• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Tabung kanister warisan Shell edisi terhad sempena sambutan ulang tahun ke-125 Shell

Tabung kanister warisan Shell edisi terhad sempena sambutan ulang tahun ke-125 Shell

7th October 2016 by akubiomed 16 Comments

Tabung kanister warisan Shell edisi terhad sempena sambutan ulang tahun ke 125 Shell.

Siapa sudah mula mengumpul tabung kanister warisan Shell edisi terhad? Saya antara pengumpul koleksi-koleksi barangan terhad Shell bermula koleksi kereta ferrari dan Lego Shell. Pihak Shell Malaysia telah mengeluarkan tabung kanister warisan sempena sambutan ulang tahun ke 125 Shell

Mengimbau zaman saya sekolah dahulu, berdekatan dengan tempat kediaman saya ada kilang Bernas yang memproses beras. Setiap kali saya lalu berhampiran kilang tersebut, mata saya akan tertumpu pada logo pada sebuah tangki minyak diesel usang yang diletakkan di perkarangan kilang.

Logo minyak Shell klasik

Apa yang menarik perhatian saya adalah logo Shell pada sisi tanki minyak tersebut adalah logo klasik cengkerang. Logo tersebut berbeza dengan logo Shell sekarang ini lebih moden. Saya rasa sukar untuk dijumpai sekarang ini.

Saya ingin berkongsi pengalaman sebagai pelanggan tetap berhenti mengisi minyak di stesen minyak Shell. Minyak dari Shell menjadi pilihan untuk mengisi minyak dengan Shell kerana inginkan lebih prestasi, ekonomi dan lebih kilometer setiap kali perjalanan jauh.

Aslah dapat keropok dari kedai runcit Shell Select

Biasanya setiap kali perjalanan pulang ke Kuala Lumpur saya akan singgah stesen minyak untuk mengisi minyak. Sementara menanti pengisian minyak penuh, biasalah anak-anak akan mendapat air kotak dan sedikit makanan ringan dari kedai runcit Shell Select untuk makan didalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Kesempatan tersebut digunakan untuk mengunakan tandas antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Shell bersih dan cantik.

Perasan tak ? apabila ke kaunter nak bayar minyak nanti akan disapa dengan sopan oleh pekerja Shell yang mesra. Kita akan berasa selesa dengan nilai murni yang terapkan pada pekerja Shell memberi layanan terbaik kepada pelanggan.

——————————————————————————————–

Sempena sambutan ulang tahun ke-125 Shell, telah dilancarkan tabung kanister warisan berbentuk stesen minyak dan pam berlainan tahun bermula tahun 1920an sehingga ke tahun 1980an. Ada 4 tin kanister besar berbentuk stesen minyak, 4 mini tin kanister berbentuk pam dan tin berbentuk lori tangki minyak Shell untuk dikumpul. Mengumpul tin kanister ini boleh melihat perubahan stesen minyak Shell seiring dengan peredaran zaman. Bila dapat kumpul tin kanister Warisan Shell ini membuatkan hati saya rasa gembira.

Stesen minyak Shell tahun 1920an

Stesen minyak Shell tahun 1950an

Stesen minyak Shell tahun 1960an

Stesen minyak Shell tahun 1980an

lori tangki minyak Shell

Koleksi tin kanister warisan Shell edisi terhad ini beli dibeli pada harga RM12.90 untuk tin kanister stesen minyak bersaiz besar dengan berbelanja mengisi minyak minimum RM40 setiap satu dan mana kala tin kanister pam bersaiz kecil boleh dibeli pada harga RM7.90 setiap satu dengan belian produk terpilih sekurang-kurang RM6.

Bukan itu sahaja, pihak Shell buat kejutan sempena Sambutan Ulang Tahun ke 125 tahun dengan mengeluarkan tin canister warisan Shell edisi terhad berbentuk lori minyak boleh dibeli pada harga RM12.90 dengan berbelanha mengisi minyak minimum RM40. Kalau korang pengumpul tegar barangan koleksi terhad Shell cepat-cepat kumpul semua koleksi.

Sila layari laman rasmi tentang: Tin Kanister Warisan Shell Edisi terhad

Sila layari laman rasmi tentant: Sambutan Ulang Tahun ke 125 Shell

Boleh rakan-rakan berkongsi pengalaman bersama Shell di ruang komen.

Sila tekan butang kongsi:

  • Cabaran Shell FuelSave 2014 menjadi milik Muhammad Kamal Asyraf
  • RM20,000 habuan Shell FuelSave Challenge 2014
  • Selfie bersama Fahrin Ahmad di Shell FuelSave Challenge 2014

Filed Under: advertorial Tagged With: koleksi barangan shell, sambutan ulangtahun ke 125 shell, shell limited edition heritage cannister, shell malaysia, shell merchandise, stesen minyak shell

Reader Interactions

Comments

  1. Cik tom says

    27th October 2016 at 9:08 am

    padin dah kumpul 2 box kanister ni..tengok banyak produk shell dalam koleksi dia..

    Reply
  2. Norasikin Basri says

    18th October 2016 at 9:14 pm

    Saya pun pelanggan setia shell gak. Tapi tak simpan la koleksi barangan shell. Tak muat rumah rasanya.

    Reply
  3. titan says

    15th October 2016 at 12:48 am

    barang rare ni beb.

    simpan. 20 tahun lagi, leh jual.

    Reply
  4. Khairul Zamri says

    13th October 2016 at 10:14 pm

    Ooooo maknanya kena isi minyak minima RM40 baru leh beli koleksi itu dengan harga demikian

    Reply
    • akubiomed says

      14th October 2016 at 1:46 am

      Ya, betul bro. 🙂

      Reply
  5. amirulfaiz says

    11th October 2016 at 10:33 pm

    Ini simpan lama-lama jadi barang berharga ni. Cantik pula tu..

    Reply
    • akubiomed says

      14th October 2016 at 1:47 am

      Saya pun nak buat simpan sebab barang rare item.

      Reply
  6. raihanah says

    10th October 2016 at 9:15 am

    nak pi beli la, cun juga tu. tq info

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2016 at 5:47 pm

      Setiap minggu tin kanister warisan Shell yang berbeza. 🙂

      Reply
      • raihanah says

        12th October 2016 at 9:38 am

        dah pi pagi tadi. ala saya ingatkan boleh buat tabung. terus tak jadi beli. dia storage tin rupanya

        Reply
  7. Padin says

    10th October 2016 at 9:10 am

    Yelah bro.. saya pon minat juga mengumpul koleksi Shell..
    walaupun tak semua edisi, tapi boleh kata banyak juga yang terkumpul..
    saya baru kumpul 2 tin kecil… nak tambah lagi ni. 😀

    Reply
    • raihanah says

      11th October 2016 at 9:05 am

      sampai bila promo ni? ish tak sabar pulak

      Reply
      • akubiomed says

        11th October 2016 at 5:48 pm

        Promosi sehingga hujung bulan Oktober.

        Reply
    • akubiomed says

      11th October 2016 at 5:47 pm

      Kalau yang kerap isi minyak memang cepat penuh koleksi. 🙂

      Reply
  8. Ira says

    7th October 2016 at 6:12 am

    Nice sharing

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2016 at 5:49 pm

      Boleh kumpul buat perhiasan memang cantik dan vintage.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in