• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Tahun 2012 tinggal kenangan 2013 buka lembaran baru.

Tahun 2012 tinggal kenangan 2013 buka lembaran baru.

1st January 2013 by akubiomed 56 Comments

Banyak kenangan yang terpahat sepanjang tahun 2012.

Abang Koning dan baby Aslah

Entri pertama untuk tahun 2013. Saya juga tidak mahu ketinggalan merakam peristiwa penting yang berlaku sepanjang tahun 2012. Banyak kenangan terpahat terpahat sepanjang tahun 2012 memberikan peluang untuk saya melangkah lebih jauh didalam dunia blogging.

Permulaan yang kurang baik diawal 2012.

Awal tahun 2012 permulaan saya agak kurang baik kerana blog AkuBiomed mengalami masalah teknikal dengan hosting yang saya melanggan sejak 2008 menyebabkan hubungan saya dengan pakej hosting berkenaan berantakan. Saya kerap menghantar email tetapi maklum balas pihak teknikal hosting memberi maklum blog saya didalam keadaan baik. Blog ini telah mengalami penurunan trafik kerana tidak boleh diakses. Akhirnya pihak hosting akui memang ada masalah berlaku pada shared hosting kerana ada pengguna tidak bertanggungjawab menyebabkan pengguna lain yang mengunakan shared hosting sama terpalit sama.

Menjadi ahli keluarga ServerFreak.

Akhirnya pada bulan May saya telah mengambil keputusan untuk berpindah ke hosting ServerFreak meninggalkan hosting yang telah bersama sejak tahun 2008 lagi. Berpuas hati dengan perkhidmatan ServerFreak ini yang memenuhi keperluan saya. Blogger Brofamestone, DenaiHati, Eyriqazz, Puan Bee dan Yanmie antara yang melanggan hosting ServerFreak ini

Penyertaan Projek 100 blogger membuka paradigma baru.

Menyertai Projek 100 blogger oleh Broframestone membuka langkah peluang ke dunia advertorial yang begitu asing bagi saya. Pertama kali menghadiri event agak tersipu-sipu malu maklumlah saya bukanlah siapa-siapa didalam dunia blogging ini. Antara cabaran adalah mendapat tugasan pada hari bekerja memang susah hendak mendapat pelepasan daripada majikan. Terima kasih kepada Broframestone yang memberi kepercayaan kepada saya.

Lelaki ini bertanggungjawab membawa ke dunia Advertorial
Pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GIVI
Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurve

Pelancaran Z800 dan Ninja 250 baharu oleh Kawasaki Malaysia
The Grand Finale Samsung AppStar 2012

Terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan.

Memang sudah lama saya memasang azam untuk melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Nampaknya impian tersebut telah tertunai. Ia adalah sumbangan kecil saya kepada masyarakat dan pada masa sama menyampaikan mesej positif kepada masyarakat. Aktiviti masyarakat ini akan diteruskan pada tahun 2013.

Gotong royong di kampung Wellington
Gotong royong di kampung orang Asli Bukit Kala

Berjumpa blogger didalam dunia realiti.

Saya berpeluang berjumpa blogger-blogger senior dan muda setiap kali pergi event yang dianjurkan.

Bro Jejai orangnya Humble.

Nurul, Pen Merah, Yanna Yassin

Falling Angel, Fendy, Acul, Armujahid
Azmanisma dan Puan Bee
Bro Eyriqazz, Abang ensem dan bro Azmanisma
Bro Eizil
Mr.Kay orang kuat ApesalDotCom
Bro Zarul dan Kak Siti pemilik Butik Little Scarf Collections(LSC) adalah pengusaha kain tudung muslimah yang berjaya
NorMj, Puan Bee dan Yanmie pemenang Contest gadget impian
Bro DenaiHati
Cikgu Naman
Bro Zarul Umbrella sebelum program Six Pack

Kegilaan membidik dengan kamera DSLR.

Saya mula gatal membidik pantang ada subjek yang boleh dijadikan modal tentu tidak terlepas daripada bidikan kamera DSLR. Kalau ke mana-mana kamera DSLR mesti dibawa bersama.

Naik pangkat bulan Julai.

Saya menerima kehadiran orang baru apabila adik perempuan saya melahirkan anak perempuan. Ia telah memecah rekod didalam keluarga kami sebelum ini semuanya lelaki dengan kehadiran bayi perempuan pertama ini . Secara rasminya saya telah mendapat ‘title’ Pak Long.

Mak Long & Nor Iris Amani

Permergian Ayahanda tersayang.

Pada tanggal 7hb September ayahanda saya telah menerima panggilan Ilahi. Beliau pergi  meninggalkan kami pada usia 68 tahun sehari selepas sambutan hari lahir bonda saya. Ia ada adalah berita yang menyedihkan untuk saya dan sekeluarga. Moga-moga rohnya berada disisi orang-orang yang beriman. Ameen.

Akubiomed bersama arwah bapa

Antara hasil blogging

Saya boleh dikatakan aktif menyertai pertandingan atau give away yang dianjurkan oleh sahabat blogger dan begitu juga pengiklanan seperti Nuffnang

My Pinky Moments Contest – blog Eyriqazz
Menang set pinggang mangkuk CorningWare bersama Sunlight
Buku hadiah daripada Kak Jie dan HafizMD

Fuh. siap juga akhirnya selepas 10 kali ‘revise’ tidak semua saya dapatkan rekod didalam entri ini. Adakah saya akan berjumpa titik noktah didalam dunia blogging. Nampaknya tidak.

AkuBiomed: Esok sesi persekolahan 2013 akan bermula. Selamat bersekolah kepada anak-anakku. 🙂

Sila tekan butang kongsi:

  • Sayang ketat ketat Serverfreak hosting Malaysia
  • Saya blogger yang tersepit
  • Kupon diskaun 30% dengan hosting ServerFreak

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Pondok Papan says

    16th February 2013 at 2:43 am

    Emm seronok baca artikel ni..hehe

    Reply
  2. hanafi abdullah says

    24th January 2013 at 10:29 am

    Beruntung dapat merakam kenangan menggunakan kamera…kalau simpan dalam otak agak payah sedikit walaupun gambaran dalam otak jauh lebih baik daripada apa apa gadjet yang terkini.

    Reply
  3. papa mifz says

    5th January 2013 at 5:27 pm

    semoga tahun 2013 bro lebih sukses yer…amin…

    Reply
  4. yas says

    3rd January 2013 at 11:01 am

    Walaupun aku sendiri agak sibuk dan gagal bersama rakan blogger yg len….namun sempat juga berkenalan dgn rakan2 blogger yg lain termasuk tuan blog….

    Reply
  5. Melastik Bintang says

    3rd January 2013 at 10:04 am

    ramai dah blogger yang bro dah jumpa ye..

    wah! join seminar kevin zahri ke bro.. hehehe

    Reply
  6. drInspirasi says

    2nd January 2013 at 11:11 pm

    Antara impian saya na dapat trafik macam bro untuk tahun 2013. 😛

    Reply
  7. arelan says

    2nd January 2013 at 10:34 pm

    selamat tahun baru ye.moga 2013 lebih bermakna

    Reply
  8. Hairul Hissam says

    2nd January 2013 at 6:00 pm

    byk betul gambar kenangan bro tahun 2012… tentu lebih banyak gambar utk tahun 2013

    Reply
  9. hairulafiz says

    2nd January 2013 at 5:02 pm

    semoga terus sukses bro azrin

    Reply
  10. hatiputera says

    2nd January 2013 at 4:30 pm

    Memang hebat-hebat semua pencapaian bro lebih-lebih lagi pasal advertorial tu.

    Reply
  11. zool says

    2nd January 2013 at 2:44 pm

    gempak-gempak pencapaian.. tapi ada yang sedih juga ye..
    semoga tahun 2013 akan lebih banyak kejayaan dicapai

    Reply
  12. Denaihati says

    2nd January 2013 at 2:27 pm

    selamat tahun baru 2013. banyak pencapaian yg dah bro capai. tahniah.

    Reply
  13. Miss Yati says

    2nd January 2013 at 2:08 pm

    Bila kenang balik apa yang dah jadi sepanjang tahun, macam-macam perasaan ada. Apa pun insyaAllah 2013 kita semua sama-sama jadi yang terbaik.

    Reply
  14. Malaysia coin says

    2nd January 2013 at 1:53 pm

    Banyak juga pencapaian 2012 bro ni?
    Semoga tahun ni lagi banyak pencapaian dari tahun lepas.

    Reply
  15. Qashmere says

    2nd January 2013 at 1:51 pm

    Sungguh lengkap dan padat aktiviti tahun 2012.. Semoga tahun baru 2013 memberi banyak pengertian lagi.
    Selamat tahun baru bro!

    Reply
  16. hafidz says

    2nd January 2013 at 1:39 pm

    memang banyak kenangan yang hebat untuk tahun 2012.
    semoga tahun 2013 semakin hebat dan tahun seterusnya! 😀

    Reply
  17. sohoque says

    2nd January 2013 at 12:57 pm

    alhamdulillah. byk kejayaan yg bro kecapi pd 2012. moga kejayaan demi kejayaan akan mengiringi bro di tahun 2013 ini. In shaa Allah..

    Reply
  18. kozumi_ro says

    2nd January 2013 at 12:47 pm

    Serius koz teringin nk jumpe dengan rakan-rakan blogger lain…moga tahun baru ini impian ini akan tercapai^^

    Reply
  19. nazra says

    2nd January 2013 at 12:13 pm

    bila baca entri ni, buatkan cheq rasa rindu nak berblog dengan aktif! aduh. menyesal dulu tinggalkan dunia blogging selama 1 1/2 tahun -_-

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 12:35 pm

      Saya pernah berhenti menulis blogging 2 tahun lalu. Kerinduan menulis membuatkan saya kembali menulis blod dengan nama domain yang baru.

      Reply
  20. maza says

    2nd January 2013 at 12:08 pm

    bila terlihatkan gambar ayah dan anak itu tetiba teringatkan ttg perihal diri sendiri dgn arwah ayah.. juga dgn anak2 maza sendiri.. terasa kerinduan merasap jiwa..

    al fatihah..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 12:36 pm

      Saya masih terasa pemergian beliau dan tergiang-giang bisikan beliau ditelinga anaknya ini.

      Reply
  21. Nadot says

    2nd January 2013 at 11:33 am

    memang best betul 2012 ABM… seronok je bace.. semoge 2013 dan tahun-tahun seterusnya akan jadi lebih best lagi! 😉

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 12:37 pm

      Terima kasih Nadot. 🙂

      Reply
  22. Ladfe Amir says

    2nd January 2013 at 10:53 am

    semoga bro terus berjaya sebagai seorang blooger. mungkin selepas ini blogger sepnuh masa pula.

    jealous juga saya tgk bro dapat berjumpa dgn ramai blogger lain. saya blm berpeluang lagi setakat ni

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 12:38 pm

      Belum tiba masanya untuk bergerak sebagai blogger sepenuh masa.

      Reply
  23. auc says

    2nd January 2013 at 10:38 am

    Tahniah bro
    Bro memang antara blogger terhebat sekarang ni 🙂

    Reply
  24. Anarm says

    2nd January 2013 at 10:20 am

    banyak juga kenangan dan pengalaman bro sepanjang 2012 ek.. semoga tahun 2013 ni akan lebih bermakna

    Reply
  25. hafizrahim says

    2nd January 2013 at 8:57 am

    Macam2 yang berlaku ye dalam 2012..semoga tahun 2013 bro lebih ceria..seronok jumpa geng blogger..macam2 boleh cerita..hehe

    Dulu bro pakai hosting provider mane ye?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:12 am

      Kisah lama saya tidak mahu ungkit lagi. Selesa dengan hosting ServerFreak.

      Reply
  26. titan says

    2nd January 2013 at 7:25 am

    ok. gambar pink tu memang tak bleh blahh. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:13 am

      Memang pun tetapi berani mengatal juga hendak masuk contest. 🙂

      Reply
  27. Nur says

    2nd January 2013 at 2:46 am

    Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2012.. Al-Fatihah untuk arwah ayahanda saudara.

    Catatan yang sangat detail.. Semoga terus sukses dalam dunia blogging.. Selamat Tahun Baru (maaf agak terlewat ucapan ini). Moga anak2 saudara Azrin berjaya dalam pelajaran.. Tentu mereka teruja nak ke sek..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:14 am

      Anak-anak memang asyik bercakap mengenai sekolah yang dibuka(hari ini)

      Reply
  28. Bro Zulkbo says

    2nd January 2013 at 1:47 am

    salam..
    selamat tahun baru Bro
    tahniah atas kejayaan blog
    ini sepanjang 2012 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:19 am

      Terima kasih bro Zulkbo. 🙂

      Reply
  29. Ezad Skytech says

    2nd January 2013 at 1:42 am

    banyak betul kenangan pahit manis tahun 2012 untuk tuan blog ni..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:24 am

      Memang tidak sangka menepuhi tahun 2013 dengan penuh warna warni.

      Reply
  30. hafizmd says

    2nd January 2013 at 1:07 am

    terbaik! ini ungkan pling terbaik ambe utk bro ab!
    moge terus mencoret catatan manis dan diikongsi brsama…tahniah bro ab!

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:19 am

      Terima kasih bro Hafiz. 🙂

      Reply
  31. MK Kimi says

    2nd January 2013 at 1:03 am

    Banyak kenangan manis, ttp tidak bg saya.
    Smg tahun 2013 lebih byk manisnya ye …. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:22 am

      Kenapa pula jadi macam tuh? Apa pun mengharap sinar di tahun 2013 ini.

      Reply
  32. Mus says

    2nd January 2013 at 12:14 am

    tak terasa 2012 telah pergi meninggalkan kita..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:28 am

      Memang pun bro. Tak sangka cepat betul masa berlalu pergi.

      Reply
  33. TehR says

    2nd January 2013 at 12:06 am

    tahun yang sibuk, bro
    tahniah
    aku memang sukar untuk menyertai sebarang aktiviti seperti ini

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:24 am

      Kalau ada kelapangan akan menyertai apa-apa event atau projek yang dianjurkan.

      Reply
  34. dkna abza says

    1st January 2013 at 11:33 pm

    wah…seronok dkna maca cerita sepanjang tahun 2012 abg..semoga tahun ni boleh membawa 1001 cerita yang lagi best.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:27 am

      Mudah-mudahan ada yang cerita menarik boleh dikongsi didalam blog ini.

      Reply
  35. KiD says

    1st January 2013 at 11:28 pm

    waaaaahhhh… panjang story mory bro nih… syiok baca.. hehehee.. bila kita nak berjumpa pulak? 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:28 am

      Insyallah ada peluang kita berjumpa lagi.

      Reply
  36. Ummi Hanie says

    1st January 2013 at 11:12 pm

    ramainya bloggers yg akubiomed dah jumpe…

    slmt maju jaya dlm blogging… 😉

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:30 am

      Bila ada event atau gathering dapatlah berjumpa bloggers.

      Reply
  37. Kujie says

    1st January 2013 at 10:34 pm

    semua yang manis-manis…. moga tahun ini 2013 lebih manis lagi..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:31 am

      Terima kasih Kak Jie.

      Reply
  38. padin says

    1st January 2013 at 10:29 pm

    wahaaa banyak kenangannya tu, ehehee
    Selamat Tahun baru untuk bro… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      2nd January 2013 at 9:32 am

      Tak sangka banyak yang kenangan manis di pahat pada tahun 2012 yang sudah berlalu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in