• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Sepakan Mohd Amri Yahyah Word Class

Sepakan Mohd Amri Yahyah Word Class

11th August 2013 by akubiomed 29 Comments

1 gol berharga dari Mohd Amri Amri Yahya.

Gol emas buat skuad Harimau Malaya dipertemuan dengan FC Barcelona yang berlangsung di Stadium Shah Alam semalam telah dijaring oleh Mohd Amri Yahyah setelah menerima hantaran daripada S Kunalan. Satu-satunya gol tunggal buat skuad kebangsaan walaupun tewas 3-1 ditangan pasukan FC Barcelona tanpa kelibat Lionel Messi.

Semalam bagi peminat bola sepak negara sudah tentu terpaku menonton perlawanan yang di nanti-nantikan diantara Malaysia dan Barcelona. Pasukan Barcelona buat pertama kali bertandang di Malaysia perlawanan jelajah Asia. Boleh dikatakan semua bintang FC Barcelona bermain semalam kecuali Lionel Messi dan Puyol dikatakan mengalami kecederaan.

Kalau hendak dibandingkan skuad Harimau Malaya dan FC Barcelona memang jauh berbeda ibarat membanding bulan dan bintang. Bahagian pertahanan yang dikemudi oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak berjaya mematahkan serangan bertali arus oleh Neymar dan Fabregas. Asakan demi asakan tetai kekentalan bahagian pertahanan memberikan tekanan kepada skuad Barcelona untuk menghasilkan gol.

Skuad Harimau Malaya terlepas 2 gol.

Skuad Harimau Malaya hampir menghukum FC Barcelona tetapi terlepas peluang 2 gol melalui sepakan leret Norshahrul Idlan Talaha sekadar terkena palang gol dan sepakan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak tersasar.

Apa pun tanniah buat skuad Harimau Malaya dan berharap dapat mempelajari sesuatu daripada skuad bola sepak berkelas dunia kerana sebelum ini lebih kepada didedahkan gaya permainan daripada pasukan liga FA dan kali ini gaya La Liga.

Tingkatkan rangking skuad Harimau Malaya beri peluang pemain bermain diperingkat antarabangsa.

Sesuatu perlu dilakukan oleh FAM untuk meningkatkan ranking skuad Harimau Malaya supaya memberi peluang pemain negara untuk disunting bermain diluar dan sekali gus mendapatkan pendedahan antarabangsa. Sedikit sebanyak dapat meningkat mutu permainan skuad negara.

Isu kualiti padang Stadium Nasional yang dibangkitkan oleh FC Barcelona sedikit sebanyak mencalar imej negara. Venue perlawanan Malaysia vs Barcelona terpaksa dipindahkan ke Stadium Shah Alam.

Media luar yang double standard.

Rata-rata media luar lebih canang kemenangan FC Barcelona ke atas Malaysia dan isu kecederaan Fabregas. Tak apalah hak mereka asalkan media tempatan tidak meminggir kemampuan skuad negara kendalian Datuk K. Rajagopal.

Video sepakan emas Mohd Amri Yahyah.

Malaysia vs Barcelona.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=aaJvE2fjg_0&rel=0]

Malaysia vs Manchester United.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=w_Bhou07DKw&rel=0]

Sila tekan butang kongsi:

  • Reaksi kekalahan Malaysia vs Singapura
  • Keputusan Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011
  • Keputusan akhir pertama Piala Suzuki AFF

Filed Under: blog Tagged With: amri yahya, bola sepak

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    16th August 2013 at 1:12 pm

    satu gol kami cukup bersyukur…

    Reply
  2. Ezad Skytech says

    16th August 2013 at 2:23 am

    gol Amri Yahyah hari tu memang terbaik la…terkedu penjaga gol Barca…

    Reply
  3. AUC says

    15th August 2013 at 5:15 pm

    Tahniah Malaysia…

    Reply
    • suri says

      16th August 2013 at 1:17 pm

      mesti bersyukur semua team kita bergerak dengan baik

      Reply
  4. azwan says

    15th August 2013 at 3:03 pm

    harimau malaya beraksi sehabis baik. tapi barcelona nampak macam main bersahaja.

    lebih mengecewakan, bila messi tak main. promoter canang kata dia main.

    ini semua pertunjukkan je !

    Reply
    • suri says

      16th August 2013 at 1:22 pm

      sabar sahaja janganlah ambil hati mungkn ada sebab-sebab tertentu…

      Reply
  5. daddydee says

    14th August 2013 at 11:14 pm

    Amri memang lagenda dan penyerang sejati Malaysia.

    Reply
    • suri says

      16th August 2013 at 1:23 pm

      itu sudah semestinya 🙂

      Reply
  6. sukma says

    14th August 2013 at 3:29 pm

    suka dengan tendangan gol amri yahya memang superb…tapi kecewa tak tgk Lionel Messi main……..

    Reply
  7. anif says

    13th August 2013 at 11:10 pm

    Puas hati lihat perlawanan tu.. Gol berharga yang memang world class!

    Reply
  8. papa mifz says

    13th August 2013 at 5:51 pm

    yup tak dinafikan gol itu memang cantik…!!!

    Reply
  9. Hazmin Hamudin says

    13th August 2013 at 12:01 pm

    Rasanya isu padang stadium nasional bukit jalil lebih mendapat liputan meluas daripada perlawanan tersebut.

    Reply
  10. eyriqazz says

    13th August 2013 at 11:35 am

    Safee Sali dah hilang sengat…

    Reply
  11. zool says

    12th August 2013 at 11:36 pm

    memang masih mencengkam amri yahya ni walau telah berusia lebih 30-an

    Reply
  12. anuar says

    12th August 2013 at 10:42 pm

    Tahniah Amri Yahya kerana berjaya meledakkan satu gol yg sangat menarik semasa bertemu Barcelona FC. .

    Reply
  13. titan says

    12th August 2013 at 7:22 pm

    gua dah kata. amri yahya ni memang gila sikit. Safee Sali dan Mat Yo pun takde skill macam dia. Dia ada luck yang sangat bertuah dan sentiasa berada pada tempat dan waktu yang tepat untuk menjaringkan gol..

    sama macam lawan manchester dulu..hoho

    Reply
    • akubiomed says

      16th August 2013 at 9:52 am

      Beliau memang seorang yang tenang ketika menjaringkan gol.

      Reply
  14. sweetkurma says

    12th August 2013 at 6:23 pm

    disebabkan pertandingan ini, anak teruna bergegas balik KL

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2013 at 6:55 pm

      Bukan selalu dapat menonton FC Barcelona beraksi.

      Reply
  15. TehR says

    12th August 2013 at 5:44 pm

    tengo gaya masa lawan barca
    terus je lupa kekalahan teruk di jepun

    moga2 harimau malaya terus mengaum di asia

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2013 at 6:56 pm

      Harap pasukan Harimau Malaya tidak leka.

      Reply
  16. Zuan says

    12th August 2013 at 1:05 pm

    kawan den pun ada poi tengok, masing masing kecewa messi tak main..

    Reply
    • Zuan says

      12th August 2013 at 1:06 pm

      btw, gol amri yaya sangat cun! boleh dicerita generasi ke generasi dengan bangganya..

      Reply
    • akubiomed says

      12th August 2013 at 6:57 pm

      Kesian kepada yang membeli tiket vip kerana duduk dengan penonton lain.

      Reply
  17. Hairul Hissam says

    12th August 2013 at 1:01 pm

    tendangan amri yahya mmg world class. he.he.he..
    tapi jgn lupa, gunalan pun patut dipuji kerana membawa pd jaringan tersebut..

    Reply
  18. waimantakwa says

    12th August 2013 at 10:25 am

    Sepakan bertaraf antarabangsa tu..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2013 at 6:59 pm

      Tendangan Mohd Amri Yahyah akan diingati selamanya.

      Reply
  19. Bahrain says

    12th August 2013 at 12:15 am

    satu kebanggan sbb kita mempunyai pemain yang setanding dengan luar negara. Melayu boleh!

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2013 at 12:57 am

      Harapan yang tinggi diletakkan oleh peminat bola sepak negara.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in