• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / pelancongan / Pameran bunga Season’s Flower Show EcoWorld di Eco Majestic Semenyih.

Pameran bunga Season’s Flower Show EcoWorld di Eco Majestic Semenyih.

1st March 2016 by akubiomed 35 Comments

ikon eiffel tower eco world

Minggu lepas saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur ambil kesempatan untuk singgah ke  pameran bunga Season’s Flower Show EcoWorld di Eco Majestic Semenyih. Lepas sejak ramai yang berkongsi mengenainya di media sosial. Saya juga terjebak untuk mengunjungi pameran bunga Season’s Flower Show EcoWorld.

Bergambar di ikon terkenal dunia di Season’s Flower Show EcoWorld.

Matahari sudah meninggi kita sampai di Season’s Flower Show EcoWorld dan cuaca agak terik. Lihat hasil snap-snap gambar wajah famili berkerut sebab menahan panas dan silau matahari tetapi tidak mahu lepas peluang snap gamabar di beberapa lokasi yang menarik.

Pameran Season’s Flower Show EcoWorld bakal berakhir 6 Mac 2016 ini . Masih ada kesempatan untuk berkunjung pameran ini.

Hadapan pondok pengawal ada taman bunga berwarna ungu yang cantik

Pihak penganjur EcoMajestic menyediakan shuttle untuk pengunjung.

Sebelum masuk ke tapak pameran perlu berdaftar untuk mendapat pass band percuma.

Walaupun cuaca panas terik tetap sesak dengan pengunjung tidak putus-putus.

Apa yang menarik di pameran bunga Season’s Flower Show EcoWorld ada beberapa ikon terkenal dari seluruh dunia seperti Eiffel Tower Perancis, tanglung merah China, kincir angin dan kasut Belanda, Pondok merah telefon dan Umbrella sky Portugal. Lokasi ikon ini terletak mengelilingi tasik Swan Lake dan bunga-bunga berwarna warni seperti bunga matahari, gerbera daisy dan lantanas.

Pengunjung boleh meninggalkan kunci cinta di jambatan

kasut belanda

kincir angin belanda

umbrella sky

pondok telefon merah London

pemandangan sekitar tasik Swan Lake

Lokasi Eco Majestic di Semenyih.

Masih sempat lagi kalau hendak membawa famili mengunjungi ke pameran bunga Season’s Flower Show Eco World di Eco Majestic. Saya sarankan datang awal pagi kerana sekarang ini musim panas dan terik selain pengunjung yang ramai pada hari-hari terakhir pameran.

  • Gambar eksklusif Floria Putrajaya 2013
  • Pameran Kuala Lumpur Orkid & Bonsai 2014
  • Projek Smiles dan mendaki bukit Broga

Filed Under: pelancongan Tagged With: eco majestic flower show, eco majestic season flower show, eco world semenyih windmill, Majestic Semenyih, pameran bunga eco majestic semenyih, season flower show semenyih

Reader Interactions

Comments

  1. Mohd Zarin says

    14th March 2016 at 1:04 am

    Cantiknya gambar…

    Reply
  2. Zurainny Ismail says

    11th March 2016 at 8:17 am

    Waa….cantiknya. Slalu gitu kan, time musim panas ni la bunga2 jadi ekstra mekar. Nmpknya bro biomed pun anak 5 ya, mcm kami jg. Tapi kami 3 askar, 2 putri. 😀

    Reply
  3. MV says

    5th March 2016 at 10:52 am

    hari nih last.. tidak.. tak pi pun lagi

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2016 at 12:35 am

      Hari Ahad last day. 🙂

      Reply
  4. puanbee says

    5th March 2016 at 2:17 am

    hurmm 4 lelaki seorang perempuan ye ? meriah pergi ramai-ramai mesti kecoh .. saya memang tak pergi la tmpt macam ni kalau suami tak ada ..tk boleh handle ank ramai2 seorang diri .. takut tercicir jek ..

    apa pun best kalau dapat pergi huhu .. tempat cantik2 …

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2016 at 12:37 am

      Memang senantiasa peka dengan pergerakan anak-anak. Maklumlah famili besau. 🙂

      Reply
  5. aimannajmy says

    4th March 2016 at 3:45 am

    Wow ni kalau sapa gila main makro.. tentu best lepak sana.. boleh dapat hasil snap berbokeh bokeh hehe

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2016 at 12:37 am

      Tak bawa Extension Tube dan bawa famili nanti diorang bosan pulak babah lorat dengan makro. 🙂

      Reply
  6. seri nian says

    4th March 2016 at 12:43 am

    bagus buat aktiviti mcm ni, banyak aktiviti bersama keluarga boleh dilakukan. anak2 pun suka

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2016 at 12:38 am

      Kawasan luas untuk anak-anak berlari ke sana ke mari. 🙂

      Reply
  7. cik tom says

    3rd March 2016 at 9:31 pm

    wah tengah2 panas terik pun semua bersemangat nak berjalan ye..nampak semua terpancar muka happy.. seronok luangkan masa bersama family di hujung minggu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      6th March 2016 at 12:39 am

      Masing-masing menahan kepanasan sebab cuaca terik.

      Reply
  8. Norasikin says

    2nd March 2016 at 10:07 pm

    Bagus.. Tak payah pergi luar negara. Dekat je..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2016 at 10:26 pm

      Banyak destinasi pelancongan tempatan yang menarik boleh dikunjungi.

      Reply
  9. Noriza Rahman says

    2nd March 2016 at 9:30 pm

    Memang terik waktu MV pergi hari tu, lepas tu tak sangka pula ramai orang yang datang..

    kalau pergi time kerja tak sesak sangat

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2016 at 10:14 pm

      Hujung minggu ini adalah hari terakhir tentu lebih ramai yang datang berkunjung.

      Reply
      • Noriza Rahman says

        3rd March 2016 at 11:26 am

        Itulah, kalau siapa yang minat dengan bunga wajib pergi tengok dan rasai sendiri kemeriahannya

        Reply
  10. Padin says

    2nd March 2016 at 9:23 pm

    inisiatif yang baik juga untuk memajukan sektor pelancongan
    ada alternatif selain tempat yang biasa dikunjungi dan jadi tumpuan…

    hehee tak heran berpanas terik muka tetap ceria tu dapat berjalan2 😀

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2016 at 10:14 pm

      Senyuman didalam cuaca panas terik. 🙂

      Reply
  11. Inspirasi Huda says

    2nd March 2016 at 7:19 pm

    Kincir angin Belanda memang menarik! Season’s Flower Show EcoWorld boleh datangkan idea untuk hiasan landskap kediaman. Pengembaraan idea.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2016 at 10:16 pm

      Kincir angin Belanda salah satu tarikan selain ikon terkenal Eiffel Tower di EcoWorld.

      Reply
  12. Ros says

    2nd March 2016 at 2:07 pm

    cantik..
    bestnya pergi bawa anak-anak.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2016 at 10:17 pm

      Boleh bawa famili untuk bergambar beberapa lokasi ikon di EcoWorld ini.

      Reply
  13. suri says

    2nd March 2016 at 1:12 pm

    floria belu pi lagi kalau dapat nak jugalah pergi..pakal ler jauh dari perak aduh sedih hati teman hu..

    lawa je keluarga abang koning bergambar ye 😉

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2016 at 10:18 pm

      Harapkan senyuman setiap snap tetapi cuaca panas terik tidak dapat selindung kerutan wajah menahan kepanasan. 🙂

      Reply
  14. suri says

    2nd March 2016 at 12:52 pm

    kalau plan jalan ni kene wajib sediakan payung dan topi ya..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2016 at 10:20 pm

      Wajib bawa kerana cuaca panas sekarang ini.

      Reply
  15. suri says

    2nd March 2016 at 12:50 pm

    boleh le kami ke sana rasa tertarik plk….

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2016 at 10:21 pm

      Hujung minggu ini adalah terakhir pameran ini.

      Reply
  16. Raihanah Ahmad says

    2nd March 2016 at 11:41 am

    cantik2 tapi ornag pun dah makin ramai. memang cantiklah, teringin nak bawa anak2

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2016 at 10:26 pm

      Spot ikon Eiffel Tower, Kincir Angin Belanda dan Pondok telefon merah London antara spot ambil gambar.

      Reply
  17. Mus says

    2nd March 2016 at 9:39 am

    wow.. meriah lah kat sana..
    seronok kalau dapat bawa anak-anak ke sana

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2016 at 10:24 pm

      Saya terjebak untuk kunjung selepas ramai kongsi di media sosial.

      Reply
  18. musadun says

    1st March 2016 at 10:53 pm

    ni macam lebih kurang Floria Putrajaya la kan. Tengok gambar 1st tadi, ingatkan kat Perth ke..tengok tajuk balik. Semenyih..hehe..memang cantik.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd March 2016 at 10:22 pm

      Tidak boleh nak dibandingkan dengan Floria. Walaupun begitu ikon-ikon terkenal dunia adalah spot untuk bergambar tidak boleh dilupakan.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in