Kalau ambil gambar atau video indoor mengunakan Smartphone adalah satu masalah kerana gambar akan kelihatan noise atau kurang cantik kerana kekurangan cahaya. Jika dibandingkan gambar ambil diluar mengunakan cahaya Matahari lebih terang dan cantik.
Ring Light untuk tambah cahaya indoor.
Tambah cahaya dengan mengunakan Ring Light. Ring Light saiz 26cm yang saya beli adalah mudah alih dan boleh hidupkan dengan mengunakan Power Adaptor Smartphone atau mengunakan Power Bank kerana power connector adalah standard USB. Tak perlu risau wayar berselirat pasang pada Extension Plug cable.
Standard aksesori untuk Ring Light:
- Smartphone Holder.
- Tripod base connector.
Smartphone holder senang nak rakaman bagi YouTuber
Tripod base connector boleh pasang pada kaki Tripod
Ring light controller
Standard USB connector boleh cucuk pada Power Adaptor Smartphone atau Power Bank untuk hidupkan Ring Light
Cucuk USB connector pada Power Bank menjadikan Ring Light ini mudah alih tanpa risau nak cari extension Plug cable.
Ring Light ini mempunyai tiga band warna lampu:
- White Light
- Blue Light
- Warm Light
Hasil gambar mengunakan Ring Light. Ada kesan efek ‘catch light’ pada mata Asmyar menjadikan gambar cantik
Berbaloi pelaburan mendapatkan Ring Light ini untuk rakaman video dan gambar. Bagi yang ingin dapatkan Ring Light ini boleh dapatkan dari Shopee melalui link ini 👉
Light ring ni yang youtuber selalu pakai kan?
Ya, Selfie Ring Light yang selalu digunakan oleh YouTuber.
Hati suka tengok alat2 ni, harga pun ok. Tapi diri x rajin belajar bab2 teknikal. IsmailN pula skrg dah addicted to PoGo. So, gmbr2 di DLSL pun suram & muram.😅
Kalau dahulu hampir mustahil nak beli aksesori pada harga mampu milik. Sekarang ini banyak inovasi dan teknologi berkembang pesat menjadi semakin murah. Cari Smartphone yang ada fungsi night mode. Teknologi ini sudah mula ada pada Smartphone keluaran dipenghujung tahun 2019.
thanks for your information, ..
Sama-sama. Bila rakam indoor atau low light perlu ada sumber cahaya. Smartphone atau kamera DSLR kurang sensitif bila cahaya kurang. Video banyak noise.
Wah…
Ilmu fotografi tentang penataan cahaya masih banyak bergunanya di dalam era smart phone a.k.a 4G.
Terbaik!
Masih digunakan untuk mendapat tekstur muka tidak nampak rata.