• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Red Wok Restaurant destinasi makan makan di Bangi

Red Wok Restaurant destinasi makan makan di Bangi

7th October 2012 by akubiomed 53 Comments

Makan Steambot di Red Wok Restaurant.

Hari Sabtu lepas saya telah berpeluang untuk makan steambot bersama keluarga di Red Wok Rastaurant yang terletak di Bangi. Adik lelaki saya berbelanja seluruh keluarga termasuk adik beradik koning.

Tempahan telah dibuat awal jadi tidak masalah untuk kami mendapat tempat kerana ketika sampai agak sesak. Jadi lega apabila tempahan telah dibuat awal. Ini adalah pengalaman ke 2 makan Steambot yang mana kali terakhir di Cameron Highlands. Kalau mengimbau kali pertama kali makan Steambot agak mengelikan hati mana taknya didalam ramai-ramai tidak seorang pun ada pengalaman makan Steambot.

Pengalaman mencuit hati ketika makan steambot buat pertama kali.

Kalau siapa yang pernah makan Steambot tentu perasan ada dapur gas dan bekas air panas ditengah meja untuk merebus makanan mentah. Ketika sampai masing-masing terkejut dengan makan malam yang disediakan kerana tiada ada makanan terhidang selain makanan mentah yang terhidang dan sos didalam piring. Masing-masing memandang sesama sendiri macam mana hendak makan. Kerana masing-masing sudah lapar tahap maksimum tanpa segan silu memanggil pelayan cara-cara makan Steambot. Selepas diberikan tunjuk ajar, laju masing-masing masukkan makan mentah untuk direbuskan. 🙂

Makan Steambot Red Wok Restaurant sampai terletang.

Kasar bunyi tetapi memang benar kerana selagi boleh makan selagi tidak ada pembaziran kerana Red Wok Restaurant menawarkan “All You Can Eat Steamboat Buffet/Korean Style Sizzling Steamboat Buffet”.

Pak cik dan abang Koning makan ketam.

AkuBiomed: Ada sahabat blogger yang suka makan-makan dan blognya mempunyai niche   mengenai makanan dikenali sebagai  HazmanFadzilDotCom.

Alamat:

Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: +603-8927-4100
Fax: +603-8927-4500
HP: +6019-339-4655 – Awang Hasyim
Email: redwok2u@gmail.com

Sila tekan butang kongsi:

  • Mohd Chan Abdullah destinasi makan makan di Bangi
  • Makan Satay di Bangi bersama adik beradik Koning
  • Makan makan @ Chicken Rice Shop

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. PerenLee says

    2nd May 2013 at 10:49 pm

    alahai bestnya…saya pun teringin nak bawa mak dgn adik saya makan steambot ni..

    Reply
  2. hairulafiz says

    8th November 2012 at 1:55 pm

    ni kalau sdtg bangi leh singgah ni…..

    Reply
  3. Hafizul says

    17th October 2012 at 1:41 pm

    emm nampak sedap…nak terjah pun jauh sgt…nanti ada kebetulan kena singgah mencuba nih..hehe

    Reply
  4. aimannajmy says

    12th October 2012 at 12:08 pm

    Berselera sungguh tengok abg koning makan haha.. dah lama rasa tak makan ketam.. rasa terlior pulak tgk bro tempek gambar ketam fresh huhu

    Reply
  5. sha says

    10th October 2012 at 5:54 pm

    pernah mkn steamboat di ikano power centre? not bad steamboat di sana cuma mungkin steamboat johnny lebih best kot

    Reply
  6. Mekar says

    9th October 2012 at 5:29 pm

    Mesti malu2 alah kan bila tak tau cara nak makan tu..hehe
    Ada peluang, cuba steamboat kat Johnny’s pula. Sup dia sedap.

    Reply
  7. Nurul says

    9th October 2012 at 1:00 pm

    waaaa sedapnyer.. dah lama x makan seafood.. 🙂

    Reply
  8. Melastik Bintang says

    9th October 2012 at 11:08 am

    selalu makan steamboat di flaming sri muda…

    Reply
  9. Dulu Lain Sekarang Lain says

    9th October 2012 at 10:36 am

    adehh.. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati…

    Reply
    • Jebeng Otai™ says

      10th October 2012 at 11:58 pm

      mmg betul tu bro..dh kenyang slalu suka hati..hehe

      Reply
  10. anif says

    9th October 2012 at 12:55 am

    Sekali sekala kena steamboat memang best. Lebih ramai yang join lebih meriah! 😀

    Reply
  11. pipoq says

    8th October 2012 at 11:22 pm

    sy sedikit alahan pada haiwan krustasia jadi tak berapa makan sangat steamboat..tapi kalau yang bab bakar2 panggang2 memang susah sikit nak menolak..

    Reply
  12. Mus says

    8th October 2012 at 11:03 pm

    ketam tu nampak sedap!

    Reply
  13. azura says

    8th October 2012 at 9:42 pm

    ketam wah sedap

    Reply
  14. Amar says

    8th October 2012 at 9:09 pm

    Yang ketam tu terlioq. Sodap2

    Reply
  15. cmratu says

    8th October 2012 at 7:46 pm

    terliur ja tangok hidangan… huhu..

    Reply
  16. Nur says

    8th October 2012 at 7:31 pm

    Salam… Lama benar tak makan steamboat.. Seronoknya makan dengan ahli keluarga… Sangat berselera tengok Abang Koning makan.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2012 at 8:02 pm

      Abang koning beberapa kali tawaf makanan yang disediakan. Makan pakai chopstick lagi. 🙂

      Reply
  17. hazman aka species1980 says

    8th October 2012 at 5:32 pm

    Whooaa.. siap tag nama eden lagi yea… anyway macam aku lebih suka makan yang grill + steamboat macam SEOUL GARDEN… InsyaALLAH aku akan terjah ke sini

    Reply
  18. syaifuddin alias says

    8th October 2012 at 5:02 pm

    mantop ni ..wah ..kalau boleh pergi da lama try ..haha..

    Reply
  19. Hairul Hissam says

    8th October 2012 at 4:30 pm

    mmg syok kalo ada yg belanja… dan tentu meriah makan ramai2 bersama keluarga…

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2012 at 8:03 pm

      Orang belanja kita turutkan sahaja. 🙂

      Reply
  20. lewisdotmy says

    8th October 2012 at 2:32 pm

    nampak gambar pun tau mmg sedap

    Reply
  21. kesoma.rai says

    8th October 2012 at 2:19 pm

    yang kek tu nampak menarik!

    nasib baik tak marah pelayan sbb tak hidang siap2 makanan..hihi..

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2012 at 8:05 pm

      Tak boleh marah nanti kena malu lagi haru. 🙂

      Reply
  22. wahida says

    8th October 2012 at 12:45 pm

    amboi…….sedapnya….lama tak mkn steamboat…

    Reply
  23. boni kacak says

    8th October 2012 at 11:58 am

    pergh..macam menarik je..

    Reply
  24. yas says

    8th October 2012 at 10:29 am

    Wahhh sesekali makan memang seronok juga kat restoran begini, tambah2 lak ada org nk belanja…..seafood…..pehhh..:D

    Reply
  25. Puan Bardboo says

    8th October 2012 at 8:49 am

    saya suka makan steambot…sedap…tapi lepas tu cepat lapar semula..

    suka la tengok gambar last tu..nampak manja hubungan anak dan mak.. =)

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2012 at 8:13 pm

      Gambar akhir cuba tarik perhatian baby Aslah tetapi jual mahal tak mahu bergambar.

      Reply
  26. tehr says

    8th October 2012 at 1:33 am

    makan sampai terlentang
    budak2 memang terlentang dalam kereta dalam perjalanan pulang
    hehe

    Reply
  27. perfume malaysia says

    8th October 2012 at 12:36 am

    tak pernah lagi makan steamboat ni.
    kalau kita pilih untuk makan ketam tu sampai kenyang boleh ke?harga tetap sama atau kena tambah lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2012 at 8:14 pm

      Harga tetap sama makan seberapa banyak sekali pun asal jangan membazir. 🙂

      Reply
  28. Sop says

    8th October 2012 at 12:14 am

    kalau makan buffet stemboat, mesti sampai x larat bangun… heheheh
    lama x makan buffet steamboat rstoran nelayan 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2012 at 8:15 pm

      Memang berat sahaja hendak bangun dari tempat duduk kerana terlalu kenyang. 🙂

      Reply
  29. Syarih says

    7th October 2012 at 11:32 pm

    steamboat memang favorite saya dan keluarga….nampak sedap…nak kena pekena hujung minggu nih…tak tahan nampak sepit ketam tu..

    Reply
  30. Denaihati says

    7th October 2012 at 11:19 pm

    memang puas hati dan berbaloi makan kat sini rasanya, semuanya nampak menyelerekan

    Reply
  31. Jai says

    7th October 2012 at 10:20 pm

    alala sedap nye nmpak ketam tu..tbe2 rase lapa T.T

    Reply
  32. cikgu naman says

    7th October 2012 at 9:54 pm

    dulu ada restoran nelayan kat bangi..RM17 satu kepala untuk steamboat makan sampai xlarat..hehe

    Reply
  33. ajumohit says

    7th October 2012 at 9:52 pm

    biasa lalu kat sini tapi belum pernah singgah lagi ;), berapa caj sekepala ni bro?

    Reply
    • akubiomed says

      7th October 2012 at 10:10 pm

      bermula RM28 untuk dewasa dan kanak-kanak bermula RM17.

      Reply
  34. lepakk.com says

    7th October 2012 at 9:49 pm

    Boleh la mencari nanti kat mana..huhuhu

    Reply
  35. Amirez says

    7th October 2012 at 9:40 pm

    sedap nampaknya. kalau ke sana nanti bolehlah singgah, saya hantu steambot 😀

    Reply
  36. Mus says

    7th October 2012 at 9:04 pm

    mana gambarnya bro??

    Reply
    • Mus says

      7th October 2012 at 9:05 pm

      6 gambar pertama tak keluar…

      Reply
      • akubiomed says

        7th October 2012 at 9:34 pm

        Masalah sudah diselesaikan. Maaf kerana kesulitan yang berlaku.

        Reply
  37. hatiputera says

    7th October 2012 at 8:27 pm

    apasal saya tak nampak gambar-gambar nie.

    Reply
    • akubiomed says

      7th October 2012 at 8:45 pm

      Rasanya bro perlu clear cache kepada browser terlebih dahulu.

      Reply
      • hatiputera says

        8th October 2012 at 1:02 am

        Baru nampak.saya makan steamboat yang dijual naik lori kecik jer.

        Reply
  38. sweetkurma says

    7th October 2012 at 8:03 pm

    akak sangat suka makan steamboat, disebabkan tinggal di danau kota so untuk dapatkan restaurant steamboat memang tak susah, macam2 nama ada….

    Reply
    • akubiomed says

      7th October 2012 at 8:12 pm

      Saya baru 2 kali makan Steambot kalau hendak komen lebih-lebih ada susah sedikit. 🙂

      Reply
  39. papa mifz says

    7th October 2012 at 7:57 pm

    tak pernah makan lagi kat Red Wok nih…biaso makan steamboat kat Johnny’s jer…

    Reply
    • akubiomed says

      7th October 2012 at 8:20 pm

      Orang belanja saya ikutkan sahaja. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in