Lelaki zaman sekarang suka penampilan yang segak dan kemas. Begitu juga dengan penampilan gaya rambut kemas bersikat. Setiap pagi sebelum keluar rumah tentu pakai minyak rambut samada gel atau pomade. Satu masalah mengunakan gel atau wax yang bukan jenis larut air @ water soluble bukan mudah nak hilang kesan gel dan wax.
Walaupun berulang kali cuci masih ada saki baki kesan berminyak dan bau gel terutama wax. Usahlah bersedih sebab syampu Elite Men mempunyai formula untuk hilangkan wax dengan satu kali cucian. Menarikkan?
Ramai anak muda sekarang ini mempunyai potongan rambut yang bergaya. Potongan gaya Pompadour antara yang menjadi ikutan. Potongan gaya klasik mempunyai belahan sisi disikat kemas dan berjambul tinggi. Nak dapatkan gaya rambut dikehendaki akan mengunakan gel atau wax untuk rambut kekal keras dan berkilat.
Saya mengunakan minyak rambut Pomade yang mengandungi lilin lebah @ bee wax sebagai salah satu bahan untuk rambut berkilat. Masalah yang saya selalu alami adalah nak hilangkan kesan wax ketika mandi. Walaupun berulang kali mencuci masih ada lagi saki baki wax tersebut. Siapa pembaca blog AkuBiomed ada alami masalah seperti saya?
Tentu ada diantara rakan-rakan pasrah apabila syampu yang digunakan tidak berkesan untuk menghilangkan kesan gel dan wax kerana formula syampu didalam pasaran tidak dihasilkan spesifik untuk membersihkan minyak rambut. Ramai tidak menyedari dari kesan penggunaan syampu secara kerap dan jumlah berlebihan untuk bersihkan rambut akan memberikan kesan jangka masa panjang.
Kesan daripada pembersihan tidak dengan betul dan ditambah produk minyak rambut akan terkumpul kekotoran akan melemahkan kekuatan rambut dan muncul masalah rambut dan dan kulit kepala yang lebih serius seperti rambut gugur, kulit kepada gatal, rambut rosak dan kusam.
Penyelesaian yang dinyatakan dengan Dashing telah melancarkan Syampu DASHING ELITE Men yang diperhebatkan dengan Wax Out System yang direka khusus untuk menyingkirkan penggunaan minyak rambut, minyak dan kotoran pada rambut dan kulit kepala dengan satu kali cucian sahaja. Hanya satu cucian sahaja segala produk minyak rambut dapat dibersikan daripada rambut. Masalah saki baki gel dan wax tiada lagi.
Syampu ELITE MEN hadir dengan dua pilihan iaitu Anti kelemumur dan Anti Rambut Gugur.
1. Syampu ELITE MEN Antikelemumur
+ Agen Anti kelemumur
+ Menanggalkan Gel dan Wax dengan sekali cucian
+ Kesan Mentol terasa dingin dan segar
Selamat tinggal masalah kelemumur kepada yang mereka ada masalah kelemumur. Masalah kelemumur akibat pengelupasana kulit kepala. Kelemumur akan gugur atas bahu baju apabila digaru. Menimbulkan rasa kurang selesa bila berhadapan orang ramai. Syampu ELITE MEN Antikelemumur mengandungi agen anti kelemumur dapat merawat kulit kepala dan membuat rambut sihat dan kuat. Mampu mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala
2. Syampu ELITE MEN Anti Rambut Gugur
+ Advance Micro-Protein
+ Menanggalkan Gel dan Was dengan sekali cucian
+ Kesan Mentol terasa dingin dan segar
Syampu ELITE MEN Anti Rambut Gugur dapat mengurangkan masalah rambut gugur kerana ia mengandungi Advance Micro-Protein. Formula anti gugur ini dapat menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan rambut. Menjadikan rambut lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi mentol untuk rasa sejuk dan menyegarkan.
SYAMPU ELITE MEN dijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.
Kunjungi laman Facebook Elite by Dashing https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk mengetahui lebih banyak maklumat menarik.
Saya tak pernah lagi pakai syampu jenama ni. Biasa pakai jenis yang clear. Ingat bulan ni nak cuba jenama ni pulak 😀
Boleh cuba. Terima kasih.
anti kelumumur dan anti rambut gugur tu paling saya suka…
harga pun sgt berpatutan…
itulah..sebab tu saya tak suka pakai pomade. sebab saya ni tak suka nak cuci rambut.walaupun rambut saya lagi panjang dari wife saya.hahaha. tapi dashing ada syampu ye. menarik nih..kena cuba..:)
Macam saya naik motor dan pakai topi kaledar. Mahu tak mahu perlu cuci rambut daripada berbau.
Boleh suh BigBoss try nanti, maklum ler kerja bengkel, memang rambut berminyak & memang kena cuci hari2…
Boleh guna syampu Elite Men nak selesaikan rambut berminyak. Elite Men syampu boleh hilangkan minyak dengan sekali cucian sahaja. Tidak perlu berulang kali guna syampu seperti jenama lain.
dashing ni brand old school kan. lama dia bertahan
Saya mula pakai jenama Dashing masa zaman sekolah lagi. Masa tuh Dashing keluar bedak talkum.
Blh bg anak2 teruna cuba, walaupun dorang x guna gel/pomade sbb peluh & minyak kepala pun blh tahan jg. Tapi rambut akubiomed nmpknya x ada masalah, apa rahsianya..? 😀
Elite Men bukan setakat hilangkan minyak dan gel pada rambut sahaja. Pada masa kepala berangin dan rambut berbau harum.
memang tak guna wax.
so..tak yah cuci. haha
En suami je la yg sesuai. Tuk pompuan tak de lagi ke?
Syampu Elite Men untuk kegunaan lelaki. Syampu untuk wanita banyak jenama berbanding untuk lelaki.
Boleh try nanti..selalunya kongsi shampoo dgn bini je kikikiki
Sudah ada syampu untuk lelaki seperti Elite Men. Boleh guna. 🙂
Dashing ni dah lama dalam pasaran…bertahan sungguh.. sekarang dah keluar yang baru..sesuai utk yg suka pakai krim rambut.
Jenama Dashing sudah lama berada di pasaran. Saya guna Dashing sejak zaman sekolah lagi. Pada masa itu mereka keluar bedak Dashing.
fuh… berguna untuk pengguna2 pomade… aku nak pakai pomade rambut pun tak derk…
Tak ada rezeki nak guna Pomade ini tetap syampu Elite Men ini dapat membantu membersihkan kesan minyak dari penggunaan minyak rambut.
jarang pakai shampoo.. biasa dah gatal sangat kepala, barulah nak pakai..
Jangan tunggu gatal kulit kepala nak guna Syampu. Boleh guna syampu untuk cucian rambut harian.
Ingatkan wax tu apa. Tanggalkan wax? Hehehe. Lepas tu baru teringat gel / wax / krim rambut suami. Bagus kalau ada syampu macam ni. Biar cuci bersih rambut dan kulit kepala. Sebab rambut lelaki bukan sahaja ada wax, habuk semua melekat. Kalau pakai helmet tu lagi lah. Peluh semua kepam sekali dengan wax. Hahahaha. Nanti bleh beli! Thank you!
Belum ada mana-mana produk syampu yang boleh hilangkan kesan gel dan pomade daripada rambut.
Cubalah syampu Elite Man baharu ini.
wah…boleh promote kat encik suami ni..heheh…
Boleh promote pada encik suami. 🙂