• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Sungai Chiling tempat membidik solo dengan kamera DSLR

Sungai Chiling tempat membidik solo dengan kamera DSLR

2nd September 2012 by akubiomed 94 Comments

Membidik keindahan Sungai Chiling Kuala Kubu Bharu.

Hari ini saya telah telah ke Sungai Chiling yang terletak daerah Kuala Kubu Bharu. Ia adalah perancangan yang tidak dirancang. Tujuan asal adalah untuk membidik gambar Empangan Sungai Selangor.

Empangan sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu surut paras airnya.

Seawal pagi saya telah memandu kereta meluncuri jalan lama dan berhasrat untuk bersarapan pagi di pekan Kuala Kubu Bharu. Malangnya tak jumpa gerai tepi jalan untuk berhenti sarapan lalu terus memandu ke Empangan Sungai Selangor dengan perut kosong.

Sampai Empangan sungai Selangor saya lihat air yang ditakung di empangan sudah surut paras airnya. Perasaan kecewa terbit kerana hasrat untuk melihat tujahan air yang menuruni empangan tidak kesampaian.

Lalu saya memandu ke kawasan perkelahan sungai Chiling yang terletak tidak jauh daripada empangan sungai Selangor.

Kawasan perkelahan ini mempunyai kemudahan tempat letak kereta, tong sampah bertutup dan tangga untuk menuruni ke kawasan perkelahan.

Anak-anak tak sabar untuk terjun ke dalam sungai tetapi tiada rancangan untuk pergi mandi sungai. Mula-mula mereka bermain di gigi air dan belum sempat berpesan abang Koning sudah basahkan seluar sehingga paras lutut. Memang gian hendak mandi sungailah jawabnya. Pandai buat trik konon-konon tidak sengaja basahkan seluar.

Kemudahan tangga memudahkan pengunjung menuruni ke tapak perkhemahan sungai Chiling ini.

Air sungai Chiling yang jernih sehingga boleh nampak dasar sungai.

AkuBiomed: Mata saya tidak dapat lari melihat pencemaran sampah sarap yang dibuang oleh pengunjung tidak bertanggungjawab memberi kecacatan keindahan kawasan sekitar. Pada hal tong sampah yang besar bertutup telah disediakan untuk pengunjung membuang sampah.

Sila tekan butang kongsi:

  • Jom celup celup di kolam air panas Kuala Kubu Bharu
  • Membidik gambar dengan DSLR di pekan Kuala Kubu Bharu
  • Bersantai bersama famili di empangan air sungai Selangor

Filed Under: blog Tagged With: sungai yang best di selangor

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    2nd February 2016 at 3:29 pm

    SubhanaALLah cantiknya sungai chiling ni..
    dah banyak kali tengok tetap tak jemu mata memandang,,,

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2016 at 8:57 pm

      Kalau nak mandi, saya cadang mandi di Santuari Ikan sungai Chiling sebab kawasan mandi lebih luas, ada tapak untuk berkhemah dan kemudahan awam seperti bilik bersalinan.

      Nak lihat air terjun sungai Chiling boleh redah denai dan lintas sungai untuk sampai. Memang adventure.

      Reply
  2. maza says

    9th January 2014 at 11:10 am

    bab sampah sarap ni memang sengal dibuatnya..

    Mereka yang mencemar alam barangkali pandir tentang memlihara lestari alam.

    haderkkk..

    Reply
  3. PerenLee says

    2nd May 2013 at 2:08 pm

    Gambar air sungai tu yg paling menarik…

    Reply
  4. muazfaris says

    16th September 2012 at 10:28 pm

    bila kamera di pegang oleh yg pakar.. gambar jadi gini la .. mmg terbaik !

    Reply
  5. Nur says

    15th September 2012 at 5:12 am

    Subhanallah cantik pemandangan di sini.. 🙂

    Reply
  6. Lawrence Vision says

    11th September 2012 at 3:14 pm

    Cantik kualiti gambar yang diambil. DSLR model apa ni ek?

    Reply
  7. donnyien says

    4th September 2012 at 6:41 pm

    teringat kembali air terjun Hutan Lipur, airnya sejuk dan tempat yang sesuai untuk aktiviti perkemahan dan bakar sayap ayam.

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 9:12 pm

      Saya belum sampai lagi walaupun tidak jauh dari tempat tinggal.

      Reply
  8. eLLy says

    4th September 2012 at 5:16 pm

    Bila la saya nak berDSLR yer .. hurmmm

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 9:13 pm

      Insyallah boleh mampu milik kamera DSLR nanti. 🙂

      Reply
  9. Jebeng Otai™ says

    4th September 2012 at 5:11 pm

    adus..kalo lah dh ade d90..mmg sy join bronya..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 9:14 pm

      Kamera DSLR yang jenis beginner level sesuai untuk saya yang masih baru lagi.

      Reply
  10. Norasikin says

    4th September 2012 at 5:03 pm

    lepak kat utan mcm tu tak jumpa rimau ke? Kalau difikir-fikirkan ngeri jugak

    Reply
    • lepakk.com says

      4th September 2012 at 5:08 pm

      lepak kat lepakk.com pun best hahaha

      Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 9:15 pm

      Minta-minta jauhkan daripada bertembung binatang buas. Tak cukup tanah kalau hendak lari nanti. 🙂

      Reply
  11. Nurul says

    4th September 2012 at 4:51 pm

    Ya Allah cantiknya alam ciptaan Allah s.w.t…

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 9:15 pm

      Tiada siapa boleh nafikan nya.

      Reply
  12. cikgu naman says

    4th September 2012 at 1:55 pm

    suka tengok alunan jeram tu..

    tak pernah lagi ambil gambar air terjun atau jeram..

    sungai chiling, mesti sangat chill..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 9:16 pm

      Saya pun pertama kali. Tak sempat hendak rasa suhu air sebab leka membidik. 🙂

      Reply
  13. DLSLPhotography says

    4th September 2012 at 1:02 pm

    cantek ehhh… tapi kalu ada width lense lagi sodap membidik bro… Err kawe pon tak de gak itu lense adehhh…

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 9:17 pm

      Rasanya belum tergerak untuk membeli wide angle lens lagi kot. 🙂

      Reply
  14. maldefender says

    4th September 2012 at 10:45 am

    salam lama tak ziarah, selamat hari raya maaf zahir dan batin, kalau boleh banyakkan gambar bokeh bro,
    dari apaajanews – lawat juga blog baru teman fokus tentang military – malaysiadefender

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 9:18 pm

      Saya memang tidak rancang untuk melakukan teknik bokeh.

      Reply
  15. pipoq says

    3rd September 2012 at 11:58 pm

    bab pencemaran tu memang susah nak diperkatakan..kat mana mana pun sama je..sebelah tong sampah pun penuh dengan sampah kat luar tong tu..

    Reply
    • lepakk.com says

      4th September 2012 at 5:08 pm

      Tu le pasal…sampah adalah musuh kita

      Reply
  16. Shasha Mohamed says

    3rd September 2012 at 11:20 pm

    Amalkan penjimatan air seberapa yang boleh, sungai sudah semakin kering dan tercemar disebabkan pembalakan dan sampah yang dibuang tanpa hemah. Buang sampah ditempat yang betul, anda semua sudah dewasa, tahu baik dan buruknya kan?

    Reply
  17. Juan says

    3rd September 2012 at 10:39 pm

    cara ambil gambar tu terbaik, geram jer tgk

    Reply
  18. Fadzmie says

    3rd September 2012 at 8:02 pm

    Memang habis satu kawasan kena bidik ni. Haha. Terbaik, bro!

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      4th September 2012 at 7:14 pm

      Nasib baik bukan membidik senapang atau pistol. Hehe

      Reply
  19. Ummi Hanie says

    3rd September 2012 at 6:23 pm

    kasihan… membidik dgn perut kosong…kosong… (bayangkan najwa latif nyanyi khas utk akubiomed… hehe)

    Reply
  20. Ummi Hanie says

    3rd September 2012 at 6:21 pm

    pertama kali dengar nama sg. chiling ni…

    cantik hasil2 bidikannya… tak mau buat bisnes fotografi kah? 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      4th September 2012 at 7:14 pm

      Saya pun baru dengar nama sungai ni jugak. Banyak lagi sungai-sungai yang kita tak tahu dekat Malaysia ni.

      Reply
  21. akhiyy says

    3rd September 2012 at 5:45 pm

    perhh..smart la..boleh jadi tok guru nih..hehe

    Reply
  22. yusri says

    3rd September 2012 at 4:01 pm

    nice pics and shots

    Reply
  23. Denaihati says

    3rd September 2012 at 3:54 pm

    memang nyaman kalau dapat berendam kat sini 1hari sampai kecut.

    Reply
    • lepakk.com says

      3rd September 2012 at 4:40 pm

      Haha sampai kecut kenapa bro?

      Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2012 at 5:37 pm

      Kalau budak-budak akan mandi sampai kecut. 🙂

      Reply
      • Ummi Hanie says

        3rd September 2012 at 6:22 pm

        lepas mandi tentu [erut akan terasa lapar…. 😉

        Reply
  24. Kamal Mustafa says

    3rd September 2012 at 3:48 pm

    Terbaeklah bro Azrin….sejuk ajo mato memandang.

    Reply
  25. sweetkurma says

    3rd September 2012 at 3:34 pm

    cantikkkkkknya azrin, pandai lah ambik gambar ni, akak pun teringin nak belajar jadi photographer lah, kalau kita beli camera, ada ker coach yg nak buat personal coaching yer

    Reply
    • lepakk.com says

      3rd September 2012 at 4:42 pm

      Banyak sekarang ni boleh belajar….

      Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2012 at 5:38 pm

      Saya ini pun tahap amatur. Banyak belajar melalui buku, ebook dan internet. Kalau ada peluang ingin pergi ke kelas belajar mengunakan kamera DSLR ini.

      Reply
  26. sha says

    3rd September 2012 at 3:07 pm

    SubhanaAllah..indahnya panorama ciptaan Allah.. teruja tengok air terjun tu ! huhu

    Reply
  27. daddydee says

    3rd September 2012 at 2:31 pm

    Terbaik la tuan. Tahniah.Suka tang gambar air terjun.

    Pakai lens apa ni?

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2012 at 5:39 pm

      Saya mengunakan lensa 3rd party jenama Tamron. Ingat hendak pergi dekat dengan air terjun tetapi tak bawa baju lebih sebab tak pelan hendak datang ke sungai Chiling.

      Reply
  28. Hazmin Hamudin says

    3rd September 2012 at 1:45 pm

    Cantik betul keindahan sungai. Kalau tengah panas berendam dalam sungai memang rasa menyegarkan. tapi sekarang ni elok dikurangkan takut terkena kencing tikus.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2012 at 5:40 pm

      Kebimbangan mengenai penyakit kencing tikus tetap ada. Apa pun langkah-langkah keselamatan perlu di ambil.

      Reply
  29. topo says

    3rd September 2012 at 1:15 pm

    malangnya bukan cicak tokek yang ko jumpa kalau tak dah kaya raya dah hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      3rd September 2012 at 1:43 pm

      Kalau cicak tokek belum sempat akubiomed dapat, orang lain dah tangkap dulu dah. hehe

      Reply
      • hatiputera says

        3rd September 2012 at 2:34 pm

        kalau dapat gambar cicak tokek kompon traffic berlumba-lumba ke sini nak tanya pasal harga.

        Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2012 at 5:40 pm

      Kalau terjumpa Cicak Tokek sudah tak tunggu terus tangkap. 🙂

      Reply
  30. zuriey says

    3rd September 2012 at 12:41 pm

    sampah sarap tu mesti ada.. g mana2 pun ada.. memang takde kesdaran sivik

    Reply
    • lepakk.com says

      3rd September 2012 at 12:59 pm

      Tahu xper

      Reply
    • hatiputera says

      3rd September 2012 at 2:35 pm

      selagi manusia bergelar manusia, masalah sampah tidak akan pernah luput.

      Reply
      • lepakk.com says

        3rd September 2012 at 5:21 pm

        Pelik je ayat tu bro..?

        Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2012 at 5:41 pm

      Yang saya geram kemudahan tong sampah bertutup sudah disediakan. Susah sangat hendak membuang sisa sampah ditempat yang betul.

      Reply
  31. wahida says

    3rd September 2012 at 12:28 pm

    terpegun tgk…

    Reply
  32. faiz says

    3rd September 2012 at 10:27 am

    Org xde sivik camtu la…tong sampah besar mane pun dieorg xkn nmpk..

    Reply
  33. lepakk.com says

    3rd September 2012 at 10:26 am

    Slow Shuttle Speed ke ni?
    Wah best jugak update benda gini

    Reply
    • akubiomed says

      3rd September 2012 at 5:42 pm

      Ya saya mengunakan setting slow shutter speed. Pertama kali mengambil gambar ia terjun.

      Reply
  34. Malaysia coin says

    3rd September 2012 at 8:08 am

    Cantiknya gambar air terjun…. 🙂
    Mungkin suatu hari nanti boleh melawat ke sungai ni.

    Reply
    • hatiputera says

      3rd September 2012 at 8:42 am

      kena pergi melawat cepat-cepat sebelum diranapkan oleh pembangunan.

      Reply
      • lepakk.com says

        3rd September 2012 at 10:27 am

        Pegi ramai-ramai ah

        Reply
  35. Amirez says

    3rd September 2012 at 2:39 am

    cantik tempat ni. pertama kali dengar sungai chiling walaupun dah banyak kali ke KKB

    Reply
  36. KiD says

    3rd September 2012 at 1:45 am

    nice… gambar yang memberikan suasana di sana…

    Reply
  37. Bro Zulkbo says

    3rd September 2012 at 1:38 am

    salam..
    menarik juga pemandangan di sana ye
    saya tak pernah lagi sampai situ

    Reply
  38. Norasikin says

    3rd September 2012 at 12:25 am

    Bila semakin ramai tahu tempat2 menarik mcm ni, semakin kotor la. Sama mcm kat Hutan Lipur Taka Melor kat kampung saya. Dulu sangat semulajadi. Bila dah buat jalan tar, parking, semua orang datang untuk buang sampah

    Reply
    • hatiputera says

      3rd September 2012 at 8:43 am

      Keadaan akan semakin kotor bila dikunjungi oleh orang yang tidak berdisiplin.

      Reply
    • Team Blogger says

      4th September 2012 at 7:30 am

      hahaha…

      Sangat best ayat “datang buang sampah” tu. Bukan datang menikmati pemandangan…adoi.

      Reply
  39. titan says

    3rd September 2012 at 12:24 am

    anak siapakah ituuu..

    Reply
    • KiD says

      3rd September 2012 at 1:46 am

      cubaaa tekaaaaaa… hehehehe

      Reply
  40. padin says

    2nd September 2012 at 11:52 pm

    kalau scroll laju2 gambar air tu dah macam mengalir betul2 plak, 😀
    terbaikkk

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      3rd September 2012 at 1:45 pm

      Beriya aku scroll laju2 lepas ko cakap ni. hehe

      Reply
  41. cik tom says

    2nd September 2012 at 11:37 pm

    cantik2nya gambar….

    Reply
    • KiD says

      3rd September 2012 at 1:48 am

      siap ada mengkarung lagi.. hehehee

      Reply
      • hatiputera says

        3rd September 2012 at 8:45 am

        menarik sungguh bila tengok gambar mengkarung melekat di pagar.nampak macam natural.

        Reply
  42. hatiputera says

    2nd September 2012 at 11:03 pm

    bila la mampu pakai DSLR nie.

    Reply
    • Norasikin says

      3rd September 2012 at 12:23 am

      sabar bro. Saya pun tengah cemburu tahap gaban ni

      Reply
  43. Eizil says

    2nd September 2012 at 10:08 pm

    Rajin sungguh abg kita gi membidik sampai ke sana… Di sungai chiling ni ada santuari ikan juga kan? Dah lama teringin nak ke sini, masih belum kesampaian hingga ke hari ini.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2012 at 11:00 pm

      Saya ingat hendak pergi tetapi disebabkan perut sudah lapar terpaksa batal hasrat tersebut. Mungkin lain kali kot.

      Reply
      • KiD says

        3rd September 2012 at 1:47 am

        kena standby makanan laaaa lepas nih…

        Reply
  44. lepakk.com says

    2nd September 2012 at 9:07 pm

    Nikon ke Canon bro?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2012 at 9:13 pm

      Saya guna jenama Canon.

      Reply
      • lepakk.com says

        3rd September 2012 at 1:07 pm

        Oh canon… saya guna Nikon D90.

        Reply
  45. hafiz says

    2nd September 2012 at 8:57 pm

    lama tak berkelah kat tempat2 macam ni..dapat mandi air terjun atau sungai memang best..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2012 at 9:01 pm

      Banyak tempat berkelah di daerah Kuala Kubu Bharu.

      Reply
  46. lepakk.com says

    2nd September 2012 at 8:50 pm

    Wah best tu mandi sungai..bahagianya

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2012 at 9:11 pm

      Air nya dingin yang tidak seronoknya kelihatan sampah sarap yang dibuang oleh pengunjung sesuka hati.

      Reply
  47. beckhr00y says

    2nd September 2012 at 6:33 pm

    keindahan alam semula jadi yang cantik

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2012 at 9:12 pm

      Memang indah selagi tidak cemar dengan sampah sarap.

      Reply
      • Hazmin Hamudin says

        3rd September 2012 at 1:46 pm

        Kalau dah tercemar takut penyakit lain pulak yang dapat. Elok dielakkan.

        Reply
        • lepakk.com says

          3rd September 2012 at 5:22 pm

          Kencing tikus tu berpunca dari masalah sampah lah..

          Reply
          • Hazmin Hamudin says

            4th September 2012 at 7:11 pm

            Itulah… Masih kurangnya kesedaran di kalangan rakyat kita ni. Sepatutnya sampah sarap semasa berkelah dibuang di tempat yang sepatutnya.

            Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in