• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Teringin Nescafe Kopi Kedah

Teringin Nescafe Kopi Kedah

20th January 2021 by akubiomed 5 Comments

Teringin nak merasa Nescafe Kopi Kedah

Cicah biskut Bijan dengan air Nescafe Kopi Kedah panas

Iklan Nescafe Kopi Kedah asyik berulang-ulang main di TV. Timbul terasa nak ingin menghirup air Kopi Kedah. Dalam benak kepala selalu tertanya-tanya apakah rasa Nescafe Kopi Kedah ini?

Agak sukar nak jumpa Kopi Kedah kerana ia selalu sold out. Bila berpeluang melihat produk Kopi Kedah ini dijual oleh Nestle Official Store di PGMall Online Shop. Jari-jari laju tekan order masuk cart order. Kalau lengah-lengah nanti terlepas.

Kotak penghantaran mengandungi produk Nestle

Setiap kali lori penghantaran atau penghantaran bermotorsikal lalu di depan rumah akan debaran dan penuh harapan mengharapkan Nescafe Kopi Kedah ini sampai. Sungguh menghampakan sebab ia sekadar selalu atau barang jiran sebelah rumah.

Akhirnya terima penghantaran produk Nestle setelah menunggu selama sepuluh hari. Bila terima kotak yang agak besar. Timbul keraguan kuantiti barangan Nestle yang diorder. Besar sangat kotak pembungkusan yang dihantar oleh Nestle ini. Nestle tersilap hantar barang kot?

Bila buka kotak. Lihat didalamnya ada produk-produk yang diberikan secara saguhati oleh Nestle. Terima kasih Nestle yang bermurah hati sertakan barangan saguhati selain dua tin Nescafe Kopi Kedah yang diorder.

Barangan sampingan saguhati pemberian oleh Nestle
Nescafe Kopi Kedah

Pandangan kali pertama ertama melihat tin Nescafe Kopi Kedah yang cantik kerana ada corak motif batik dan teruja melihat logo kerajaan Kedah. Kopi Kedah ini seratus peratus ditanam oleh penanam-penanam kopi dari negeri Kedah. Sungguh bangga Kopi Kedah ini menjadi kopi keluaran premium rangkaian produk Nescafe keluaran Nestle.

Pengalaman pertama menghirup kopi Kedah ini. Rasanya tak keras dan baru aroma kopinya memikat. Saya sudah jatuh hati dengan Nescafe Kopi Kedah keluaran Nestle ini.

Memandangkan stok Nescafe Kopi Kedah selalu habis dipasaran. Saya beli dua tin ada harga RM46. Senang buat stok dirumah.

Berminat nak order Nescafe Kopi Kedah ini boleh order dari PGMall dengan klik butang order dibawah.

2 tin Kopi Kedah

Sila tekan butang kongsi:

  • Chillax with Nestle di Ben's Bangsar Shopping Centre
  • Bah membawa rezeki
  • Penangan Maggi Royale kejutan awal tahun 2015

Filed Under: blog Tagged With: nescafe classic kopi kedah

Reader Interactions

Comments

  1. sumijelly says

    3rd February 2021 at 12:45 pm

    lawa tin nya..

    hr tu ada promo depan speedmart.. lori nescafe dtg… tp kurang sgt minum nescafe..suami je minum..hehehhe

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2021 at 10:55 pm

      Saya kurang gemar minum Kopi yang berjenama sebab selepas minum badan mengeletar. Kalau kopi kampung atau kopi Kedah boleh terima. 🙂

      Reply
  2. puanbee says

    23rd January 2021 at 4:59 am

    rasa sama ke dengan nescafe biasa ?

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2021 at 9:28 pm

      Rasanya kopi Nescafe Kopi Kedah ini kurang keras dan bau aroma kopi yang memikat.

      Reply
  3. Hairul Hissam says

    21st January 2021 at 9:00 pm

    baca cuba nie.. produk nestle pun bagus2.. dulu pun pernah kerja kat branch nestle nie.. macam2 dpt free produk dia yg nak expired..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in