SonicGear U300 Soundbar
Pernah dengar Soundbar?
Kali ini saya nak buat reviu mengenai gajet baru dari SonicGear iaitu U300 Soundbar. Soundbar ini secara ringkas adalah speaker yang disusun sebaris ada yang mengunakan dua speaker dan ada yang mengunakan empat speaker. Soundbar ini ada yang datang dengan speaker sub woofer (menghasilkan buyi bass yang dalam) berasingan.
Dimana Soundbar ini digunakan?
Soundbar ini tidak memerlukan ruang besar ia boleh digunakan untuk membesarkan bunyi dari TV, PC, Smartphone dan sebagainya. Soundbar ini ada AV input dan Bluetooth yang mana boleh disambung secara tanpa wayar. Ada Soundbar ini mempunyai bateri terbina dalam menjadikan ia mudah alih tanpa risau sambungan kuasa elektrik.
Reviu SonicGear U300 Soundbar.
Ukuran diameter SonicGear U300 Soundbar ini mempunyai anggaran ukuran panjang 48cm manakala ketinggian 8cm dan lebar 5cm. Boleh Soundbar SonicGear boleh dikata mempunyai kelebaran saiz TV bersaiz 20 inci.
Bunyi Sonic Gear U300 ini boleh dikuatkan dengan pusing knob Volume mengikut arah jam.
Volume knob SonicGear U300 Soundbar berlatar belakang biru menaikkan seri ciri estetika
Terdapat dua port port sambungan luaran untuk Headphone dan Mic
Salah satu keunikan adalah ciri estetika pada SonicGear U300 Soundbar adalah lampu akan bertukar tujuh warna.
Lampu berwarna ini boleh suis off secara manual tetapi pendapat saya biarlah lampu ini on kerana ia mencantikkan Soundbar ini.
SonicGear U300 Soundbar ini mengunakan 5V 1A melalui sambungan USB dan disediakan input 3.5mm male connector dan mic. Ia adalah connector saiz standard boleh disambung ke Smartphone, TV dan sebagainya.
Spesifikasi ringkas mengenai SonicGear U300 Soundbar:
- Output power (RMS): 1.8W x 2
- Speaker unit: 2″ x 2
- Frequency response: 50Hz – 20kHz
- Power Supply: DC 5V, 1A
Demon kualiti SonicGear U300 Soundbar
Nota: Sila dengar dengan mengunakan headphone.
Ringkasan mengunakan SonicGear U300 Soundbar ini.
- Bunyi yang jelas.
- Tidak memakan ruang.
- Lampu 7 warna bertukar.
- Harga mampu milik.
SonicGear U300 Soundbar ini ada sedikit kekurangan tetapi tidaklah mencacatkan keseluruhannya seperti:-
- tidak mempunyai bateri terbina dalam
- FM radio
- Memori kad untuk main muzik
- sambungan Bluetooth
- dan bunyi Bass yang sederhana.
Secara keseluruhan bunyi dari SonicGear soundbar ini masih terbaik.
Boleh layari Lazada Malaysia untuk dapatkan SonicGear U300 Soundbar.
Saya tak de sound system utk tv lg ni. Boleh try
best pula. macam nak cari satu
Harganya murah bawah RM60.
bunyi ni mesti sedap nih.
hoho..
aku pakai speaker cabuk aje nih.
Bunyi sedap. SonicGear dah lama dipasaran.