• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Terima kasih babah

Terima kasih babah

16th January 2011 by akubiomed 81 Comments

Basikal BMX pernah mencetuskan fenomena.

Pada hujung minggu anak-anak aku yang semuanya lelaki akan menaiki basikal dengan berkayuh basikal dikawasan perumahan.

Ekor mata aku akan mengekori kelibat mereka menolak basikal keluar hingga ke pintu pagar seorang demi seorang. Bila dah mula naik basikal tak ingat dengan berkayuh basikal sekuat hati sehingga tidak menghiraukan kawan-kawan lain yang turut sama menaiki basikal.

kasih babah

Apabila melihat kelibat anak-anak bersaing basikal sesama mereka mengimbau pengalaman ketika seusia mereka, berkayuh basikal adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.

Keluarga aku tinggal kawasan perumahan teres setingkat di Taman Keramat jadi cara permainan kami disesuaikan dengan cara hidup kami.

Kalau zaman aku ketika kecil dahulu memang terkenal dengan basikal BMX. Basikal BMX memang tengah ngetop dengan kemunculan cerita E.T dimana didalam ada babak-babak yang mana E.T dibawa dengan basikal.

Arwah datuk aku membelikankan aku basikal BMX pada ketika itu pada harga RM100 di Golok. Basikal BMX berwarna biru adalah warna kegemaran aku.

Hati sakit apabila kawan selalu mengatakan basikal aku berwarna biru umpama Freddie Spencer dan kawan aku basikal berwarna merah berangan sebagai Eddie Lawson merujuk kedua pelumba hot ini silih berganti menaiki podium Kejohana Dunia Grand Prix Motorsikal.

Ahad lepas abang Ngah telah mengadu tayar basikalnya pancit aku pun membantu pam angin tayar tapi tidak lama kerana ia pancit kembali.

Kesian melihat air muka abang Ngah penuh dengan rasa kecewa kerana ia terpaksa menamatkan kayuhan basikal lebih awal ibarat Valentino Rossi terpaksa tarik diri kerana masalah tayar. Aku dapat faham perasaan kekecewaan itu dengan membeli tiub basikal pada hari Isnin lepas untuk mengantikan tiub yang bocor itu.

Pengalaman membaiki basikal yang lalu banyak membantu aku untuk mengantikan tiub basikal abang Ngah. Nampaknya kemahiran tersebut tidak hilang dan aku berjaya mengantikan.

Terpancar kegirangan muka abang Ngah dapatlah berkayuh kembali bersama adik-beradik lain. ‘Terima kasih babah’, ucapkan abang Ngah sambil melimparkan senyuman dengan menolak basikal dan bermula kayuhannya.

  • Projek hujung minggu DIY tukar tiub tayar basikal
  • Projek restore basikal BMX final
  • Projek restore basikal BMX anak

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. hasrul hassan says

    10th September 2014 at 10:51 am

    Aku pun ada beli beskal ala-ala BMX … kat anak aku, suka dia. Aku gak tak merasa BMX yang memang terkenal satu masa dahulu.

    Reply
  2. Amirez says

    23rd January 2011 at 12:43 am

    teringat basikal mauntain bike adik yg ada spring kat tengah yg dah dimodifiedkan oleh saya menjadi bmx berspring kat tengah dengan modal hampir RM75 hehe. entah kat mana dah basikal tu skang, ada orang curi

    Reply
  3. yanmie says

    20th January 2011 at 12:52 pm

    Salam,

    anak-anak suka kita pun suka kan, betul tak?
    anak2 kat umah nie basikal pancit tak terkira berapa kali, pedahal main kat laman rumah je, abis semua benda dia susun kat lantai pastu langgar sana sini, konon nk buat bonggol lah apa lah…uhuk…

    tapi seronok tgk gelagat diorang, teringat time kecik dulu 🙂

    Reply
  4. intankuterpilih says

    18th January 2011 at 11:01 pm

    dulu aku suka berlumba basikal dgn kwn2 lelaki, tp biasalah mesti kalah punya, pastu nangis… hehehe… pernah jatuh sampai koyak kepala lutut aku… lepas tu terus taknak main beskal dah…

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:40 am

      Lelaki setakat jatuh basikal dan koyak lutut biasa. Lelakikan..:-)

      Reply
  5. Idea Lampu says

    18th January 2011 at 9:09 pm

    Satu lagi brand yang femes kat Malaysia rasanya Haro Master kut. Hmm.. betulkan kalau salah k.

    Reply
    • akubiomed says

      20th January 2011 at 12:39 am

      Tidak pernah dengar jenama ini sebab zaman jenama Le Run dan Shimano amat popular

      Reply
  6. Ezany-Kun says

    17th January 2011 at 11:42 pm

    diy tu.. mmg hebat la.. clap2..

    Reply
    • akubiomed says

      18th January 2011 at 12:53 am

      Dapat berjimat sambil keluarkan peluh. Anak tentu bangga kalau ayahnya sendiri yang membaiki basikal

      Reply
  7. eiman says

    17th January 2011 at 10:19 pm

    nostalgia bmx ni zaman sekolah2 dulu..

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2011 at 10:39 pm

      Kalau naik BMX pun sekarang kerana X-Games

      Reply
  8. Wan Perlis says

    17th January 2011 at 8:20 pm

    rasa nostalgia baca entri ni.hehe
    basikal tak dapat dipisahkan dengan budak2
    rindu nak naik basikal
    sekarang kat kampung aku,org dok gila moltenbike,geng veteren pun join

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2011 at 10:38 pm

      Dekat kawasan perumahan saya ramai yang veteran menaiki basikal mountain bike. Frame mountain bike sahaja sudah berharga beribu belum dipasang tayar dan benda-benda lain lagi

      Reply
  9. RedBoys says

    17th January 2011 at 7:24 pm

    ada kemahiran membaiki basikal rupanya. kalau dapat berbuat bersama anak pasti dapat mengeratkan lagi hubungan anak dengan ayah.

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2011 at 10:36 pm

      Anak jadi Supervisor dan ayah jadi pomen basikal 🙂

      Reply
  10. hafizmd says

    17th January 2011 at 5:14 pm

    tahniah bro…

    mmg antara saat seronok bila tgk anak2 gembira…

    psssst…kecil2 dulu, merasa perahu buatan sendiri…maklumlah..banjir saja…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2011 at 10:48 pm

      Okay lah tuh dapat main banjir dengan menaiki perahu

      Reply
  11. deCrewz says

    17th January 2011 at 4:16 pm

    Basikal pertama yang Jai guna Basikal Tua, atuk jai punya.. Moden ckit guna BMX.. Masa tulah belajar merempit..ahaks..

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2011 at 10:36 pm

      Lagi seronok berlumba dalam hujan dan lanyak becak

      Reply
      • deCrewz says

        17th January 2011 at 11:19 pm

        A’ah ye, sampai rumah kena tibai ngan kayu..kah3

        Reply
        • akubiomed says

          17th January 2011 at 11:22 pm

          Kalau setakat calitan Sarjan akibat di rotan sudah biasa 🙂

          Reply
  12. dnoBiz says

    17th January 2011 at 2:58 pm

    huhu aku naik basikal tua yang ada galang tengah tu,,
    kayuh ikut celah galang je,… 😀

    PS : kayuh terlampau laju sampai tak sempat nak brek (memang tak boleh brek pun) beskal masuk bawah rumah.. aku sangkut kat dinding.. patah 1 gigi hehehe..
    tapi tak bagi tau sape sapa takut tak dibenarkan guna basika 😀

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2011 at 10:35 pm

      Samalah dahulu semasa mula belajar naik basikal pada ketika itu tinggal di Pulau Pinang. Yang unik di Pulau Pinang ketika itu basikal perlu ada lesen

      Reply
  13. mancai says

    17th January 2011 at 1:22 pm

    dulu layan gak bmx dengan skatebord… apapun terima kasih jugak kat babah

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2011 at 10:34 pm

      Wah hebat bro main skateboard 🙂

      Reply
  14. zik says

    17th January 2011 at 1:17 pm

    alamak bmx aku.. ada dekat kg bawah rumah, silap2 haribulan dah dijual besinya… tidak2x..

    Reply
  15. sw33tdarling says

    17th January 2011 at 12:28 pm

    masa kecik2 saya join geng lelaki abang & adik main basikal.. sama naik ngan depa, kayuh sambil lepas tangan.. boleh katakan, masa kecik dulu saya separa tomboy…

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2011 at 10:56 pm

      Biasalah semasa kecil dahulu tunjukkan skill berkayuh sambil lepas tangan dan buat wheelie 🙂

      Reply
  16. Amry says

    17th January 2011 at 12:10 pm

    Dulu waktu kecik tak der la dapat BMX, basikal biasa jer…tapi pernah kena langgar ngan moto waktu melintas jalan…sampai sekarang ingat lagi kenangan tu…. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2011 at 10:57 pm

      Kena langgar motor dapa yang patah riuk?

      Reply
  17. suri says

    17th January 2011 at 11:52 am

    mana si anak tu..tgok muka dia mesti monyok dan kecewa bila tak dapt naik basikal hee..

    Reply
  18. eyriqazz says

    17th January 2011 at 11:05 am

    kecik2 dulu memang bercita2 mahukan basikal bmx ini namun hajat tidak berkesampaian..

    Reply
  19. maza says

    17th January 2011 at 12:19 am

    hahaha.. betul2 nostalgia..

    good good..

    maza dulu pun mengidamkan basikal BMX ini.. tapi mak tak memahami jiwa anak2nya ini… ada ke patut dia belikan basikal fomfuan yg berhandal tinggi itu.. adekrkk…

    pernah gak kena kutuk dgn kawan-kawan sepermainan.. maza buat tebal muka ajelah.. kayuh tetap kayuh hingga dibawa pergi ke sekolah…heheheh

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2011 at 10:32 pm

      Masa zaman saya bersekolah ramai anak cina tak kira perempuan atau lelaki akan menaiki basikal seperi Maiza sebutkan 🙂

      Reply
  20. lina says

    16th January 2011 at 11:42 pm

    babah yang hebat! tapi hebat lagi abah saya! hehe~

    ANTARA MAK TIRI DENGAN MAK SENDIRI

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 11:46 pm

      Semua abah didunia ini hebat 🙂

      Reply
  21. Fahmi Raazali says

    16th January 2011 at 11:29 pm

    zaman kecik2 dulu penah ada basikal… tp basikal biasa je la… xdenya nak dpt BMX… tp masih berguna jugak… sebab dapat jugak jalan2 dan merasa pergi sekolah naik basikal..

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 11:45 pm

      Saya ke sekolah menegah menaiki basikal tua dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Walhal kawan-kawan saya sudah mula naik motorsikal selepas naik tingkatan 4. Sekolah menengah saya adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar.

      Apabila tingkatan 6 rendah saya naik basikal racing pula:-)

      Reply
  22. Squtopus says

    16th January 2011 at 11:04 pm

    Wah, dah lama tak dengar citer pasal basikal BMX. Dulu BMX ibarat BMW la di kalangan jenis2 basikal yang segenerasi dengannya.:-) . Saya dulu pakai basikal raleight second hand je pasal mak ayah takde duit nak beli. huhuhuh

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 11:42 pm

      Saya belajar kayuh basikal dengan basikal tua yang ada palang. Bayangka basikal lebih besar dari saya dan cara bawa adalah berkayu melalui palang nak duduk tak sampai kayuh basikal.

      Apabila berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur baru dapat basikal BMX

      Reply
      • pipoq says

        17th January 2011 at 3:50 pm

        hehehe..sama la ngan aku gak..basikal tua yang berpalang tu la memula aku blaja bawak basikal..tersenget je mengayuh basikal tu siap terbabas masuk dalam parit depan umah nenek aku lagi tu..

        bila dah agak terel sket, leh jingkut jingkut mengayuh sambil duduk..tapi ada kes terduduk atas palang tu memang menginsafkan tul..senak giler..ahahaha..

        Reply
        • akubiomed says

          17th January 2011 at 8:58 pm

          Ouch, tentang yang terhentak palang tak boleh nak buat apa 🙂

          Reply
  23. donny says

    16th January 2011 at 10:49 pm

    wah sudah cerita pasal basikal rupanya bro..hehe
    dulu selalu gak baiki basikal rosak,sekarang pun masih aktif berbasikal

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 11:40 pm

      Basikal mountain bike tapi boleh dikira berapa kali tunggang dan asyik pam angin tayar bukan fasal tayar pancit tetapi disebabkan basikal tak dinaiki 🙂

      Reply
  24. piah becok says

    16th January 2011 at 9:55 pm

    *taman keramat? minggu lepas pegi makan kat al-ansar steakhouse, au2.*
    saye tak sempat merase naik bmx. jeles meh… mungkin lepas ni akan terus ke kedai membeli beskal.

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 11:39 pm

      Saya pun sudah lama tidak ke Taman Keramat kerana orang tua sudah berpindah ke Bangi manakala adik-adik masih duduk di rumah di Taman Keramat. Rumah saya berdekatan dengan Teaxs Insrument dan ChipPAC dulu dikenali Harris

      Reply
  25. zulkbo says

    16th January 2011 at 8:41 pm

    salam..
    kenangan saya berbasikal di kampung
    sekitar 70an..ermmm,semuanya di modified
    sendiri..guna part2 yang orang buang..
    almaklum susah zaman tu..sekarang melihat anak2
    bertuah, basikal di beli di kedai beratus regannya

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 11:36 pm

      Yang penting bahagian terbuang akan menjadi basikal 🙂 Zaman sekarang basikal lebih mahal dari harga sebuah motor

      Reply
  26. pemerhatidunia says

    16th January 2011 at 8:13 pm

    Seronok ada anak ramai ni, banyak anak banyak ragam…

    Reply
  27. Nur says

    16th January 2011 at 8:02 pm

    Memang basikal BMX sangat popular zaman saya kecil dulu. Akhirnya tak sia2 pengalaman masa lampau boleh buat anak kita tersenyum gembira… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 8:09 pm

      Dulu selalu baiki basikal sendiri dengan cara belajar pengamatan dan belajar melalui rakan sebaya

      Reply
  28. miss b says

    16th January 2011 at 7:02 pm

    taman keramat?? rumah saya kat jelatek. hehehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 7:12 pm

      Tak jauh tuh. 🙂

      Reply
  29. pipoq says

    16th January 2011 at 6:00 pm

    memang nostalgia sungguh ngan BMX ni..tapi sekarang ni jarang tul dah nampak budak bawak BMX..

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 8:08 pm

      Betul sejak basikal Mountain bike mengambil alih legasi BMX

      Reply
  30. Ladfe Amir says

    16th January 2011 at 2:37 pm

    dulu BMX adalah antara basikal paling mahal yg jadi pujaan dan idaman semua org.
    tapi aku lagi suka naik basikal tua..yg seusia ngan diri aku

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 8:07 pm

      Membeli basikal BMX tidak secukup sekadar hanya basikal perlu diambil kira aksesori BMX

      Reply
  31. Hadi Rofiee says

    16th January 2011 at 2:34 pm

    Salam tuan rumah.

    Izinkan saya meminta pendapat & pandangan: apakah cabaran membesarkan anak2 yang kesemuanya lelaki? 😐

    p.s: mungkin sebagai persediaan untuk saya yang masih belum berkahwin. 🙂

    Reply
    • tehr says

      16th January 2011 at 6:35 pm

      bertumbuk!

      si bapa perlu cool dan berada di antara keduanya

      Reply
      • akubiomed says

        16th January 2011 at 8:04 pm

        Betul sebagai bapa tidak boleh bias dan jangan mengapi-apikan cuba mendamaikan antara perkelahian antara keduanya

        Reply
      • Hadi Rofiee says

        16th January 2011 at 8:05 pm

        Terima kasih TehR. 🙂

        Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 8:03 pm

      Anak lelaki biasalah memang kasar. Bergaduh adik beradik ibarat air di cincang tidak akan putus 🙂

      Reply
      • hafizmd says

        17th January 2011 at 5:12 pm

        aduh…teringat masa aku kecik2..dulu…suka sangat gaduh dgn abang2…bisalah…tak nak kalah…hahahaa

        sekarang, alhamdulillah..mmg baik yg amat sangat…

        Reply
        • akubiomed says

          17th January 2011 at 8:59 pm

          Anak lelaki memang ganas kalau bergaduh 🙂

          Reply
    • dnoBiz says

      17th January 2011 at 2:53 pm

      Jadi la kawan dan bapa mereka pada masa yang sama 😀

      Reply
  32. anif says

    16th January 2011 at 2:23 pm

    Tentunya berbasikal BMX menjadi kenangan yang sukar dilupakan oleh anak-anak Generasi X 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 8:06 pm

      Basikal BMX yang arwah datuk saya beli masih didalam keadaan baik dan bercadang untuk mewaris kepada anak saya seperti mana bapa saya wariskan basikal tua Raleigh kepada saya.

      Reply
    • adamfaiz says

      17th January 2011 at 10:41 am

      Macamana pulak dengan babyboomers?..Dulu meleleh air liur je tengok orang naik..mintak kat bapak, tapi tak dapat…

      Reply
      • akubiomed says

        17th January 2011 at 10:30 pm

        Dulu jenama Le Run antara yang paling hot 🙂

        Reply
  33. eLLy says

    16th January 2011 at 2:12 pm

    Babah memang hebat .. wah puji melebih pulak ni 🙂

    dah lama tak kayuh basikal kat gym ;p

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2011 at 7:26 pm

      Sekali-sekala kena puji apa salahnya 🙂

      Reply
      • suri says

        17th January 2011 at 11:53 am

        anak llki bgtulah gayanya..klu anak pompuan lain pula kisahnya heee

        Reply
        • dnoBiz says

          17th January 2011 at 2:52 pm

          anak perempuan basikal pink dengan bakul kat depan untuk letak tedy bear 😀

          Reply
          • hafizmd says

            17th January 2011 at 5:11 pm

            aku masih fikir ni bro..masih adakah lagi yg berbasikal warna pink, berbakul didepan…lama sangat dah tak tengok… 😀

            Reply
          • akubiomed says

            17th January 2011 at 10:30 pm

            Masih ada lagi kalau pergi dekat kedai basikal dan pasaraya 🙂

            Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in