• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / resepi / Resepi Nugget ikan lembut dan sedap percuma

Resepi Nugget ikan lembut dan sedap percuma

14th May 2012 by akubiomed 97 Comments

Berkongsi resepi cara buat Nugget ikan.

AkuBiomed ingin berkongsi resepi Nugget ikan lembut dan sedap percuma. Semalam saya berkesempatan untuk membuat Nugget ikan dirumah. Ini adalah kali ke 2 saya membuat Nugget ikan selepas menghadiri kursus di Kolej Komuniti Hulu Selangor.

Bahan-bahan untuk membuat Nugget ikan.

  1.  Surimi(isi ikan) atau ikan Dori      800g
  2. Tepung gandum                                      60g
  3. Garam                                                         30g
  4. Serbuk lada sulah                                   30g
  5. Serbuk perasa  MSG                                  5g

Cara-cara pembuatan Nugget Ikan.

1. Hancurkan isi ikan masih didalam keadaan sejuk dengan batu lesung. Kemudian kisar dengan mesin pengisar dengan dituang sedikit air sejuk. Isi ikan dikisar sehingga hancur. Pengunaan air sejuk supaya isi ikan tidak dimasak ketika dikisar  pada kelajuan tinggi akan mengurangkan khasiat ikan.

2. Gaul isi ikan yang telah dikisar dengan tepung gandum. Tuang air sejuk dan digaul sehingga rata. Kemudian masukkan garam, serbuk lada sula dan serbuk perasa. Diuli adunan tepung Nugget ikan sehingga adunan sekata dan likat. Air sejuk digunakan supaya adunan tepung gandum akan mudah dibentuk. Simpan adunan tepung  Nugget ikan didalam peti sejuk selama 15 minit.

3. Basahkan jari dan tapak tangan supaya proses membentuk Nugget ikan tidak melekat.

4. Ambil sedikit andunan tepung Nugget ikan lebih kurang sebesar duit 50sen.

5. Golek adunan tepung membentuk bola dan dileperkan. Kalau ada acuan bentuk boleh digunakan untuk mendapat bentuk yang disukai.

Abang Koning teman AkuBiomed golek tepung

6. Adunan Nugget ikan yang dibentuk akan dicelup dengan telur hancur dan kemudian ditaburkan dengan serbuk roti. Telur bertujuan supaya serbuk roti mudah dilekatkan.

7. Nugget ikan yang sudah siap boleh digoreng sehingga berwarna perang

 

Sila tekan butang kongsi:

  • Projek hujung minggu membuat nugget Teddy Bear
  • Cerita semalam home made fish nugget
  • Home made fish ball untuk sup

Filed Under: resepi

Reader Interactions

Comments

  1. NORIZA ABDUL RAHMAN says

    16th November 2017 at 1:26 pm

    Wah, homemade nugget ikan tu, pastinya sedap dari air tangan ayah kan?

    Reply
    • akubiomed says

      17th November 2017 at 8:35 pm

      Anak-anak suka Nugget ikan yang dihasilkan kerana terasa isi ikan berbanding tepung.

      Reply
  2. rehana says

    5th March 2015 at 7:40 am

    Nampak sedap. Kena gigih buat ni. hehe.
    Salam perkenalan blogger!

    Jemput singgah entry fish nugget saya pulak :
    http://www.rehanswardrobe.blogspot.com

    Reply
  3. Qider says

    6th February 2015 at 12:08 pm

    Wah..nampak lebih menarik..mungkin sebab ikan yang digunakan..Saya skip tepung dan telur..Jadi walaupun tak golek2 dalam telur, isi ikan yang dibentuk terus golek atas serbuk roti tetap melekat macam biasa..Sebab isi ikan tu kan dah lembap2 sikit..

    Nanti nak carilah ikan, nak buat nugget ikan.

    Reply
  4. cik tom says

    8th November 2013 at 9:23 am

    nak try bt nuget ikan sendiri blk kmpg ni..hehe

    Reply
  5. donnyien says

    18th May 2012 at 2:46 pm

    menarik sekali.. ngapp satu lllagi sedap hehe

    Reply
    • akubiomed says

      15th June 2012 at 12:43 am

      Anak-anak sukakannya selain ranggup ia lebih rasa ikan. 🙂

      Reply
  6. sweetkurma says

    18th May 2012 at 12:02 am

    wahhh rajinnya…tak sangka rajin ke dapur rupanya….beruntung orang dapur yer…

    Reply
    • akubiomed says

      15th June 2012 at 12:46 am

      Sekali-sekala menujukkan skill. Selalunya isteri yang ke dapur. 🙂

      Reply
  7. tehr says

    17th May 2012 at 10:32 pm

    macam ni buat sendiri baru la aku boleh makan
    yang beli kat kedai/pasar malam memang aku tak makan
    tahniah, bro

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:40 pm

      Isteri cakap lepas ini tidak beli lagi Nugget dah sebab sudah ada yang boleh buat Nugget dirumah.

      Reply
  8. nuriz says

    17th May 2012 at 10:16 pm

    senang aje bahan2 nye ye

    p/s: bro pi dak sepang 26 27 mei tengok lamborghini?

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:57 pm

      Oh ada supercar pada 26-27 Mei ini.

      Reply
  9. adele says

    17th May 2012 at 4:35 pm

    mmg terbaiklah…nampak mcm nugget beli je..mesti rasa mcm keropok lekor kan? sbb pernah jgk beli nugget ikan n rasanya mcm kopok lekor 😀

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:34 pm

      Tengok jenis isi ikan yang digunakan. Memang puas makan Nugget ikan yang dihasilkan kerana pengunaan isi ikan yang banyak.

      Reply
  10. nurmisnan says

    17th May 2012 at 9:22 am

    Hoho… nampak sodap bila dicicah dgn sos…
    Makanan basah seperti nugget atau fish ball
    dan sebagainya memang sodap buat sendiri..

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:35 pm

      Hmm..tak sempat keluar sos anak-anak sudah masukkan Nugget ke dalam mulut. 🙂

      Reply
  11. Hairul says

    17th May 2012 at 7:22 am

    tentu sedap nuget ikan tu.. kena cuba nie.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:36 pm

      Bro tahu tak bahan apa yang dibubuh supaya Nugget dapat bertahan lama didalam peti sejuk?

      Reply
  12. puanbee says

    16th May 2012 at 5:58 pm

    nyumm nak try buat nanti ..

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:36 pm

      Boleh cuba.

      Reply
  13. CMRatu says

    16th May 2012 at 5:39 pm

    wah… hebat betul bro buat sendiri ja.. terbaik la..

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:37 pm

      Saya pergi kelas belajar barulah buat sendiri dirumah.

      Reply
  14. titan says

    16th May 2012 at 3:32 pm

    aku guna cara yang sama wat begerdel dengan nugget ayam. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:37 pm

      Wah pandai buat bergedel rupanya. 🙂

      Reply
  15. hafizul says

    16th May 2012 at 1:45 pm

    Wahh menjadi la..mesti best ni…..

    Reply
  16. eiela says

    16th May 2012 at 12:25 pm

    best nih,,masak nugget pun gun breadcrumb rupanya..

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:38 pm

      Serbuk roti sebenarnya sekadar hiasan sahaja. Kalau tidak nanti jadi Fish cake. 🙂

      Reply
  17. chii says

    16th May 2012 at 8:54 am

    sedapnya.. nampak seperti mudah…bleh chii try..thanks AB.

    owh ye..ikan ditukarkan kepada ayam atau isi udang pun boleh juga kan

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:38 pm

      Boleh tidak menjadi masalah.

      Reply
  18. Dulu Lain Sekarang Lain says

    16th May 2012 at 5:52 am

    lopas ni boleh lah ambil order online pula ya bro. well done

    Reply
    • hafizul says

      16th May 2012 at 1:45 pm

      Betol2….tambahkan pendapatan

      Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:39 pm

      Kalau serius perlu buat kajian sedikit.

      Reply
  19. nizamghazi says

    16th May 2012 at 5:27 am

    Oh rupanya sedang membuat nugget ikan 😉
    Tutorial yang awesome. Rupanya bro pandai juga memasak.
    Kalau me, hancuss. Makan je tahu.

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2012 at 7:19 am

      Masih lagi tidak boleh lawan Mat Gebu. 🙂

      Reply
  20. iAwani says

    16th May 2012 at 3:32 am

    … tutorial lengkap 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      17th May 2012 at 10:39 pm

      Saya tidak simpan rahsia dan bagi sebaik mungkin supaya Nugget ikan dapat dihasilkan.

      Reply
  21. Denaihati says

    15th May 2012 at 10:55 pm

    bila buat sendiri rasanya memang betul rasa ikan dan baru puas makan

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2012 at 7:20 am

      Isi ikan boleh ditambah mengikut cita rasa baru puas makan ada rasa isi ikan.

      Reply
    • hafizul says

      16th May 2012 at 1:46 pm

      Buatan sendiri lagi best..puas hati..kan abg denaihati..hehe

      Reply
  22. Mus says

    15th May 2012 at 7:29 pm

    untunglah anak-anak.. bapa dah master buat nugget..

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2012 at 7:36 am

      Sudah masuk kali ke-2 membuatnya saya dapat selesaikan didalam masa 1 jam.

      Reply
      • hafizul says

        16th May 2012 at 1:46 pm

        Wahhh…menarik…

        Reply
  23. Kujie says

    15th May 2012 at 6:36 pm

    nanti nak cuba resepi ni….

    p/s 23 dan 26 Mei ada kelas juga, tapi tak dapat pergi

    Reply
  24. onlajer says

    15th May 2012 at 6:21 pm

    Nyum-nyum ini baru sihat buat sendiri

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2012 at 7:37 am

      Bukan selalu makan Nugget ikan ini kerana ia bergoreng.

      Reply
  25. anif says

    15th May 2012 at 5:41 pm

    Rajinnya……… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2012 at 7:38 am

      Anak-anak dirumah suka tidak sampai hati melihat mereka.

      Reply
      • hafizul says

        16th May 2012 at 1:47 pm

        Ayah yang mithali…hehe

        Reply
  26. Amirez says

    15th May 2012 at 4:13 pm

    sedap nampaknya. boleh cuba ni

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2012 at 7:38 am

      Saya mula tidak tahu ingat susah rupanya boleh buat.

      Reply
  27. iza says

    15th May 2012 at 4:02 pm

    Assalam…
    Gigihnya…Untung dan jimat sebab tak payah nak beli yang siap…
    Bila nak buat business ni???

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2012 at 7:39 am

      Buat masa ini boleh buat untuk makan sendiri kalau niaga kena buat kajian lagi.

      Reply
  28. daddydee says

    15th May 2012 at 3:23 pm

    nanti leh try….cam menarik

    Reply
  29. yas says

    15th May 2012 at 3:18 pm

    Yummy….hehehe bila agaknya den leh raso nugget ni bro? teringin jugak ehhh…:)

    Reply
  30. wahida says

    15th May 2012 at 12:46 pm

    boleh jual kat pasar mlm ni..mesti laku…

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2012 at 7:40 am

      Pasar malam kebanyakkan jual yang Nugget yang dibeli di pasar raya kemudian di goreng sebelum dijual.

      Reply
  31. suri says

    15th May 2012 at 12:20 pm

    bila di kisar tu nampk cma senag tambah itu ini sikit dah sedai d goreng ..suami mmg penggemar mkn ini..blh cuba ni

    Reply
  32. adamfaiz says

    15th May 2012 at 11:39 am

    Boleh order ke?

    Reply
  33. cik tom says

    15th May 2012 at 11:26 am

    wah thanks share resepi ni…ciktom berminat nak cuba jugak..hehe

    Reply
  34. Norasikin says

    15th May 2012 at 11:19 am

    Sewaktu saya berniaga yong tau fu dulu, saya gunakan ikan tenggiri sbb ikan tu paling sedap, isi putih dan banyak isi tapi mahal. Kalau nak murah boleh guna kerisi. Mmg dapat banyak isinya tapi penat la nak asingkan dengan tulang. pernah juga guna ikan kacang yg banyak isi tu, kepala kecil, isi perut pun kecik. Tapi rasanya tak begitu mengancam. bau dia yg tak best tu

    Reply
    • akubiomed says

      16th May 2012 at 7:43 am

      Semasa hadir kursus membuat Nugget ini ada peserta mencadangkan guna ikan tenggiri masalahnya hendak asingkan isi dengan tulang banyak kerja. Menurut tenaga pengajar sudah ada kilang jual Surimi ini didalam bentuk kotak.

      Reply
  35. Norasikin says

    15th May 2012 at 11:16 am

    Nugget ikan tak banyak kat pasaran sbb ikan mahal berbanding ayam. kalau buat sendiri lebih jimat dan puas. eh bro ada kira kosnya tak? Dapat berapa bijik? agak2 secucuk tiga biji nugget boleh jual berapa RM?

    Reply
  36. Norasikin says

    15th May 2012 at 11:14 am

    Abang koning tu mcm dah tak sabar je nak makan.

    Reply
    • suri says

      15th May 2012 at 12:21 pm

      anak3 mesti mengadap punya depalah biasanya org pertama yg tak sabar heee

      Reply
      • Norasikin says

        15th May 2012 at 4:37 pm

        macam tu baru rasa bersemangat nak masak

        Reply
  37. Norasikin says

    15th May 2012 at 11:14 am

    Semakin kerap pulak cerita pasal makanan dlm blog ni. Satu perkembangan yang bagus

    Reply
    • suri says

      15th May 2012 at 12:20 pm

      haaa mari kita ikut jejal kak nora ada blog enuh dg resepi heeeee

      Reply
  38. benjy says

    15th May 2012 at 10:14 am

    Wow ! wow ! wow ! biar betul ni broo …. ni satu hari nanti boleh jadi tauke nuget ni … 😀

    Reply
    • Norasikin says

      15th May 2012 at 4:39 pm

      benjy bila lagi nak buat entri resepi ni? Suri dan akubiomed dah..

      Reply
  39. rose brunei says

    15th May 2012 at 9:11 am

    boleh kirim tak kat i dbrunei….hehehe

    Reply
  40. Affan Ruslan says

    15th May 2012 at 7:18 am

    Tak pnh tgk orang buat sendiri, selalu beli dari supermarket, tinggal goreng je. Btw, baru tau kena gaul dengan tepung. Ingatkan tepung tu salut kat luar je 😆

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2012 at 7:34 am

      Bro boleh buat di Kanada. Isteri saya kata tidak akan beli lagi Nugget kerana sudah boleh buat dirumah.

      Reply
      • Mus says

        15th May 2012 at 7:30 pm

        memang sah lagi kebersihannya

        Reply
  41. Juan says

    15th May 2012 at 2:39 am

    serius nmpk sangat mudah untuk membuatnya, cuma saya nak tanya, ikan dori tu ikan apa, ke ada ikan lain yg boleh digunakan

    Reply
  42. akhiyy says

    15th May 2012 at 1:38 am

    wahh..sedapnye..tapi nak cari isi ikan tuh kat mane??

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2012 at 7:00 am

      Dekat pasar raya ada dijual ikan dori ini bahagian makanan sejuk beku.

      Reply
  43. sadiq says

    15th May 2012 at 12:25 am

    perghh..nmpak sedap plak=)

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2012 at 7:01 am

      Resepi Nugget ikan yang dikongsikan puas makan kerana akan terasa isi ikan. Kalau beli kurang rasa ikan.

      Reply
  44. cikgu naman says

    15th May 2012 at 12:15 am

    jom partner bukak bisness kat pasar malam.hehe

    saya jual benderam je ;p

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2012 at 7:02 am

      Saya lebih suka menjadi pengeluar. 🙂

      Reply
      • Norasikin says

        15th May 2012 at 11:21 am

        bukak la kilang satu blkg rumah bro. Mesin pencincang yg rupa mcm piring terbang tu tak sampai sepuluh ribu.

        Reply
  45. pipoq says

    15th May 2012 at 12:04 am

    memang dah boleh bukak kedai pehni bro..

    p/s : awat muka chefnya tu serius je..hehehe..

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2012 at 12:05 am

      Buat dengan Nugget ikan secara serius kot. 🙂

      Reply
  46. Jebeng Otai™ says

    14th May 2012 at 11:00 pm

    pergh..kalo wat fillet pon leh pki cara ni kan??

    lwh suggest kat ‘rasapariso’..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2012 at 7:02 am

      Boleh cuba nanti. Isi ikan boleh digantikan dengan isi ketam, udang dan macam-mcam lagi.

      Reply
  47. izwanyusof says

    14th May 2012 at 10:40 pm

    tak nak bagi tester ke? untung2 boleh niage ni.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2012 at 12:04 am

      Kalau serius hendak buat meniaga perlukan mesin kalau tidak tak mampu mengeluarkan kuantiti secara banyak.

      Reply
      • Norasikin says

        15th May 2012 at 11:27 am

        kalau baru mula tak perlu mesin dulu. Buat sikit2. Bila permintaan bertambah baru cari mesin. Jual sendiri lebih menguntungkan dari cuma jadi pengeluar. Kalau jual sendiri mmg tak perlukan mesin tp untung memang banyak. Jadi pengeluar duit jualan mmg tinggi tp margin keuntungan tak besar. Saya cadangkan bro upah beberapa orang indon utk jual dipasar malam. Sambil tu baru buat untuk dipasarkan sejuk beku tapi tumpukan pada pembekal makanan sejukbeku dulu. Kebanyakkan penjual burger, penjual nugget dan fishball dapatkan bekalan disitu

        Reply
  48. klcitizen says

    14th May 2012 at 9:58 pm

    wah … bestnya 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2012 at 7:03 am

      Buat sendiri cikgu. Tidak ada perasan was-was dan untuk mendapatkan rasa boleh ditambahkan isi ikan ke dalam bahan.

      Reply
  49. muazfaris says

    14th May 2012 at 9:48 pm

    wah nampak sedap nugget ikan tu..

    erkk, sape la jadi kamera men tu, msti letih snap2 gambar byk2.

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 10:26 pm

      Beri upah makan Nugget ikan okay dah tuh. 🙂

      Reply
  50. segalabenda says

    14th May 2012 at 9:43 pm

    halamak broo..tahnks sesangatlah pasal resepi percuma ni…bro..kalau tukar ikan ngan ayam leh jadi tak?? dan perisa tu perisa yang macam mana ye?

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 9:46 pm

      Isi ikan boleh digantikan dengan ikan dan cara-cara pembuatan Nugget tetap sama. Selamat mencuba. Perasa yang dimasukkan adalah MSG.

      Reply
      • Norasikin says

        15th May 2012 at 11:33 am

        biasanya nugget komersial menggunakan polyphosphate untuk menjadikan nugget lebih kenyal. Jadi, boleh lebihkan air kerana walaupun cair, setelah digoreng ia tetap kenyal dan tak pecah. Mereka juga gunakan titanium deoxide sebagai bahan pemutih. Kebanyakkan nugget ikan dan fishball sekarang ni menggunakan ikan keli sbb ikan keli yg tak dapat dijual akan terus membesar. Ikan keli yg besar memang tak mendapat permintaan. Jadi ikan ni dijadikan nugget. Kulit ikan keli yg hitam menjadikan fishball tak cantik. itu sebab pemutih diperlukan. Bahan ni sama dengan pemutih kulit. Cuba tengok pada mana-mana krim pemutih mcm fair & lovely dan lain2. Mesti ada bahan ni. Ada berani nak guna?

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in