• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Sentuhan Kasih Deepavali

Sentuhan Kasih Deepavali

22nd December 2012 by akubiomed 44 Comments

Sentuhan Kasih Deepavali sebuah program CSR Petronas.

Pada 24 November yang lalu seawal jam 5.30 pagi blogger mula berkumpul di perkarangan Menara Berkembar Petronas bagi menyertai program Sentuhan Kasih Deepavali Petronas. Seramai 25  bloggers telah terlibat untuk menyertai program Corporate Social Responsibility (CSR) yang dianjurkan oleh pihak Petronas.

Hujan yang turun seawal pagi tidak mematahkan  semangat kami untuk menyertai aktiviti khidmat kemasyarakatan ini. Bagi saya ia adalah penyertaan kali ke 2 untuk program CSR anjuran Petronas. Program pertama yang disertai adalah Sentuhan Kasih Ramadhan Petronas di perkampungan orang asli Bukit Kala yang terletak di Gombak, Selangor. Tujuan Program Sentuha Kasih berobjektif untuk meraikan semua lapisan masyarakat seperti anak-anak yatim, golongan miskin dan kurang upaya semasa musim perayaan

Kali ini kampung Wellington telah terpilih untuk program kemasyarakatan yang majoriti penduduknya adalah berbangsa India  menjadi destinasi program CSR Petronas yang diberi nama Sentuhan Kasih Deepavali. Bertepatan dengan sambutan Hari Deepavali oleh masyarakat India yang dikaitkan dengan Cahaya kemenangan kebaikkan mengatasi kejahatan.

Perjalanan ke kampung Wellington yang terletak di Manjung, Perak mengambil masa xx jam. Ia boleh dikatakan perjalanan panjang dan sepanjang perjalanan hujan tidak berhenti turun. Bas kami menyusuri jalan kampung kelihatan kiri dan kanan buahan rambutan yang ranum masak dan begitu juga buah durian milik penduduk kampung sekitar.

Kira-kira jam 10.45pagi kami sampai di kampung Wellington dan disambut oleh wakil penduduk yang mengiringi kumpulan kami ke pentas utama Sentuhan Kasih Deepavali. Ketika itu para petugas sukarelawan sedang sibuk melaksanakan tugasan yang diberikan.  Tugasan kami adalah membersihkan lorong-lorong sekitar pentas utama. Setiap kumpulan telah diberi sarung tangan, plastik sampah, penyapu rumput. Maka bermula tugasan membersih kawasan sekitar yang dilakukan secara gotong royong. Semuanya menjadi lebih mudah kalau dilakukan secara bekerjasama.

Sebelum itu seramai 40 pelajar Universiti Teknologi Petronas telah pun berkampung di Kampung Wellington sejak awal pagi untuk melaksanakan gotong royong membersihkan kampung, memulih dewan orang ramai yang mengalami masalah bumbung bocor dan usang dengan membina bilik stor, pemasangan pembesar suara dan kemudahan-kemudahan lain. Selain itu pihak Petronas telah menyumbang bantuan makanan bernilai RM80 sebulan untuk 40 penduduk termiskin bagi meringankan bebanan mereka.

RINGKASAN ANTARA ACARA MENARIK DIATURKAN SEPANJANG 1 HARI SENTUHAN KASIH DEEPAVALI.

  • Ceramah kesedaran penyalahgunaan Dadah oleh Pengasih dan Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Aktiviti untuk anak-anak kampung Wellington.
  • Acara menghasilkan kuih tradisi masyarakat India iaitu Masala Vadai dan Ulutham Vadai.
  • Mengecat dinding dewan orang ramai kampung Wellington oleh VIP.
  • Pengagihan bantuan kepada 142 keluarga miskin dari daerah Manjung untuk meringankan beban dibawah Program Sentuhan Harapan Petronas.
  • Tarian Indian Alla Rippu yang ditarikan oleh pelajar Universiti Teknologi Petronas.
  • Melukis Henna.
  • Penghasilan Kolam.
  • Pameran mini.
Datuk Mohammad Medan Abdullah, Senior General Manager Group Corporate Affairs Petronas mencuba menghasilkan Vadai
Mengecat dinding orang ramai

Penyerahan bantuan kepada 142 keluarga miskin dari daerah Manjung

Tarian Indian Alla Rippu

Video tarian alla rippu oleh pelajar UTP.

MENGENALI BUDAYA DAN AMALAN MASYARAKAT INDIA

Saya berasa beruntung dapat melihat budaya dan amalan masyarakat Indian secara dekat. Berpeluang melihat penghasilan makanan tradisional masyarakat India adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Lebih-lebih lagi dapat merasai keenakkan dan kelembutan Vadai yang dihasilkan.

Vadai

Kesempatan menyertai program CSR Petronas tidak disia-siakan melihat sendiri penghasilan seni Henaa dan Kolam yang sinonim dengan masyarakat India.

Sila tekan butang kongsi:

  • Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit Kala
  • Terkenang daku maruku di pagi Deepavali
  • Petronas Primax95 Xtra kuasa pecutan bak F1

Filed Under: advertorial

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    16th November 2013 at 10:21 pm

    wah sudah macam kanak – kanak reben pun ada juga

    Reply
  2. suri says

    16th July 2013 at 10:18 am

    cantiknya di orang dengan pakaian yang di pakai itu.

    Reply
  3. suri says

    16th July 2013 at 10:04 am

    saya suka tengok bangunan klcc..kalau ke sana saya mesti renung lama-lama

    Reply
  4. suri says

    16th July 2013 at 10:03 am

    semangat ini yang harus ada pada kita semua

    Reply
  5. suri says

    16th July 2013 at 9:45 am

    best lari2 dekat atas tangan

    Reply
  6. hanafi abdullah says

    24th January 2013 at 3:02 pm

    Aktiviti 1Malaysia untuk memupuk semangat muhibah..

    Reply
  7. Norasikin says

    9th January 2013 at 8:40 am

    lawa la rani mukherjee tu

    Reply
    • suri says

      16th November 2013 at 10:22 pm

      ini malaysia punya milik heee

      Reply
  8. Melastik Bintang says

    28th December 2012 at 11:05 pm

    Program yang amat bagus untuk masyarakat.. dalam masa yang sama kita dapat membantu mereka yang susah dan memerlukan bantuan.. Tidak mengira bangsa, itulah dinamakan 1 Malaysia…

    Cantik gambar yang diambil bro.. hehehe

    Reply
  9. Ladfe Amir says

    28th December 2012 at 9:32 am

    aktiviti sebegini memang best dilakukan secara beramai2. hati mesti ikhlas. maklumlah, kita melakukan utk mereka yg lain berlatarkan bangsa dan agama.

    Reply
    • suri says

      16th November 2013 at 10:27 pm

      kerja ini boleh buat kita saling hormat menghormatikan

      Reply
  10. WRizuan says

    27th December 2012 at 2:43 pm

    bagus, ada juga sumbangan blogger pada masyarakat bukan setakat menulis dgn idealogi masing2

    Reply
    • suri says

      16th November 2013 at 10:23 pm

      blogger pun perasaan ini membatu jugakan

      Reply
  11. ariff says

    26th December 2012 at 7:06 am

    Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban penduduk di sini. Agak-agak kalau tahun depan ada lagi, mesti bro nak join kan?

    Reply
  12. Mekar says

    25th December 2012 at 4:20 pm

    Tahniah atas sumbangan “kecil” anda itu.

    Reply
    • suri says

      16th November 2013 at 10:24 pm

      kerja yang kecil orang tetap akan hargai

      Reply
  13. papa mifz says

    25th December 2012 at 4:09 pm

    pasti menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan…pasti penduduk kampung tersebut pun gembira melihat ramai yang hadir…

    Reply
  14. dkna abza says

    25th December 2012 at 12:04 am

    ramai blogger yang join…last minute dkna terpaksa tolak 🙁

    Reply
    • suri says

      16th November 2013 at 10:26 pm

      sayang tapi bersebab tak mengapa orang pun fahamkan

      Reply
  15. ohcikgu says

    24th December 2012 at 12:26 am

    elok sangatlah tu. leh exercise sikit..

    Reply
    • Akubiomed says

      24th December 2012 at 2:20 am

      Ia adalah peluh yang bermakna.

      Reply
  16. TehR says

    23rd December 2012 at 11:33 pm

    molek keluarkan peluh ni
    asyik dengan komputer langsung tak berpeluh

    Reply
    • Akubiomed says

      24th December 2012 at 2:19 am

      Ia adalah usaha yng berbaloi.

      Reply
    • suri says

      16th July 2013 at 9:50 am

      itu susah lemak nak di singkirkan

      Reply
  17. KiD says

    23rd December 2012 at 10:16 pm

    terbaik… Petronas juga tak lupa menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat kita…

    Reply
    • Akubiomed says

      24th December 2012 at 2:18 am

      Bantuan yang dihulurkan kepada golongan miskin melalui program Sentuhan Kasih dan Sentuhan Harapan memberikan keceriaan untuk menyambut perayaan seperti orang lain.

      Reply
  18. syaifuddin alias says

    23rd December 2012 at 10:12 pm

    wah…yang baik dibalas baik nanti

    Reply
    • Akubiomed says

      24th December 2012 at 2:16 am

      Mudah-mudahan.:-)

      Reply
  19. azmanisma says

    23rd December 2012 at 8:08 pm

    tahniah bro…ada juga masa utk.menyertai khidmat masyarakat 🙂

    Reply
    • Akubiomed says

      24th December 2012 at 2:16 am

      Memang sudah menjadi impian saya berbakti kepada masyarakat.

      Reply
    • suri says

      16th July 2013 at 9:56 am

      kita susah nak ke sana sini..

      Reply
  20. pipoq says

    23rd December 2012 at 6:00 pm

    jauh jugak perjalanan tu..

    mungkin akan datang boleh sampai ke Wellington NZ pulak kot.. 🙂

    Reply
    • Akubiomed says

      24th December 2012 at 2:15 am

      Kalau ke New Zealand saya adalah orang pertama angkat tangan.:-)

      Reply
  21. Melastik Bintang says

    23rd December 2012 at 5:39 pm

    agak seronok jika dilihat dari gambar-gambar di atas.. walaupun kita sebagai blogger tapi kita masih lagi punyai sifat kemasyarakatan untuk membantu mereka… bergotong royong…

    Jangan ingat blogger hanya tahu menulis sahaja.. tetapi tidak bercampur dan ambil tahu aktiviti kemasyarakatan…

    Reply
    • Akubiomed says

      24th December 2012 at 2:13 am

      Blogger juga boleh memainkan peranan menyampaikan mesej positif kepada mayarakat.

      Reply
      • suri says

        16th July 2013 at 9:57 am

        ya bila ada orang mesti orang lain akan ikut serta..

        Reply
  22. Mus says

    23rd December 2012 at 2:21 am

    seronok dapat bersama-sama mereka.. 1Malaysia

    Reply
    • Akubiomed says

      24th December 2012 at 2:12 am

      Hidup didalam masyarakat yang berbilang kaum perlu saling bantu membantu diantara satu sama lain

      Reply
    • suri says

      16th July 2013 at 10:01 am

      semangat ini yang harus ada pada kita semua

      Reply
  23. titan says

    23rd December 2012 at 1:04 am

    aku suka kuih vadai tuuu..

    Reply
    • Akubiomed says

      24th December 2012 at 2:11 am

      Kuih Vadai yang dihasilkan memang lembut dan gebu.:-)

      Reply
  24. Nadot says

    23rd December 2012 at 12:33 am

    best & meriahnye la nampakk… sronoknyer rasee 🙂

    Reply
    • Akubiomed says

      24th December 2012 at 2:10 am

      Sumbangan kecil kepada masyarakat.

      Reply
    • suri says

      16th July 2013 at 10:05 am

      di sini dapat gambaran wajah ceria

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in