• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Tak sampai seminit Milo ais licin

Tak sampai seminit Milo ais licin

21st January 2014 by akubiomed 38 Comments

Belanja baby Aslah minum Milo ais restoran mamak

Semalam(Isnin) saya bercuti kerana menguruskan hal urusan peribadi. Sempat berjumpa kawan di kampung Bharu dan pekena ngeteh secawan sambil bersembang kosong tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Menghampiri jam 11.00pagi baru tersedar.

Selepas selesai menguruskan hal di kampung Bharu dan jalan Tun Razak terus pulang ke rumah dan sampai kira-kira jam 1.30 tengahari. Isteri pula ajak keluar beri barang dapur yang kebanyakkan sudah mula habis belum sempat sampai cukup bulan. Keluar pergi membeli barang-barang dapur yang penting sementara untuk sampai hujung bulan di pasar raya berdekatan dengan rumah.

Tiada Monday Blues

Isteri ajak minum, saya pula tidak tolak ajakan tersebut. Destinasi kami ke restoran mamak berdekatan. Tak sangka pula ramai yang lepak di restoran mamak yang kami singgah. Hairan juga hari Isnin yang sering dikaitkan dengan Monday Blues macam tidak terkesan. Mungkin masing-masing ada urusan yang perlu diuruskan pada hari Isnin, jangkaan saya.

Pesan roti Nan Cheese dan Milo Ais

Saya memesan roti Nan Cheese dan Ayam Tandoori berkongsi makan 3 beranak. Baby Aslah dipesan secawan Milo Ais kurang manis. Sejak merasa Roti Cheese dan Roti Nan Cheese makin menjadi-jadi kalau ke restoran mamak akan pesan menu yang sama. Nampaknya kenaikkan harga menu di restoran mamak tidak dapat menahan selera ini yang terlalu manja. Sementara menanti Roti Nan Cheese dan Ayam Tandoori siap, sudah licin Milo Ais baby Aslah sedut tak pandang kiri-kanan. Didalam benak saya terfikir mungkin baby Aslah kehausan kot.

Macam dengan harga menu restoran mamak yang sahabat blogger kunjungi ada kenaikkan harga tak? Dengar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan turun berjumpa pengusaha restoran mamak untuk membincangkan isu kenaikkan harga. Memang terasa apabila harga menu restoran mamak ini naik secara mendadak tentu beban terasa di bahu pengguna. Harap ada perkembangan positif dari hasil perjumpaan ini dapat memberikan rasa kelegaan terutama kepada pelanggan.

Sila tekan butang kongsi:

  • Promosi harga Milo 2kg murah di PGMall Online Shop
  • Tirai 2011 belum dilabuhkan harga barang sudah naik
  • Gelagat baby Aslah selepas minum Milo ais

Filed Under: famili Tagged With: milo

Reader Interactions

Comments

  1. hafizmd says

    27th January 2014 at 9:35 pm

    Nan cheese + milo ais…mmg superb!

    Reply
  2. Melastik Bintang says

    25th January 2014 at 9:27 am

    suka milo ais kot baby aslah……

    Reply
  3. alin marlini says

    24th January 2014 at 4:05 pm

    sama ngan anak2 alin…mesti milo

    Reply
  4. zie fauzi says

    24th January 2014 at 12:46 am

    saya kalau dahaga sejug pun boleh habis… hihihi… dah lama sangat tak ke kedai mamak… tak tahu harga semasa dah naik ke idak…

    Reply
  5. AUC says

    23rd January 2014 at 8:24 pm

    haus terlampau tu…

    p/s: baru perasan theme baru, cantik, kemas bro 🙂

    Reply
  6. Irwan Alessa says

    23rd January 2014 at 3:55 pm

    Baju baru nampaknya.. hehe memang selalu kalau nak lambat habis order yang panas..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2014 at 5:36 pm

      Masih lagi peringkat ujian lagi. Godek-godek masuk kod yang mana perlu. Harap theme ini tidak memberi masalah kepada pengunjung blog ini.

      Reply
  7. Ammar says

    23rd January 2014 at 3:50 pm

    Amboi… suka bebenor Baby Aslah ni minum milo ais.

    Reply
  8. kakiblog says

    23rd January 2014 at 2:24 pm

    lepas ini boleh bertanding dengan ayahnya..siapa yang boleh minum terpantas!

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2014 at 5:36 pm

      Saya akan tangan. Baby Aslah yang terpantas. 🙂

      Reply
  9. hafiz says

    23rd January 2014 at 1:42 pm

    wah bro dah pakai theme lain pulak…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2014 at 6:53 pm

      Theme default jer bro. Tahun baru tukar angin sedikit.

      Reply
      • hafizmd says

        27th January 2014 at 9:54 pm

        sekarang masanya utk test angin baru…hehehehe

        Reply
  10. suriaamanda says

    23rd January 2014 at 11:09 am

    roti naan cheese meleleh…..hurm…bestnyaaaaa

    Reply
    • suri says

      23rd January 2014 at 1:46 pm

      jangan ambil selalu sesekali boleh 🙂

      Reply
  11. farid laham says

    23rd January 2014 at 10:57 am

    wah ni betul2 haus minum laju hehe

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2014 at 5:36 pm

      Haus kot. Sekejap sahaja Milo ais kering. 🙂

      Reply
  12. Malaysia Tercinta says

    22nd January 2014 at 8:45 pm

    Nan dan tandoori…lapar weh!

    Reply
  13. wazy says

    22nd January 2014 at 7:50 pm

    Roti nan cheese tu memanh sedap

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2014 at 5:37 pm

      Baru cuba tak sangka pula ia sedap. 🙂

      Reply
  14. maza says

    22nd January 2014 at 4:58 pm

    maza amat jarang makan di kedai mamak… bab harga memang perasan sudah dinaikkan..

    kalau dahulu dengan RM5.00 sudah boleh sendawa sampai esok hari. tapi sekarang dengan jumlah menu yg sama harganya RM6.00-7.00.

    haderk.

    Reply
  15. Muhammad Khairuddin Lim says

    22nd January 2014 at 3:01 pm

    Telah add anda di goggle dan like anda..moga anda begitu juga..semoga tali persaudaraan berkekalan.

    Reply
  16. titan says

    22nd January 2014 at 2:31 pm

    selalu kalau aku bawak budak..aku order aje yang panas. Confirm lambat habis. Haha..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2014 at 5:37 pm

      Memang naya dan lambat habis. 🙂

      Reply
  17. hafiz says

    22nd January 2014 at 2:29 pm

    makan roti nan cheese memang menyelerakan..

    Reply
  18. ema says

    22nd January 2014 at 2:22 pm

    kalau kedai mamak memang harga makanan dan minuman dia agak mahal… jauh bezanya dgn kedai melayu kita ni

    Reply
  19. hazman aka species1980 says

    22nd January 2014 at 2:20 pm

    Kalau ada gambar Naan ngan Tandoori baru orang berselera bro… hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2014 at 5:38 pm

      Pada mula ingat nak snap. Akhirnya tak sempat Roti Nan Cheese sampai terus bedal.

      Reply
  20. hannyabdullah says

    22nd January 2014 at 2:06 pm

    Jangan sangat bagi ais kat budak2 nanti batuk n berhingus..kesian depa, ais tu letak sikit je. Nak sedap lagi suh mamak tu letak milo serbuk..alaa macam milo dinasor kat papa rich tu..humm sedappp

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2014 at 5:38 pm

      Si kecik suka ais. Ikut abang-abangnya.

      Reply
  21. papa mifz says

    22nd January 2014 at 1:34 pm

    waduh terasa lama pulak tak pekena roti cheese naan…huhu

    Reply
  22. suri says

    22nd January 2014 at 10:09 am

    alhamdulillah rezeki baba dia belaja itu laju minum tak die baru lepas main atau tu memag minuman kegemaran dia?

    Reply
  23. suri says

    22nd January 2014 at 10:05 am

    mamak milo panas satu ! kasi letak serbuk milo atasnya sekali deiii

    Reply
  24. suri says

    22nd January 2014 at 10:03 am

    saya agak jarang minum kedai mamak melainkan keadaan terdesak dan tengok kawasan juga kalau pi minum untuk pertama kali..uh..terutama tandas dan orang buatnya tu india atau ada benar2 mamak islam.wahualam.

    Reply
  25. Kamal Mustafa says

    22nd January 2014 at 9:32 am

    Iyo dah tentu ado kenaikan eh, Kalau mereka yang add KM di FB pasti akan tahu yang KM setiap hari Ahad (Kalau takde program) akan breakfast di kedai Mamak yang satu nie. Ada sekali tue makan dengan family roti kosong makan 3, bungkus. Tapi lain harga pula. yang bungkus dia tambah 30sen.

    Reply
  26. khairul asrol says

    22nd January 2014 at 1:55 am

    uishh haus betul tu. belikanlah lagi tiga empat cawan ke. dulu kecik kecik salu lah minum air bersusu gitu. sekarang lebih suka takde susu macam teh O ke milo O.

    Reply
  27. TehR says

    21st January 2014 at 11:19 pm

    anak gadis aku selalu gak macam ni
    memang perlu 2 gelas minuman untuk dia sorang

    Reply
    • suri says

      23rd January 2014 at 1:32 pm

      bahaya ho..selau saya oder milo ais atau panas anak kebas akhir ibu minum air oder dari ayah uhuk..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in