Sekali-sekala bersarapan pagi dengan membawa famili pergi berkelah luar amat menyeronokkan. Masa nilah boleh nampak keakraban antara ahli keluarga untuk bersama-sama teruja bersarapan secara beramai-ramai.
Kejutan belanja sarapan pagi McD’s Weekend Indulgence dengan set Mcd Family Breakfast Box.
Saya dan isteri tiba-tiba hendak membawa anak pergi picnic tetapi ia pelan yang tidak dirancang. Kesuntukkan masa untuk menyediakan bahan-bahan untuk sarapan pagi. Kami mempunyai keluarga besar jadi penyedian sarapan pagi perlu dibuat seawal pagi.
Isteri pula kata hari minggu nak berehat-rehat dan cadang dapatkan set Mcd Family Breakfast Box sebab ia lebih cepat, mudah dan tidak tergesa-gesa hendak siapkan awal pagi. Pengalaman terdahulu ada yang tertinggal dan ia amat mengecewakan. Yang penting isteri gembira dan anak-anak pun gembira untuk dapatkan McD’s Weekend Indulgence berupa set Mcd Family Breakfast Box. Semuanya set sarapan diletakkan didalam satu kotak yang mudah dibawa kemana-mana. Tak ada yang tertinggal lagi.
Bertuahnya mempunyai keluarga besar dapat melihat wajah ceria dan gelak tawa apabila bersarapan bersama secara beramai.
Memandang keluarga kami besar jadi saya ambil 2 set McD Family Breakfast Box yang mengandungi Big Breakfast yang ada Hash Brown, Hotcakes, Sausage McMuffin dengan Scrambled Egg,Egg McMuffin dengan Chicken Roll dan Hash Browns.
Minuman panas boleh pilih diantara kopi atau teh. Jadi untuk minuman panas kami pilih 2 kopi dan 3 teh.
Kalau pergi berkelah mesti ada tikar picnic jadi kami bentang tikar picnic McTikar yang istimewa dengan corak menarik untuk kami menikmati sarapan pagi Mcd Family Breakfast Box.
Selepas bersarapan ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti masing-masing dan ada yang berbaring diatas tikar picnic McTikar ini.
Detik Minggu Yang Ditunggu, Nikmat hujung minggu, Selesa Hujung Minggu bersama keluarga.
Sudah sampai masa untuk pulang. Pastikan kawasan berkelah ditinggalkan bersih dengan membuang sampah-sampah yang tidak diperlukan ke dalam tong sampah disediakan. Tikar picnic McTikar ini sungguh istimewa kerana ia mudah alih dan boleh dilipat untuk mudah dibawa kemana-mana. Wajib ada didalam dialam kereta untuk dibawa bersama.
Nak jumpa kru Hot FM Zoomerz?
Jom berkelah bersama famili di beberapa lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal korang pada tarikh berikut.
- Kepong Metropolitan Park – 19 Mac 16.
- Kuala Lumpur -Tmn Botani Negara Shah Alam – 20 Mac 16.
- Pulau Penang – Botanical Garden – 26 Mac 16.
- Perak – Taiping Lake Garden – 27 Mac 16.
- Johor – Taman Rekreasi Bukit Indah – 26 April 16
- Kuala Lumpur – Taman Titiwangsa – 27 April 16
Kru Hot Zoomerz akan berada dilokasi disebutkan di pada jam8.40 pagi. Tikar picnic McTikar dan kupon akan diedarkan kepada famili yang bertuah berada dilokasi tersebut.
Dapatkan info lanjut mengenai McD’ Family Breakfast Box dengan melayari [+]McD’s Weekend Indulgence.
Nak tikar picnic ekslusif McTikar(stok terhad)? Saya ada Giveaway untuk pembaca setia blog AkuBiomed[dot]com. Sila tinggal komen kenapa korang nak, “Saya nak McTikar untuk sesi berkelah bersama keluarga kerana…?” [Giveaway ini akan berakhir pada 26 Mac 16 Jam 12 malam]
Sekejap saja sudah membesar anak2 bro.. boleh team up untuk futsal bila dah remaja nanti hehe
Saya nak McTikar untuk sesi berkelah bersama keluarga karena design yang simple dan mudah dibawa. Bentuk sepeti bag yang kecil save ruang untuk simpan,takperlu la usung tikar yang Besar tu..leceh. Kalau saya dapat tikar ni, saya boleh bersantai tepi tasik atau bawah pokok sambil menikmati McD
Terima kasih sertai giveaway tikar picnic McTikar. Sila hubungi saya untuk pengurusan penghantaran McTikar disini.[+]http://akubiomed.com/hubungi-saya/
wahaha,, enak banget, saya ngak pernah bisa main bareng sama keluarga.
wahhh seronoknya. ramainya askar-askar disitu hehehe. selamat berpiknik tuan blog
Meriah dan riuh rumah kalau semua berkumpul. 🙂
Saya nak Mctikar untuk sesi berkelah bersama keluarga kerana saya suka sangat dengan kecomelan tikar tu. Lebih frendly untuk dibawak ketika keluar berkelah, tak makan ruang yang luas untuk disimpan dan yang penting, saya nak bergambar dengan mctikar sambil makan mcd ..
Terima kasih sertai giveaway tikar picnic McTikar. Sila hubungi saya untuk pengurusan penghantaran McTikar disini.[+]http://akubiomed.com/hubungi-saya/
Terbaik caption dan jalan penceritaan. Ambil gambar guna kamera apa bro cantik gambar.
Guna Yi action camera untuk ambil gambar.
Kalau dekat-dekat rumah, saya selalu picnic malam-malam kat tepian tebrau. Tikar memang sentiasa ada kat dlm kereta. Tapi sekarang ni tikar tu dah hampir reput. Jalinan plastiknya banyak dah terburai. Macam best je McTikar tu. Compact je.
Boleh tak tukar tikar saya dengan McTikar?
Saya nak McTikar untuk sesi berkelah bersama keluarga kerana jeles tengok abang-abang baring-baring atas McTikar.
Terima kasih sertai giveaway tikar picnic McTikar. Sila hubungi saya untuk pengurusan penghantaran McTikar disini.[+]http://akubiomed.com/hubungi-saya/
syoknya dapat berkelah dambil breakfast kat luar macam ni…. nak join GA jugaklah.
“Saya nak McTikar untuk sesi berkelah bersama keluarga kerana kami sekeluarga memang suka aktiviti berkelah dan ia lebih mengeratkan lagi hubungan kami anak beranak…sambil berkelah, sambil makan, sambil hirup udara di luar”
Terima kasih sertai giveaway tikar picnic McTikar. Sila hubungi saya untuk pengurusan penghantaran McTikar disini.[+]http://akubiomed.com/hubungi-saya/
tu berkelah kat mana?
mmg menarik dapat menu sarapan Mc D tu 🙂
Saya berkelah di empangan sungai Selangor yang terletak di Kuala Kubu Bharu.
Tikar tu win betul… Last sekali picnic kat pantai zaman bercinta ja.. belum lagi picnic bersama anak2
Boleh bawa famili pergi berkelah tentu anak-anak seronok.
wahaha mantap tuan. breakfast makan mcD, kalau sy cukup nasi dan telur mata sapi 🙂
Sekali-sekala berpicnic dengan famili
Saya nak McTikar untuk sesi berkelah bersama keluarga kerana boleh buat lapik untuk bersantai bersama dengan gembira.
Saya nak McTikar untuk sesi berkelah bersama keluarga kerana …
selama ni kalau pegi berkelah, lapik ngan surat khabar je. Nak bawak tikar gulung atau lipat tu besar pulak.
rindunya nak berkelah begini….
mctikar. uniknya. bagus juga kalau dapat satu 🙂
Saya nak McTikar untuk sesi berkelah bersama keluarga kerana…
Momen indah bersama keluarga lebih sempurna dan selesa
Terima kasih ya sudi join GA says.
Terima kasih sertai giveaway tikar picnic McTikar. Sila hubungi saya untuk pengurusan penghantaran McTikar disini.[+]http://akubiomed.com/hubungi-saya/
Bestnya ade tikar mcm tu, senang nak bawak p mana2 🙂
Nak tikar picnic McTikar? Jemput join GA boleh dapat McTikar percuma.
dah lama juga tak minum kopi mcd woo.
hoho..
Saya nak McTikar untuk sesi berkelah bersama keluarga kerana…
‘cantik giler kot! kaler dia pun cun! dah la memang ada plan nak bawak anak2 gi picnic, so, mmg saya betul2 nak!’
baru je nak tanya ‘kalau beli big breakfast ni, mmg dapat tikar ni ke apa?’
sekali bro buat giveaway pulak…wahhh…pucuk dicita ulam mendatang la ni..hehe..’
Terima kasih join GA saya. McTikar ini bukan gift kalau beli McD big breakfast.
Terima kasih sertai giveaway tikar picnic McTikar. Sila hubungi saya untuk pengurusan penghantaran McTikar disini.[+]http://akubiomed.com/hubungi-saya/
dah lipat tikarnya dah kecik macam tuh jer rupanya.. huhu
Senangkan guna McTikar ini. Boleh dibawa kemana-mana dan perlu ada didalam kereta.
huhuh mcTikar pun ada ek. ramai anak tuan, alhamdulillah
Jemput sertai GA saya. Nanti berpeluang untuk dapat tikar picnin McTikar.