Memperbaharui Serverfreak hosting Malaysia yang kali ke 5.
Bermula melanggan hosting di Serverfreak pada tahun 2012 gara-gara hosting terdahulu tidak dapat selesaikan masalah yang berulang. Hati siapa tidak gundah kalau masalah melanda pada blog.
Berhijrah hosting untuk kebaikkan.
Bertitik tolak untuk berhijrah hosting walaupun berat hati untuk meninggal hosting terdahulu kerana ada sejarah mula-mula mengunakan hosting berbayar untuk WordPress.
Dilema untuk kelangsungan menulis blog.
Saya menulis blog pada tahun 2008 dengan mengunakan platform. Dalam diam tidak diam sudah berkecimpung menulis blog selama 8 tahun. Setiap kali menerima notis inbois perbaharuan akan menjadi didalam dilema untuk masih aktif blogging atau tidak. Duit hasil blogging digunakan untuk memperbaharui pakej hosting.
Tiada kesan GST untuk perberharui hosting.
Sedang ramai yang sedang merungut kesan GST , saya pula tidak terasa untuk kes memperbaharui pakej hosting Serverfreak ini. Maklumlah sudah lama mengunakan servis Serverfreak. Masalah itu biasa tetapi tidaklah sampai tahap menukar diri menjadi mahkluk hijau HULK.
Serverfreak pantas menyelesaikan masalah dan ambil berat.
Selama bersama dengan Serverfreak boleh diberi kepercayaan dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Kalau ada masalah boleh hantar tiket untuk aduan dengan pihak teknikal Serverfreak akan pantas menyelesaikan masalah. Part yang paling saya suka adalah mereka tidak lokek ilmu kalau kita ingin tahu punca masalah ini. 4 tahun meyakini servis Serverfreak antara pembekal hosting malaysia terbaik untuk kekal ke hari ini.
Selepas menerima diskaun dari Serverfreak saya perlu bayar kurang dari RM180 untuk pakej Deluxe yang sudah termasuk GST. Sudah kira okay bagi saya. Jangan malu untuk minta diskaun ya. 🙂
Kalau ada yang berminat untuk melanggan hosting di Serverfreak dan tercari-cari tapak untuk blog. Serverfreak boleh diyakini. Ada 5 pakej Linux Shared Hosting mengikut bajet masing-masing.
Account Features | Supreme | Deluxe | Elite | Platinum | Gold |
Monthly Data Transfer | 25GB | 50GB | 100GB | 150GB | 200GB |
Free Lifetime Domain* |
FREE
|
FREE | FREE |
FREE |
|
Free Domains Included | 1 | 1 | 1 | 1 | |
Domains Allowed | 2 | 5 | 10 | 20 | 30 |
Annually Subscription (12months) | RM100 | RM180 | RM300 | RM499 | RM699 |
Klik banner dibawah untuk melihat pakej hosting Serverfreak.
Teringin nak ada personel blog. Kalau baru nak bermula amik pakej supreme cukup tak tuan?
Boleh bermula dengan pakej Supreme. Jika ada keperluan untuk upgrade boleh dilakukan kemudian.
memang tak berpaling yang lain dah ni..kalau sayang ketat-ketat tu
5 tahun bersama hosting ServerFreak menunjukkan saya gembira dengan perkhidmatan yang diberikan.
Memang Serverfreak jauh lebih baik dari byk yg ada di Malaysia.
Dulu saya guna Exabytes utk 7 tahun. Tapi disebabkan restriction itu ini dan server problem bila traffik tinggi, saya cuba Serverfreak.
Yup, alhamdulillah, semua bagus setakat ini. Moga lebih bagus lagi dikemudian hari
Nak buat macam mana ada halangan menyebabkan kita beralih ke option lain.
Wahhh bila lah boleh pakai service dia ni ekk..insyaAllah..next projek..haha
Ada pulus tak tahu nak buat apa. Boleh buka satu lagi blog. 🙂
saya pun mula berblogging pada tahun 2008…
Ramai yang dah maju ke hadapan. Saya masih lagi slow and steady. 🙂
aku pula masih tercari2 hosting..selepas GST ni buat aku berfikir dua kali
Sudah tidak boleh dielakkan untuk dikenakan GST. Menyerah sahajalah. 🙂
Menarik sebenarnya tawaran SF ni..
Buat masa ni saya masih setia dgn netkl wlpun agak mahal. After sales service bagus, dan cepatje kalau ada problem. Dari januari hingga kini langsung takberhadapan sebarang masalah..
Tapi, tak tahu jugak dimasa depan nak cuba yg lain pulak kan..he he
Kekal dihosting yang sedia ada. Kalau perkhidmatan diberikan baik tidak perlu berpindah. Betulkan. 🙂
Artikel bodek lebih ni, entah dapat diskaun terhebat apa..haha
Sama la, blogging start 2008, tukar ke platform WP Self Hosted tahun 2010. Wah dah lama blogging ni, tak retis lagipun..haha
Serius memang dapat diskaun dan termasuk GST masih lagi didalam bajet. Tentulah suka bangat. 🙂
Cadangnya nak buat blog baru yang berniche. Tengah cari-cari tapak yang sesuai ni….
Bolehlah survey pakej-pakej yang ditawarkan menepati selera atau tidak. 🙂
Tahun pertama dengan cynet webhosting. Belum ada bad history lagi. Harga pun berpatutan.
Memang thorbaiklah. Yang penting kita happy. 🙂
Saya pun sayang NetKL.com dari tahun 2008. 🙂
Pernah mengunakan NetKl ketika mula terjun ke dunia blogging.
wah samalah tahun permulaan blogging kita bro.
tapi bro AB jauh ke depan… tahniah
Saya biasa-biasa sahaja. 🙂
Salam Hormat bang.
Sememangnya servis daripada Serverfreak memang tidak pernah mengecewakan kan setiap pelanggan-pelanggan mereka.
Semua testimoni daripada pelanggan setakat ini memang memuaskan 😉
Positif feedback dari pelanggan memberikan keyakinan pelanggan baru ServerFreak untuk melanggan dengan pakej mereka.
Tak dinafikan servis serverfreak mmg terbaik. Sempat pakai selama 1 tahun je. Masuk tahun kedua guna provider lain yg lebih berbaloi. Alhamdulillah, setia sampai sekarang.
dah ramai org puji serverfreak ni.. mungkin boleh cuba nanti.
Bolehlah laggan pakej terbaik dari ServerFreak ini.
Pakai Serverfreak juga.. Dah masuk tahun yang ke-4. Tapi renew tiap2 bulan he…23x
Kenapa tidak lump sum 12 bulan sekali gus boleh dapat diskaun.
Memang sangat membantu artikel ni,Saya memang tengah mencari2 lagi, sebab nak tukarkan blogpsot kepada dot.com, since blog sekarang pun masih baru lagi, ingat nak buat blog baru jer,,,hurmm
Ada dua pilihan sebenarnya. Samada kekal di blog spot cuma beli domain atau berpindah ke hosting berbayar dengan domain.
murahnya pakej serverfreak ni, servis diorg mmg tip top ya? bolehla next pakai serverfreak pulak, netkl mahal
Apa yang penting adalah khidmat selepas jualan. Kalau kurang baik menyebabkan rasa nak pindah hosting jer.
aku pun dah pakai serverfreak, sebab review hosting ni kebanyakkannya 5 star. hehe.. apapun, semoga success! (eerrkk.. aku dah nak masuk 3 bulan terkandas!)
Saya jarang hantar tiket kepada mereka kerana 99% masalah adalah berpunca dari kesilapan sendiri yang gatal mengodek. 🙂
tu dia.
sayang ketat-ketat tau.
ayat tak terkalah tuh
bestnya.. 🙂 terlambat berkenalan dengan serverfreak ni..
Kalau berminat boleh pindah hosting tahun hadapan. 🙂