu segar dengan ide dan ketajaman fikiran.

Saya dimaklumkan Samsung AppStar 2012 ini telah menerima 3,500 ide konsep Apps dari 40 universiti dan kolej tempatan. Hanya 12 peserta akhir telah berjaya di senarai pendek oleh para hakim. 12 Peserta akhir ini telah dihantar ke Samsung bootcamp untuk diterap kemahiran pembentangan dan teknik pemasaran dari pakar industri. Ia adalah sebahagian persediaan untuk grand finale dimana peserta ini akan membentangkan didepan para hakim.

Sesat gara-gara GPS pening.

Saya hampir putus asa untuk ke The Grand Finale Samsung AppStar 2012 kerana GPS saya gagal membawa saya ke Publika sebaliknya ke kawasan pangsapuri Solaris Dutamas. Selepas hampir 2 jam akhirnya saya berjaya sampai ke Publika.

Sorakkan pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Selepas tergesa-gesa mendaftar nama untuk memasuki The Bee sesi pembentangan 1 baru sahaja selesai dan waktu berehat. Pengunjung dan perserta telah dihiburkan dengan Sue and Her Boys; The 2nd Chapter. Ia adalah persembahan yang menghiburkan dapat meredakan tekanan perserta dan para hakim untuk memberi permarkahan. 🙂

Nyanyian yang menghiburkan dari Sue and Her Boys; The 2nd Chapter

Sazzy Falak salah seorang panel hakim

Gambar sesi pembentangan ke 2.

Kumpulan Fesyera mempersembahkan Apps Drug Station

Kumpulan Fesyera dari Asean Metropolitan University College (AMUC) memperkenalkan Apps Drug Station berupa game mengenai farmasi.

Gynoid dari Universiti Sains Malaysia mempersembahkan apps Gynoid

Kumpulan Gynoid dari Universiti Sains Malaysia mempersembahkan apps Gynoid antara bagi saya apps yang menarik dan praktikal. Apps in adalah mengingatkan HarassMap sebuah apps untuk membantu wanita menhantar mesej amaran(macam SOS) seperti kejadian ragut yang mana apps ini dapat merakam suara mangsa dan gambar penjenayah. Cara menghantar mesej adalah dengan mengoncang Smartphones dan mesej akan dihantar kepada pengguna Gynoid lain dan pihak berkuasa serta merta. Jadi tindakan pantas untuk menangkap penjenayah dapat dilaksanakan. Selain itu wanita yang mengguna Apps Gynoid ini boleh berkongsi pengalaman dan nasihat dengan komuniti. Saya nampak Apps Gynoid ini boleh pergi jauh untuk kegunaan anak-anak, pengembara dan orang tua untuk menghantar mesej kecemasan Saya berharap Apps Gynoid ini dapat dikomersialkan.

Penyerahan cenderahati berupa Samsung HM 1800 bluetooth headset kepada 12 peserta finalist.

Para hakim dapat token berupa Samsung Galaxy Note II.

Persembahan daripada No Noise Percussion sementara menunggu keputusan dikira.

Video persembahan NO NOISE PERCUSSION.

Senarai pemenang samsung appstar 2012 diumumkan.

Practical Inovation menang Most Favorite Apps

Pratical Innovation dari Universti Malaya dengan apps Queue-less menang Most Favorite Apps berdasarkan undian online terbanyak telah membawa pulang RM2000. Apps ini membantu pengguna mendapat maklumat nombor giliran, waktu menunggu giliran dan jumlah pelanggan yang berurusan.

Apps Creator 2020 menang tempat ke 3

Apps Creator 2020 dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dengan apps E-Train telah menang tempat ke 3. Apps E-Train membantu pengguna membeli tiket secara online untuk rangkaian pengangkutan awam. Tiket berupa QR kod yang boleh diimbas ketika mengunakannya tiada lagi risau kehilangan tiket, tiket rosak dan tiket terkoyak. Apps Creator telah menerima bantuan biasiswa RM6000  dan 3 unit Samsung Galaxy S III.

Gangnam Team menang tempat ke 2

Kumpulan lelaki kacak Gangnam Team membawa pulang 3 unit Samsung Galaxy S III dan bantuan biasiswa berjumlah RM12,000.

Gynoid menang tempat pertama

Kumpulan Gynoid dari universiti Sains Malaysia telah menerima bantuan biasiswa RM24,000  dan 3 unit gadget Samsung Galaxy S III. Yang lebih menarik lagi pihak Samsung bakal membangunkan konsep ide mereka ini. Bertuah badan.

pemenang samsung appstar 2012

***********************************

Terima kasih kepada Nuffnang dapat CPUV Digi Prepaid Smartplan.:-)

Pautan Informasi: cabaranSamsung AppStar 2012

Sila tekan butang kongsi:

  • Shaheizy Sam tunjuk bakat menyanyi di kempen Nescafe Cans On The Life
  • Blog AkuBiomed mencalon diri DiGi WWWOW Awards 2012
  • Tahun 2012 tinggal kenangan 2013 buka lembaran baru.

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. eyriqazz says

    6th December 2012 at 3:12 pm

    Nampak meriah…ada terima jemputan,tapi tak dapat nak hadirkan diri…

    Reply
  2. hafidz says

    3rd December 2012 at 10:30 pm

    TAHNIAH juga dapat CPUV daripada Nuffnang! ngee 😀

    Reply
  3. KiD says

    3rd December 2012 at 7:53 pm

    waaaaahhh… hakim dapat note II… syiok woooooo

    Reply
  4. Hakim Mahmud says

    3rd December 2012 at 3:42 pm

    bro takde rezeki yang menang hadiah tu tpi kira beruntung la dapa CPUV dari Digi

    Reply
  5. lonelystarz says

    3rd December 2012 at 3:40 pm

    meriah giler event ni,taniah kepada pemenang

    Reply
  6. Hakim Mahmud says

    3rd December 2012 at 3:34 pm

    wow bro hebat event ni…untung la bro

    Reply
  7. ciklaili.com says

    3rd December 2012 at 7:47 am

    saya terima juga jemputan dari NN sehari sebelum event. tapi terpaksa menolak sebab ada anak kecil. dah tentu tak boleh bawa anak ke sana..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2012 at 6:13 pm

      Ini adalah event pertama dari Nuffnang yang saya pernah pergi.

      Reply
    • KiD says

      3rd December 2012 at 7:57 pm

      yup ciklaili… sama laaa… last minute diorang jemput.

      Reply
  8. Dulu Lain Sekarang Lain says

    3rd December 2012 at 5:58 am

    Berhabis samsung buat promosi…

    Reply
  9. yas says

    3rd December 2012 at 2:32 am

    Uishhh…terbaik da ni bro…dpt jemputan skligus dpt cpuv dr derang….ada la masyuk syikit…:D

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2012 at 6:15 pm

      Jemputan last minute daripada Nuff. Kebetulan ada masa free apa lagi pergilah. 🙂

      Reply
  10. zool says

    3rd December 2012 at 12:14 am

    wah.. nampak best je event ni

    Reply
  11. anif says

    2nd December 2012 at 11:06 pm

    Seronok la jadi blogger di sekitar Lembah Klang ni. Banyak peluang & aktiviti 😀

    Reply
  12. Denaihati says

    2nd December 2012 at 9:38 pm

    nampak memang bestlah event ni. tahniah untuk semua pemenang dan pemenang ni mungkin cerah masa depan utk kerja dgn samsung.

    Reply
  13. azura says

    2nd December 2012 at 7:25 pm

    wow hebat

    Reply
  14. wanayu says

    2nd December 2012 at 2:40 pm

    Dapat gak invite dari nuffnang, cuma lambat plak email dorang bagi, dah ada peogram lain hari tu, melepas tgk pertandingan ni,, app dari gynoid tu memang patut diadakan ..

    Reply
  15. Leeza dayasari says

    2nd December 2012 at 1:35 pm

    tahniah kpd mrk yg telah berjaya.

    Reply
  16. cmratu says

    2nd December 2012 at 10:56 am

    best la duduk KL senang nak join event2 yang macam ni.. 🙂

    Reply
  17. Jebeng Otai™ says

    2nd December 2012 at 1:46 am

    memberi pendedahan industri appz ni berdaya saing.. 🙂

    Reply
  18. lensablogger says

    2nd December 2012 at 1:39 am

    tahniah kepada smua pemenang yang berbakat, tahniah juga kpd akubiomed kerana dpt dapat CPUV Digi Prepaid Smartplan

    Reply
  19. auc says

    2nd December 2012 at 1:26 am

    memang best pergi tempat cam ni

    tahniah jg dpt CPUV tu …masyukkkkk 🙂

    Reply
  20. Juan says

    2nd December 2012 at 1:05 am

    bagus la event event mcm nih

    Reply
  21. puanbee says

    2nd December 2012 at 12:38 am

    bestnya kalau saya pandai reka cipta applikasi tu ..
    ?
    tahniah dpt CPUV tersebut .. seronok sbb tk perlu tunggu org klik kan

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 8:54 am

      Baru satu walaupun agak lama menunggu.

      Reply
  22. jal says

    1st December 2012 at 11:24 pm

    alor telepas kot nak join even ni sebab nuffnang send email lambat sangat, kalau x, boleh tengok kawan2 UM beraksi, btw tahniah pada semua yang menang

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 8:56 am

      Boleh tahan full house juga.

      Reply
  23. hairulafiz says

    1st December 2012 at 11:09 pm

    tgk app yg ada kat samsung tak sabar rasanya nak pakai samsung..

    Reply
  24. hairulafiz says

    1st December 2012 at 11:07 pm

    bilalah kita nak dpt jemputan macam tu

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 8:57 am

      Jemputan saat-saat akhir daripada Nuff. Kebetulan kena dengah selera terus sahut pergi.

      Reply
  25. Bro Zulkbo says

    1st December 2012 at 11:01 pm

    salam..
    wahhh..nampak meriah evant tu
    tahniah pada pemenang 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 8:58 am

      Memang meriah dan santai.

      Reply
  26. Melody Foong Sook Wai says

    1st December 2012 at 9:51 pm

    Hi, I’m Melody from team GYNOID. Thanks for the article and photos. Hope you were enjoyed during our presentation that day. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 1:26 am

      Hi Melody. Congrats for winning. I really admire your apps. 🙂

      Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 9:01 am

      Hi melody. Congrats to be a winner. I really admire your app. Hope Gynoid apps available for woman to have.:-)

      Reply
  27. MDHAFiZ.NET says

    1st December 2012 at 8:39 pm

    meriah nye dunia blog korang. ..

    Reply
  28. hafizmd says

    1st December 2012 at 4:55 pm

    Menarik. Apps yg ambe rase paling menarik pastinya apps berkenaan jenayah…moge cepat dibangunkan…
    Tahniah pd semua peserta dan semestinya bro yg sudi berkongsi event ni dgn kami…

    p.s.bila gps pening, kita mmg akan pening pat kali ganda…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 9:01 am

      Tidak salah saya, apps yang menang akan dibangunkan.

      Reply
  29. TehR says

    1st December 2012 at 4:17 pm

    nampak meriah tu, bro
    aku tumpang meriah dari jauh je

    Reply
  30. papa mifz says

    1st December 2012 at 3:39 pm

    nampak menarik event tuh…teringin juga nak pergi event2 macam nih…

    Reply
  31. syaifuddin alias says

    1st December 2012 at 2:11 pm

    best gilak ni..memang meriah .. 😀

    Reply
  32. hairulafiz says

    1st December 2012 at 1:12 pm

    wah bestnya event tu

    Reply
  33. beckhrooy says

    1st December 2012 at 12:15 pm

    bestnya diaorang dpt Samsung Galaxy S3 percuma, nuffnang ada juga jemput utk event ni tapi last minit, memang x dpt join selain faktor jauh (di melaka)

    Reply
  34. sukma says

    1st December 2012 at 10:08 am

    tahniah…saya tinggal jauh susah nak datang di ibu kota…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 9:02 am

      Sudah jauh hendak buat macam mana. Tak ada rezeki.

      Reply
  35. donnyien says

    1st December 2012 at 9:52 am

    Tahniah juga kerana mendapat jemputan pihak Nuffnang.. lepas ni ada peluang nak jadi duta produk ni ..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 9:03 am

      Kalaulah masin mulut bro donny. Saya menerima dengan tangan terbuka.:-)

      Reply
  36. donnyien says

    1st December 2012 at 9:49 am

    Hello bro,

    Tahniah dapat CPUV dari Nuffnang! meriah betul Grand Finale Samsung appstar tu..

    Reply
  37. Norizwan says

    1st December 2012 at 9:12 am

    Steady la…mcm2 app yang menarik…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 9:05 am

      Bayangkan 3500 konsep apps dihantar hanya 12 apps sahaja tepah disenarai pendek.

      Reply
  38. Panas Giler (djchef) says

    1st December 2012 at 9:02 am

    wahh.. memang kreatif app yang dibentangkan.. tertatik dgn app gynoid.. membantu wanita..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 9:05 am

      Ia sebuah app yang perlu ada untuk wanita

      Reply
  39. Mummy Akmar says

    1st December 2012 at 8:38 am

    Waaa…applikasi baru untuk telefon pintar. Macam-macam ada untuk pengguna telefon pintar untuk Samsung..malah Apple pon ada pelbagai applikasi yang ada di iPhone tu

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 9:08 am

      Mereka telah membuka platform untuk developer membangun apps. Kawasan sekolej saya juga ada bangunkan apps percuma.

      Reply
  40. sohoque says

    1st December 2012 at 8:25 am

    aku dapat jugak jemputan ni tp tak leh nak join. terpaksa ambik wife kat tempat keje. uwaaaaa!!!

    Reply
    • akubiomed says

      2nd December 2012 at 9:09 am

      Nak buat macam mana. Bro tak ada rezeki.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in