• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Tak Nak! restoran Mamak

Tak Nak! restoran Mamak

29th January 2012 by akubiomed 86 Comments

Tak Nak! restoran Mamak berbaur kontroversi.

Agak kontroversi tajuk entri kali ini Tak nak! restoran Mamak pada hari hujung minggu hari Ahad ini. Sudah menjadi kebiasaan kami anak beranak kalau hujunng minggu setiap hari Ahad akan ke restoran Mamak untuk menikmati sarapan pagi dengan Roti Canai atau Tosai sambil menghirup air Kopi O atau Teh Tarik. Apalah sampai tidak mahu pergi ke restoran Mamak kali ini setelah mendapat bantahan oleh isteri.

Kempunan besarapan pagi di restoran Mamak.

Semalam isteri telah memberitahu saya dan anak-anak tidak akan pergi ke restoran Mamak hari Ahad(hari ini). Saya dan anak-anak berpandangan satu sama lain kenapalah isteri tiba-tiba megelak untuk pergi restoran Mamak kali ini. Adakah ada sesuatu yang tidak kena di restoran Mamak yang menjadi “spot” kami anak-beranak setiap hari minggu. Dari segi kebersihan, layanan dan penyediaan tidak ada kurangnya.

Rupanya isteri saya sudah beli roti awal pagi semalam untuk membuat sarapan roti telur pada pagi hari Ahad. Jadi tidak berpeluanglah saya dan anak-anak untuk menikmati roti canai banjir. Ah! baru sehari tidak pergi restoran Mamak sudah kecoh apalah yang telah di “candu” kan oleh mamak hingga teringat-ingatkannya. 🙂

Sarapan pagi dengan roti telur dan air teh O

p/s: Sarapan roti telur boleh dijadikan modal entri pagi hari Ahad. Bukan Tak Nak! restoran Mamak.

  • Nasik lemak atau roti canai dihujung minggu
  • Rindu roti cheese restoran mamak
  • Tak sampai seminit Milo ais licin

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Hafizul says

    5th November 2014 at 1:39 pm

    Haha..ok apa makan roti isteri masak ni..nanti suruh isteri candukan la pulak sampai tak nak terus makan kat kedai mamak..hahahaha…

    Reply
  2. John Labu says

    19th September 2012 at 10:15 pm

    Restoran mamak….? Mintak maaflah aku memang dah kuarantin restoran mamak dari hidup aku…

    Reply
  3. Affuan says

    5th February 2012 at 12:51 am

    Kalau hari2 pi sampai teringat2, memang ter”candu” dah tu. 😀

    Reply
  4. Tuan Tanah says

    4th February 2012 at 11:07 pm

    aku memang dah lama meninggalkan tabiat makan di kedai mamak…tak lalu huhuhu…:)

    Reply
  5. Norasikin says

    3rd February 2012 at 9:11 am

    Apa sangat la air tangan berbulu mamak tu berbanding air tangan isteri

    Reply
  6. chii says

    1st February 2012 at 2:10 pm

    Hehe,suspen gak. Ingtkan wife AB ada terbaca apa2 artikel td. Hehehe

    Reply
  7. Aya says

    1st February 2012 at 1:49 pm

    Hehe..yelah..ingatkan tak nak pi kedai mamak tadi…

    Reply
  8. sabree hussin says

    1st February 2012 at 10:36 am

    tersalah faham sekejap.. ingatkan nak boikot restoran mamak la tadi

    Reply
  9. Juan says

    31st January 2012 at 12:22 am

    entry ni pon buat saya teringat akan roti canai banjir, adehhhhh

    Reply
  10. Norizwan says

    30th January 2012 at 11:28 pm

    air tangan isteri sendiri masak sudah pasti sedap…:)…tapi kan menu roti canai mamak adalah menu kesihatan….:)

    Reply
  11. hafidz says

    30th January 2012 at 11:02 pm

    kebetulan aku pun sarap roti telur.
    cuma ditambah ikan sardin saja.
    memang sedap kalo orang rumah masak ni 😀

    Reply
  12. puanbee says

    30th January 2012 at 10:31 pm

    okey ,, ingatkan kenapa heheh .. bagus makan roti telur tu dr makan di kedai mamak

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:44 pm

      Memang sedap roti telur yang dihasilkan oleh isteri sendiri. 🙂

      Reply
  13. Cyza says

    30th January 2012 at 10:30 pm

    hehe bikin suspen Saja…anyway…sekali sekala beralih selera dan merasa sarapan made in the house lagi gerek!!!

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:44 pm

      Betultuh kebersihan pun terjamin.

      Reply
  14. kimmie says

    30th January 2012 at 5:52 pm

    ingatkan ada kes yg tidak diingini berlaku, rupanya si isteri rajin nak masak untuk breakfast, bagusnya..bahagia kan dpt breakfast bersama keluarga

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 11:02 pm

      Boleh makan mengadap bersama anak beranak. 🙂

      Reply
  15. mancai says

    30th January 2012 at 5:29 pm

    lama betul rasanya dah tak makan roti canai kedai mamak….

    Reply
  16. hafizmd says

    30th January 2012 at 5:14 pm

    Roti mamak. Ada ‘candu’. hehehe…
    Mmg sesekali seronok juga p kedai mamak, tp mulai semalam, saya nekad taknak lagi ke kedai mamak.

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:55 pm

      Kenapa tidak mahu lagi ke restoran Mamak?

      Reply
  17. blackrosehunter says

    30th January 2012 at 4:56 pm

    dalu sy selalu lepak kedai mamak..sekarang dah berubah angin ke restoran melayu lak..bro, kena kurangkan roti canai,banyak kolesterol..haha..:)

    Reply
  18. suri says

    30th January 2012 at 4:40 pm

    pagi paling penting sarapan.klu tak perut sgt kuat memulasnya…dah tu mkn tgri mesti akan byk punya sb sarapan pagi tak makan.tpu yg potensi badan cpt lapar..naik heeee stamina tak der huuu

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 11:03 pm

      Ramai yang ambil ringan untuk mengambil sarapan pagi pun penting juga.

      Reply
  19. suri says

    30th January 2012 at 4:33 pm

    bagusnya hujung mgu klr makan d kedai hee..meringankan beban isteri skli skla..teman masak jer kt dapor heeeee

    Reply
  20. Dulu Lain Sekarang Lain says

    30th January 2012 at 3:32 pm

    Kalau lari bajet, mmg kedai mamak jer ler.. Roti canai baru 80 sen 😀

    Reply
    • hafizmd says

      30th January 2012 at 5:08 pm

      wah..ni area mane ni bro…..still 80sen lagi…kat sini, ada satu kedai mamak jer yg murah sikit, 90 sen…lain2 semua 1 ringgit

      Reply
  21. sw33tdarling says

    30th January 2012 at 2:07 pm

    kalau weekend mmg rata² kita akan keluar breakfast di luar. Bukan sebab tak mahu makan di rumah tapi kena buat aktiviti bersama² keluarga dan anak²….

    Reply
  22. b3njy says

    30th January 2012 at 9:59 am

    Benjy minat juga dengan roti bakar yang disalut dengan telur … sedap tu broo …

    Reply
  23. b3njy says

    30th January 2012 at 9:58 am

    Kadang-kadang bersarapan di rumah pun ada baiknya juga … banyak benda boleh dijimatkan … berjimat bukan bermaksud kedekut tau 😀

    Reply
  24. b3njy says

    30th January 2012 at 9:54 am

    Apa roti canai banjir ! … alahai itu menu kegemaran Benjy tu Broo …. bila pergi kedai mamak yang benjy dah selalu pergi lepas duduk ke terus jerit “Mamakkkk ! …. Roti canai banjir satuuuu ! …. dall dan sambal je …” tak sampai 2 saat mamak tu balas “Roti canai banjir satu SIAPPPPPP !….” dalam hati benjy kata “gilanya mamak ni … lajunya dia buat”. Itulah daya tarikan benjy pada restoran mamak 😀

    Reply
    • hafizmd says

      30th January 2012 at 5:12 pm

      jgn lupa benjy, check dulu roti tu, kot2 roti yg dia tebar awal pagi tadi…dah keras smpai gigipun hampit goyang jadinya…hehe

      Reply
  25. bardboo says

    30th January 2012 at 5:34 am

    ahh, rindunya nak makan roti canai kat kedai mamak…ni yang tak sabar nak balik ni..huhu..

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 11:04 pm

      Dekat sana tidak dijual roti canai segera?

      Reply
  26. ohcikgu says

    30th January 2012 at 4:49 am

    jarang pergi. tapi sekali-sekala aje. hehe

    Reply
  27. alongv6 says

    30th January 2012 at 12:25 am

    sekarang ni nak cari warung/kedai/restoran melayu jual roti canai payah nak jumpa,dah tak ramai berbanding dulu.Nak tak nak,kena gak ke restoran mamak kalau nak mkn roti canai .Tapi tengok gak tukang tebar,kalau tangan berbulu dah macam gorilla,tak beli.he!

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 11:05 pm

      Orang kita lebih senang menjual Nasi Lemak kerana hendak tebar roti tidak semua ada kemahiran.

      Reply
    • Norasikin says

      3rd February 2012 at 9:13 am

      roti canai kena buat bila ada order. tu yg diaorg malas tu. kalau nasi lemak terus masak je sekaligus

      Reply
  28. cikgu naman says

    30th January 2012 at 12:24 am

    sekarang ni dah tak suka makan di kedai mamak..zaman belajar je lepak tengok bole kat situ..hehe

    Reply
  29. tehr says

    30th January 2012 at 12:13 am

    kami selalunya bungkus nasi berlauk je bila hari minggu
    dan sedikit kuih
    makan kat rumah dengan nescafe bancuhan sendiri
    hehe

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 11:06 pm

      Dekat Kelantan banyak warung makan tidak perlu bimbang.

      Reply
  30. shraqs says

    29th January 2012 at 11:54 pm

    Aku kalau masuk kedai mamak minum air jelah,.. nak makan memang jauh,.. masalah ckit dari segi hygenic 🙁

    Reply
  31. kulanz says

    29th January 2012 at 10:50 pm

    kami sekeluarga pun selalu juga pegi restoran mamak hari Sabtu dan Ahad layan roti canai.. tapi minggu ni tak pegi sebab isteri baru bersalin.. terpaksa layan roti kering je lah 😀

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 11:17 pm

      Nak buat macamana bro. Makan apa yang adalah 🙂

      Reply
  32. zulkbo says

    29th January 2012 at 9:07 pm

    salam..
    selalu pekena dengan member
    di mamak ni..jarang sangat
    dengan family

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 11:19 pm

      Memang restoran Mamak menjadi “port” untuk pekena Teh dan Roti Canai bersama kawan-kawan.

      Reply
  33. cmratu says

    29th January 2012 at 9:02 pm

    hehe.. mamak penang juga yang sedap.. :p
    ada ja dengar pasal candu, ganja dan kas-kas lebih dlm lauk.. tapi mitos je kot… 😛

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 11:20 pm

      Mungkin perkataan “candu” yang saya gunakan disalah ertikan. Maksud saya apa yang menjadikan tarikan untuk ke restoran Mamak.

      Reply
      • tehr says

        30th January 2012 at 12:09 am

        aku faham apa yg bro maksudkan
        bukan candu sebenar

        Reply
  34. Nadri says

    29th January 2012 at 8:58 pm

    tak sempurna hidup tanpa mengunjungi kedai mamak kans??…btw, masakan air tangan isteri lagi enak jika dibandingkan dengan air tangan mamak..bersih lagi suci…

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 11:20 pm

      Betultuh air tangan isteri lebih sedap. 🙂

      Reply
      • suri says

        30th January 2012 at 4:35 pm

        he sejuk bla dia mdgar.apa lagi air tgn ibu lagi menusuk dlm kalbu

        Reply
  35. anif says

    29th January 2012 at 8:21 pm

    Tak nak mamak! Mahu mama! hahaha 😀

    Reply
  36. Mus says

    29th January 2012 at 8:20 pm

    kalau nak lebih bersih.. sendiri masak adalah terbaik

    Reply
  37. Denaihati says

    29th January 2012 at 7:51 pm

    mamak n melayu xboleh dipisahkan!!!
    setengah org memang xboleh lansung mkm kat kedai mamak. bagi aku memang biasa tempat mengeteh, melepak n online.

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 11:22 pm

      Saya ada kawan memang tidak boleh makan Roti Canai mamak mesti perutnya memulas.

      Reply
      • suri says

        30th January 2012 at 4:36 pm

        kari dia masak berkali2 bgtu dgn ayam juga..saya kurg makan klu makn sllo oder capati teragak baru makn klu tak makna apa yg ada jer heee

        Reply
  38. puteri says

    29th January 2012 at 7:47 pm

    taknak mamak?
    puteri takmak maktab!\

    huhuuuuu!
    sedeyyy

    malas belajar
    malas jugak mau mengajar

    uwaa..

    tapi keje len xdapat2 ;(

    Reply
    • puteri says

      29th January 2012 at 7:48 pm

      *taknak
      takmak pulakk kekekekeke

      Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 11:23 pm

      Puteri sudah penat belajar eh?

      Reply
      • suri says

        30th January 2012 at 4:38 pm

        dah katam puns heee

        Reply
  39. Nur says

    29th January 2012 at 7:07 pm

    Suspen je.. ingatkan kenapa.. 🙂

    Reply
  40. titan says

    29th January 2012 at 6:53 pm

    aku tak sarapan. terlupa pagi tadi. terlupa plak.

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 11:23 pm

      Tak akan perut tidak berbunyi? Tak pun sendawa angin sahaja. 🙂

      Reply
  41. lunaticg says

    29th January 2012 at 6:17 pm

    Saya dah setahun lebih tak pergi restoran mamak ni….. Banyak kes dah mereka ini kena tangkap dan tutup kedai sebab bukan beragama Islam.

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 11:24 pm

      Ada juga terbaca di akhbar tempatan mengenai kes sebegini.

      Reply
  42. adele says

    29th January 2012 at 6:08 pm

    igtkan napelah tadi taknak ke kedai mamak.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 6:33 pm

      Jangan marah yer. 🙂 “Promote” roti telur air tangan isteri.

      Reply
  43. faiz says

    29th January 2012 at 5:49 pm

    nak dikatakan setiap hari pergi mamak..tgn pun dah bau kari..

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 6:32 pm

      Ketika bertugas di Miri dahulu menu harian saya adalah capati. Memang betul berpeluh sudah bau kari.

      Reply
  44. Kujie says

    29th January 2012 at 4:26 pm

    tak reti nak pergi kedai mamak
    tak tahan…………. geli dgn bulu roma!

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 4:47 pm

      Kalau macam itu ketika memesan dan makan kena tutup mata. 🙂

      Reply
  45. Fahmi Raazali says

    29th January 2012 at 3:47 pm

    Adat berniaga… Kalau pandai layan pelanggan, ramailah yang suka. Bila pelanggan suka nanti mereka datang lagi dan lagi. Bukan rezeki tuan kedai itulah agaknya. Hari ini menu roti telur bukan roti canai banjir. 🙂

    Reply
  46. ciksembang says

    29th January 2012 at 3:40 pm

    saya terkena kedai mamak di Singapura. Restoran mamak bukan senang nak pilih yang bersih

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 3:51 pm

      Bukankah di Singapura tahap kebersihan dijaga?

      Reply
  47. MEKAR says

    29th January 2012 at 1:47 pm

    Oh..ingat ada kontroversi apa dgn kedai mamak. hehe

    Reply
  48. nizam says

    29th January 2012 at 1:00 pm

    aku pagi ni sarapan dengan nescafee + biskut je…malas kuar punya pasal kan..nak masak, meggi je ada kat dapur..haha..orang bujang kan…

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 3:52 pm

      Orang bujang senang sahaja apa yang ada bedal. 🙂

      Reply
  49. Mr.Sepet says

    29th January 2012 at 12:58 pm

    jarang p restoren mamak . . selalu srapan kat umah ja ..

    Reply
  50. auc dot com says

    29th January 2012 at 12:50 pm

    lama dah gi res mamak ni
    lepas bermacam kontroversi timbul dulu 🙂

    Reply
  51. Azman says

    29th January 2012 at 12:43 pm

    Saya pun hari ni tak pergi…wife buat goreng pisang dan nescafe 🙂 Mmmg kuat tarikan kedai mamak ni yer.

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 4:01 pm

      Kena pula Teh Tarik yang mempuyai buih yang tinggi. 🙂

      Reply
  52. normi says

    29th January 2012 at 12:20 pm

    mkn kat rmah lbh jimat n kebersihan terjamin..:)

    Reply
  53. zool says

    29th January 2012 at 12:15 pm

    Tak Nak mamak.. tapi mamak servis terbaek kan…

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2012 at 12:23 pm

      Restoran mamak ini sudah menjadi sebahagian budaya negara rakyat ini. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in