• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Terkenang daku maruku di pagi Deepavali

Terkenang daku maruku di pagi Deepavali

13th November 2012 by akubiomed 63 Comments

Deepavali membawa maksud ‘Pesta Cahaya’.

Pada tanggal 13 November masyarakat India telah merayakan hari Deepavali atau membawa maksud ‘Pesta Cahaya’. Cahaya yang dimaksudkan adalah harapan, kemenangan dan kebahagian.

Mengikut kepercayaan Hindu, perayaan Deepavali disambut sebagai tanda kegembiraan dan kemenangan kematian mahkluk jahat Naragasura yang berjaya ditewaskan oleh dewa Hindu yang bernama Krishna. Sebagai tanda kemenangan penduduk meraikan kemenangan kebaikkan mengatasi kejahatan dengan menyalakan pelita.

Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang budaya menyaksikan sambutan perayaan mengikut amalan anutan agama masing-masing. Tidak terkecuali masyarakat India akan menyambut Deepavali yang jatuh pada bulan Oktober atau November. Untuk sambutan Deepavali 2012 akan disambut pada 13 Novemberi ini.

Mengunjung rumah berbangsa india semasa sambutan hari Deepavali

Saya mempunyai beberapa rakan sekerja yang berbangsa india. Awal-awal lagi sahabat saya sudah menjemput mengunjungi rumah beliau pada hari pertama Deepavali nanti. Pada hari sambutan Deepavali saya akan menziarah sahabat saya yang tinggal tidak jauh dari rumah saya. Kalau setiap kali datang ke rumah beliau, saya akan pasti suka makan maruku yang dihasil tangan ibu beliau sememangnya sedap dan lembut. Maruku antara juadah wajib untuk tetamu dan sebelum balik, beliau akan beri saya sebotol maruku untuk makan bersama keluarga. Aduhai terasa rindu akan maruku hasil tangan ibu beliau. Anak-anak saya juga dapat pemberian duit raya.

Keunikan Kolam atau Rangoli

Saya suka melihat hasil seni Kolam atau Rangoli iaitu hiasan lantai yang dihasilkan mengunakan beras berwarna. Pada sangkaan saya adalah cat atau kapur warna yang dilakar diatas lantai. Penghasilan Kolam atau Rangoli ini sungguh unik dan cantik. Ia dihasilkan penuh ketelitian dan kesabaran bukan mudah hendak menabur beras berwarna mengikut lakaran corak yang telah ditetapkan. Saya sendiri pernah mengambil Kolam gergasi yang pernah dibina di stesen KL Central beberapa tahun dahulu.

Be the Light – A Celebration of Culture and Tradition.

Pihak Petronas telah menganjurkan Be the Light – A Celebration of Culture and Tradition di Galeri Petronas dengan beberapa aktiviti sebelum perayaan Deepavali bermula 8 November sehinggalah 25 November ini. Antara aktiviti menarik yang dianjurkan adalah seni lukis Henna, tarian klasik India, seni Kolam, seni pemakaian pakaian India dan bermacam lagi. Berpeluang melihat budaya dan amalan tradisi masyarakat India sempena Hari Depaavali secara dekat bolehlah ke ke Galeri Petronas dengan membawa anak-anak supaya boleh berlajar budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Maklumat lanjut jadual aktiviti boleh layari link Be the Light – A Celebration of Culture and Tradition, Galeri Petronas.

Video pelancaran Petronas Deepavali Campaign 2012

Video ucapan dari Boyz in the Hood.

AkuBiomed | 

Sila tekan butang kongsi:

  • Sentuhan Kasih Deepavali
  • Sambutan hari lahir abang Koning bersama Pokde
  • Celup celup di Sungai Chiling

Filed Under: advertorial

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    16th July 2013 at 10:52 am

    sedap..tapi saya tak mahir membuatnya..

    Reply
  2. Aya says

    8th February 2013 at 9:46 pm

    Kelihatan sedap plak maruku ni.. tapi aya tak boleh makan banyak sangat sebab cepat muak..huhu

    Reply
  3. Nur says

    20th November 2012 at 5:05 pm

    Hari tu ada dapat tepung maruku dari pihak Baba’s tapi sampai sekarang tak cuba buat lagi… Rasanya Mummy Akmar dah jadi pengomen tegar blog ni. . Nak merebut takhta daripada Kak Suri nampaknya…

    Reply
  4. Mummy Akmar says

    17th November 2012 at 9:25 am

    Kalau bukan deepavali makan muruku pon sedap kan..boleh dapat di tepi bank orang india jual..macam2 kerepek tu…

    Reply
  5. maszull says

    16th November 2012 at 11:31 am

    assalamualaikum akubiomed…sedapnya bila tengok maruku tu…:)

    Reply
    • suri says

      16th July 2013 at 11:35 am

      ada kawan india saya kenal kt kl dia bg meruku mmg sedap

      Reply
  6. Mummy Akmar says

    15th November 2012 at 9:42 am

    Dulu masa lepas SPM selalu pergi visit rumah cikgu india time deepavali..untuk beberapa tahun. Sekarang ni dah tak visit dah..sedap jugak dia masa…heeee~

    Reply
  7. ohcikgu says

    14th November 2012 at 8:15 pm

    maruku memang sedap dimakan begitu sahaja. hehe!

    Reply
    • Mummy Akmar says

      15th November 2012 at 9:42 am

      saya pon peminat murukuuuuuuu!

      Reply
      • suri says

        16th July 2013 at 11:30 am

        saya peminat tegar..

        Reply
      • suri says

        16th July 2013 at 4:16 pm

        hari-hari mau maruku

        Reply
    • akubiomed says

      15th November 2012 at 9:39 pm

      Memang betul. Kalau makan sambil menonton tv tak perasan habis. 🙂

      Reply
  8. Hairul Hissam says

    14th November 2012 at 4:31 pm

    saya suka makan maruku emak saya… ingat nak minta resepi kat mak lah nanti… boleh buat sendiri…

    Reply
    • Mummy Akmar says

      15th November 2012 at 9:43 am

      selalunya orang india je buat maruku..mak awak pon pandai? respek lah

      Reply
    • akubiomed says

      15th November 2012 at 9:40 pm

      Bolehlah kongsi resepi maruku nanti.

      Reply
  9. Bro Framestone says

    14th November 2012 at 9:17 am

    mamat2 dalam video last tue kan yang ada berlakon dalam iklan deepavali yang kena piat telingga tue kan…

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2012 at 10:12 am

      Betul bro.:-)

      Reply
    • Mummy Akmar says

      15th November 2012 at 9:43 am

      takdapat tengok video dekat office le plak

      Reply
  10. suri says

    14th November 2012 at 1:43 am

    kawan sy ad abuat rasa mmg sedap.klu d beri 1 bekas blh bwa blik umh ghee

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2012 at 10:14 am

      Makan maruku sambil menonton filem hindustan menarik juga.:-)

      Reply
      • suri says

        16th July 2013 at 4:17 pm

        haa..boleh tahan juga idea bro ab heee.

        Reply
      • suri says

        16th July 2013 at 4:17 pm

        kalau tengok movie kt pawagan ok juga heeee

        Reply
    • Mummy Akmar says

      15th November 2012 at 9:44 am

      kalau orang india yang pandai masak memang sedap

      Reply
      • akubiomed says

        15th November 2012 at 9:42 pm

        Rempah ratus yang digunakan menjadikan ia sedap.

        Reply
  11. suri says

    14th November 2012 at 1:40 am

    sungguh kalsik dan tradisional skli

    Reply
  12. donnyien says

    13th November 2012 at 11:33 pm

    bertuah rakyat malaysia yang berbilang kaum, dapat merayakan perayaan masing-masing dengan aman dan sentosa.

    Reply
    • Mummy Akmar says

      15th November 2012 at 9:45 am

      sangat semangat satu malaysia kan…

      Reply
  13. primabawal says

    13th November 2012 at 11:30 pm

    suke maruku!!sedap..

    Reply
    • Mummy Akmar says

      15th November 2012 at 9:45 am

      saya pon sukeeeeeeee

      Reply
  14. Panas Giler (djchef) says

    13th November 2012 at 11:03 pm

    teringin nak tengok cara mereka buat kolam tu

    Reply
    • suri says

      14th November 2012 at 1:47 am

      sllu buat kt pusta beli belah klu ada org buat contets cam tv3 tu heee

      Reply
  15. beckhr00y says

    13th November 2012 at 10:12 pm

    kita di Malaysia bertuah sbb dpt menyaksikan byk perayaan

    Reply
    • Mummy Akmar says

      15th November 2012 at 9:47 am

      betul tu.saya setuju sangat..

      Reply
  16. zool says

    13th November 2012 at 10:09 pm

    maruku memang faveret ..memang best

    Reply
    • suri says

      14th November 2012 at 1:48 am

      kalau makan krap..krup jer dlm mulut..klu tak de gigi hee ..?

      Reply
      • akubiomed says

        14th November 2012 at 10:13 am

        Kalau tak ada gigi kena celup maruku didalam air bagi lembut.:-)

        Reply
    • Mummy Akmar says

      15th November 2012 at 9:48 am

      saya pon suka..

      Reply
      • suri says

        16th July 2013 at 4:37 pm

        raya ini saya nak cari muruk gak.boleh makan masa dlm perjalanan balik ke melaka nanti

        Reply
    • Jebeng Otai™ says

      17th November 2012 at 12:13 am

      kalo ade panggung wayang ganti popcorn ngn maruku pon layan gak hehe..

      Reply
  17. hatiputera says

    13th November 2012 at 9:47 pm

    Lama jugak dah makan maruku.

    Reply
    • Mummy Akmar says

      15th November 2012 at 9:48 am

      suka maruku si hatiputera ni ye

      Reply
  18. nurmisnan says

    13th November 2012 at 9:39 pm

    ayaiyaiii.. peminat maruku tuh. Lagi2 yang rangup + sodap
    hari2 makan tak jemu.. Manisan Soan Papdi menjadi kemestian
    bila tiba diwali.

    Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 10:32 pm

      Ketika bertugas di Sarawak saya mempunyai rakan berbangsa India yang berasa dari India. Kalau mereka balik menyambut Deepavali pasti bawa buah tangan terutama manisan.

      Reply
  19. Juan says

    13th November 2012 at 8:57 pm

    baru sahaja tadi dapat maruku dari kawan india

    Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 9:09 pm

      Boleh kongsi-kongsi maruku nanti. 🙂

      Reply
  20. KiD says

    13th November 2012 at 8:39 pm

    nak duit raya!! eh… maruku!!!

    Reply
  21. sha says

    13th November 2012 at 6:03 pm

    saya nak maruku free… ahak ahak

    Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 7:24 pm

      Kalau kawan saya akan bawa maruku untuk saya.

      Reply
  22. ajumohit says

    13th November 2012 at 5:04 pm

    dulu mak saya rajin buat maruku ni, manually ;).

    Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 7:25 pm

      Kalau ada resepi yang sedap tentu best.

      Reply
      • donnyien says

        13th November 2012 at 11:35 pm

        memang lama sangat tak makan maruku ni, depan tempat kerja ada seorang anei selalu jual muruku..

        Reply
  23. Bro SM says

    13th November 2012 at 4:32 pm

    Maruku oh maruku. Telan air liur baca entri bro nih. Hehehehe

    Reply
  24. onlajer says

    13th November 2012 at 2:47 pm

    suka juga maruku ini

    Reply
  25. anif says

    13th November 2012 at 2:25 pm

    Terasa mahu cari maruku 🙂 hehe..

    Reply
  26. cik tom says

    13th November 2012 at 2:06 pm

    maruku yg emak ciktom buat mmg best..hehe..
    slmt deepavali pd yg merayakan..

    Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 7:27 pm

      Boleh Cik Tom kongsi resepi maruku nanti.

      Reply
    • Mummy Akmar says

      15th November 2012 at 9:49 am

      waa emak ciktom pon pandai..tabiklah..

      Reply
  27. puanbee says

    13th November 2012 at 1:27 pm

    Kawasan sy kurang india , ada satu keluarga saja 😛

    Reply
    • cik tom says

      13th November 2012 at 2:06 pm

      kt kawasan umah ciktom lgsg xde keluarga india..tp kl kt umah sewa keje tue mmg ramai..

      Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 7:28 pm

      Itu kalau kena serbu memang meriah jadinya.

      Reply
  28. pipoq says

    13th November 2012 at 1:08 pm

    malam tadi kawasan perumahan sy bingit dengan letupan mercun..

    Reply
    • akubiomed says

      13th November 2012 at 7:31 pm

      Budaya main mercun bukan sahaja dikait dengan masyarakat Cina tetapi juga kaum lain pun turu bermain mercun.

      Reply
  29. hairulafiz says

    13th November 2012 at 12:34 pm

    samalah kita bro…dulu kecik2 ada juga pergi beraya rumah kwn2 India, sekarang ni dah xder

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in