Rumpai laut menjadi buruan wanita mahu kulit kelihatan muda.
Isteri saya ada bertanya sama ada saya pernah makan Rumpai laut. Ketika diajukan soalan tersebut saya buat endah tak endah sahaja. Sangkaan saya Rumpai laut ini adalah Alga Merah yang dihasilkan untuk bahan membuat agar-agar.
Membeli Rumpai laut dari negeri Sabah.
Baru-baru ini adik saya telah mengikut suaminya pulang ke kampung di Sabah. Sempat isteri saya mengirimkan Rumpai laut untuk dibeli bagi kegunaan sendiri dan dijual kepada jiran. Rupanya harga Rumpai laut ini berbeza-beza mengikut gred dan warna. Ada yang menjual sehingga RM10 untuk 100gm.
Khasiat rumpai laut untuk kulit.
Hairan betul kaum ibu cepat betul mereka menghidu kewujudan dan khasiat Rumpai laut ini. Saya cuba Google terkejut melihat hasil carian mengenai Rumpai Laut sungguh banyak. Antara sebab Rumpai laut ini diburu oleh kaum wanita adalah khasiat kalogen asli untuk membuatkan kulit menjadi cantik, licin, tegang dan muda. Banyak testimonial mengenai kesan selepas mengamalkan memakan Rumpai laut.
Artikel dan fakta mengenai Rumpai laut dari Utusan Malaysia.
Rumpai laut telah dikenal pasti sebagai sumber ekonomi baru kepada nelayan khususnya di Sabah. Projek rumpai laut merupakan adalah sebahagian pembangunan industri akuakultur didalam Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9) disasarkan nilai pengeluaran 30,957 tan metrik atau 2%.
Sumber: Utusan Malaysia.
Rumpai laut jenis Eucheuma adalah yang berguna.
Rumpai laut liar jenis Eucheuma yang banyak terdapat di negeri Sabah telah dibuktikan dengan kajian saintifik mengandungi bahan untuk digunakan didalam proses asas biokimia dan bioteknologi.
Euchima cottoni mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti serat tinggi, kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, iodin, omega 3 dan anti oksidan yang dipercayai memberikan kebaikkan kepada si pemakan.
2 jenis spesies Eucheuma cottonii dan Eucheuma spinosum ini tumbuh dalam air tenang atau dalam air yang bergerak perlahan.
Apa fungsi kalogen kepada kulit?
Kebanyakkan produk kecantikan untuk gadis dan wanita yang berada dipasaran ada menyebut kalogen antara bahan digunakan. Kalogen adalah unsur protin yang wujud disekeliling sel untuk meletakkan sel pada tempatnya. Kalogen berperanan membantu kulit kekal cantik dan muda. Apa bila jumlah kalogen berkurangan disebab peningkatan usia menyebabkan masalah kedutan, jerawat dan kulit kurang tegang.
Penafian: Saya tidak bertanggungjawab maklumat yang diberikan. Pengambilan Rumpai laut ini adalah di atas tanggunjawab sendiri.
www.facebook.com/ashparfum
penat cuba tapi tak kena la dengan tekak ni.. heeee.
rumpai laut ni kaya dgn kolagen supaya wajah/kulit tak cepat berkedut begitu…
di sabah sana benda ni murah kan.. kat sini yg mahal
hurmmmmm cam nk try nk kmbalikn kolegen muka nie……..
rumpai laut ni asli, hidupan laut .. banyak khasiatnya bukan sekadar kecantikan. bila diamalkan jgn lupa selawat. Kita hanya berikhtiar
fenomena sekarang ni.. pasar KK penuh dengan rumpai laut
sekarang di mana mana ada jual rumpai laut ni
banyak kesihatan dan vitamin pada rumpai laut ini rupanya…
bro klu demam blh tak makm rumpai laut ni
bole… takde effect ape 2 pon
Mana2 pun sekarang orang asek bercerita pasal rumpai laut ni…kalau dah kelua tv ..kelua paper..dan akan menjadi projek kerajaan RMK 9 , rasanya tak lah ragu2 untuk kita mencubanya…
kalau rumput laut kering sering makan ada sup buah disini dekat rumah
agaknya sedap ni kalau dibuat kerabu
agar2 aku biasa makan
rumpai laut belum pernah jumpa lagi
saya dah makan,hampir 2 bulan,ok xde kesan apa2.sebenarnya rumpai laut banyak khasiat.boleh baiki/menyembuhkan organ dalam kita jg…kulit pn jd cerah ckt.lain org lain tindak balas nya..cuba lah,,,x rugi ape2 pn.tp kulit memang bersih n cantik
setuju sb ada guna ok jer heee
macam sedap ja makan rumpai laut ni
Oooo..
saya belum terpengaruh lagi..
sebenarnya saya tak rajin nak menyediakannya..
renyah..
🙂
ada yang jual dah siap
Rumpai laut memang popular skrg…tp saya belum rasa nak mencuba lagi…
sy nak cuba takut2 heee… ada ofer rasa cuak lagi walau dah tgok hasilnya
Apa lagi yang ditunggu.. meh makan rumpai laut untuk kecantikan diri! 😀 hehe..
Saya belum makan Rumpai laut ini tetapi isteri sudah pun bermula.
ofismate saya orang sabah..dia ada jual..mula2 dulu pelik juga, apa benda la yang diorang main jual2 ni.
eh boleh jadi jelly la. nampak sedap. makan masa fresh keluar dari peti sejuk. wah!
salah satu cara mkn yg paling sedap selain jadikan pati air heee
Kawe yg duduk kat Sabah ni pun tak sedar peranan rumpai laut ni utk kecantikan. Org semenanjung yg tahu dulu ehhh… Tapi mmg banyak org kat sini bisness rumpai laut. Hmmm untuk jadi mcm Hanis Zulaika rupanya… or mcm Aron Aziz or Akubiomed kot 😀
adik ipar aku ada beli mende nih… aku nak makan pun tak kasi.. mahal katanya.. hahahaa
Hmm , wahh.. Macam sedap je niehh.. Btw , Keknis cantik gila.. 😉
dekat ofis saya bertimbun timbun jual. tapi tak beli pun. he he.
tak berminat la untuk kecantikan ni.
biasa guna lumpur original.. masa camping aktiviti wajib.. lumurkan lumpur kat muka. nanti kering dah cantik dah…
waaahhh.. petua baru nih.. hik3
byk pembekal ni tapi tka minat beli heee..
walaupun aya orang Sabah.. aya tak makan rumpai laut ni..huhuhu
Ooo banyak khasiatnya..baru saya tahu..lelaki pun boleh amalkan juga makan rumpai ni..hehe
seperti mee megi gorenglah pula heee
Ha ah…sekali pandang macam mee megi..hehe
ni lebih kurang cam mee megi.kena rebus jugalah..jangan makan2 terus2 huhu,,
Sana sini dok menjual rumpai laut ni. Nak cantikkan kulit katakan.
dekat facebook ada menjula ada berminat bolehlah mencuba
tak juga.. ada kata untuk kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi
salam..
Mrs saya ada beli dari jiran sebelah rumah
yang asal dari Sabah..ermm, tak tahu nak makan
macam mana..ada dalam ice box tu..saya sendiri
dok belek-belek apa mende nih..?rupanya rumpai laut..
lepas nih bolehlah fikir nak buat apa 🙂
Hehe..saya tak pernah makan lagi..kalau agar2 tu pernah la merasa..tapi yang sudah masak la..hehe
aik beli tak tahu camner nak guna syg bro zul.try google untk dpt info lebih lanjut
Tak pernah merasa lagi rumpai laut ini,
mesti tanya pada pernah mencuba adca rasa manis ke masin ker.. heee
yup, rumpai ni memang banyak khasiat tp aku tidak berapa suka makan ni haha
Bro pernah makan ke?hehe
lelaki nak jugak berseri ..hehe
sekarang bukan zaman dahulu hee semua nak cantik tapi akhlak mesti elok juga
Emm betul lah tu..lebih2 suami kan?kena la jaga penampilan diri..kan tak pasal2 isteri jemu duk memandang..
haa..semua kena jaga makan minum klu tak jaga kesihatan susah juga.sapa tak mahu cantik semua nak yang cntik2..asal sederhana ok
Wanita memang laju jika disebut mengenai perihal kecantikan. 😀
cantik, putih, gebu apa lagi pantai di puji oleh lelaki haaa.itulah lumrah
den pun makan…yang gred AAA, warna purple…bagus..sekarang badan dah tak letih2 sangat…:)
Emm nak rasa jugak ehh..tapi best ke?hehe
org umah saya pun sama amalkan makan rumpai laut nie..:) saya awal2 jer layan hehehe..banyak khasiat…:)
mesti kulit licin berseri ni bro
hanis zalikha makan rumpai laut jugak ke? hehe. aku selalu jugak makan rumpai laut. bubur rumpai laut!
tak silap mahal juga produk berasaskan rumpai laut ni
Perkara yang baik..kadang2 harga tidak menjadi alasan..kan bro?hehe
betul kalau dah terbukti berkesan apa salahnya..
paling rendah sy dapat tahu rm22.00 yng pling tinggi rm25.00 ke 28.00
sy juga ada membantu rakan dari Sabah memasarkan Kolagen Rumpai Laut ni..memang agak menjadi rebutan sekarang ni..
benda tgh hot harga pun berpatutan 🙂
dah makan 3 pack…..
Macam mana hasilnya?
hu.agak2 pas makan pastu stop ada apa2 kesan sampingan ker?
jiran saya ada guna heee..sy baca klu lama tersimpan ia akan hasilkan garam byj berbentuk puith2..kira byk gram sb asal dri laut.risau mkn sb bdan byk garam pula heee…tapi utk ambil sb mkn kecantikan tka bernai tak der kajian2 yg blh yakinkan hati huhu…takut pas stop mkn lain jadi hua…
Berkenan la nk try
Nampaknya bertambah satu lg produk carian ramai wanita, mungkin juga lelaki…hehe
dulu lelaki tak hiraukan kita semua blh jdi sbrg kemungkinan 🙂
bro hafiz nak cuba juga ker? cubalah hee. mana tahu muka makin berseri2
kalau tengok sekali imbas ingat ke mee tadi 🙂
banyak khasiat dia yek…
yang saya tahu tak boleh makan berlebihan kerana risiko kita tak tahu….saya pun pakai memang berhasil lumayan
Dulu ada juga tolong jual rumpai laut ni,boleh tahan juga la permintaannya
hasilnya blh tahan heeee ken arajain beli, buat baru nampk ketara
kalau menyumbangkan kepada kecantikan wanita.. mmg confirm laris dijual…
bagus dibangunkan perternakan rumpai laut ini bagi meningkatkan lagi pendapatan nelayan..
Kalau penghasilan Rumpai laut ini dapat membantu menambah pendapatan nelayan adalah sesuatu yang positif.
ori mmg mahal jgn daptkan yg tak ori huhu.. ada rm blh buat duit ini.
wow hebat juga kegunaannya…
dah lebih 4 bulan amalakan , ungu , putih dan kuning hehe .. syhh
Semua jenis warna Rumpai yang telah dicuba. 🙂
mmg hebat jadi amlkanlah selalu.
rumpai laut ni makin femes eyh…rumpai laut ni boleh buat agar2 skali ke?hehee…xpernah try, tp dh byk baca testimoni pasal rumpai laut n kolagen ni…
Alga Merah juga adalah Rumpai laut yang boleh di buat agar-agar.
ada rasa pahit ker masam-masam manis?
Ada rasa hanyir sedikit.
perempuan dn kecantikan mmg tak blh di jarakkan makin dekat adalah
Baru dapat tadi membe suruh try heehe…
Bro kan awet muda. 🙂
mudah kulit pula akan cantik..