• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Syyh Aslah nak tidur

Syyh Aslah nak tidur

16th December 2010 by akubiomed 75 Comments

Mendodoikan anak sebelum sepak mula perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Vietnam.

Rata-rata blog hari ini menyiarkan kejayaan skuad bola sepak Malaysia bimbingan Rajagopal yang telah berjaya menewaskan skuad Vietnam dengan 2 – 0.

Kejayaan hasil jaringan gol oleh Safee Ali yang agak lama tidak beraksi untuk skuad kebangsaan rasanya hampir 2 tahun digugurkan dari skuad kebangsaan. Kejayaan menjaringkan gol menyaksikan sentuhan Safee Ali yang juga penyerang bagi pasukan negeri Selangor masih berbisa dan tidak harus dipandang enteng.

Jaringan ke dua Safee Ali telah merobek sorakan penyokong-penyokong Vietnam yang tidak putus-putus meniup semangat pasukan negara mereka untuk bangkit tapi apakah daya kemenangan milik Malaysia.

Hari ini aku mengambil keputusan mengistiharkan cuti dari menulis sebarang entri kerana meraikan kejayaan kemenangan skuad Malaysia. Go! Malaysia go!

Baru menang tempat sendiri dah istihar cuti bagaimanakah agaknya kalau Malaysia menjuarai piala AFC di final nanti tentu aku cuti sebulan. Ah! tidak mungkin aku lakukan tentu rugi dari segi trafik ke blog. Cerita kemenangan pasukan bola sepak negara turut menjadi perbualan rakan-rakan di sepejabat.

Minyak Yu Yee mujarab untuk anak kecil yang mengalami masalah kembung

Sehari sebelum perlawanan antara Malaysia dan Vietnam aku awal-awal lagi telah menyatakan hasrat aku hendak menonton siaran langsung dirumah melalui saluran Astro 813 tanpa gangguan dengan siaran lain.

Biasanya waktu siaran perdana isteri aku menonton saluran Astro 133. Semalam menyaksikan dugaan seawal sebelum sepak mula apabila baby kecil aku meragam kerana kembung dan aku pula kena ambil alih tugas mendodoikan anak.

Anak-anak aku yang sebelum ini memang tidak diajar tidur didalam buaian kerana ia dikhuatiri akan menyebabkan gegaran otak. Lagi pun senang kalau balik kampung tidak perlu aku bawa buaian dan cari tiang hendak mengantung buaian.

Dengan pengalaman anak-anak sebelum ini aku berjaya mengurangkan kembung bayi kecil aku ini dengan menyapu minyak Yu Yee yang memang terkenal untuk melegakan kembung anak kecil. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk mendodoikan anak kecil aku untuk tidur.

 

Syhh tidak boleh sorak sebab Aslah tidur

Setiap babak mencemas atau percubaan jaringan gol samada dari pasukan Malaysia dan Vietnam. aku tidak boleh berteriak atau membuat sorakan kerana ia akan mengejutkan anak kecil aku yang sedang nyenyak tidur.

Terima kasih Aslah kerana memahami babah yang hendak menonton perlawanan antara Malaysia dan Vietnam tidur hingga akhir perlawanan.

Harapan aku adalah pasukan Malaysia yang mempunyai kelebihan meraih mata penuh kerana menang ditempat sendiri dapat mengekal rentak kemenangan ketika bertandang di tempat lawan nanti. 🙂

Sila tekan butang kongsi:

  • Reaksi kekalahan Malaysia vs Singapura
  • Piala Suzuki AFF 2010 sah milik Malaysia
  • Pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea 2011

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. mankuchai says

    19th December 2010 at 1:32 pm

    begitulah naluri seorang bapa…minat terpaksa dikorbankan demi untuk anak…kadang2 kita dah set masa untuk bergembira untuk diri sendiri(tengok bola)alih2 ada sedikit ganguan,begitulah hidup seorang blogger yang memegang status ayah 🙂

    Tahniah untuk pasukan Malaysia!

    Reply
  2. Norizwan says

    19th December 2010 at 10:55 am

    tak sabar ada baby huhu…
    wah bagus lagi aslah paham babah dia ea…:)
    Malaysia boleh…:)

    Reply
  3. RedBoys says

    18th December 2010 at 7:34 pm

    gunalah minya yuu yee. pastinya pilihan yg bijak. hehe.

    p/s: tahniah buat pasukan malaysia.

    Reply
  4. Panduan Buah Pinggang Sihat says

    18th December 2010 at 4:40 pm

    Saya harap pasukan Malaysia akan terus mara bukan saja pada Pila Suzuki ni tapi dalam piala-piala yang akan datang.

    Reply
  5. Ladfe Amir says

    18th December 2010 at 2:55 pm

    kebetulan lah bro.
    aku pun kena jaga baby sebab wife aku ada appointment ngan doktor.
    so..tgklah bola senyap jgk.

    tp baby aku meragam gak sbb demam.

    terseksa sikit rasanya

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2010 at 3:26 pm

      Sabarjer lah bro memang nasib tak menyebelahi kita 🙂

      Reply
  6. lily lotus says

    18th December 2010 at 9:16 am

    mmg bapa mithalilah u bro 🙂

    Reply
  7. Ismail N says

    17th December 2010 at 11:31 pm

    Baguslah tolong2 bini jaga anak. 😀 Bagus tu.. Bila kawe jaga anak-anak terutama time depa semua meragam..maka teringatlah pada ibu ayah yang susah payah membesarkan kita dulu. Buat kita insaf dan sentiasa ingin berbakti kepada ibu bapa, masy. dan negara.
    Bercakap pasal bola pula, aku pun happy tengok Malaysia menang. Dah lama kita tak melonjak-lonjak time Malaysia main bola. Tapi lately nampak ada perubahan sikit. Semoga mutu bolasepak negara akan terus meningkat dan reputasi kita akan kembali ke zaman kegemilangan 70-an dan wal 80-an dulu. Glory Glory 1Malaysia…

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 11:59 pm

      Memang harap kecemerlangan ini dikekalkan bagi menebus maruah Malaysia sebagai pasukan yang digeruni suatu ketika dahulu

      Reply
  8. sazuwi says

    17th December 2010 at 10:44 pm

    kalau baby tak tido malam tue
    mungkin boleh sorak samer2 biler malaysia masuk gol..hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 11:55 pm

      Aslah seolah-olah memahami memang tidur lena cuma tak boleh nak buat sorakan wave kat rumah 🙂

      Reply
  9. etomyam says

    17th December 2010 at 10:10 pm

    wah minyak Yuu Yee pilihan ramai, mesti ada satu kat rumah tu hehe

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 11:57 pm

      Dulu pun tak tahu pasal minak Yu Yee apabila asyik keluar iklan radio. Kemudia cuba beli di kedai ubat sensei mujarab pulak

      Reply
  10. intankuterpilih says

    17th December 2010 at 4:11 pm

    hehehe… alahai sweetnya bila tgk ayah tidurkan baby… aku suka tgk kaum lelaki dokong, tidurkan baby kecik…nampak bertanggungjawab sgt…

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 4:25 pm

      Hee..hee..merah dah muka kena puji 🙂

      Reply
  11. fitri says

    17th December 2010 at 3:45 pm

    sorak dalam hari je la..hahaha..kang ko bersorak baby ko pun ‘bersorak’ sekali..hehe :p

    Reply
    • suri says

      17th December 2010 at 4:04 pm

      sorak menangis adalah heee

      Reply
      • akubiomed says

        17th December 2010 at 4:09 pm

        Ye ler tu

        Reply
  12. sw33tdarling.com says

    17th December 2010 at 3:30 pm

    jangan biasakan anak tidur dalam keadaan sunyi sebab nanti nak balik kampung ada kenduri kendara, dapat kesusahan kat situ…
    Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 3:48 pm

      Buat masa ini terpaksa perlahankan bunyi tv dan radio sebab nampak baby didalam tekanan ketika perut kembung.

      Reply
  13. Anwar Osman says

    17th December 2010 at 3:05 pm

    Hehe.. nasib aku bukan taksub dengan bola. Yang penting tau menang cukup.

    p.s: ayah mithali tu. dodoi anak sambil tgk bola.

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 3:28 pm

      Jauh sekali. Kadang-kadang dalam mendodoikan anak terlelap sekali. Menonton bola ni pun mengikut mood juga 🙂

      Reply
  14. mamaema says

    17th December 2010 at 1:14 pm

    minyak yun yee…memang baik utnuk anak2…baunya pun sodap…

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 3:25 pm

      Kadang dah lumur perut anak terlupa yang kesan minyak masid ada terkena pada badan sendiri berangin jer 🙂

      Reply
  15. dnoBiz says

    17th December 2010 at 11:58 am

    Takpe bro nanti dah besar boleh ajak menonton sama hehehe 😀

    Ps : selesa budak tu tidur 😀

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 12:00 pm

      Peha saya tulang jer kena alas kain bagi tebal 🙂

      Reply
  16. chekgu naman says

    17th December 2010 at 10:42 am

    memang minyak tu bagus, minyak TYT pun sama jugak bolehkan?

    all the best for team Malaysia!!

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 10:56 am

      Belum pernah guna TYT tapi boleh tahan berbotol beli tapi selalu beli yang paling besar. Perasan tak kalau botol kecil lubang dia besar dan kalau botol besar lubang kecil. Mungkin sebab itu botol kecil cepat habis guna 🙂

      Reply
  17. abby kamil says

    17th December 2010 at 9:33 am

    encik babah,

    aslah pun nak tengok bola jugak. kenapa suruh dia tidur. hahahaha

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 10:44 am

      Aslah tak boley tengok bola nanti babah tak kusyuk dan feel the game

      Reply
  18. mie says

    17th December 2010 at 5:02 am

    fuh!!!
    ayah yang soleh…
    tanang je anak tu tido..

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 10:51 am

      Amin! Jangan babah dia yang tertidor sudahlar 🙂

      Reply
  19. tehr says

    17th December 2010 at 2:56 am

    sama macam aku dulu
    ambil syif malam jaga anak
    paling tak tahan bila mereka meragam waktu kita baru je nak lelap mata

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 10:49 am

      Apa nak buat tang syif malam kita lepas tu kita kena terima tehr:-)

      Reply
  20. zik says

    17th December 2010 at 2:14 am

    tahniah malaysia… dikala sibuk duk buat kerja2 undercover nieh… adoi.. biarpun kelebihan 2-0… jangan gembira terlalu awal buat skuad kebangsaan… anything can happen..

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 10:46 am

      Main sebaik-baiknya apabila bertandang ke Vietnam nanti

      Reply
      • Ladfe Amir says

        18th December 2010 at 2:51 pm

        betul..harap2 pasukan Malaysia berjaya mengawal pemain Vietnam nanti di Hanoi

        Reply
  21. maverick says

    17th December 2010 at 1:08 am

    minyak yu yee macam selalu dengar kat iklan tu eh?…
    safee ali dapat main sebab striker idaman ayu injured tak dapat main…hehe…tapi ok la die main semalam…

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 1:26 am

      Nasib baik Malaysia ada star yang boleh ambik alih job 🙂

      Reply
  22. donny says

    17th December 2010 at 12:05 am

    1st..bestnya bersila..

    2nd,malaysia menang,lepas ni pergi final mesti menang punya

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 12:08 am

      Woo Hoo go Malaysia go..Syhh bini marah buat bising anak nak tidor 🙂

      Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 12:10 am

      Lama-lama dodoi anak kalau dia tidak mahu tidor mahu juga kebas kaki sampai kadang-kadang tidak boleh nak bangun dari bersila 🙂

      Reply
      • suffer8zine says

        17th December 2010 at 1:09 am

        biasa la bro, sabar je la, ni semua suka duka, heheh, cepat2 besar la baby 😛

        Terkini : Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia | Telefon Bimbit Paling Lasak Di Dunia | 10 Gunung Tertinggi Di Dunia.

        Reply
        • akubiomed says

          17th December 2010 at 1:25 am

          Pengalam anak-anak terdahulu mematangkan saya kalau dulu takut nak kendong baby sebab nampak macam fragile jer

          Reply
          • suri says

            17th December 2010 at 4:03 pm

            pinjam bby jap heeee..

            sok ank besar blh ajak dia main bola sama2

            Reply
            • akubiomed says

              17th December 2010 at 4:09 pm

              Ntahler minat apa si Aslah ni. Abang-abangnya suka main basikal dan menonton MotoGP 🙂

              Reply
            • akubiomed says

              17th December 2010 at 4:09 pm

              Abang-abangnya tak bagi usik ini kan abahnya memang tak bagi pinjam. Hee..hee..

              Reply
  23. zul says

    16th December 2010 at 11:42 pm

    tidokan anak ye… tp x lama la kot. Pastu mesti dia bgn semula kan.

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2010 at 11:44 pm

      Kali ini baby dapat tidur lama. Apabila Safee Ali jaringkan gol terpaksa menjerit dengan menuntup muka dengan bantal

      Reply
  24. Fahmi Raazali says

    16th December 2010 at 11:42 pm

    hehe… wah… ada baby… baru2 ni pakcik balik kampung bawak anak dia yg baru bape bulan… senorok pulak pegang budak kecik…

    hehe dah bertahun lama xpegang baby nie… last2 dulu pun masa form3 or form3 sbb jaga adik yg 2nd last 🙂

    hehe… cuma dgr2 org cakap jek.. xtgk pun perlawanan tu 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2010 at 11:49 pm

      Baby masa kecil memang cute tapi kalau meragam tak semua mahu penggang. Abang-abangnya pun lari kalau minta tolong buat lampin pakai buang atas alasan jijik dan busuk 🙂

      Reply
      • anif says

        18th December 2010 at 12:51 am

        Hahaha..

        Reply
        • Ladfe Amir says

          18th December 2010 at 2:49 pm

          mula2 dulu..aku tak confident nak tukar pampers.wife pun tak benarkan. skrg ni aku yg buat bila ada masa.

          cuma part mandi n bagi makan je aku masih fail

          Reply
          • akubiomed says

            18th December 2010 at 3:24 pm

            Saya tang mandi Alhamdulillah dari sejak dalam hari saya mandikan sebab isteri tak confident lagi selepas sebulan baru ambik alih

            Reply
  25. wazy says

    16th December 2010 at 11:33 pm

    wahh rajinnya tidurkan anak

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2010 at 11:47 pm

      Saya syif malam. Haa..ha…

      Reply
      • suri says

        17th December 2010 at 4:02 pm

        mlm bby tak byk ragam hooooo

        Reply
        • akubiomed says

          17th December 2010 at 4:10 pm

          Meragam apabila kembung memang kuat buang angin Aslah ni 🙂

          Reply
          • Ladfe Amir says

            18th December 2010 at 2:48 pm

            sebenarnya tgk mood baby tu jgk. baby aku, akan meragam kalu masa dia demam, seselma dan batuk. mmg melalak lah..walaupun dia dok enjut2 buai2 mcm nak rak. sabar jelah

            Reply
          • akubiomed says

            18th December 2010 at 3:23 pm

            Kalau ambil injection yang boleh demam memang baby selalu meragam dan nangis

            Reply
          • suri says

            4th May 2011 at 1:57 pm

            enjut jgn tak henjut..tapi kena iringan selawt atas Nabi..

            bila meragam kiatlah yang tak lena dibuatnya..awas klu demam tu mmg sgera ke klinik heee…kt umh mesti ada ubat paracetamol …

            Reply
  26. tengkorak emas says

    16th December 2010 at 11:31 pm

    satu cabaran tu untuk tidak bersorak..tahniah buat skuad kebangsaan, semoga berjaya jua di tempat lawan kelak,

    p/s:buku yg bro cakap ada di pasaran ke?

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2010 at 12:07 am

      Ini maklumat lanjut buku yang ditanya:

      Salat: Benefit From Science Perspective
      To reveal the scientific facts behind the act of salat

      Pengarang Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas and Ng Siew Cheok
      ISBN 978-967-5148-03-3
      Penerbit Jab. Kej. Bioperubatan UM
      2008, Edisi Pertama, Kulit Keras, 113 muka surat
      Harga RM 40.00

      Reply
  27. Hans says

    16th December 2010 at 11:29 pm

    nasib Malaysia menang
    xsia2 tgok kan

    adess
    ku baru nak jadi pengomen ke 100 tapi dah tutup ek?
    hahaha
    xdapat nak menang hadiah

    pasal traffic tu time cuti2 nih je la kut tinggi…pasni biasa2 jer lah…
    tips?hahaha…macam den xlayak je nak bagi tips sebab den xhebat pun tapi just blogwalking la ke blog orang yg komen entry den dengan yg singgah dkt shoutbox…
    bila komen kita baca semua entry dia xkira panjang ke pendek sebab nak kena faham kan apa diorang tulis..
    itu jer lah kut

    sorry panjang plak menaip sini
    sebab kecewa xsempat nak jadi pengomen ke-100
    hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2010 at 11:46 pm

      Pengomen belum tutup selagi belum capai komen yang ke-100 masih lagi boleh komen.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in