• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Bahana menulis resume kerja tangkap muat

Bahana menulis resume kerja tangkap muat

15th February 2015 by akubiomed 28 Comments

Menulis resume kerja lengkap adalah perkara yang serius.

resume kerja

Masalah yang sering dialami pemohon kerja adalah kemampuan menulis resume kerja lengkap dengan terbaik. Seringkali resume kerja tidak lengkap yang dihantar ke majikan berakhir ke dalam tong sampah walaupun ia bunyi agak kasar.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman sebagai panel temuduga. Perkongsian beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pemohon berdasarkan pengalaman saya meneliti resume pemohon kerja. Harap perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat. Sedikit sebanyak membantu pemohon dengan mengambil perhatian kesilapan-kesilapan yang perlu dielakkan semasa menulis resume pada masa hadapan.

5 kesilapan perlu dielakkan semasa menulis resume.

1. Menulis resume tangkap muat

Jangan mengambil sambil lewa didalam menulis resume permohonan kerja. Ia adalah perkara yang perlu diambil serius. Mengambil jalan mudah dengan membuat salinan resume kawan-kawan bulat-bulat perlu dielakkan.

2. Elak mengunakan font yang tidak seragam atau fancy

Perlu diingat anda menulis sesuatu yang formal. Mengunakan font yang tidak seragam dan fancy bukan memberikan markah lebih.  Ia juga bukan yang menarik perhatian pengurus Sumber Manusia untuk baca. Pastikan resume yang ditulis kemas dan tersusun mengikut turutan. Kalau perlu mengunakan susunan nombor dan sebagainya.

3. Jangan hanya menyenarai panjang tanggungjawab.

Menyenaraikan panjang senarai tugas jawatan yang dipohon. Bukanlah sesuatu yang perlu. Majikan sudah pun mengetahui senarai tugas jawatan untuk kekosongan jawatan yang ditawarkan. Memberikan penerangan ringkas tanggungjawab tugas yang digalas. Kalau boleh disertakan bukti data dan angka supaya pihak majikan menimbang kemampuan pemohon.

4. Mengunakan alamat email yang catchy.

Maksud saya disini ada mengunakan email peribadi sebagai contoh mawarberduri@gmail.com didalam resume mereka. Tolonglah elak mengunakan email peribadi seperti ini atau seumpamanya.

5. Menyumbat maklumat terlalu banyak didalam cover later/ surat iringan.

Didalam surat iringan perlu ada penerangan ringkas mengenai diri anda, tujuan anda memohon jawatan disyarikat tersebut. Elakkan menyumbat maklumat terlalu banyak didalam surat iringan hingga tidak menjadikan relevan lagi.

7 ringkasan yang perlu ada didalam format resume kerja.

1. Tulis nama, alamat, nombor telefon dan alamat email yang mudah di hubungi.

2. Tulis jawatan yang dipohon dengan mengunakan bold, italic atau saiz huruf yang besar sedikit.

3. Memberikan penerangan objektif permohonan kerja yang dipohon dengan  memberikan sebabanda adalah calon yang layak untuk jawatan tersebut.

4. Menyenarai tugasan nilai tambah yang anda pernah lakukan yang menunjukkan kesungguhan tugasan yang pernah dilaksanakan.

5. Senarai pencapaian akademik degnan meletakkan tarikh mula dan tamat pengajian ijazah, diploma dan sijil.

6. Senarai kemahiran dan anugerah yang pernah diterima.

7. Menulis rujukan untuk pihak majikan menghubungi membuat pengesahan mengenai tentang diri anda.

Resume yang ditulis memberi gambaran pemohon. Seperti pernah saya sebut diawal artikel ini, menulis resume adala perkara yang serius. Elak melakukan kesilapan yang menyebabkan resume ada masuk ke tong sampah.

BERMINAT untuk mengetahui 7 KESILAPAN RESUME DILONGKANGKAN?

  • Blogger yang dikagumi dari kacamata akubiomed
  • 7 Tips temuduga bocor oleh panel temuduga
  • Kentut adik berbau busuk

Filed Under: blog Tagged With: contoh resume, contoh resume bahasa melayu, contoh resume kerja, contoh resume kerja malaysia, contoh resume lengkap, contoh resume terbaik, resume kerja kerajaan

Reader Interactions

Comments

  1. muhammad isra says

    18th March 2015 at 9:19 am

    artikel yang menarik yang memberikan wawasan serta ilmu bagi semua pembaca… terima kasih…. semoga sukses selalu

    Reply
  2. Mek ila Jual Vitamin says

    4th March 2015 at 3:12 pm

    Tulis resume satu perkara. Yang datang interview sambil lewa pun 1 perkara.
    Antara soalan yang pernah mek ila tanyakan ialah ‘apakah persediaan yang dibuat untuk datang interview ini’? Kalau yang beri jawapan ‘ saya tak sempat prepare apa-apa tu, maksudnya memang sambil lewa dan tak berminat pun dengan kerja tersebut’.

    Reply
  3. Ani Haryani says

    21st February 2015 at 10:50 pm

    Sangat setuju berkenaan email. ada yang email skali cantum nama kartun lg.

    tak nak lah begitu. buat betul-betul utk mohon jawatan apa yang kita nak 😀

    Reply
  4. Syahril Hafiz says

    18th February 2015 at 9:03 pm

    Tak payah pi kursus learning pasal kerjaya dah kalau beli ebook ni. Semua lengkap point yang ada kalau panel nak bahas.. haha jimat duit hampa, aku dulu pi cara nak buat resume, preparation interview time belajar..lepas tu masuk keluar telinga kanan. 😀

    Reply
  5. emalinmohd says

    18th February 2015 at 4:17 pm

    Nombor 4 tu ramai yang ambil mudah. Resume bukan sahaja untuk mohon kerja malah untuk mohon praktikal pun majikan perlukan resume. Alamat email boleh menggambarkan seseorang samaada betu-betul serius atau tangkap muat sahaja.

    Reply
  6. Hafizul says

    18th February 2015 at 11:12 am

    Resume yang lengkap ni lah ramai yang tak endah sangat pun..akhirnya kerja tak dapat,., temuduga tak lulus..lepas tu boleh pula salahkan penemuduga..tanya soalan yang pelik-pelik..haha

    Reply
  7. Ezad Skytech says

    17th February 2015 at 10:42 pm

    resume ni kalau boleh simple yang boleh…masukkan apa yang penting je…1-2 helai da cukup…ni kalau da lebih 5-6 helai…bukan resume da tu…hehe

    Reply
  8. Noriza Rahman says

    17th February 2015 at 5:25 pm

    Ada juga saya tengok kawan punya resume sampai 5-6 helai..berjela-jela description of works..boleh ka gitu?

    Reply
  9. wahida says

    17th February 2015 at 12:26 pm

    gambar dalam resume juga penting…

    Reply
  10. Helmi Aliarit says

    17th February 2015 at 9:59 am

    Panduan tulis resume di atas memang terbaik. Kalau “ngam” dengan orang HR, boleh pinjam daripada mereka resume terbaik yang mereka ada simpan. Tiru sahaja. 😉

    Reply
  11. titan says

    17th February 2015 at 12:49 am

    haa..

    jangan buat tangkap muat aje.

    kalau tak dapat kerja nanti..jangan salahkan orang lain plak.

    Reply
  12. suri says

    16th February 2015 at 9:06 pm

    cari kerja dan resume dua perkara buat..kalau ada pengalaman bagus sertakan sekali ya

    Reply
    • akubiomed says

      17th February 2015 at 12:22 am

      Pengalaman, pencapaian dan kompetensi antara yang akan membantu didalam permohonan kerja.

      Reply
  13. suri says

    16th February 2015 at 9:02 pm

    dah lama tinggalkan dunia kerja tapi kalau nak mohon kerja baru ini ada juga buat semakan dna ubah suai seirang dengan peredaran zaman katanya heee..

    Reply
    • akubiomed says

      17th February 2015 at 12:21 am

      Tidak banyak perubahan yang ketara didalam menulis resume ini. Melainkan beberapa maklumat akan bertambah seperti pengalaman kerja, pencapaian dan sebagainya.

      Reply
  14. Hero Borneo says

    16th February 2015 at 6:38 pm

    lama juga dah tak tulis resume..

    Reply
  15. hafiz says

    16th February 2015 at 12:09 pm

    Memang penting resume ni, ibarat first impression untuk kita kepada majikan.

    Reply
    • akubiomed says

      17th February 2015 at 12:19 am

      Kalau tak lepas resume yang dihantar sudah pasti tidak dipanggil temuduga. Perlu pastikan peringkat permohonan ini lepas dahulu.

      Reply
  16. islam di dadaku says

    16th February 2015 at 10:22 am

    resume kerja bab susah buat aku selalu minta bantuan sahabat dulu jika menulis resume ini

    Reply
    • akubiomed says

      17th February 2015 at 12:18 am

      Boleh minta pendapat pihak ke 3 untuk semak resume yang kita tulis.

      Reply
  17. blogger lelaki says

    15th February 2015 at 10:45 pm

    ramia tak sila bab menulis resume nie…padahal dari situ juga penemuduga nak menilai

    Reply
    • akubiomed says

      17th February 2015 at 12:17 am

      Perlu diingat bukan kita seorang sahaja yang menghantar resume mohon kerja. Pastikan resume kita yang terbaik untuk disenarai pendek.

      Reply
  18. Imran says

    15th February 2015 at 8:40 pm

    boss, yang no 4 tentang email tu boleh jelaskan sikit tak, tak berapa nak faham.

    Reply
    • akubiomed says

      16th February 2015 at 12:13 am

      Cuba amati alamat email mawarberduri@gmail.com sesuai tak digunakan untuk memohon kerja? Terutama urusan formal.

      Reply
      • Imran says

        16th February 2015 at 3:29 am

        Ooo kalau alamat email nama kita oke kan

        Reply
        • akubiomed says

          17th February 2015 at 12:15 am

          Biarlah nama email address molek sedikit. 🙂

          Reply
  19. ikhwan says

    15th February 2015 at 2:25 pm

    kalau kita tulis resume pun tangkap muat, majikan akan tolak permohonan awal awal lagi sebab di situ pun dia boleh nilaikan cara kerja kita.

    Reply
    • akubiomed says

      17th February 2015 at 12:13 am

      Perlu tunjukkan kesungguhan memohon kerja dengan menulis resume dengan baik.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in