• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Semangat Patriotik Abang Ngah

Semangat Patriotik Abang Ngah

22nd September 2011 by akubiomed 45 Comments

Semangat Patriotik abang Ngah mewakili kelas 1 Orkid

“Mak! Esok cikgu suruh Angah pakai baju Melayu” belum sempat meletak bag sekolah terus abang Ngah meninggalkan abang Long meluru ke bilik air untuk berpesan kepada emaknya yang sedang memandikan baby Aslah. Abang Ngah bimbang kalau terlupa apa yang dipesan oleh Cikgu Noordiana guru kelas Orkid tahun 1 sebelum loceng balik berbunyi.

“Azhar, kamu dipilih untuk mewakili kelas 1 Orkid untuk sambutan Hari Patriotik esok. Pesan kepada emak kamu supaya esok kamu pakai baju Melayu yer” pesan Cikgu Noordiana.

“Ada sambutan Hari Raya di sekolah ker Angah? Semalam Along. Nak kena bawa kuih?” tanya isteriku kepada abang Angah.

“Bukanlah, Angah dipilih untuk mewakili kelas sempena Hari Patriotik” kata abang Angah bersandar ditepi peti bilik air memerhati baby Aslah masih lagi bersabun.

Aku menerima MMS

“Tit..tit..” telefon bimbit Nokia aku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas.

“Siapa pula hantar sms?” kata aku didalam hati. “Eh ini mesej MMS” kata aku lagi sambil menunggu imej dimuat turun yang agak lembap dengan EDGE.

Setelah muat turun selesai aku memerhati ada 3 anak kecil memakai baju Melayu dengan bendera Jalur Gemilang menjadi lilitan Songkok hitam. Dibawahnya terdapat mesej ringkas daripada isteriku.

“Hmm..segak abang Ngah berbaju Melayu dengan lilitan bendera Jalur Gemilang pada Songkok sambil memegang bendera” aku tersenyum.

Abang Ngah 3 dari kiri

p/s: Aku tidak sangka Cikgu Noordiana akan hantar MMS gambar abang Ngah kepada isteriku. Terima kasih Cikgu

Sila tekan butang kongsi:

  • Abang Koning bakal duduki ujian saringan tahun 1
  • Persiapan persekolahan abang Ngah
  • Sambutan Hari Lahir abang Ngah dan Baby Aslah

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. lepakk.com says

    31st August 2012 at 2:48 pm

    Selamat hari merdeka

    Reply
  2. MR.Z says

    25th September 2011 at 4:03 pm

    bersemangat dengan jalur gemilang.. memang berbanggalah.. macam ni la anak muda Malaysia! bakal memimpin negara. baik pula cikgu tu ye, sanggup hantar mms.. hehe

    Reply
  3. yas says

    25th September 2011 at 12:41 pm

    Tumpang berbangga jugak..semoga semangat ni berpanjangan hingga keakhir hayat.

    Reply
  4. dnoBiz says

    24th September 2011 at 2:47 pm

    semoga semangat ni akan terus kekal dalam diri mereka

    Reply
  5. bEe says

    23rd September 2011 at 5:09 pm

    Wah, kecil2 dah bersemangat negara 🙂
    Bakal perajurit ni 😉

    Reply
  6. W.R says

    22nd September 2011 at 10:01 pm

    nice one la smart mcm bapaknya hihihi..:)

    p/s : nasib baik cikgu tu hantar ke ibunya kalu bapaknya hihihi 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      23rd September 2011 at 12:02 am

      Err..macamana nak cakap yer 🙂

      Reply
  7. ahmadyani says

    22nd September 2011 at 9:39 pm

    Siapa yang kata anak-anak sekarang tidak patriotik?

    Reply
  8. nurmisnan says

    22nd September 2011 at 9:11 pm

    Wahhhh.. cutenya.. Siap bersamping 1 malaysia
    Frae gambar nih buat kenangan bro.. bila dia besar
    nanti dia akan ingat memori ini… cikgu rapat dgn mak murid2
    adalah satu sifat terbaek dan terpuji…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd September 2011 at 12:08 am

      Isteri saya memang ada simpan no telefon bimbit cikgu senang hendak pantau anak di sekolah

      Reply
  9. puanbee says

    22nd September 2011 at 5:59 pm

    baik cikgunya .. anak saya tu dpt cikgu pendiam payah nk cakap apa2..

    Reply
  10. juanita says

    22nd September 2011 at 5:18 pm

    Wow…cayalahh abg ngah….
    suka unty tgk 😀

    Reply
  11. eLLy says

    22nd September 2011 at 5:00 pm

    Samping warna koning tuu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      23rd September 2011 at 12:00 am

      Bedal sahaja yang penting semangat Patriotik

      Reply
  12. Norasikin says

    22nd September 2011 at 4:28 pm

    Majlis sambutan hari kemerdekaan anak saya yg kat tadika tu dibuat pada 30 ogos lalu. Masa tu puasa lagi. Kesian kat dia. dah la kena bawak kuih pegi sekolah. pasti dpt tgok je kwn-kwn makan sbb dia puasa. nasib baik dia kuat walaupun baru umur 5 tahun.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:59 pm

      Baguslah dapat berpuasa di awal usia 5 tahun. Anak saya yang 6 tahun beberapa kali kantoi bibir berminyak 🙂

      Reply
  13. sw33tdarling says

    22nd September 2011 at 2:13 pm

    cikgu yang prihatin…

    Reply
  14. Pacifista says

    22nd September 2011 at 12:52 pm

    la…kenapa abang ngah sorang je yang tak pakai samping bendera malaysia?sayangnya…
    apapun sejuk hati ayah yang bagi makan minum bila tengok anaknya bersemangat cintakan negara ni 😀

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:58 pm

      Tersenyum melihat gambar anak sendiri 🙂

      Reply
  15. Dulu Lain Sekarang Lain says

    22nd September 2011 at 11:42 am

    encem abang ngah ehhhh.. Kena nyanyi lagu Jalur Gemilang ker?
    Anak2 kawe sambutan di skul esok… Alahai malam ni kena prepare baju kebangsaan laaaa…

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:56 pm

      Tentu sibuk maknya menyiapkannya

      Reply
  16. pipoq says

    22nd September 2011 at 11:18 am

    yg penting kita kena bagi faham kat generasi pelapis ni tentang semangat kenegaraan..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:55 pm

      Bukan senang hendak memberi kefahaman mengenai nikmati Kemerdekaan kepada generasi pasca Merdeka kerana mereka tidak mengalami situasi sukar seperti generasi sebelum Merdeka

      Reply
      • dnoBiz says

        24th September 2011 at 2:49 pm

        betul tu bro,
        kekadang kita yang dah tua nipun hanya tahu makna nye aja….

        Reply
  17. Amirez says

    22nd September 2011 at 10:13 am

    wah, macam pahlawan Melaka hehe. kanak2 memang comel bila kenakan pakaian tradisional lengkap macam ni

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:53 pm

      Eh macamana bro tahu. Memang ada darah orang Melaka 🙂

      Reply
  18. suri says

    22nd September 2011 at 6:26 am

    dpt cikgu kelas baik hati senag dpt yg garang mula mmbenci tu ni huuu..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:52 pm

      Biasalah tuh ketika zaman sekolah dahulu 🙂

      Reply
  19. suri says

    22nd September 2011 at 6:25 am

    bagusnya guru itu ya sngip htr mms heee..maklumlah dh canggih..

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      22nd September 2011 at 11:46 am

      Psstttt.. tak musykil ker Suri cikgu main mms sama bapa abang angah? he he .. gossip liar di bawakan oleh DLSL. 😀

      Reply
      • akubiomed says

        23rd September 2011 at 12:16 am

        Jangan buat pasal ada yang tidur luar nanti. Ha..ha..(walaupun mampu)

        Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:51 pm

      Terkejut apabila menerima MMS dari isteri ingatkan apa bendanya 🙂

      Reply
  20. tehr says

    22nd September 2011 at 2:20 am

    memang terbaik
    kalau cikgu bersemangat, murid akan lebih lagi bersemangat

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:50 pm

      Memang nampak guru kelas bersungguh masakan dia rakam gambar 🙂

      Reply
  21. maza says

    22nd September 2011 at 1:52 am

    hahaha… tahniah abg ngah kerana jadi wakil kelas tu.. heheheh

    mesti ayah dia juga banga ni.. ihik!

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:49 pm

      Sudah tentulah bangga kerana zaman sekolah tidak pernah merasa pun pengalaman yang dialami seperti abang Ngah

      Reply
  22. isza says

    22nd September 2011 at 1:41 am

    sekali ciku daa.. teruk betul rongaknya ni..
    😀

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:48 pm

      Teringin hendak makan buah Ciku agaknya

      Reply
  23. isza says

    22nd September 2011 at 1:40 am

    wah semangat sungguh!
    dan respect kat cikgu dia yang begitu bersemangat juga..
    sebagai guru.. saya sedih klo ada ciku yan buat kerja sekadar batuk di tangga..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:47 pm

      Saya pun tidak sangka guru kelas bersungguh menghantar MMS untuk melihat hasilnya

      Reply
  24. wazy says

    22nd September 2011 at 1:03 am

    Terbaik,dari kecil macam ni la kita kena pupuk semangat patriotik

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:46 pm

      Kalau zaman persekolahan sudah tentu akan di pupuk semangat Patriotik ini tetapi selepas belajar adakah semangat Patriotik tetap subur?

      Reply
  25. azman says

    22nd September 2011 at 1:01 am

    Hehehe budak2 mmg tak sabar kalau ada acara penting disekolah..budak2 sekarang mmg berani..kalau kita dulu2 huh kecut perut kalau ada acara disekolah.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd September 2011 at 11:45 pm

      Betul tuh perasan juga mukanya selamba 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in