• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakai

Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakai

17th January 2012 by akubiomed 66 Comments

Teknologi Hijau bukanlah kos pelaburan yang murah.

Rumah saya duduki sekarang ini sudah berusia  9 tahun dan dari sejak mula melangkah masuk rumah ini saya sudah merancang untuk memasang lampu Energy Saver. Lampu jenis kalimantang bukanlah pilihan saya walaupun ketika itu walaupun hanya saya dan isteri duduk bersama. Kalau pasang lampu kalimantang, bil bulanan elektrik untuk kegunaan kami berdua tidak akan mencapai ratusan ringgit. Jadi jangan terkejut tidak ada perhiasan lampu yang bling-bling dirumah saya. 🙂

Lampu Energy Saver 8W bersamaan 40W mentol lampu filamen

Kesedaran untuk memasang lampu Energy Saver yang berteknologi hijau ini bermula pengalaman lampu kalimantang dirumah orang tua ditukar dengan elektronik ballast kerana sering mengalami starter bermasalah atau ballast itu sendiri bermasalah. Pendawaian yang uzur tidak memberi sambungan kurang baik jadi arus elektrik tidak mengalir dengan baik.

Tidak perlu tukar lampu selama 25 tahun kalau mengunakan Lampu LED Teknologi Hijau

Lampu LED tidak ada perhiasan lampu yang bling-bling

Harga lampu Energy Saver bukan murah dijual sekitar bawah RM20 untuk tenaga 8W. Ketika memasuki rumah apa yang saya lakukan adalah memasang lampu Energy Saver dikawasan yang penting sahaja. Tiap-tiap bulan saya akan membeli lampu Energy Saver sehinggalah semua ruang didalam rumah saya lengkap. Ia adalah cerita benar ketika saya memasuki rumah baru bukan untuk lengkap sepenuhnya tetapi merancang apa perlu diutamakan. Ibarat burung jantan membina sangkar untuk pasangannya bertelur sedikit demi sedikit. Pengunaan barangan Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakai walaupun mahal pada permulaannya  tetapi ia adalah pelaburan berbaloi untuk jangka masa panjang terutama pengunaan tenaga.

Lampu LED 9W bersamaan mentol lampu filamen 60W

Baru-baru ini timbul keraguan mengenai lampu Energy Saver apabila didakwa memberi kesan kesihatan kerana mempunyai merkuri dan kesan alergi kulit kepada sesetengah pengguna. Lampu LED dikatakan antara Teknologi Hijau kerana ia bebas merkuri. Kalau dulu daya kecerahan lampu LED amat terhad tetapi dengan teknologi terkini kecerahan lampu LED menyamai kecerahan lampu kalimantang dan lampu Energy Saver.

Guna lampu LED tidak perlu tukar selama 25 tahun

Siapa tidak kenal blogger DenaiHati dan Kujie @ Kak Jie? Kedua personaliti ini mampu menarik perhatian dikalangan blogger dan mempunyai pengujung yang setia. Apa bila mereka berdua ini berpeluang untuk pengembaraan memandu uji Honda Insight Hibrid, saya percaya ia mampu menarik perhatian mengenai kenderaan Teknologi Hijau dikalangan pembaca mereka. Harga Kereta Hibrid belum semua peringkat golongan mampu memilikinya walaupun sudah ada langkah kerajaan melanjutkan insentif cukai menerusi pengecualian penuh cukai import dan eksais untuk kereta hibrid dalam pengumuman Bajet 2011.

p/s: Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakai

  • Jimat bil elektrik cara mudah my style
  • Berapa Bil Api Korang?
  • TNB e-Services memudahkan pemantuan pengunaan tenaga elektrik

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Eddy says

    29th January 2014 at 8:57 pm

    Rumah baru bulan 3 siap.. Mentol ada dekat 16…. Alamak tak sempat nak beli 1 persatu

    Reply
  2. Oh! budu says

    22nd January 2012 at 9:31 am

    betul tu.. kalau ada duit, baik beli yang ok terus.. nanti puas hati

    Reply
  3. MR.Z says

    19th January 2012 at 12:02 am

    memang prefer lampu yang energy saver, memang bagus digunakan.. kereta hybrid terpukau juga melihat design dan teknologi dia, tapi harganya pun smart..

    Reply
  4. chii says

    18th January 2012 at 1:01 pm

    hurm..nampak gaya kena tuka la ni..bleh menjimatkan elektrik.da la kat umah chii ni..penggunaan lampu sgt kuat..

    Reply
  5. Kamal Mustafa says

    18th January 2012 at 11:13 am

    Dlm rumah KM banyak dan pakai lampu type nie. Kalau dari segi jangka hayat memang berbaloi. Tapi dari segi prnggunaan elektrik tak pernak kaji pulak. Ada sesiapa yang pernah ckeck ke.

    Reply
  6. Fahmi Raazali says

    18th January 2012 at 3:42 am

    erm, berbaloi juga tukar mentol supaya dapat banyak penjimatan untuk jangka masa panjang… 🙂

    Tak ramai yang ambil kisah sangat tentang teknolog hijau kerana kurang kesedaran. Mereka beranggapan semuanya sama sahaja dan tiada beza.

    Reply
  7. tehr says

    17th January 2012 at 11:25 pm

    aku juga guna lampu energy saver ni
    tapi lampu led belum pernah cuba

    Reply
  8. hatiputera says

    17th January 2012 at 11:00 pm

    lampu kalimantang memang energy saver,,,,aku sekarang pakai lampu yang berlingkar – lingkar mentolnya,,,

    Reply
  9. nurmisnan says

    17th January 2012 at 10:40 pm

    energy save sampai 80%.. bagus sesangat
    dari dulu sampai skrg memang gemar guna brand philips

    Reply
  10. dnoBiz says

    17th January 2012 at 8:54 pm

    Terbaik Bro..
    Mulakan dari rumah..
    Tak seperti sesetengah orang, hanya tahu merungut dan menuduh tapi diri sendiri hanya menunggu dan melihat.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 9:59 pm

      Terima kasih. Betul kata bro Dno kesedaran perlu bermula dari rumah.

      Reply
      • hafizmd says

        18th January 2012 at 12:54 am

        Setuju. Semuany bermula dari rumah. Dan tanggungjawab kita ibubapa abang kakak utk sma2 sedarkan ttg teknologi yg lebih baik ni =)

        Reply
  11. Wira Chomel says

    17th January 2012 at 8:45 pm

    memang dunia sekarang perlukan teknologi hijau..teknologi ni akan memacu masa depan. sama ada bidang engineering ataupun bio. bersyukur jugak sebab sy belajar ttg tekonolgi di kat universiti. klu nk wat master nanti pun nk buat dlm environmetal biotech..dlm bidang biomass n biocompost

    Wira Chomel recently posted Eksklusif: Kucing Pertama Berjaya Main Bola di Piala Dunia!

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 10:05 pm

      Negara kita kaya dengan sumber asli tapi janganlah kita lalai dengannya berbanding negara jiran Thailand sudah pun membangunkan Etanol bio fuel sebagai bahan bakar alternatif secara besar-besaran.

      Reply
  12. Ronaldmohoni says

    17th January 2012 at 8:34 pm

    Teringin memiliki kereta hibrid. Entah berapa harganya sekarang nih. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 10:11 pm

      Honda Hibrid Insight atas jalan RM99,812.15 dan Toyota Hibrid Prius bermula RMRM103,990

      Reply
  13. Nur says

    17th January 2012 at 8:10 pm

    Info yang bagus.. Satu langkah penjimatan yang patut dicontohi.

    Reply
  14. cikgu naman says

    17th January 2012 at 6:57 pm

    dah ada belum lampu macam ni yang bling²? kalah takde bolehla akubiomed jadi perintis cipta lampu bling² teknologi hijau..hehe

    memang bagus teknologi hijau..bumi kita dah tua ni

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 10:12 pm

      Sudah lampu Teknologi Hijau yang bling-bling mengunakan lampu LED.

      Reply
  15. kakyong says

    17th January 2012 at 6:09 pm

    kakyong pun guna mentol philip ni.. yg energy saver tu.. memang jarang2 tukor.. tapi dah ade jugak yg KO slps 3-4 tahun..

    mungkin lain kali boleh guna yg teknologi hijau ni..

    Reply
  16. shafaric says

    17th January 2012 at 3:48 pm

    Ade orang kata lampu energy saving camni bahaya. Ade checmical berbahaya pada manusia. Tak tau la betul ke tidak. Ade sesape leh confirm kan tak?

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:36 pm

      Memang ada email tersebar mengenainya bahaya merkuri yang digunakan didalam lampu Energy Saver jika pecah. Lampu LED dapat menyelesaikan masalah merkuri ini.

      Reply
  17. titan says

    17th January 2012 at 2:31 pm

    takpe. masih kira murah lagi tu..

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:37 pm

      Saya tidak beli banyak-banyak lampu Energy Saver ini sebaliknya membeli 1 mentol setiap bulan. 🙂

      Reply
  18. yas says

    17th January 2012 at 1:31 pm

    Kalau ianya mmg berbaloi ianya tak perlu dipertikaikan lagi…tek hijau mmg lebih baik untuk semua…

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:38 pm

      Saya salahkan sifat manusia yang mementingkan diri sendiri dengan hingga mencemarkan bumi.

      Reply
  19. b3njy says

    17th January 2012 at 1:27 pm

    Bagi si Benjy yang tinggal di rumah sewa … mungkin cukup dengan lampu kalimantang je … 😀

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:39 pm

      Kalau bro Benjy ganti lampu jenis Teknologi Hijau tentu tuan rumah tersenyum. 🙂

      Reply
  20. ciksembang says

    17th January 2012 at 1:25 pm

    sangat setuju, green tech mmg sangat tinggi belanjanya pada permulaan. kalau part ICT kita boleh gunakan cloud computing utk jimatkan pembelian server yg sekaligus menjimatkan penggunaan elektrik

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:41 pm

      Macamana integriti dan sekuriti Cloud ini terutama maklumat peribadi tidak jatuh kepada pihak ke 3. 🙂

      Reply
  21. b3njy says

    17th January 2012 at 1:21 pm

    Wow ! dashyat lampu ni yerr … sehingga 25 tahunnn !! lagi jimat 😀

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:42 pm

      Saya pada mula tidak percaya lampu LED mempunyai ketahanan 25 tahun sampai saya dapat cucu lampu LED masih okay lagi. 🙂

      Reply
  22. suri says

    17th January 2012 at 12:55 pm

    klu rumah baru dah paaki ni harus di kekalkan hee..saya msh pakai lmpu yg lama huhu..syg nak d tukar sb msh elok lagi heee

    Reply
    • b3njy says

      17th January 2012 at 1:22 pm

      Apa kata puan suri pakai lampu sport light 😀

      Reply
      • akubiomed says

        17th January 2012 at 5:42 pm

        Kalau pasang lampu Sport Light akan terang 1 taman rumah Suri. 🙂

        Reply
  23. shraqs says

    17th January 2012 at 12:50 pm

    Mahal sedikit tapi kalau boleh menyumbang dr aspek kos jangka panjang tak rugi melabur.

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:43 pm

      Sebab itu saya beli 1 mentol setiap bulan sehingga semua ruang didalam rumah dapat dipasang.

      Reply
  24. sw33tdarling says

    17th January 2012 at 12:48 pm

    pergi kedai lampu, mmg dorang akan rekemen guna saver elektrik punya lampu…

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:45 pm

      Biasalah stratergi pemasaran macam-macam alasan kebaikan diberikan untuk memancing pembeli kita sebagai pengguna perlu bijak menghakim.

      Reply
  25. suri says

    17th January 2012 at 12:46 pm

    salam.
    kt rumah pakai lampu apa yga da..klu tuannya kata biru saya ikut biru.klu tuannya kata tak perlu tukar makanya saya ikut sahaja heee…

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:45 pm

      Kalau pasang lampu biru untuk rawatan bayi demam kuning @ Jaundice. 🙂

      Reply
  26. nizam says

    17th January 2012 at 12:18 pm

    wah..lama tu bro…hihi..memang jimat semua la kan..letrik + kos tukar lampu…hihi

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:45 pm

      Untuk jangka masa panjang yang menguntungkan.

      Reply
  27. Denaihati says

    17th January 2012 at 11:59 am

    aku sangat berharap LED bulb lebih murah akan datang. sekarang pun harga TV/monitor LED semakin turun.

    Reply
    • b3njy says

      17th January 2012 at 1:23 pm

      Itu satu perkembangan yang positif tu tuan Denaihati 😀

      Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:48 pm

      Sebab itu margin keuntungan penjual kedai barangan elektrik semakin kecil kerana harga barangan elektrik semakin rendah dan pengilang mengeluarkan secara besar-besaran untuk menampung kos pengeluaran. Ada ramalan beberapa jenama ternama dipasaran bakal hilang dipasaran contoh A&W, Sony Ericsson dan Sony Pictures.

      Reply
  28. faiz says

    17th January 2012 at 11:40 am

    bley pkai ni kalo ada rumah nnti..

    Reply
  29. anif says

    17th January 2012 at 11:03 am

    Terapkan teknologi hijau di rumah dahulu…

    Jika berkemampuan gantikan peralatan elektrik dengan peralatan cekap tenaga. Buat permulaan, boleh mulakan dengan menggantikan mentol yang sedia ada dengan mentol jimat tenaga. 😀

    Reply
    • b3njy says

      17th January 2012 at 1:25 pm

      Yer betul tu Anif … slow2 tukar macam broo Akubiomed kan.. kan… kan… 😀

      Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:50 pm

      Sekarang ini pelanggan sudah mudah untuk membuat pembelian apabila logo kecekapan tenaga ditunjukkan supaya pelanggan boleh membuat penilaian. Contoh pendingin udara yang mempunyai motor inverter lebih mahal dari penghawa dingin udara yang tidak ada motor inverter.

      Reply
  30. cik tom says

    17th January 2012 at 10:55 am

    xpernah tahu pulak..boleh sarankan/ beli utk kegunaan kat kampung..

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:52 pm

      Cik Tom tidak perlu tergesa-gesa untuk mengunakan Teknologi Hijau yang penting pada peringkat awal adalah pengetahuan dan kesedaran mengenai Teknologi Hijau.

      Reply
  31. wahida says

    17th January 2012 at 10:17 am

    saya dah pakai sikit2 lampu ni….mungkin akan tukar semua nnt…

    Reply
  32. rojak says

    17th January 2012 at 9:44 am

    mahal tapi banyak manfaat . alam sekitar selamat, jimat pun jimat

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:52 pm

      Jimat dan pelaburan berbaloi untuk jangka masa panjang.

      Reply
  33. eiela says

    17th January 2012 at 9:28 am

    baru tau pasal nih. rupa lampu tuh mcm bulu tangkis plak.

    Reply
    • b3njy says

      17th January 2012 at 1:25 pm

      Bila nak ajak main badminton ni eiela ?

      Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:53 pm

      Itulah lampu LED. 🙂

      Reply
  34. Azman says

    17th January 2012 at 9:18 am

    Saya dah mula pakai untuk dapur,mmg mahal sikit lah tapi tukar sikit lama2 semua rumah ada lampu ni.

    Reply
  35. Norizwan says

    17th January 2012 at 9:15 am

    energy saving lebih jimat daripada kalimantang….mahal tapi berbaloi…

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:57 pm

      Pernah 1 kali beberapa lampu Energy Saver disambar kilat hendak menangis pun ada sebab duit melayang sebegitu sahaja.

      Reply
  36. adamfaiz says

    17th January 2012 at 8:43 am

    Memang suka pakai lampu kalimantang berbanding mentol.. ada juga beberapa mentol energy saving. Pasni nak try LED pulak lar..

    P/S Tegur sket. Pelaburan bukan perlaburan… kalimantang bukan kalimatan..jgn marah eh bro …

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:54 pm

      Terima kasih, pembetulan telah pun dilakukan. 🙂

      Reply
  37. aimannajmy says

    17th January 2012 at 5:13 am

    Umah saya still pakai lampu jenis lama 80an huhu, setiap kali mai bil dah boleh agak berapa kena… mungkin pasni nak berubah kepada lampu stail energy saving ni

    Reply
  38. tips says

    17th January 2012 at 4:38 am

    Philips-pilihan bapak saye.

    memang > mahal tapi berbaloi kan? 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2012 at 5:55 pm

      Jenama Philips sudah ramai yang tahu selain itu boleh juga mengunakan jenama lain seperti Osram.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in