Teknik Two Bucket Wash elak air sabun menjadi cepat kotor dan kesan calar.
Saya nak kongsi teknik Two Bucket Wash biasanya digunakan untuk membersihkan kereta. Biasanya kita akan mengunakan satu baldi sahaja yang diisi air sabun pencuci sahaja.
Berbeza dengan teknik Two Bucket Wash mengunakan dua baldi berbanding satu baldi yang biasa diamalkan. Two Bucket Wash perlu satu baldi untuk isi air pencuci sabun dan satu baldi lagi diisi dengan air bersih.
Kelebihan mengunakan Teknik Two Bucket Wash.
- Air sabun pencuci lambat kotor.
- Kurang meninggalkan kesan calar kerana berulang kali mengunakan satu baldi air sabun pencuci.
- Kurang meninggalkan kesan berbelak.
- Lebih bersih.
Apabila kita mengunakan satu baldi yang diisi air sabun pencuci akan menyebabkan air lap kain kurang bersih kerana kekotoran dipindahkan semasa membersih kain lap pencuci.
Kesan pasir dan habuk halus akan melekat kepada kain lap. Kemudian kita mengunakan kain lap kain yang sudah tercemar untuk pembersihan.
Berulang kali kita bersih dan celup kain lap ke dalam baldi berisi air sabun pencuci. Akhirnya kesan calar halus dan berbelak mengunakan kain lap yang sudah tercemar.
Berbanding mengunakan Teknik Two Bucket Wash.
Cara membersih dengan mengunakan Teknik Two Bucket Wash.
- Baldi yang mengandungi air sabun pencuci hanya digunakan untuk celup kain lap untuk pembersihan.
- Baldi yang mengandungi air bersih untuk bilas selepas lap.
- Ganti baldi yang mengandungi air bersih apabila mula kotor.
- Ganti baldi yang mengandungi air sabun pencuci apabila mempunyai tanda-tanda kekotoran.
Baldi yang digunakan untuk bilasan cepat kotor berbanding baldi yang mengandungi air sabun pencuci. Cara ini dapat mengurangkan kekotoran selepas mengelap mencemarkan baldi yang mengandungi air sabun pencuci.
Lebih bersih dan tidak meninggalkan kesan berbelak.
Tips bancuhan air sabun pencuci untuk bersih kipas yang berhabuk.
- Boleh guna cecair pencuci pinggang mangkuk seperti Sunlight.
- Ditambah lima sudu dengan cuka makan.
Saya mengunakan cecair pencuci murah Mr Diy Dish Washing ditambah dengan cuka makan. Memandangkan kipas dihinggap habuk dan berminyak mudah ditanggalkan.
Dua baldi digunakan untuk isi air sabun pencuci dan air bersih untuk bilasan.
Lap kipas dengan mengunakan baldi yang diisi dengan air sabun pencuci.
Hanya bilas kain lap yang sudah kotor dengan baldi yang mengandungi air bersih.
Kain lap sudah bersih dan kekotoran dipindahkan kepada baldi untuk bilasan. Baldi berisi air sabun pencuci kurang tercemar dengan kekotoran.
Kipas yang sudah dibersihkan dengan mengunakan teknik Two Bucket Wash.
Selamat mencuba. Jangan lupa LIKE post ini dan tekan butang SHARE.
biasanya, memang itu gak aku wat.
mudahkan kerja.
hoho.
Cara two bucket tak menyebabkan kereta calar dan cucian lebih bersih.
terima kasih info menarik ni, pertama kali dengar
wah nampak makin mudah
nak kena cuba nih
Terbaik!
Selamat mengamalkan teknik Two Bucket Wash.
terima kasih bos atas teknik ni. kena ada dua baldi baru nampak bijak sikit.
Tidak meninggalkan kekotoran dan kesan berbelak pada kawasan yang dibersihkan bila guna teknik Two Bucket Wash.
Kipas dah bersih barulah pergerakkan lancar. Angin pun lebih kencang dan nyaman
maknanya kena ada dua baldi.satu air bersih, satu air pencuci.ok tq. biasa guna je satu baldi
laaa..apa pasal la tak pernah terfikir nak buat macam ni…adeh patutla sabun cepat habis….kerja pun penat…celup air kotor…lap kotor balik…
Kalau basuh kereta guna baldi ni…lebih jimat air. Satu perkara baru yang saya tahu…campurkan cuka!
Awas! campuran cuka bukan untuk digunakan mencuci kereta yer. 🙂
betul juga..teknik ini nampak mudah dan berkesan dalam proses pencucian kita
Selamat mengamalkan teknik Two Bucket Wash untuk kerja-kerja pembersihan.