• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Saya mahukan backlink blog Yanmie

Saya mahukan backlink blog Yanmie

5th November 2011 by akubiomed 30 Comments

Backlink blog Yanmie jadi buruan.

Tajuk entri ‘saya mahukan backlink dari blog Yanmie’ bunyi macam bunyi macam terdesak sahaja. Sebenarnya agak lambat aku menyertai Giveaway yang dianjurkan oleh blog Yanmie. Sebelum ini aku pernah menyertai contest Contest Aksi Makan yanmieonline.com pada awal tahun tempoh hari tetapi tidak menang walaupun begitu penganjur tetap bermurah hati dengan menghadiahkan semua peserta dengan hadiah saguhati.

Susah juga nak komen tahap blog otai yang telah dikecapi oleh blog Yanmie. Beliau boleh dikategorikan berjaya menjadikan blog boleh menjana pendapatan pasif. Janganlah ingat membina blog semata-mata untuk menjadi kaya semata-mata.

Percayalah, ia akan menemui kegagalan ibarat ‘self destructive’ kerana kita telah fokus duit sebagai objektif utama blogging kerana pada satu tahap akan menemui kebosanan dan putus asa kerana hasil pendapatan tidak mencapaiseperti apa yang diharapkan. Hari-hari akan asyik belek pendapatan pengiklanan.

Menulis dan membaca blog dapat memberi kepuasan kepada aku. Salah satu tujuan menulis blog adalah aku mahu menajam pemikiran kerana semakin umur meningkat sel otak akan mula mati.

Aku mempunyai kebimbangan nyanyuk sebelum umur jadi apabila menulis blog kita perlu sentiasa membaca dan menambah ilmu melalui pembacaan secara tidak langsung minda dapat dilatih supaya senantiasa aktif.

Selepas melibatkan diri didalam penulisan blogging, aku mula lebih fokus ketika membaca tidak kira apa genre penulisan diluar sana. Kesan positif sebegini aku mahukan. Kita akan nampak lebih bijak walaupun kita tahu lebih sedikit dari orang lain.

Aku mengkagumi dengan bekas Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad aktif menulis blog yang dikenali dengan Che Det. Pada usia emas beliau mempunyai pemikiran yang tajam dan hebat meluahkan pendapatan yang bernas adakala tajam berbaur sinis.

Seronok membaca blog sahabat blogger membuatkan rasa penat bekerja seharian hilang dengan tersenyum terukir tanpa sedar.

Aku selalu mencabar diri dengan menulis komen-komen luar kebiasaan didalam membahaskan sesuatu isu tetapi tidak terlintas atau terniat pada hati kecil ini untuk mencari pablisiti murahan atau mendapatkan tumpuan. Kadangkala komen yang diberikan agak bebaur sinis dan provokasi tetapi tidaklah mencari musuh dengan sesiapa jadi aku dengan merendah diri menghulur sepuluh jari memohon maaf.

 

Menang atau kalau tetap akan dapat backlink blog Yanmie.

Menang atau kalah bukanlah misi utama aku kerana ada tempias yang aku akan bakal dapat dengan menyertai Giveaway anjuran blog Yanmie seperti tempias SEO kerana akan ada backlink dari blog beliau sukar ditolak oleh aku.

Kalau bernasib baik akan menerima trafik dari pengunjung dari blog Yanmie yang mempunyai jumlah pembaca yang besar.

Aku difahamkan blog Yanmie telah berpindah dari hosting Fovio ke hosting baru ServerFreak jadi agak susah hendak beri komen dengan terperinci kerana blog beliau masih lagi didalam proses kerasian dengan hosting yang baru.

Melalui ujian kecepatan blog dengan semakan GTmetrix mengunakan Maxis Wireless broadband, blog Yanmie mendapat skor PageSpeed: B dan YSlow: D dengan Page load time: 12.5saat(ujian ini bergantung kepada talian broadband mungkin berbeza mengikut pembekal).

Aku rasa ia adalah bersifat sementara kerana Yanmie telah menyenaraikan nama peserta Giveaway salah satu faktor penyumbang 12.5saat untuk blog beliau siap load. Bagi orang yang lama didalam dunia blogger ini akan dapat diselesaikan ‘She know’s what good for her’.

Terima kasih kepada penganjur Yanmie dan penaja Budak Nakal kerana saya telah terpilih untuk mendapatkan Haeder custom yang percuma.

p/s: Tak sangka pula menulis panjang lebar apa pun aku mahu backlink blog Yanmie 🙂

Sila tekan butang kongsi:

  • Ada hati buat header blog tapi tangan keras
  • Pengalaman menulis blog
  • Pendapatan blog pertama selepas 4 tahun

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. yanmie says

    12th November 2011 at 12:35 am

    Salam,

    entry ni dah baca lama dah, baru nak drop komen, blog ni pun hebat jugak, btw thanks sudi join, gudluck yea.

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2011 at 1:00 am

      Terima kasih, blog ini pun masih lagi merangkak dan membina tapak. 🙂

      Reply
  2. bEe says

    9th November 2011 at 12:33 pm

    bEe pulak menulis kat blog ikut mood
    Skang ni mood tgh suam2 kuku sbb mcm2 nak kena pikir.

    Tp nasib baik ada draf so poskan je draf yg ada kalau rasa mcm takde idea nak menaip huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      9th November 2011 at 10:47 pm

      Saya pernah melalui cycle tersebut apa terlalu sibuk dengan hal yang lain.

      Reply
  3. MEKAR says

    9th November 2011 at 8:37 am

    Suka singgah blog kawan2 krn kat situ secara tak langsung boleh dpt idea menulis.

    Blog yanmi sya masih cuba utk “msuk” dgn gaya penulisannya 🙂

    Reply
  4. Pacifista says

    8th November 2011 at 8:57 pm

    aku pun nak jugak tempias backlinks tu.hehe… 😀

    Reply
  5. Dulu Lain Sekarang Lain says

    7th November 2011 at 9:24 pm

    Blog yg power tetap ramai yg minat. Tambah backlink lagi bro.. Tahniah.

    Reply
  6. puanbee says

    7th November 2011 at 6:19 pm

    wah panjang dan lebar , saya suka juga baca , cuma kadang2 nak cepat komen pun ringkas2 aje … walo apa pun blog kak yanmie tu dah memang terbaik..dia tahu apa nak baut dengan blog dia ..

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2011 at 9:12 pm

      Betul tuh susah juga hendak komen blog otai macam Yanmie 🙂

      Reply
  7. wazy says

    7th November 2011 at 5:45 pm

    salam bro,semoga berjaya untuk Giveaway ni

    Reply
  8. Yas says

    7th November 2011 at 12:54 am

    Salam bro…Selamat Hari Raya Qurban….
    Ader join G.A.?? Semoga berjaya bro…insyaallah , klau dh rezeki takkan kemana…

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2011 at 12:59 am

      Penyertaan Giveaway sebagai semangat sokongan rakan blogger

      Reply
  9. levelsatu says

    6th November 2011 at 6:50 pm

    ramainya join contest yanmie nih. 🙂

    Reply
  10. blackrosehunter says

    6th November 2011 at 12:18 pm

    good luck bro..blog ni pun hebat jugak..

    Reply
  11. Jai says

    6th November 2011 at 12:04 pm

    Good luck bro.. Kalau dapat backlink dari top blogger, sedap la blog pasni…he3

    Reply
  12. nurmisnan says

    6th November 2011 at 10:41 am

    Gd luck brother… Aku sentiasa happy dgn sahabat2 yg join
    contest dan berjaya dlm bidang blogger.. Aku pula berblogger
    hanya sekadar gemar berkongsi apa yg tahu. bab duit tuh
    no 3. No. 2 untuk eratkan silaturahim…

    selamat hari raya korban untuk semua umat muslimin…

    Reply
  13. klcitizen says

    6th November 2011 at 10:06 am

    moga apa yang dicita tercapai..

    Reply
  14. adele says

    6th November 2011 at 7:49 am

    gud luck ye bro..mana tau ada rezeki byklah backlink nnt 😉

    Reply
  15. Ekspresi Ruang says

    6th November 2011 at 7:21 am

    smoga berjaya. mmg best kalau dpt backlink dr blog2 hebat. tp blog bro pon xkurang hebatnya. saya rs sama hebat ngan kak yan gk. cuma kena slalu2 update entry sket. hehe

    Reply
  16. titan says

    6th November 2011 at 2:11 am

    hoho..semua kejar backlink sekarang ni. 🙂

    Reply
  17. faiz says

    6th November 2011 at 1:16 am

    bro..mintak2 bro dpt backlink ni..

    Reply
  18. chii says

    6th November 2011 at 12:34 am

    heheh..kadang2 bila mood tengah eppy, idea untuk menulis datang mencurah2 sampaikan kita x sedar pun kita da menulis agak panjang..tp xpe, akan ada yang sudi membacanya…

    aku menulis bukan kerna nama…ehehe..sesuaikan :p banyak manfaat yang kita dpt kan. selain dpt tambah info, mcm bro kata..semakin kita berusia,, kita kena tajamkan lagi pemikiran…kadang2 dgn membaca info2 di blog rakan2, banyak perkara yang chii x pernah tau dan sedar pun. cthnya seperti di blog suri, zik dan lain2..ehehe..

    opss..terkomen panjang plak :p..selamat hari raya 😀

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2011 at 12:57 am

      Alahai blog saya tidak disebut pun. Nampak gaya blog ini tidak ada didalam radar chii lah 🙁

      Reply
      • adele says

        6th November 2011 at 7:43 am

        alala.sedih pulak bapak koning ni 😀

        Reply
      • chii says

        6th November 2011 at 9:08 am

        alamek…blog sini pun termasuk gak..sebab tu chii masuk hari2..ada je info menarik..chii paling suka ttg info fotografi..walaupun masih baru..tp nmpak mcm da pro je =)

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in