Tarikan biskut Red Velvet resepi Planta
Menghasilkan biskut Red Velvet adalah kebetulan selepas terbaca segmen Seceria Air Tangan Ibu oleh Planta di suratkhabar Harian Metro. Dikongsi resepi biskut ini.
Bahan-Bahan:
- Planta™ 120g
- Windmill Gheeblend (atau Minyak Sapi) 10g
- Gula Kastor 100g
- Tepung Gandum | diayak 120g
- Tepung Beras | diayak 50g
- Badam | dicincang 50g
- Kuning Telur 1 biji
- Serbuk Koko 1 sudu besar
- Esen Vanilla 1/2 sudu besar
- Pewarna Merah 1/2 sudu besar
- Coklat Cip Putih 30g
- Coklat Cip 30g
Cara penyediaan
- Pukul Planta™, Windmill dan gula kastor sehingga kembang. Tambahkan telur dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan Esen Vanilla, pewarna merah dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan tepung, badam dan coklat cip, gaul sehingga sebati.
- Ambil adunan dengan sudu teh dan susun di atas loyang.
- Hiaskan permukaan biskut dengan beberapa biji coklat cip dan bakar pada suhu 150C selama 18-20 minit.
- Sejukkan biskut di atas rak sebelum menyimpan dalam bekas kedap udara.
Bila sudah dikeluarkan dari ketuhar tak sangka hasilnya biskut ini bukan setakat cantik secantik namanya. Rasanya pun sedap.
Boleh layari laman rasmi resepi Planta
wow sedap lagi menarikss…
trending ini tahun
dah boleh buat bisnes biskut raya nie bro.. 😀
saya syak ini chipsmore merah ..ehhe
Siyes mmg nmpk merciknya kaler biskut tuh ha. Ntah macam mana pula rasanya kan…mesti sebagus gambarnya. Mmmm…yumm!
Dijamin sedap rasayanya.
cukup-cukup menarik perhatian biskut red velvet ni……lain dari yg lain…aku first time tgk ni…hehe
Nak rasa datang jemput ke rumah.
Memang nampak menarik betul biskut ni. Mesti laku nanti ni masa raya.
Harap laku keras semasa Raya nanti.
raya nanti bolehlah datang rumah bro…makan biskut ni…..haha
Boleh, bawa mr.Ray datang beraya sekali.
tengok orang buat macam senang jer kan
akak ni belum punya kerajinan huhu
tengok orang buat macam senang jer kan
Nampak mcm chipsmore pun ada
Sepupu sepapat Chipsmore juga nih. 🙂
pergh…gambar dia menarik betul.
letak watermark kat gambar biskut tu bro. takut ada orang curi gambar tu lak nanti
Letak waer mark pun nanti akan disalin bulat-bulat dengan watermark sekali. 🙂
Lawa biskut tu. Tak sampai hati nak makan! 🙂
kalau begitu masuk biskut dalam balang dan strillkan heee
kalau taruk warna coklat dah jadi macam chipsmore hehehe
resepi mudah, hasilnya comel dan cantik jer.
boleh jadi kudapan di hari-hari biasa juga ni.
MAcam senang.. tapi tak rajinnye nak membuat… hehe
boleh try buat ni hehe
Boleh cuba buat biskt Red Velvet ini. 🙂
patut la wrna merah, rupanya letak pewarna hehe..
Memang ada perwarna. 🙂
tuan rumah macam tahu ni biskut tahun ni punya trend ngheee..planta memag best kebanyakan resepi mudah dan cepat nak siapkan.
saya dapat resepi melalui surat akhbar hujung minggu hee..tak tengok youtube masa tu heeee
Kalau comel macam ni, sebelom raya uncle boleh habiskan satu balang!
Tak sempat Raya, berbalang-balang habis nampak gayanya.
ni ambil tempahan ke tak? hehehehe.
Maaf, tak buka untuk tempahan. 🙂
Cantiknya gambar biskut Red Velvet ni… Tentu seenak rasanya… 😉
Tak sangka keluhar dari ketuhar cantik pula bentuknya.
looks tempting
I’m drooling now
Wanna try? 🙂
Rin, nanti bawak opis sikit. Nak rasa 🙂
Kalau nak rasa ni, kena lah kawe singgah raya rumah bro nanti kan? 😀
Boleh sahaja. 🙂
kami sekarang tengah buat almond london.. red velvert lepas ni…
seronok buat sendiri..
Kencang berniaga tempahan kuih raya setiap tahun.
Nampaknya bentuk lebih kurang macam chipsmore jugak. Macam best.
Bentuk hampir sama tetapi tak sama.
fuhh..nampak menyelerakan sekali biskut merah velvet nih..
Hah suruh cik puan buat untuk abe tersayang. 🙂