Senyum sampai ke telinga bila dapat apa yang dihajati.
Anak saya yang sulung sudah mula menyertai aktiviti kokurikulum pertama apabila naik kelas tahun 3. Sejak seminggu yang lalu abang Long sudah mula bercakap mengenai pakaian seragam yang bakal dipakai ketika aktiviti kokurikulum setiap hari Rabu. Abang Long telah terpilih untuk menganggotai pasukan Pengakap sekolah. Hari ini abang Long tersenyum sampai ke telinga bila dapat memakai baju t-shirt Pengakap.
Sejak petang semalam abang Long asyik berulang kali berpesan supaya dibelikan baju seragam Pengakap sekolah. Emaknya memujuk agar abang Long mengenakan pakaian jasmani buat sementara waktu tetapi abang Long tetap bertegas mahukan pakaian seragam kerana menurutnya kawan-kawan sekelasnya sudah menceritakan bakal mengenakan pakaian seragam Pengakap pada hari Rabu.
Baby Aslah pula tidak beberapa sehat kerana badannya panas disebabkan demam jadi niat pembelian baju Pengakap tertangguh beberapa kali. Kesian pula melihat abang Long bakal berseorangan sahaja memakai pakaian jasmani, terpaksa usung sekali baby Aslah yang kurang sehat ke kedai pakaian di pekan.
Tidak sangka pula apabila sampai di kedai yang menjual pakaian seragam ramai ibubapa lain turut membeli baju seragam untuk anak-anak mereka. Malangnya baju t-shirt Pengakap saiz abang Long telah kehabisan stok. Nasib baiklah tokey kedai baik hati memberitahu ada beberapa kedai berdekatan ada menjual pakaian seragam. Baik sungguh tuan kedai mencadangkan kedai selain daripada kedainya.
Akhirnya baju t-shirt Pengakap abang Long dapat dibeli setelah memasuki kedai pakaian yang ke-3 itu pun tinggal sehelai stok lama dijual pada harga lama. Jujur sungguh tokey kedai siap beri tahu harga baru untuk stok baru akan naik. Memang bernasib baiklah abang Long dan dapat 2 biji limau Mandarin pemberian tokey kedai tersebut.
Abang Long senyum sampai ke telinga bila dapat pakai pakaian seragam Pengakap

Hari ini saya menerima MMS gambar abang Long berbaju t-shirt Pengakap yang baru diberi malam semalam dan topi pemberian jiran. Isteri saya memberi tahu abang Long hari ini mengadap cermin lama daripada biasa dan ntah apa gaya dibuat didepan cermin melihat diri sendiri berbaju t-shirt Pengakap.
“Mak! Along nampak handsome tak hari ini?” abang Long melihat dirinya di cermin.
“Handsome lah anak emak nih” balas emak melihat berseri-seri wajah anak sulungnya.
“Mak ambilah gambar abang Long ni ” pinta abang Long.
Ada peristiwa duka pengalaman kena denda di sekolah saya ketika sekolah rendah untuk pemilihan Pengakap. Sukar pengalaman ini luput dari pemikiran saya. Pada zaman saya, pasukan Pengakap sangatlah popular dikalangan murid-murid lelaki disekolah dahulu sehingga terpaksa dibuat ujian tapisan sebelum layak menerima menjadi ahli pasukan Pengakap. Ada ujian yang perlu dilalui dan pada hari pemilihan murid-murid dikumpulkan dipadang sekolah. Ujian pertama adalah mencari semut dan ujian kedua adalah mencari pokok Kemuncup. Saya gagal kedua-dua ujian tersebut dan dari sejak itu saya terus ban diri saya untuk menyertai pasukan Pengakap.
Biarlah abang Long tersenyum sampai ke telinga kerana dapat menyertai pasukan Pengakap dan yang mana saya pun patut tersenyum jika dapat menyertai pasukan ini ketika umur sebaya dengan abang Long. Biarlah senyuman abang Long mengantikan kesedihan ketika saya gagal ujian Pengakap dahulu.
p/s: Saya tersenyum sampai ke telinga bila dapat melihat abang Long kacak berpakaian t-shirt Pengakap. Agak-agak kacak itu diwarisi daripada siapa? 🙂
emm kedai melayu ke china tu bro??memang nak tolog peniaga lain tu..hehe..smart arr pakai pakaian seragam ni..
wah. segaknyee.. beli baju ni kat mn? tgh mencari baju untuk adik ni… susah btl nak mencari kedai uniform ni..
wah.. segak bergaya abang long. budak2 mmg xsited lebih bila dapat pakai pakaian seragam.. “nampak lain dr biasa” katanya..
teringat yang saya masuk kelab uniform ni sebab ikut kakak dan ibu saya; dua2 masuk juga kelab uniform pengakap dan sampai tingkatan 5 saya kekal dalam kelab uniform tersebut 🙂
tercapai jua apa yang dihajati abg long yer…hehe
wah Pengakap.. sama macam aku juga..
wahhhh kemahen abang long hepi. lepas ni abang long hebat dalam latihan survivor la ye? ohsem!
Baru 2 minggu belum ada aktiviti lagi. 🙂
Ikut jejak ayah adia la ni eh join pengakap 🙂
Hajat saya hendak masuk pasukan Pengakap tidak kesampaian. 🙁
hehee memang segak.. kalau dah bermula dari awal ni,
memang bagus kalau teruskan sehingga dapat Pengakap Di Raja
saya dulu pun sama..
memang tak sabar nak pakai uniform pengakap..
Bila sudah dapat tentu sentiasa senyum sahaja.
waktu sekolah rendah dulu saya pun menyertai pengakap jugak. memang banyak pengalaman yang best. mendaki gunung nuang, jelajah selatan..apa2 pun pengakap sangat best..
Aktiviti yang menguji fizikal tetapi menyeronokkan.
cari semut & pokok kemuncup? mak aih…x pasal2 sarang semut kena serang la ye time pemilihan utk join pengakap..ehehe..
time chii skolah dulu..x di wajibkan lagi pemakaian baju koku setiap rabu..kalo x..pasti segak bergaya pakai uniform bomba..eheh
Sekolah anak saya lain macam sikit semua hendak lengkap tidak kira apa alasan sekali pun.
kedai sebelah yg tauke recommend tu, kedai adik dia kot.. hehe
Nampaknya si anak dapat mengubati luka lama ayahnya …. cayalah abang Long tu …. uik ! dalam gambar tu abang Long tak senyum pula sampai ke telinga ? … 😀
Kalau betul-betul senyum ke telinga nanti jadi “Joker” lah pula.
Benjy join pengakap dulu tak der pula kena buat ujian macam tu … hebat betul persatuan pengakap kat tempat hang brooo … 😀
Bagusnya tauke kedai yang pertama tu tidak mementingkan diri 😀
Benjy rasa kekacakan Abang Long ni mewarisi kekacakan datuknya lah … hahahahaha (jangan marah) 😀
salam..
ermm..
TABIK PENGAKAP!!
anak jantan kena lasak
molek sangat jadi pengakap nih 🙂
Lagu pengakap tajuk “pek pek pek akila panggil’ kira macam tulah bunyinya tetapi dah lupa banyak senikatanya … Benjy setahun je jadi ahli pengakap lepas tu malas hehehehe 😀
Zaman dulu2 siapa masuk pengakap kira classs OOOooo 😀
betul tu benjy….masa tu kadet2 ni x de lagi…teringat pada pengakap kelana lak …….
Abang long, nanti balik nyanyi lagu pengakap kat ayah ye..segak lah abang long.
Oh ada lagu Pengakap. Tidak tahu saya.
mmg kacak abg long dgn pakaian seragam pengakap…
budak2 memang bangga dengan pakaian seragam persatuan mereka
aku dapat lihat gaya mereka ni setiap rabu
meriah sangat
tahniah untuk abang long
Zaman kita dahulu kalau berpakaian seragam turut berasa kembang hidung juga.
hensemnya abg long pakai baju pengakap.. :D..
alhamdulillah dpt jugak baju tu kan kak..
Nyaris ada sehelai stok lama. Rezeki abang Long.
Wah betul senyum ke telinga 🙂
Encem!!!!
Agak-agak ikut siapa senyuman manis itu?
seronoknya abang long , memang budak2 sek rendah kena tahun 3 baru boleh pakai baju seragam yek ?
saya tk sabar tengok kakak pakai baju seragam pula ..
Agak-agak kakak naik tahun 3 nanti hendak pilih persatuan apa?
Assalam…
Kanak2 memang macam tu, kalau dapat apa yang mereka nak, gembira sangat2. Ibu bapa pun tumpang gembira bila tengok anak2 gembira..
Selagi tak dapat yang dihajati asyik cakap sahaja. Bila dah dapat senyum sampa ke telinga.
baguslah kalau abg long semangat..masuk pasukan beruniform ni pun bagus jugak..
Wah org yg glamor jer yg join Penangkap ni :p
Dulu siapa menganggotai pasukan Pengakap mesti glamour terutama mendapat perhatian murid-murid perempuan.
eleh…nak ckp hensem mcm bapaknya lah tu…ekekek…
Uhuk-uhuk siapalah sebut
seronok mmbca keletah anak2 bloger buat hati sering teruja utk lihat ank besr depan mata..
Memang betul Suri. Sekarang kalau dukung mereka cecah lantai. Kala abang Koning tidak terangkat
nada entri kli ini ada berbaur gembira dan sedih..
semangat sungguh abang long, bagus tahun3 dah mcm ni.
memang menyeronokkan bila mendapat apa yang diidamkan…hehhe:)
kena kekalkan minatnya tu..:)
Saya seorang pengangkap yang tak pandai berkawad! Hahaha…
Kemahiran berkawad wajib untuk Pengakap.
segak beruniform pengakap. ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi 😉
kekacakan mestila diwarisi dr bpknye..heheh
zaman sekolah rendah dulu saya ketua pengakap sekolah dgn ketua enam sekawan..ingt lagi time camping..masa tu dah start blaja masak..buat cekodok dgn cucur ikan bilis untuk pertandingan memasak. ada team lain masak megi campur ikan sardin..haha..lawak betul..
Wira Chomel recently posted Saya Sayang Ayah Selamanya
Bestnya dapat merasai pengalaman tersebut. Kerjasama berpasukan diperlukan.
oo ni dia abg long, ingatkan abg koning yg sulung. saya dulu pun pengakap jugak, best pergi camping.
Abang Koning badannya besar.
Teringat zaman dulu2 jadi pengakap. Aktif tersangat amat
Susah gak nak cari baju pengakap rupanya yer.., yang tempa jahit mesti mahal kn?
Sekarang ini ada kelonggaran sedikit dengan memakai baju t-shirt Pengakap sudah memadai.
Selalu bab2 benda2 baru nie memang menjadikan semangat kita berkobar2.
baru teringat, perlu beli uniform pbsm untuk intan
tertangguh sampai hujung minggu ni
dia dah sekolah petang, pagi mmg tak sempat nak pergi cari
Dekat sekolah dipaksa berpakaian seragam.
teringat balik zaman pengakap masa sekolah dulu…memang semangat..kalau tak,xkan dapat pengakap di-Raja kan.. hehe
Wah hebat bro.
Seronok bila tengok derang happy… tak macam masa kita kecik dulu, serba-serbi kekurangan…
yelah bro saya dulu tunas puteri. mmg tak mmpu nak beli apa lagi nak buat baju seragam tu. ai…nampak kwn mmg cemburu tapi ayah mak masa tu kurg mmpu huhu…
Dulu di sekolah saya ada Puteri Islam popular juga tapi tidak pasti masih wujud lagi.
terlupa nak tambah, ayat yang paling last tak boleh blah punya.. kacak diwarisi oleh siapa?
Dari siapa lagi kalau bukan bapanya kan? … 🙂
haa..klu kwn ckp entri artu yg dok sarawak bah, blh gak d warasi oleh girl heee
Ha..ha..sesekali masuk bakul angkat sendiri.
itulah hebatnya anak-anak
anak2 blh gak mencapai kejayaan kita klu dulu kita gagal dalam mendapatkan keinginan itu.skrg bro tak perlu bersedih hati sb anak pun dha dpt pakai baju tu hee…
Kanak2 kalau pakai baju uniform memang sentiasa segak.
Dulu masa sekolah rendah saya masuk PBSM je sebab malas nak berkawad haha. Tapi bila sekolah mengenah + PLKN, minat pulak berkawad hehe
dah puas hitam di muka ar bro..huu..serik..serik..
Saya tidak berminat dengan PBSM.
kanak2 mmg selalunya jujur dengan perasaan mereka….apabila mereka dapat apa mereka hendak, mereka akan gembira (senyum sampai ke telinga) dan begitu pula sebaliknya….tapi apabila semakin dewasa, kemana menghilang sifat jujur itu?
http://blogdowh.blogspot.com
mana baju pengakap aku dulu ye..mesti tak muat nak pakai sekarang..
tak muat er..mmg sy tak merasa pakai baju waktu tu ..cuma tgok kwn2 jer
Eh bro berhajat ker.
Memang anak gembira kalau dapat apa yg mereka hajati.Boleh lah dia berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan kawan2 dia nanti.
Sejak umur 9 tahun sudah mula perasa. Mungkin sifat umur sebaya begitu. Saya perlu belajar mengenal anak-anak saya.
saya terharu bila baca entri ni..terhari bila abg long suka sgt bila dpt baju pengakap tu…siap suruh ambil gambar lagi..nampak sangat dia menghargainya, kan?
saye pernah join PBSM, St John Ambulans & silat je. tapi sekarang saye bukan misi.. 🙂
Tak apalah. Kalau ada kelapangan boleh menyertai NGO. Saya bercadang untuk aktif didalam khidmat masyarakat suatu hari nanti.
saya dulu pengakap jugak hehe
Tidak sangka ramai sahabat blogger pernah menyertai pasukan Pengakap.
zaman aku dulu pun yg paling glemer cuma pengakap ni je laa….x mcm sekarang yg dh ada mcm2 lak…dgn kadet polis,askar,bomba…tah memacam lagi la…membuat aku bertambah jeles…hehehe.
Anak sulung aku pun masuk pengakap jugak disekolah dia..taun lepas banyak la rm aku yg terkorban kerana xtvt ni…tp aku redho sbb aku pn suka…:)
Kelengapan Pengakap memerlukan belanja yang besar
saya tahun ni menjadi ketua guru pengakap..adoii…langsung xde pengalaman dalam pasukan pengakap sebab masa sekolah dulu kadet bomba
ni nak kena cari baju uniform pengakap lah..kedai kat mana ye tu yg jual uniform pengakap?ok tak harganya?
Saya pun dulu ketika di sekolah Menengah menyertai Kadet Bomba dan berjaya melepasi ujian cemerlang tahap 1. Baju t-shirt Pengakap anak saya dibeli pada harga RM19.
saya aktif juga tapi sampai peringkat negeri sahaja..kebangsaan tak merasa..kedai tu kat mana?
Tak apalah bro lupakan hajat hendak beli baju Pengakap di Rawang. 🙂
zaman sekolah menengah rendah dulu pun Dahlia Pengakap jugak 😀
pioneer Pengakap Perempuan kat MRSM masa tu..
paling lawak, masa iklan dibuka, on April Fool, semua tak percaya,
last2 kami 2 group je yg join Pengakap masa tu.. 11 orang kalau tak silap.
11 orang ni lah sokmo kena panggil ngadap senior pompuan sbb baik dgn abang2 Pengakap yang macho..masa tu kami Form2, muda remaja 😀
Untunglah macam tuh kerana tidak ada saingan. 🙂