AkuBiomed dapat RSVP dari ChurpChurp menonton October Scare Fest – Paranormal 3 Activity
14 Oktober lalu kotak email aku diketuk oleh ChurpChurp. Biasanya ChurpChurp akan menghantar notis iklan Twitter dan tidak ketinggalan juga kerja rumah untuk kempen Twitter. Kali ini email yang diterima dari ChurpChurp berlainan sekali ia mengandungi RSVP dari ChurpChurp menonton October Scare Fest – Paranormal 3 Activity.
Aku mendapat 2 tiket percuma untuk menonton Filem genre seram Paranormal 3 Activity di GSC Mid Valley pada hari Selasa jam 9.00malam. Terasa macam temujanji makan malam pula pada hal menonton wayang sahaja. Kali terakhir aku mendapat tiket ketika sempena sambutan Hari lahir yang lalu aku mendapat tiket menoton wayang percuma dari Nuffnang. Terima kasih ChurpChurp beri 2 tiket menonton wayang percuma. 🙂
p/s: Kesan khas Filem Paranomal 3 Activity tentu membuatkan penonton kecut perut.
rezeki dpt tiket….sy mmg ikut cerita ni dpd first lg..mmg mengigau..hehe..tak sabar nak tgok yg ke 3..hr ni bru release kan.. 🙂
bestnya ..kita tak pernah dapat pun
Wuaa jelesnya, sy mmg peminat filem paranormal ni.
Okay nnti nak pergi tengok dgn someone citer ni.
Pasti syok 😉
tahniah bro…
aku tak pernah merasa ni semua
menarik cerita tu.. sy ikut dari paranormal 1 lagi.. ada juga versi jepun tapi nampak sangat macam dibuat2 berbanding versi english.. hehe
uikkss amacam best tak citer ni? pernah tgk Paranormal Activity Part 1 jer..
Wah, Bagus2…….
Seronok juga churp churp ni 😉
wahh, ini memang best. banyak cite hantu sekarang ni ye..
Filem hantu barat lama yang menyeramkan adalah Poltergeist dan Omen
Tu yg syoknya kalau dok kat kl. Bg org yg dok jauh dr kl ni langsung tak de peluang join aktiviti nuff dan churp2. Cuma dpt dgr cerita je la
uik…cepat btol dah yang ketiga…tak perasan pula yang kedua punya….mesti tonton ni…
Sebenar nya filem sekuel ke 2
best dpt tiket wayang free, bleh pi dating hehe
Nak dating dengan siapa? anak dah berderet-deret 🙂
owh best jugak tuh… apa lagi… nanti review yer..hehe , baru perasan dah yang ketiga… yang kedua tak tengok lagi…
Cepat betul sekuel untuk filem Panaromal Activity
Silap sebenarnya ia adalah sekuel yang ke 2 mungkin tajuk filem menyebabkan kekeliruan
citer2 macam ni yang buatkan aku takut nak pegi tandas malam2 buta.huhu :p last2 mintak bini temankan.wakaka 😀 gurau je.takkan la aku nak bagitau yang aku takut pegi tandas malam2.huhu :p
Ceh buat malu jer ajak isteri teman 🙂
saya dh lama tak tgo wayang bersama suamia laahi rindu ar plk..
Kalau menonton wayang bertiga pun okay apa 🙂
tahniah bro sb dapat pas ni blh darte dg dia heee..dah tu blh mkn candle light ngeeee
taubat aku taknak tengok citer ni, seminggu tak tidur malam..
Mana taknya bro duduk rumah bujang 🙂
wah dah pergi nanti boleh buat review disini ye …
betul2 kami yg lain nak tahu gak heeee ada ajib ke kisah ini
kalau tak nak bagi aku…hehe…
Bro dpt tiket wayang tuk 2 org ke?
Aku dulu pun penah dapat gak…tp sampai sudah tak pi claim…maleh tul rasanya masa tu…:)
Saya masuk contest Panaromal Activity anjuran ChurpChurp. Tidak sangka dapat tiket percuma
okeh dh tu bro…rezeki….aku punya hrtu sbb hadiah birthday…
Free? Apa lagi.. jangan bazirkan tanpa menghadirinya 😀
Kalau ada rezeki saya akan menonton tapi nak bawa siapa yer?
Haha.. soalan cepu emas tu!
untungnya dapat tiket free…mcm menarik je cite ni…kena beli nmpk gayanya…hehe
aku memang tak suka filem seram ni
sebab aku penakut
..kecuali filem melayu 😀
Rasanya filem paling seram yang pernah saya menonton adalah dari Jepun
Hehehe…menggangu minda ke bro tehr??
Anggap cam tgk katun je laa…:)