Membuat efek HDR mudah pada foto tanpa PhotoShop
Kesan efek Selective Colour pada foto
HDR adalah ringkasan perkataan High Dynamic Range. Teknik HDR boleh dikatakan popular dengan penjelasan ringkas adalah mengubah jumlah exposure pada foto. Biasanya teknik HDR boleh diaplikasikan mengunakan applikasi foto editor seperti PhotoShop, GIMP, PhotoScape dan sebagainya. Penggunaan teknik HDR memberikan kesan aesthetik kepada foto.
Sekali lagi saya ingin berkongsi tutorila mudah untuk menghasilkan kesan efek HDR. Caranya sangat mudah walaupun tidak mempunyai aplikasi PhotoShop. Bagi ahli Picasa Web Albums secara automatik boleh mengunakan Picnik yang sebahagian Picasa Web Album untuk edit foto. Kalau pengguna akaun Gmail boleh mendaftar Picasa Web Albums atau Picnik secara percuma. Proses edit foto ini perlu dibuat secara online.
Tutorial HDR dengan Picnik
1. Login akaun Picasa Web Album pilih foto yang ingin diedit
2. Klik CREATE – EFFECTS – HDR-ISH
Ubah kedudukan RADIUS, STRENGTH dan FADE mengikut citarasa.
4. Ini adalah hasilnya selepas beri sentuhan HDR
Kalau mahu perkemaskan kesan HDR supaya kelihatan lembut boleh guna SOFTEN atau ORTON-ISH di CREATE. Selamat mencuba edit foto dengan teknik HDR.
Gambar bulan disebalik awan pada waktu malam yang telah diberi sentuhan HDR
Dah lama cuba nk buat hdr..gambar yg terang je bleh buat (edit dgn photoshop)
Wah mesti cuba teknik ni. Terima kasih atas perkongsian.
Teknik HDR ni memang akan mencantikkan gambar dan gambar lebih nampak lebih sharp…saya pun biasa guna picnik ni sebab mudah..
Saya tidak punyai masa untuk godek dengan GIMP jadi nak mudah guna Picnik sahaja
Ada org cakap, blog sya jadi berat bila pakai teknik ni. Jadi sya dah tak guna lagi. Apa2 pun byk juga kelebihannya kan.
Tidaklah, ubah saiz kualiti imej supaya ia ringan
tak pernah lagi torai guna picasa ni huhu salu photokedai ja hehe
Picasa ini pun percuma bro 🙂
Kalau dah mula edit gambar, semakin lama semakin nak menghasilkan yang lebih baik
Bermula dengan percubaan. Lama-lama semakin kemas sentuhan
yang penting minat dan tidak putus asa..
fuhh..memang berbeza la. lawa gambar tu.. 🙂
Terima kasih. Kalau ada masa cuba godek-godek teknik HDR ini
Nampaknya nak edit gambar jadi lawa mudah la..
sebelum ni guna photoshop pun lum pndai nak buat teknik HDR ni.. 🙂
Benda percuma ini ada hadnya juga tentulah tidak dapat lawan Photoshop
memang disokong..
WAH..
ini sudah cukup baik..lihat awan berarak mega heeee
Tak sangka godek-godek dapat menghasilkan sesuatu yang menarik
masa nak beli kamera dulu.
tak tahu nak pilih mana.tengok
budak jual kamera tu tunjuk demo sikit.
nampak senang pula tanpa guna photoshop.
aku ade gak buat dulu..
tp photoshop la..
susah jugak la.tapi now dah ade yang mudah tak salah nak cuba kan..thanks for sharing bro
bEe pun suka juga guna picnik ni….. suka tgk gambar jadi lain hihihi 😉
salam..
teringin nak belajar juga
teknik begini..apakan daya
sibuk pula nak apply..
tunggulah bila senang..
🙂
Ingatkan picnic tepi pantai.hehehe..thanx bro untuk perkongsian ni…baru tahu HDR tu apa.hee
nampak macam senang harus ku coba…..tq
mudah dan menarik teknik ni tanpa photoshop
akupun minat juga edit2 gambar ni..
tapi tu lah.. minat kadang bermusim.. sekejap je rajin belajar lepas tu dah malas balik..
sebab tu sampai sekarang masih gagal menguasai kemahiran edit HDR ni..
editing yang cantik.apapun guna photoshop jugak yang lebih praktikal.guna picnik ni ok jugak.cuma untuk lebih pantas edit je.kalau nak kualiti yang terbaik,photoshop la jawabnya…
bab ni saya lemah sedikit.. kalau bab banner tu insyaAllah… 🙂
(sikit je lah.. tak banyak..heheh…)
tapi kena wajib ada photoshop…
fuhh..sentuhan emas!
He..hee..tidaklah sampai sentuhan emas. Sekadar berkongsi ilmu yang tidak seberapa sahaja
menarik gak.. picknic ni mmg menarik kalau nak edit2 gambar
tapi kelemahannya ia perlu kne on9 untuk buat keje2 sedemikian
xbest la sbb aku on9 buat keje lain
keje edit2 gambar scara offline… hehe
Salah satu kelemahan adalah perlu online kita proses edit dilakukan
Tak pernah pulak aku guna picNic , biasa guna PS ataupun Picasa je…
Picnik sebahagin daripada Picasa juga.
yup aku pun sll guna picnik utk edit pic hihii senang dan simple..
Saya guna Picnik sekali sekala 🙂
utk blog saya gunakn picnil senang online sekaligus….:)
bukan semua boleh di HDR-kan..
setakat hari ini maza lebih memilih kesan yg biasa2 aje.. hehehe
HDR biasanya amat menarik ke atas photo scenery atau landscape berbanding portrait.. tak gitew?
ahaks….
Rasanya Maza lagi ariff mengenai HDR ini.
Dah lama tak aktifkan akaun Gmail.
Nak tengok ada lagi tak.
Kalau ada bolehlah daftar Picnik percuma, kan!
Tak pernah cuba guna picnik ni.
Picnik tidak perlu berdaftar boleh guna secara percuma sahaja yang penting talian broadband mesti cantik
memang canti HDR ni,lebih-lebih lagi kalau guna picnik,mudah dan simple
Picnik memang terbukti ringkas walaupun percuma ada ciri-cri yang lain adalah premium
ini kalau muka ada jerawat mmg komfem hilang guna teknik ni 😀
Boleh sahaja. Nak hilangkan gigi besi pun boleh 🙂
ooo..bro skrg pandai mengusik gigi besi sy..nak kena gigit ni rasakan penangan gigi besi! hahahaha
belum penah cuba teknik ni..harus cuba sebab efek nya sgt berkesan
Boleh CS godek-gedok nanti
sekarang senang jer nak wat HDR. online pun boleh 😀
sekarang ni mmg banyak option..
dari yang free kepada paid software..
dari online ke offline software..
yg penting.. kena rajin mencuba
erm, edit2 gambar ni kene byk try n error… hehe… aku tak berapa rajin edit gambar… suka tangkap jek 😀
😀 HDR ni kalau untuk gambar potret lagi mengancam..
Yang ni online ke bro… PC aku ni biol sikit, gambar x keluar abis…hu3..
Proses edit Picnik perlu dilakukan secara online
Bab ni aku memang blur.. Maklum la, DSLR pun x pernah pegang lagi..he3
Gambar diatas adalah dari kamera kompak digital dan bukannya dari DSLR
aku tak pernah cuba picnik ni
nampak macam mudah dan ringkas pulak
Boleh cuba bro. Tidak perlu kemahiran dan lembut tangan. Beberapa klik sah jadi 🙂
wah terer ek ko main efek2 ni.. aku tak reti de
Tidaklah godek-godek sini sikit dan sana sikit 🙂
pakai tool ini lagi mudah berbanding dengan photoshop…steady la bro….
mudah sgt nak HDR gmbr klau camtuh. dlm poyoshop mcm2 kne buat, step yg agak bnyak.
Kalau ada masa boleh godek lama-lama dengan PhotoShop.
menarik juga, setakat ni gambar model yg TE tangkap dibiarkan tanpa sebarang edit..
(model die-cast hehe)
Gambar bertambah cantik dengan efek HDR ni.. Terima kasih kerana berkongsi tutorial ini.. Sangat berguna.
Sama-sama. Sedikit ilmu yang ingin dikongsikan 🙂
oh..tapi still takleh lawan photoshop..hehe..tapi baguslah guna picnic..tak payah install dah software kan? tak pernah try lagi guna picnic
Picnik ini memudahkan kepada amatur untuk menghasilkan dengan segera. Kalau mengunakan PhotoShop memang tidak boleh lawan hasilnya 🙂
memang betul tu.. tak semua orang pandai photoshop.. picnik antara yang terbaik untuk amatur..
yupz, pakai Photomatix lebih nampak efek yg berkesan. dah lama tinggalkan DSLR dan photo editing ni. HDR ni mmg boleh dikatakan minat saya yg utama dulu2. huhu. bro bley la klu nak layan hasil kerja saya sblom2 ni kat sini
http://www.flickr.com/photos/ezreen/3076594785/in/set-72157605733994939
(kenangan masuk Explore 1st page di Flickr).
Cantik juga gambar suasana kampung yang diberi sentuhan HDR
nice sharing here brother..
selalu adit guna picnic + picasa
Memang nampak lain la.. dah mcm baru pun ade..
itulah kelebihan HDR.. warnanya lebih menyerlah.. tapi jangan terover pulak.. nanti nampak sangat editing tu..
Kalau dapat foto kereta sport boleh buat HDR memang cantik
boleh guna photomatix untukbuat HDR yang mantop!!
Nanti boleh cuba applikasi Photomatix. Nampak macam premium applikasi sahaja
ya.. mmg photographer yg pro byk guna..