• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / gajet / Kerna Tatami hatiku terpaut

Kerna Tatami hatiku terpaut

16th April 2015 by akubiomed 25 Comments

Tatami menjadi pujaan hatiku.

 

Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Begitulah saya dengan Tatami akhirnya berjaya dimiliki. Kalau sebelum ini hanya pandang-pandang walaupun dihati sudah lama berkenan.

Bila hati sudah terpaut

Hati sudah lama terdetik untuk memiliki Tatami sejak pertama kali diperkenalkan. Banyak ciri-ciri yang ada padanya membuatkan hati terpaut. Tatami yang dimaksudkan adalah kipas angin Mistubishi Electric Tatami 18″.

Cuaca panas kalau kipas rosak memang tidak senang duduk jadinya. Kalau hendak tidur pun susah kerana kejap badan pusing ke kiri dan kanan. Memandangkan kipas diruang tamu saya rosak untuk kali ketiga akibat disambar petir. Sudah sangat memerlukan kipas diruang tamu untuk kelesaan sema ahli keluarga.

Bayangkan sudah masuk kali ke 3 kipas rosak. Kesian anak-anak tidak berasa selesa kerana tidak berkipas jadi saya mengambil langkah untuk mendapatkan kipas Tatami bersaiz 18″ yang terbesar didalam pasaran.

Kata orang tua-tua; “Alah membeli menang memakai” dengan mengeluarkan modal lebih sedikit. Lagi pun kipas ini adalah pelaburan jangka masa panjang dan lebih-lebih lagi produk berkualiti digunakan dengan berhemah dan dijaga penyelanggaraannya tentu jangka hayat kipas ini mampu bertahan lama. Harga kipas ini RM229 dan boleh dibeli dari kedai menjual barangan elektrik. Saya tidak ada masalah untuk untuk mendapatkan kipas Mitsubishi Electric ini kerana kedai barangan elektrik ada menjual produk ini berdekatan tempat tinggal saya.

Kipas Mitsubishi Electric dihasilkan berkualiti.

Kipas Mitsubishi Electric Tatami sangat berbaloi untuk dimiliki kerana fungsinya yang praktikal dengan ketinggian  kipas boleh dilaras(3 laras ketinggian) untuk jadi kipas berdiri dan kipas meja menjadikan ia lebih mudah alih. Tatami keluaran Mitsubishi Electric mempunyi ciri keselamatan premium dengan mengunakan bahan tidak mudah terbakar, perlindungan sekali ganda untuk fius arus tinggi dan kepanasan.

Ada 3 set mode kelajuan putaran angin boleh dipilih. Setakat ini saya hanya mengunakan set mode 1 pun sudah memadai kerana angin yang dihasilkan kuat. Inilah salah satu kelebihan kipas ini mempunai saiz bilah 18″. Waranti motor selama 3 tahun diberikan oleh Mitsubishi Electric.

Gambar saiz sebenar kipas Mitsubishi Electric Tatami 18″ dibandingkan dengan Aslah. Tak percayakan dengan saiznya yang besar.

Cuaca panas nak cari kipas? Boleh survey di Lazada Malaysia.



Saya pernah menulis mengenai rangkaian produk Mitsubishi Electric sebelum ini.

Klik >> Senarai kedai elektrik yang menjual rangkaian produk Mitsubishi Electric.

Sila tekan butang kongsi:

  • Ilmu berguna di seminar produk Mitsubishi Electric
  • Produk Mitsubishi Electric esok lebih hijau dengan ecoChanges
  • Peti sejuk Mitsubishi Electric L4Grande direka untuk keluarga besar

Filed Under: gajet Tagged With: produk mitsubishi electric malaysia, tatami fan 16, tatami fans

Reader Interactions

Comments

  1. nasslimdiet2 says

    27th April 2015 at 4:43 pm

    Suspen je ingat pe tadi. Rupanya kipas. Huhuhu.

    Reply
  2. AZENI AHMAD says

    21st April 2015 at 5:05 pm

    Wahh tajuk mengujakan.
    Hihi.
    Tapi besar sungguh kipas nie.
    Memang takyah pakai aircon dah kalau besar macam nie kan.

    Reply
  3. MK Hakimi says

    20th April 2015 at 12:41 pm

    Wow…besar betul saiz nya. Mmg puas hati beli ni

    Reply
  4. zara says

    20th April 2015 at 8:30 am

    dalam keadaan cuaca panas extreme kat Malaysia ni..beli kipas memang satu pelaburan yang sangat baik hehehe

    Reply
  5. Fyda Noh says

    20th April 2015 at 7:59 am

    Dengan cuaca panas melampau berkira2 nak taruk aircond kat rumah, tapi dengan bil letrik, GST lagi biarkan jolah. Panas pon panas la

    Reply
  6. Ummi Hanie says

    19th April 2015 at 4:53 pm

    amboi besarnya kipas tatami ni…

    hati2 jangan dijatuhkan anak2 ya… (saya sedia maklum anak2 saya pun baya2 anak bro juga)

    Reply
  7. zfarina says

    18th April 2015 at 6:19 pm

    Ingat kan tatami tikar jepum tu.
    Memang cuace pns skrg. Smpai rase nk mrah org,

    Reply
    • Ummi Hanie says

      19th April 2015 at 4:53 pm

      saya pun ingat tatami tikar tu 🙂

      Reply
  8. blogger lelaki says

    18th April 2015 at 8:14 am

    makin sejuk la lepas ni bro..yang penting tahan lama je bro

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2015 at 9:30 am

      Pelaburan sekali dan biarlah berpuas hati.

      Reply
  9. Helmi Aliarit says

    17th April 2015 at 10:00 pm

    Dengan cuaca panas sekarang ni, memang perlukan kipas berkuasa macam ni. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2015 at 9:31 am

      Saiz bilah kipas 18″ ternyata anginnya sejuk.

      Reply
      • Ummi Hanie says

        19th April 2015 at 4:54 pm

        tak perlu berhabis beli penghawa dingin tak begitu 😉

        Reply
  10. Syahril Hafiz says

    17th April 2015 at 6:22 pm

    Besar jugak kipas angin Mitsubishi ni..mesti best sekali angin sejuk ja. Tambah2 sekarang..petang hujan, belah pagi. Panasnya…

    Nak beli, biar yang branded terus, kita taw memang perkakas elektrik ni berkualiti 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2015 at 9:31 am

      Yang tak tahan apabila hembusan angin panas.

      Reply
  11. akak vitamin says

    17th April 2015 at 5:32 pm

    Besarnya kepala kipas tatami. Anginnya mesti kuat boleh cover satu bilik.

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2015 at 9:32 am

      Setakat letak diraung tamu tidak menjadi masalah apalah lagi bilik. Sejuk.

      Reply
  12. suri says

    17th April 2015 at 3:30 pm

    wah sejuk ke apa kipas ni kalau berkenan kata beli sahaja ya tak sebab nak guna untuk seharian di rumah.cuaca sekarang agak panas tapi beruwap hu..hu…

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2015 at 9:32 am

      Berwap panas yang tak tahan.

      Reply
  13. Sobri Mansor says

    17th April 2015 at 9:46 am

    Sekali kipas angin daaa…. cun melecun tatami nih ye. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2015 at 9:32 am

      Ya memang cun si Tatami nih. 🙂

      Reply
  14. titan says

    17th April 2015 at 2:15 am

    wahh, besar jugak kipas tatami tu yek.

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2015 at 9:34 am

      Saiz bilah kipas 18″ ternyata puas hati.

      Reply
  15. SaniYunus says

    16th April 2015 at 11:43 pm

    Fuhhh suspen aje..Ingatkan awek mana pulak tadi. Rupanya simanis kipas elektrik rupanya. Semoga Tatami dapat membahagiakan Akubiomed sekeluarga..:-)

    Reply
    • akubiomed says

      18th April 2015 at 9:35 am

      Memang bahagia sekarang ini sejak Tatami bersama. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in