Beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, cuaca sangat terik ketika berada dikampung. Syukur Alhamdulillah di pagi sambutan Hari Raya, hujan turun selebat-lebatnya dengan mendengar berita mengenai bazaar Jualan Hari Raya dilanda ribut dan ada barang peniaga rosak ditimpa air hujan. Peniaga yang malang tidak sempat untuk menyelamatkan barangan jualan mereka.
Sehari sebelum sambutan Hari Raya.
Bukan main meriah lagi tupai-tupai mengerjakan pokok rambutan jiran
Bergilir-gilir pass baton kacau dodol.
Membantu ipar mengacau dodol. Saya hanya pembantu yang dikerah untuk kacau dodol kerana bab ramuan nak menghasilakan dodol terus terang saya tidak ariff. Adik ipar lebih tahu kerana ilmu menghasilkan dodol diwarisi dari arwah mertua. Kami menyediakan dodol secara tradisional dengan mengunakan kayu api yang sudah pasti akan menyedapkan rasa dodol yang bakal dihasilkan.
aksi duo kacau dodol.
Kira-kira jam 2 petang dodol siap dikacau dan kalau nak diikutkan kami nak kacau sehingga jam 3 petang memandangkan masing-masing tidak lagi mempunyai kudrat untuk mengacau dodol sejam lagi walaupun kami berganti-ganti pass baton.
Tiada lagi lemang di pagi sambutan Hari Raya.
Tahun ini buat pertama kalinya kami tidak menghasilkan lemang kerana pemergian abang ipar yang merupakan pakar membakar lemang didalam keluarga ipar. Lemang yang dibakar rata dimasak dan tiada kerak, itulah keistimewaan arwah abang ipar yang mengawal api membakar lemang dengan cekap.
Bermaafan-maafan di pagi Hari Raya.
Sudah menjadi tradisi disebelah ipar akan berkumpul bermaafan dengan bermula yang paling muda akan mohon maaf daripada yang paling tua didalam keluarga. Selepas itu kami adik-beradik akan ke rumah pak dan mak saudara berdekatan untuk bermaafan. Bersolat Hari Raya di masjid berdekatan dan menziarah pusara mertua dan abang ipar selepas solat Hari Raya.
Duit raya tahun ini gold bar edisi Raya 0.5gram. Selamat duit Raya tidak dibazirkan.
Sambutan Hari Raya kali ini bersederhana sahaja disebelah keluarga isteri tersayang kerana baru kehilangan abang ipar. Lauk seperti rendang ayam, rendang daging dan rendang itik disediakan selain ketupat bersama kuah kacang tidak dilupakan.
Bagaimana sambutan Hari Raya kawan-kawan?
memang asyik kalau sdh sambut hari raya ,,, apalagi dikampung
selamat hari raya. jemput mai rmh. hehehe
comel je baby girl pakai tudung . walaupun dah lambat, nak ucap jugak selamat hari raya 🙂
Memang ibunya merancang pakaikan tudung. 🙂
Selamat menyambut Hari Raya.
selamat hari raya
aktiviti raya sop pun lebih kurang sama tp xda kacau dodol la.. hahaha
Setiap tahun adik beradik ipar akan bakar lemang. Memandangkan baru kehilangan pakar bakar lemang sebelum puasa ini merupakan ahli keluarga ipar. Jadi tidak ada lemang tahun ini digantikan dengan dodol.
Saya sambut hari raya di Kedah. Sepanjang bulan puasa, cuaca sangat panas. Alhamdulillah, pada 1 syawal hujan turun 😀
Melaka juga terik dan pagi 1 Syawal hujan.
wah dapat gold bar!
sedap nya dodol. dah lama pak cik kat kampung tak buat dodol masa raya.
SELAMAT HARI RAYA
Tahun ini istimewa sedikit dengan beri gold bar. Kalau beri duit nanti duit Raya habis di belanjakan.
Wah dodol yang di buat sendiri memang rasanya lebih sedap. Selamat Hari Raya untuk AkuBiomed & Sekeluarga 🙂
Selamat Hari Raya. Tahun ini istimewa dengan menghasilkan dodol untuk Raya.
Salam Aidilfitri Bro…
hehehe nape sorang tu baju warna lain….. kihkih
Selamat menyambut Hari Raya. Baju tidak ada saiz jadi berbeza di pagi Raya.
Tahun ni kami beraya di Muar, kg IsmailNz. Sangat2 meriah & penuh dgn kenangan manis. 😀
Seronoklah dapat beraya dikampung halaman.
selamat hari raya bro.. colour baju raya cantik, biru ke turqoise an gitu..hehe
Selamat Hari Raya. Warna baju Raya kami dipilih oleh isteri tersayang. 🙂
comel anak pempuan hang.
hoho..
Terima kasih. Ada perempuan sorang sudah tentu untuk dia lebih sedikit sebab tidak boleh pakai baju abang-abangnya. 🙂
seumur hidup saya beraya tak pernah lagi mengacau dodol..
mungkin budaya raya di sana dan borneo agak lain.. namun tujuannya sama
Peluang kecemasan hendak menimba ilmu penghasilan dodol tidak dilepaskan.
Sambutan raya tahun ni meriah dengan semua adik beradik 10 orang berkumpul meraikan ayah tersayang walaupun tanpa arwah mama…
Bila sudah ramai berkumpul memang riuh rumah. 🙂
selamat hari raya maaf zahir batin bro…mcm meriah ke kampung bro…
Selamat Hari Raya. Raya kali ini bersederhana sahaja sebab baru kehilangan abang ipar meninggal sebelum berpuasa baru ini.
slmat hari raya.. maseh terasa suasana hari raya..
Selamat menyambut Hari Raya. 🙂
Selamat hari raya maaf zahir batin. Besar dah aisyah comel je pakai tudung ?
Selamat menyambut Hari Raya. Ada anak perempuan untuk dapat semua baru sebab sebelum ini baju lelaki sahaja yang ada.
Cantik tema raya…selamat hari raya untuk bro sekeluarga.
Terima kasih. Selamat Hari Raya.
selamat hari raya…
comelnye cik aisyah 🙂
wah besnye anak2 dapat gold bar. pelaburan bijak dr ayah sendiri
Selamat Hari Raya. Ada rezeki lebih sedikit untuk anak-anak. 🙂
SA x raya rahun ni..sambutan ala kadar je..pagi raya terus berkumpul di IJN, mak masih warded sampai sekarang..so tiada sambutan istimewa kami sekeluarga, cukup berkumpul besalam- salaman di pagi raya….
Kami pun beraya bersederhana sebab baru kehilangan abang ipar sebelum berpuasa.
Bestnya kan? dapat berhari raya di kampung.. Gigih betul.. Siap buat dodol lagi… Kami setakat bakar lemang tu ada lah.. Nak kacau dodol rasa tak larat lah pulak…
Tiap-tiap tahun akan bakar lemang tetapi bukan tahun ini kerana baru kehilangan abang ipar sebelum berpuasa. Allahyarham seorang pakar bakar lemang.
alhamdulillah.. sederhana tu penting..
er dapat gold bar utk duit raya ye..
nak satu boleh? hehehe
Sekarang harga emas meroket naik. Untunglah yang beli emas sebelum Brexit tempoh hari. 🙂
selamat hari raya encik, cantik sedondon biru tu
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Tema warna baju Raya tahun nih. 🙂
Selamat Hari Raya Aidilfitri… biasanya kalau orang yang pakar tu dah tak de, nak buat pun tak de moodkan? Apapun salam takziah, moga roh abang ipar ditempatkan bersama para solihin.. Amin…
Buat pertama kalinya Raya kali ini tanpa lemang. 🙁
Selamat hari raya bro! Kacak bergaya~~ bak YB hehe. Lama tul tak makan dodol tradisional
Amen, mana tahu rezeki akan datang. 🙂