• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Solo outing dengan kamera DSLR di Sg Ramal Dalam

Solo outing dengan kamera DSLR di Sg Ramal Dalam

31st October 2011 by akubiomed 112 Comments

Sg Ramal Dalam menjadi destinasi solo outing dengan kamera DSLR

Ini adalah outing solo pertama buat aku sejak mempunyai kamera DSLR. Sebenarnya outing solo ini dirancang saat-saat akhir. Bila terbaca tajuk entri ‘Solo outing di Sungai Ramal Dalam’ dengar macam gempak sahaja. Kalau bagi yang pertama kali yang mendengar nama Sg Ramal Dalam ini adalah terletak didalam negeri Selangor yang terkenal dengan Satay Hj Samuri dari Kajang.

Belajar dan menajam kemahiran dengan Solo outing dengan kamera DSLR

Sebenarnya aku ingin menguji dan memahirkan pengunaan kamera DSLR yang aku beli. Sayang kalau jarang-jarang guna dan tersimpan. Tempoh hari aku telah membawa kamera DSLR ketika menonton MotoGP di litar Sepang.

Sebenarnya foto-foto yang diambil hanya di belakang rumah orang tuaku yang terletak di Sg Ramal Dalam. Aku terpaksa menahan gigitan semut kerengge dan nyamuk yang menguji kesabaran ketika membuat solo outing pertama dengan kamera DSLR. Aku bertemankan abang Long yang mencari subjek untuk dijadikan foto shot.

Lalang

p/s: Macam mana prestasi aku yang membuat Solo outing dengan kamera DSLR di Sg Ramal Dalam?

  • Giveways ke 2 Cik Tom rugi tak masuk
  • Speedlight untuk kamera DSLR Canon
  • Apa ada dalam beg anda?

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Bobby Pian says

    5th June 2012 at 9:39 am

    salam blogger,

    wah, akhirnya jumpa juga hasil2 600d ni. menarik bro, pakai lense 50m 1.8? pendapat saya maybe dengan speedlight detail lebih menarik nie.. 🙂

    saya pun amatur, baru beli kamera.. tengah godek2..leh tukar2 tips.. 🙂

    Reply
  2. bEe says

    9th November 2011 at 1:38 pm

    chaiyok bro hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      9th November 2011 at 10:51 pm

      Terima kasih. subjek semuanya diambil dari belakang rumah orang tua sahaja 🙂

      Reply
  3. Noridah says

    8th November 2011 at 11:34 am

    menarik gambar-gambar yang diambil tu.

    Reply
  4. Ekspresi Ruang says

    6th November 2011 at 12:55 pm

    pakai DSLR apa ni bro?

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2011 at 1:00 am

      Saya guna kamera DSLR Canon 600D

      Reply
      • Pacifista says

        8th November 2011 at 9:14 pm

        huhu…canon tu 🙂

        Reply
  5. adele says

    6th November 2011 at 7:57 am

    wah…bro dah ada DSLR!! sy baru je beli Nikon Coolpix S9100 mlm td lps jual yg Olympus hari tu..ha,smgt tak? mula2 ingat nak beli canon semi-dslr sbb kecil ckit dpd DSLR..tp mengenangkan budget terlebih dan malas nak belajar setting lagi sbb masih study..sy beli yg ni je..tp gmbrnya tetap puas hati juga..jom sama2 kita ambil gmbr!! 😀

    buat apa kt Sg Ramal Dalam? g rumah paklong sy ke? paklong sy duk situ 😀

    Reply
  6. Zida says

    5th November 2011 at 3:06 am

    kena ada duit banyak baru boleh beli 🙁

    Reply
  7. chekgu naman says

    4th November 2011 at 12:29 am

    tak pernah join outing atau kursus…semuanya belajar sendiri..hehe

    good job..lens 50mm ke tele ni?

    Reply
  8. SS says

    2nd November 2011 at 11:17 pm

    tercabar sy dibuatnya. hehe.
    sy masih lagi dalam peringkat newbie. mungkin perlu buat solo outing macam bro untuk menajamkan lagi skill fotografi 😀

    Reply
  9. Norasikin says

    2nd November 2011 at 3:52 pm

    Kenapa suka sangat buat saya jeles ni? Tunggu la nanti, bila saya dah mampu beli DSLR, saya akan penuhkan blog dengan gambar makanan.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2011 at 9:13 pm

      Seharusnya ada supaya gambar makanan itu nampak lagi naik serinya 🙂

      Reply
  10. Adila says

    2nd November 2011 at 2:20 pm

    gambar lebah tu mmg superb!
    btw bro, try edit kat photoshop ke
    kasi enhance kale sure mantap lagi 😉

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2011 at 9:20 pm

      Tidak ada PhotoShop dan tidak pandai mengunakannya 🙂 PhotoScape adalah.

      Reply
  11. apaajanews says

    2nd November 2011 at 7:43 am

    gambar lebah tu ade value…bakat dah ade…cuma perasaantu kena tambah lagi…the feel dan pemerhatian bro

    Reply
  12. zulkbo says

    2nd November 2011 at 3:34 am

    salam..
    kalau dah minat, apa
    di buat pun jadi terbaik..

    ermm..besarnya lalat tu!!

    Reply
  13. isza says

    1st November 2011 at 10:11 pm

    macam adik saya masa mula dia guna dslr dulu. Shoot cantik tapi gambar tak berapa sharp…saya suka gambar pokok tu.. pokok apa yer?
    bab komen ni pandai tapi kalau sendiri tangkap lagi hancus.. he3..

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:58 pm

      Saya pun tidak kenal nama pokok tersebut kerana ia tumbuh liar dibelakang rumah orang tua saya

      Reply
  14. puanbee says

    1st November 2011 at 9:55 pm

    tak tau nak komen apa , tau cantik je ..

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:53 pm

      Terima kasih PuanBee. Pujian pun sudah cukup membuatkan saya tersenyum puas

      Reply
  15. Leonor Miller says

    1st November 2011 at 9:38 pm

    Nature photography is really a nice choice. Your featured photos here are really inspiring. The saturation and color is carefully mixed and photograph. What type or model or camera are you using?

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:52 pm

      Thank you for comment. I’m using Canon 600D

      Reply
  16. tips-kurus says

    1st November 2011 at 7:39 pm

    lalang pon cantik!! pandainya dia.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:47 pm

      Kalau kena waktunya lalang pun boleh dijadikan subjek 🙂

      Reply
  17. Juan says

    1st November 2011 at 6:53 pm

    saya suka teknik imej tajam ditengah dan blur di sisi gambar

    Reply
  18. Persada says

    1st November 2011 at 6:36 pm

    aku pun dah lama mengidam DSLR ni cuma masa belum mengizinkan.., takut nanti tersadai je

    Reply
  19. syamila says

    1st November 2011 at 5:43 pm

    cantiknya gambar2 tu….

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:45 pm

      Terima kasih. Saya ini tahap amatur masih lagi didalam proses pembelajaran

      Reply
  20. juanita says

    1st November 2011 at 5:33 pm

    Wow…..minat outing juge ter,
    sg ramal tu dekat dah tu…
    (lama juga tidak berouting)

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:44 pm

      Outing anak beranak sahaja. Gambar yang diambil semuanya sekitar rumah orang tua sahaja 🙂

      Reply
  21. padin says

    1st November 2011 at 5:02 pm

    Kelas, Bro!!!

    Reply
  22. alyrds says

    1st November 2011 at 4:22 pm

    wah! … nampak lens macam lbih 85mm ni.. ahaks! … ok aper outing solo……

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 11:01 pm

      Betul tuh, saya mengunakan lensa Tamron 18-55mm

      Reply
  23. iza says

    1st November 2011 at 3:19 pm

    Assalam…
    Hmmm…cantik.
    Aku baru nak belajar buat background blur ….
    Memang memerlukan kesabaran yang tinggi…

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:42 pm

      Boleh dapat teknik Bokeh ini kalau mengunakan kamera DSLR berbanding Kamera Digital Kompak biasanya.

      Reply
  24. maya mayana says

    1st November 2011 at 3:19 pm

    emm boleh tahan juga untk newbie..hehe

    prektis make perfect 🙂

    Reply
  25. Kimmy says

    1st November 2011 at 3:07 pm

    Macam gambar poskad. Nice….keep it up bro!

    Reply
    • zik says

      3rd November 2011 at 11:48 pm

      boleh buat poskad nih… tinggal print jer…

      Reply
  26. LiFe KaMi says

    1st November 2011 at 3:04 pm

    cantik gambar2 tu bro, cemburu kami memandangnya..hehe
    dari tahun lepas lagi hajat nak beli DSLR tak kesampaian,
    bajet tak mencukupi,asal nak beli je terbeli benda lain,
    InsyaAllah tahun depan akan terlaksana,
    bole le kita amik gambar sama2..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:35 pm

      Oh, selama ini bro ambil gambar mengunakan kamera digital saya ingat guna kamera DSLR. Not bad juga gambar di blog bro

      Reply
  27. dnoBiz says

    1st November 2011 at 1:59 pm

    wah makin mangancam ni bro….
    Yang last tu Orang bunian ke heheheh 😀

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:37 pm

      Jangan main-main peninjau saya tuh 🙂

      Reply
  28. wahida says

    1st November 2011 at 11:52 am

    cantik sgt…

    aku harap aku pun akan pandai menggunakan DSLR aku tu mcm ko…masih terkial2 aku nak setting…hubby tau la sikit2…ingat nak gi kelas la…

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:39 pm

      Sebaik-baiknya pergi kelas. Macam saya belajar melalui buku dan dari YouTube sahaja

      Reply
  29. chii says

    1st November 2011 at 9:40 am

    chii suka sgt tgk gamba2 serangga..sangat cantik..mcm da pro =)

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:38 pm

      Terima kasih chii akan saya pertingkatkan kemahiran mengunakan kamera nanti

      Reply
  30. Mus says

    1st November 2011 at 6:01 am

    teruskan usaha bro.. mana tahu boleh jadi photographer yang pro..

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:34 pm

      Bro Mus apa tidak kurang hebatnya nanti boleh kongsi tip dengan saya nanti 🙂

      Reply
      • Mus says

        2nd November 2011 at 11:03 pm

        sama-samalah kita belajar..

        Reply
  31. hafidz says

    1st November 2011 at 12:19 am

    gambar pokok yang menenangkan…
    cantik 😉
    tanya sama pokok.. apa sebab goyang huhu 😛

    Reply
  32. Bunga Melati says

    31st October 2011 at 11:18 pm

    cantik gambar2 especially yg lebah nak menghinggap bunga tu..

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:32 pm

      Gambar lebah hinggap bunga bukanlah gambar terbaik kalau diperhatikan ada kelemahan kepada gambar tersebut. Permulaan yang agak baik untuk saya yang masih amatur ini

      Reply
  33. cikmin says

    31st October 2011 at 11:16 pm

    perghhhh….tak pandai nak bagi komen sangat sebab tak pro..yang pasti kesemuanya cantik pada pandangan cikmin… 🙂 masa holiday hari tu pun..naik letih nak kontrol manual..last2 set program je..hahaha..

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:31 pm

      Cikmin pergi kelas manakala saya belajar melalui buku dan YouTube sudah tentu Cikmin lebih mahir dari saya 🙂

      Reply
  34. Kamal Mustafa says

    31st October 2011 at 10:06 pm

    Untung orang ada kamera DSLR.

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:29 pm

      Lama dah mengidam kamera DSLR baru la ni dapatlah bro KM 🙂

      Reply
  35. Pacifista says

    31st October 2011 at 9:58 pm

    haha…suka gambar lebah terbang ke bunga tu.macam ada simbolik je.hehe 😛

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2011 at 10:50 pm

      Bro perasan tak di kaki lebah ada apa?

      Reply
      • dnoBiz says

        1st November 2011 at 2:03 pm

        haha aku baru perasan kat kaki lebah tu, debunga ke bro… 😀
        kalau dapat tangkap sekali sayap dia lagi menarik tu

        Reply
        • akubiomed says

          1st November 2011 at 10:28 pm

          Mengenai kepak lebah saya perlu tambah lagi shutter speed. Projek akan datang saya akan ambil gambar burung Kelicap hinggap di depan rumah

          Reply
  36. jurufoto majalah DIA says

    31st October 2011 at 9:46 pm

    mmg nampak foto2 ni org bru belajar…masih byk yg lagi saudara perlu belajar utk fotografi ni…foto anda tidak menarik..dan kurang berkesan…angle kurang menarik…boleh join group2 FMDC ATAU lensamalaya

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2011 at 10:51 pm

      Memang masih baru tetapi saya tidak akan mengalah untuk belajar supaya dapat perbaiki teknik dengan lebih baik

      Reply
      • Kak Long Mawar Merah says

        1st November 2011 at 12:37 am

        Suka tengok duri tu dan gambar dan gambar tebuan tu.

        Reply
  37. Nur says

    31st October 2011 at 8:54 pm

    Wahhh sangat berbakat.. Saya kena menuntut ilmu ni.. Paling suka gambar tebuan tu… Tak pandai nak komen.. Overall permulaan yg sangat baik.. Looking forward to see more pics !!!

    p/s: Guna kamera jenis apa ye?

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2011 at 10:54 pm

      Saya dengan Nur pun tidak ada beza kerana budak baru belajar. 🙂 Kamera saya adalah Canon 600D

      Reply
      • Nur says

        3rd November 2011 at 3:29 am

        Oklah tu.. satu permulaan yang baik. Nanti kongsilah gambar lagi ye. Kalau rajin, boleh juga kongsi tutorial edit gambar dengan kami semua. TQVM..

        Reply
  38. nuriz says

    31st October 2011 at 8:39 pm

    menarik gambar lebah nak menuju ke bunga tu..duk tunggu lama mana tu ye bro

    Reply
  39. Denaihati says

    31st October 2011 at 4:29 pm

    gambar dah boleh hantar kat National Geographic ni…

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:25 pm

      Jauh lagi hendak sampai ke tahap gambar boleh diterima oleh National Geographic

      Reply
  40. wandisini says

    31st October 2011 at 4:19 pm

    semuanya cantik. kalau ditambah dengan gadis-gadis kampung yang cantik, mesti lagi cantik.haha..

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:23 pm

      Kalau ambil gambar anak dara alamatnya menempah maut namanya 🙂

      Reply
  41. nurmisnan says

    31st October 2011 at 4:02 pm

    bestnya dapat shot gambar tebuan tuh …

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:18 pm

      Saya difahamkan Nur pun ada kamera DSLR bila lagi nak kongsi hasil bakat?

      Reply
  42. suri says

    31st October 2011 at 4:01 pm

    salam..bro mmg ada abakt ni klua sah lagi mesti lebih menjdi2 ..teruskan bro

    Reply
  43. sweet says

    31st October 2011 at 2:29 pm

    cantik..boleh laa utk newbie kan? sy pon harap je ade dslr tp jrg gak guna.. ;(

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:17 pm

      Bila nak ajak outing boleh sama-sama godek kamera? 🙂

      Reply
  44. yas says

    31st October 2011 at 2:12 pm

    Ni dah kira bagus bro…tp mmg betul…klau dh beli dslr kene la rerajin sikit main klik2…klau tak rugi jee….:)

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:16 pm

      Hujung minggu ini saya akan balik kampung dan orang rumah ajak keluar malam. Saya rancang hendak kamera bagi saya gambar waktu malam agak mencabar.

      Reply
  45. faiz says

    31st October 2011 at 1:52 pm

    mmg cantik bro…aku yg xpndai amik gambar tak dpt la nak ulas lebih2..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:14 pm

      Terima kasih, gambar-gambar ini semuanya diambil belakang rumah orang tua saya sahaja 🙂

      Reply
  46. Dulu Lain Sekarang Lain says

    31st October 2011 at 1:26 pm

    Boleh tahan bro. Mahu touch-up ckit gambar tu utk kasi jelas gitew. Plus be carefully bila pilih background. Jgn cari yg a bit messy di blkg. My 5 cents jer 😉

    Reply
    • yas says

      1st November 2011 at 3:55 pm

      Kalau aku kire dah cun giler dah tu…

      Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:12 pm

      Terima kasih ke atas komen bro IsmailN. Saya pun sedar apa yang bro komen mungkin teruja untuk mendapatkan subjek yang menarik hingga abaikan teknik.

      Reply
  47. yanmie says

    31st October 2011 at 12:50 pm

    Salam,

    Boleh tahu guna dslr model ape?
    cantik gambar2 atas tu, tetiba tengok lalat tu comel hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:13 pm

      Saya guna Canon 600D. Aduhai banyak-banyak gambar, lalat tetap menjadi pujaan 🙂

      Reply
  48. tarmizishukri says

    31st October 2011 at 11:12 am

    nak ikut pegi naik broga tak? maybe dalam hujung bulan 12..

    Reply
    • tarmizishukri says

      31st October 2011 at 11:13 am

      eh, salah bulan 11..

      Reply
      • akubiomed says

        1st November 2011 at 10:10 pm

        Terima kasih atas jemputan tersebut tapi saya berada di kampung. Mungkin pada masa akan datang 🙂

        Reply
  49. anif says

    31st October 2011 at 10:39 am

    Dah boleh tu.. 😀

    Tak lama lagi tentu akan menghasilkan masterpiece 😀

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:08 pm

      Jauh lagi nak sampai tahap tersebut tuh bro 🙂

      Reply
  50. adamfaiz says

    31st October 2011 at 9:44 am

    Ok cun gak gambar ni (aku bab nak bagi komen teknikal tentang gambar ni memang tak pandai…) Sg Ramal… dah dekat ngan rumah aku ni..

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:07 pm

      Bro duduk kawasan mana?

      Reply
  51. Fahmi Raazali says

    31st October 2011 at 8:36 am

    Boleh improve lagi… 🙂

    Bagi akulah gambar nampak kelam atau suram… macam ada satu layer kelabu dekat depan gambar… Ni pakai mode auto ke manual… 🙂

    Bro tak edit lagi eh gambar tu? Aku pun kalau tangkap gambar tak suka edit… tapi sebab tak cukup pengalaman lagi… selalu juga gambar tu gelap sikit…

    Kalau tangkap gambar serangga kecil, pakai lense macro baru best… hehe… aku lama dah tak pegang kamera dslr sebab tak ada kamera dslr… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:05 pm

      Saya tidak mengunakan lensa Macro. Gambar ini tidak diedit kecuali ditambah dengan Watermark dan dikecil saiz formatnya. Kalau ada kemahiran pengunaan Photoshop boleh beri sentuhan menarik

      Reply
      • Dulu Lain Sekarang Lain says

        2nd November 2011 at 7:18 am

        Tak perlu kemahiran Photoshop sgt bro.. buat sikit retouching work guna tools mcm crop, contrast, sharpen dan hue dan salturation. Adavideo dia di YouTube 😀 Bukan utk ubah gambar tu, cuma mahu kasi dia alive ckit….

        Reply
  52. Norizwan says

    31st October 2011 at 2:34 am

    wow…smart bokeh bro….

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:03 pm

      Harap teknik Bokeh saya tidak melampau masih lagi didalam proses belajar kerana lensa saya pakai tidak stabilizer.

      Reply
  53. tehr says

    31st October 2011 at 2:13 am

    gambar kucing tu…
    macam ‘malu2 kucing’ je nampaknya

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:02 pm

      Kucing didalam gambar tersebut ada lah haiwan belaan orang tua saya. Susah juga hendak ambil gambar kucing 🙂

      Reply
  54. Izwan says

    31st October 2011 at 2:01 am

    gambar pertama menarik..
    yang lain-lain tu pada pandangan saya kalau close-up lagi serangga dengan lebih dekat + subjek diletakkan kekiri atau kekanan sikit mungkin lebih menarik.. rule of 3rd orang panggil.. sy pun masih belajar..
    lense mahal ke bro? smart bokeh.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 10:01 pm

      Saya sengaja tidak zoom dekat subjek dengam mengunakan teknik ‘Negative Space’. Tentang ‘rule two third’ biasanya paling mudah supaya subjek kelihatan tidak ditengah-tengah. Terima kasih berkongsi tip dengan saya

      Reply
  55. fatinmraz says

    31st October 2011 at 12:45 am

    nice shot! keep it up!
    looking 4ward to see hasil DSLR itu.. =]

    nway, singgah blog fm..ada nama kamu dalam senarai.. hehee

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 9:58 pm

      Terima kasih singgah disini. Kenapa tidak link macam mana saya hendak balas kunjungan?

      Reply
  56. mancai says

    31st October 2011 at 12:22 am

    wah boleh tahan shoot ni bro…

    Reply
    • akubiomed says

      1st November 2011 at 9:57 pm

      Saya masih lagi tahap amatur kerana baru 2 bulan godek-godek kamera DSLR

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in