• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Saya blogger yang tersepit

Saya blogger yang tersepit

20th November 2011 by akubiomed 54 Comments

 Saya blogger yang tersepit apabila blog tidak boleh diakses

Hari Jumaat lepas baru ini saya mengalami masalah tidak boleh akses blog AkuBiomed termasuk cPanel dan FTP. Memang kebelakangan ini kerap kali berlaku masalah blog tidak boleh akses biasanya setelah clear cache masalah akan pulih tetapi kali ini saya langsung tidak boleh akses langsung blog AkuBiomed dashboard jadi macamana hendak clearkan cache. saya betul-betul blogger yang tersepit.

Saya blogger yang tersepit antara masalah server dan penyusutan storan.

Kali ini adalah paling teruk kerana blog tidak boleh diakses yang paling lama bayangkan cPanel dan FTP pun langsung tidak boleh login. Pada mula saya ingat ia berpunca pengunaan CloudFlare yang masih lagi peringkat keserasian. Saya menanyakan pihak teknikal hosting mengenai masalah ini.

Rupanya ada pelanggan di server yang dimana saya juga mengunakan server yang sama telah menyalah guna menyebabkan resource server kekeringan. Yang menjadi mangsa adalah pelanggan-pelanggan yang berkongsi server yang sama.

Pada masa saya juga mengalami susutan storan di hosting sudah sampaikan tahap kritikal dan sudah 2 kali saya mendapat email ingatan merah mengenai jumlah storan semakin menyusut.

Semuanya masalah ini berlaku dengan pantas sekali dan saya rasa seperti sesak untuk bernafas. Sekali lagi saya menjadi blogger yang tersepit dengan masalah storan semakin susut. Mujurlah kerana kesetiaan saya bersama pembekal hosting yang sama sejak tahun 2008 lagi telah ditawarkan 50% diskaun untuk penambahan storan. Lega rasanya.

Baru sahaja hendak menarik nafas lega selepas masalah storan baru sahaja ditambah selesai timbul pula masalah server down berlaku lagi. Sekali lagi saya menghubungi pihak hosting untuk mengetahui status server. Memang benar masalah kekeringan resource pada server masih berlaku. Pihak teknikal bermurah hati menawarkan penukaran server secara percuma.

Tanpa membuang masa saya memberi lampu hijau kepada pembekal hosting supaya menukar server yang kurang loadnya. Saya tidaklah mahu menjadi blogger yang tersepit kerana ia memenatkan dan menyakitkan hati. Terima kasih kepada pembekal hosting saya kerana memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya. Bantuan yang diberikan ama-maat dihargai.

Tidak lupa juga kepada keprihatinan sahabat blogger dengan menanyakan masalah yang berlaku pada blog ini seperti Puan Bee, Fitrihadi, DeCrewz dan IzwanYusof.

p/s: Bak kata EarnCernt tidak kacak kalau jadi blogger yang tersepit. 🙂

Sila tekan butang kongsi:

  • Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan September
  • PageRank blog AkuBiomed naik lagi
  • Tutorial penyelesaian Link CommentLuv tidak keluar

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Naziman says

    26th March 2012 at 8:10 pm

    betul tu, saya pernah alami dua minggu tak dapat akses blog. yang menyedihkan tu. selepas dua minggu, blog tu hilang segala-galanya. nak marah pun tak guna, dah berlaku. apa boleh buat. terpaksa la juga mula dari bawah.

    Reply
  2. dnoBiz says

    29th November 2011 at 7:14 pm

    Perkara macam ni biasa berlaku pada hosting yang menawarkan Unlimit band with..
    Ni bukan je tersepit tapi mimpi ngeri pada blogger otai macam bro

    Reply
    • akubiomed says

      29th November 2011 at 8:28 pm

      Blogger otai jauh sekali. Trafik pun ciput.

      Reply
  3. Mekar says

    28th November 2011 at 11:58 am

    Pengalaman seperti ini bagus dikongsi bersama sahabat maya lain. Manatahu nanti ada antar kami yg tersepit, boleh cepat sedar mana puncanya. Harap semuanya dah pulih.

    Reply
  4. Kak Long Mawar Merah says

    27th November 2011 at 3:57 pm

    Memang sakit bila tersepit. Semoga sudah bertemu jalan penyelesaian.

    Reply
    • akubiomed says

      27th November 2011 at 6:45 pm

      Sudah boleh dikira okay walaupun kadang kala tidak boleh diakses tetapi tidak kerap.

      Reply
  5. nizamghazi says

    26th November 2011 at 6:28 pm

    Shared Hosting ni memang banyak kekurangan.
    Rasanya blog ini dah boleh guna dedicated hosting (sebab trafik blog ni tinggi kan?)
    Mungkin dengan cara tu, masalah akan okay.
    Blog sy juga kadang ada masalah macam akubiomed.

    Reply
  6. shraqs says

    26th November 2011 at 2:29 am

    Rupa2nya ramai yg guna hosting tempatan ya. Tumpang tanya ckit… hosting diorang nie reiable tak?

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2011 at 9:29 pm

      Susah saya hendak jawab soalan ini kerana dari 2008 lagi saya mengunakan hosting yang sama melainkan pernah mengunakan hosting yang berlainan. Saya tidak dapat hendak memberi komen tanpa bias.

      Reply
  7. Mus says

    25th November 2011 at 9:38 pm

    aku dalam proses memecahkan subdomain aku kepada 2 blog baru..
    sayang jugak tu.. innity terpaksa dilepaskan dari 1 blog..

    Reply
  8. zulkbo says

    25th November 2011 at 4:12 pm

    salam Bro..
    tak dapatlah nak membantu
    sebab saya memang tak arif
    dengan WordPress nih..harapan
    masaalah segera selesai

    Reply
  9. Fahmi Raazali says

    24th November 2011 at 2:43 pm

    Sebagai seorang blogger, apabila tak boleh nak masuk ke blog sendiri, runsing hati dibuatnya. Tak senang duduk.

    Saya pernah terkena benda yang sama… 🙂

    Apabila server kita ada masalah cepat-cepat tanya dengan pembekal hosting kita. Kadang-kadang mereka pun tak perasan ada server yang down…

    Reply
    • akubiomed says

      24th November 2011 at 5:44 pm

      Mula-mula ingatkan masalah ini adalah sementara tapi semakin kerap jadi baiklah hantar complain ticket pada pembekal hosting.

      Reply
  10. ciksembang says

    23rd November 2011 at 8:59 am

    Tehr, sekarang AB dah kacak.. sebab blog nya dah ok..

    Reply
  11. ciksembang says

    23rd November 2011 at 8:57 am

    saya sgt berharap hosting provider malaysia dapat improvise. banyak sgt sy dengar masalah begini. Sedkit perbandingan utk kebaikan, hosting di Amerika, tak pernah server down sebab ada backup atau disebut High Availabilty (HA) yg sentiasa memastikan customer puas hati sebab server down menyebabkan kerugian kpd mereka yg menjalankan internet business

    Reply
  12. nuriz says

    22nd November 2011 at 11:27 am

    kiranya mcm orang curi storan ke , saya buka tau sgt psal ni..masalh jgk kalau org yang ambil hak kita ni, saya dulu jadi maslah internel server erorr ingtkan kesalahan sendiri tapi pihak serverfreak kata msalah diorang nasib baik sekejap je.

    p/s bro biomed nant kalau komen tgk komen luv ok ke dak, ada masalh link erorr pulak , tapi sy dah pebaiki, nak tau ok ke tak. kesian sapa komen tak kuar link nt.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:29 pm

      Masalah storan kerana pakej saya hanya 1.5G sahaja. Itu pun banyak gambar saya host ditempat lain. Syukur saya tidak ada masalah bandwidth.

      Reply
  13. Hazmin Hamudin says

    22nd November 2011 at 9:36 am

    pakai netkl ke bro ? syukur la dah kembali normal… memang pening kalau blog tak boleh nak bukak ni..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:30 pm

      Saya bersama dengan NetKL sejak 2008 lagi tidak pernah ada masalah dan boleh kira jari beberapa kali saya hantar tiket aduan kepada mereka.

      Reply
  14. zik says

    22nd November 2011 at 12:46 am

    dah ok ker sekarang?? blog ZH pun ada masalah tempoh hari.. tapi tak tahu apa puncanya… sebab masa tuh memang tengah offline.. bukak2 dah ok… kurangkan plugin dan cuba buang apa yang tak penting.. sob2..

    Reply
  15. isza says

    22nd November 2011 at 12:06 am

    nampaknya banyak benda saya kena belajar..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:32 pm

      Kalau guna hosting berbayar ada bermacam-macam pakej ditawarkan jadi perlu buat kajian track record pembekal sebelum melanggan.

      Reply
  16. ohcikgu says

    21st November 2011 at 7:40 pm

    sebab tu masih tak guna cloudfare lagi sekarang ni..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:33 pm

      Satu hari nanti hendak pasang CDN dan CloudFlare. Buat masa ini tangguh dahulu sehingga server baru ini betul-betul stabil dahulu.

      Reply
      • Mus says

        25th November 2011 at 9:40 pm

        berapa kos pasang CDN bro?

        Reply
        • akubiomed says

          26th November 2011 at 9:30 pm

          Tidak pastilah bro. Ada beberapa hosting tempatan yang menawarkan perkhidmatan CDN.

          Reply
  17. hafizmd says

    21st November 2011 at 4:05 pm

    bila dah tak cukup storan, mungkin nak kena perbesar@ataupun delete mana2 file yg boleh didelete

    bro AB, sbb penuh storan ke kena tukar themes ni?

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:34 pm

      Storan sudah tahap merah dan tidak boleh sebarang buang nanti blog langsung tidak boleh diakses.

      Reply
  18. suri says

    21st November 2011 at 1:42 pm

    sykur semua dh selesai..saya bercuti maaf tak tahu pula blog bro bgni..guna hosting apa yer?

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:35 pm

      Saya mengunakan hosting NetKL sejak tahun 2008 lagi.

      Reply
  19. suri says

    21st November 2011 at 1:38 pm

    haa kacak…gak mesti ada entri kacak ada tersepit kat cini heeee

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:35 pm

      Ini bukan tersepit pintu sebab nakal 🙂

      Reply
  20. maya mayana says

    21st November 2011 at 12:37 pm

    saya pun pernah terkena juga dgn blogspot…hmmm rasa mcm org gila tk boleh akses blog sendiri…berapa kali masuk password tetap dia kata salah walhal memang confirm password yg kita masukkan tu betul…last2 tukar password tiba2 oke pulak…hmmm

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:36 pm

      Pernah suatu ketika dahulu kecoh blogspot tidak boleh diakses.

      Reply
  21. tips-kurus says

    21st November 2011 at 11:29 am

    ooooohhh…ingatkan tercepet pintu.. hehe! 😉

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:36 pm

      Hampir-hampir tercepit pintu dah. 🙂

      Reply
  22. faiz says

    21st November 2011 at 10:58 am

    bagi aku ko kena tukar hosting lain..selalu gak masuk blog ni tak boleh..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:37 pm

      Tak apa. Tidak mahu tergesa-gesa kerana masalah ini berlaku 2 bulan sebelum ini.

      Reply
  23. Hadi Rofiee says

    21st November 2011 at 10:51 am

    Patutlah ada beberapa ketika saya tidak mengakses ke blog ini. Cabaran hidup seorang blogger. Didoakan semoga tuan akubiomed tabah menghadapinya. i’Allah, pasti akan menjadi lebih kuat. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:39 pm

      Bimbang juga masalah blog ini tidak boleh akses akan memberi kesan indek dengan Google.

      Reply
  24. chii says

    21st November 2011 at 10:35 am

    patut la..chii nak masuk dari semlm..asyik offline je..
    blog DH hati pun ada alami perkara yg sama gak..tp nasib baik da ok cpt

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:40 pm

      Pihak teknikal memberi bantuan yang sangat baik kepada saya. Jadi saya tidak merasa kebimbangan.

      Reply
  25. Norasikin says

    21st November 2011 at 9:42 am

    Banyak sangat ke fail2 bro dlm server tu sampai terpaksa tambah kapasiti lagi? Baik cari punca yg menyebabkan penuh tu. Delete mana tak perlu. nanti tahun dpn hosting mintak duit lagi tambah storan

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:41 pm

      Dah buang fail yang tidak perlu. Gambar majoriti saya host ditempat lain.

      Reply
  26. Juan says

    21st November 2011 at 6:37 am

    memang betul, hari tu saya x leh masuk blog bro, pelik gak, pastu lambat sangat, saya da pernah kena mcm ni, bila tukar jer server sampai skrg blog jadi stabil dan laju, heheh

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:43 pm

      Server dahulu ada masalah reource exhausted kerana ada pelanggan hosting menyalah guna jadi pelanggan lain yang mengunakan server yang sama ada masalah untuk akses kerana server tidak boleh tampung.

      Reply
  27. tehr says

    21st November 2011 at 1:48 am

    memang sangat tidak kacak kalau berstatus blogger tersepit
    sangat tak seronok

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2011 at 8:49 pm

      Sebab itu beberapa hari masalah ini berlaku mood blogging terjejas sedikit.

      Reply
  28. ZoOL says

    21st November 2011 at 1:09 am

    eh? aku x paham.. maksudnya kapasiti storan blog ko dah nak full atau problem dgn server?

    Reply
    • akubiomed says

      21st November 2011 at 1:10 am

      Kedua-duanya bro. 🙂

      Reply
  29. adwa says

    21st November 2011 at 12:52 am

    samalah ngan sya jugak..alhamdulillah smlm da okay

    Reply
  30. Kimmy says

    20th November 2011 at 11:32 pm

    Suka dengan tajuk entri nih..hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in