• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Sinar FM-“Muzik Retro Terbaik” Segmen Pagi-Gelak ketawa untuk terapi kesihatan

Sinar FM-“Muzik Retro Terbaik” Segmen Pagi-Gelak ketawa untuk terapi kesihatan

22nd September 2010 by akubiomed 2 Comments

Gelak ketawa hingga kering gusi bersama Krill, KE dan SY.

sinar fm

“Mak Neng, Abang Jeng dan Mat Salih adalah watak yang dibawa oleh Salleh Yacoob pernah bersama Okesktra Tentera Darat(OTD) sehingga tahun 1986”

Sewaktu perjalanan membawa isteri ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan, Sinar FM-“Muzik Retro Terbaik” adalah pilihan mendengar celoteh Sinar pagi tiga serangkai penyampai radio bersama Krill, SY dan KE. Celoteh 3 serangkai yang menghiburkan dengan watak Mak Neng, Abang Jem dan Mat Salih.

Pagi ni didalam segmen Masalah Anda salah seorang pendengar telah menyuarakan ketidak puasan hati dengan kehadiran banyak cicak di rumahnya. Banyak usaha telah dilakukan tetapi usahanya gagal kerana bahan(najis) yang dilepaskan oleh cicak menimbulkan masalah. Salah seorang pendengar dari Seremban telah berkongsi pengalaman mengurangkan kehadiran dengan meletakkan cengkerang telur yang telah digunakan diletakkan dilaluan cicak tesebut. Alasan diberikan adalah cicak berasa takut kerana melihat cengkerang telur yang diletakkan lebih besar dari telur cicak. Aku sendiri pecah perut bantai gelak sampai tak ingat kerana cicak terkejut rupanya ada telur lebih besar dari telur dia Wah..Wah…

Segmen Pagi- Sinar FM-“Muzik Retro Terbaik” yand diterajui oleh Krill, SY dan KE telah dapat memberi terapi kesihatan kerana waktu pagi biasanya kita akan merungut terperangkap didalam kesesakkan jalan raya. Gelak ketawa memang telah dikenal pasti salah satu terapi kesihatan bak ungkapan Inggeris ada mengatakan “Laughter is best medicine”.

Antara kebaikan terapi ketawa:-

  1. Mengurangkan tekanan, kemurungan, dan mereda kemarahan
  2. Kajian menunjukkan kesan ketawa akan mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 40 peratus
  3. Ketawa akan memperkayakan kemasukan Oksigen pada otak dan badan
  4. Ketawa dapat memulih sistem imunisasi
  5. Ketawa dapat merendahkan tekanan darah
  6. Di India, Yoga ketawa dipekenalkan dapat membantu penyakit kronik berkaitan umur seperti Arthritis, Sakit kepala disebabkan Migrin, Alergi, Parkinson.

Tetapi awas ketawa yang melampau hati kita akan menjadi keras.

“Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram”-Hasan al-Banna

 

  • #SaveJejai mengharap adanya sinar
  • Drama king di Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party
  • Filem hantu seram yang diingati

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Pondok Papan says

    24th February 2013 at 4:48 pm

    Hehe..lama tak dengar radio nih..ada lagi ke sekarang bro?huhu

    Reply
  2. Noriaty Abdullah says

    14th January 2013 at 6:43 am

    memang best giler ..tambah -tambah lagi adanya saleh yaakob..meme melekat.

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in