Pertemuan skuad Malaysia vs Singapura berakhir dengan jaringan 1-1
Sudah 3 hari berlalu sejak pertemuan timbal balas Malaysia vs Singapura di Stadium Bukit Jalil dengan berakhir jaringan 1-1 menyaksikan kita tewas di tangan Singapura. Walaupun seri pejalanan Malaysia dikenali sebagai skuad Harimau Malaya terhenti untuk melayakkan 20 skuad terbaik Asia sempena kelayakan Piala Dunia kerana perbezaan agregat 6-4 memberi kemenangan mutlak kepada Singapura. Singapura bijak mengambil peluang kelebihan bermain tempat sendiri dengan membenam Harimau Malaya pada perlawan pertama dengan jaringan gol 5-3.
90,000 penyokong membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di pertemuan Malaysia vs Singapura
Skuad Singapura meraikan kejayaan menewaskan skuad Harimau Malaya. Kredi: Bernama
Seramai 90,000 penyokong skuad Harimau Malaya dikatakan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil belum cukup untuk mengiringi kejayaan menewaskan Singapura. Mungkin tekanan dan harapan yang diberikan oleh penyokong diatas setiap pemain skuad Harimau Malaya untuk bermain dengan cemerlang. Kelebihan ribuan penyokong di tempat sendiri gagal membantu skuad Harimau Malaya bangkit menewaskan Singapura untuk tiket kelayakan Piala Dunia di Brazil 2014.
Kita juga kehilangan tonggak utama seperti Nor Shahrul Idlan Talaha @ Mat Yo kerana kecederaan hamstring mampu bergandingan baik dengan Safee Sali di bahagian jentera serangan ketika Piala AFF. Ketiadaan Safiq Rahim sebagai kapten pasukan akibat merima kad merah di pertemuan pertama Malaysia vs Singapura. Mohd Aidil Zafuan yang diberikan kepercayaan untuk mengemudi bahagian pertahanan bagi menyekat pergerakan Aleksandar Duric(berasal dari Bosnia yang mendapat kerakyatan Singapura) umpama ‘duri dalam daging’ hanya mampu bermain selama 20 minit pertama terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan. Tempat beliau telah digantikan oleh Mohd Muslim Ahmad untuk bergandingan Fadhli Shas menbantu Khairul Fahmi barisan terakhir skuad Harimau Malaya.
Khairul Fahmi @ Apek yang mengantikan Mohd Sharbinee Allawee penjaga gol gawang Terengganu bertindak cemerlang namun gagal mengekang gol cantik Shi Jiayi merentap kejayaan pada ketika skuad Harimau Malaya di hadapan dengan Safee Sali menjaringkan gol pada masa ke -2 hasil hantaran lintang S Kunalan.
Kalau hendak diikutkan persediaan kita lebih baik berbanding pasukan Singapura dengan 2 perlawanan persahabatan antara Arsenal dan Liverpool sebelum pertemuan dengan Singapura. Skuad Singapura dibarisi awang import dan liga tempatan disana tidak semeriah liga di Malaysia. Pertemuan di skuad Harimau Malaya vs Taiwan yang lalu membuka beberapa kelemahan dibahagian pertahanan dan kita bernasib baik untuk mara walaupun tewas dengan kelebihan agregat kita mara ke peringkat seterusnya untuk pertemuan Malaysia vs Singapura.
p/s: apa reaksi peminat sukan bola tanah air mengenai pertemuan Malaysia vs Singapura
hmm.. apa pun sy percaya dorang da cuba yg terbaik. cuma byk lg yg perlu diperbaiki.
masih sedih lagi pasal bola nih…. takda buat nak entri ulasan … malam tuh tidor awal… terus… pagi tengok semua bad mood jer… satu malaysia sedih woo..
Semua orang berasa begitu kerana kealpaan pada pertemuan pertama betul-betul meragut peluang Harimau Malaya untuk layak melangkah ke peringkat seterusnya
Pemain Msia perlu byk berlatih lagi…
Singapura walau byk veteran tp mereka tak cpt pancit… 🙂
Heran juga dari mana mereka dapat stamina. Dari perut kah atau dari kaki kah? 🙂
bagi WR, team yang ada skrg sudah cukup mantap……cuma biasa la adat games mesti ada dan kalah….cuma kesilapan kita adalah games yg pertama di singapura. HM terlau mudahkan gol…jika di singapura HM tidak lepas gol. pasti perlawanan akan berubah. Dr segi teknikal pemain kit asudah mula menunjukkan pemingkatan…apa salahnya beri ruang pd mereka bangkit…:)
Tidak sepatutnya semasa perlawana pertama Harimau Malaya melepaskan gol begitu besar. Mereka mampu merancang semuanya bergantung diperlawanan sebenar.
dah bandingkan dengan report lama malaysia VS singapore, jauh lebih baik prestasi sekarang…
Pemain sekarang lebih bermain secara total fooball kalau dulu banyak bergantung kepada skill individu. Apa pun sudah ada peningkatan pada skuad Harimau Malaya ini
Selepas ini, pasukan kita perlu terus berusaha untuk mengatasi segala kelemahan terutama bahagian pertahanan, Seronok juga demam bola baru-baru ini.
Kehadiran peminat bola sepak tanah air turut memberangsangkan. Harap kelemahan di bahagian pertahanan diperbaiki dengan segera
Walaupun kalah, tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia atas semangat yang telah ditunjukkan..
Semangat juang pemain kita amat tinggi memang tidak dinafikan
aku kira..zaman emas kian bersinar untuk generasi kita…tapi kena bersabar lagi…gelojoh memburu kejuaraan bakal mengundang taktik yang lemah~
Tahniah dari aku utk skuad harimau malaya atas pencapaian setakat ini. Kita tunjukkan peningkatan (jumlah penonton yg hadir bukti ramai yg sedar akan kebangkitan ini) kalau nak layak main world cup kne lepas halangan pemain import Singa Pura2 dulu..apa2 pun truskan perjuangan di Sukan Asia 2015 nanti
Saya bangga dan berrterima kasih dengan Khairul Fahmi 🙂
dari segi game..aku rasa singapura main lagi baik banding malaysia dalam 2 game ini. Tak kisahlah bab import ke tak..tapi kalah tetap kalah..kita kena reda.
tapi aku akui..pemain malaysia lebih bagus berbanding dulu. So far, ini dah cukup bagus. Cuma kena LAGI bagus lepas ini.
aku pun setuju. kita kena akui yg singapore lagi hebat drp malaysia. harapnya player2 kita usaha lebih lepas ni. prestasi dah makin meningkat tapi belum cukup lagi sebenarnya
kebijakkan pemain Singapura berlakon juga cukup memanaskan hati aku…
mungkin team kita tak bernasib baik sahaja.. team kita banyak dah meningkat pencapaiannya..
kecewa juga bila kita gagal
tapi aku memang bangga dengan pencapaian sekarang
mereka perlu tunjukkan kebolehan di piala asia nanti untuk terus berangan ke piala dunia
Bila tewas apa yang diperlukan adalah pulihkan keyakinan pemain kita dan kita perlu pelapis untuk mengantikan senior yang berkemungkinan cedera atau dilayangkan kad Merah.
Pemergian Safee Ali ke liga Indonesia adalah langkah yang bijak dan nampak beliau dapat menyerap tekanan dan tahap kemahiran permainan beliau sangat cemerlang
Secara peribadi aku yakin skuad kebangsaan dah lakukan yg terbaik cuma Singapura barangkali bermain lebih bagus. Yang penting usaha. kekalahan 6-4 sepatutnya dianggap kekalahan yang maruah. mungkin belum rezeki kita.
Pertemuan dengan Singapura jelas menampakkan skuad Harimau Malaya kekurangan pengalaman dan pertemuan dengan Taiwan yang terdiri pemain amatur, pertahanan skuad Harimau Malaya agak goyah dan longgar. Kekalahan dengan Taiwan saya tidak boleh terima.
pertahanan yg mudah dibolosi masih dikekalkn, akibatnya semangat menyerang malaysia menurun apabila sekali lg dibolosi gol mudah
pertahanan yg sgt mengecewakan. patut digugurkan kesemuanya kecuali GK.
Saya rasa pertahanan kita perlu diberi peluang untuk belajar dari pertemuan Taiwan dan Singapura dan perbaiki untuk perlawanan pada masa akan datang
Tak dinafikan lagi singapore cukup kuat…
Perlawanan pertama 5-3 tu dah kira cukup besar, apatah lagi nak dapatkan 2 mata lebih dari singapore..
Mungkinkah sebab Malaysia gerun dengan harapan rakyat Malaysia yang terallu tinggi..
Aku lebih suka tgk perlawanan pertama di masa kedua yg cukup terbaik berbanding pusingan kedua di malaysia
yup.aku sokong 😀
masa main kat singapore di masa ke 2 tu,nampak perubahan angin permainan masa tu.2 sentuhan kunalan di singapore lebih mantap dari bermain di malaysia…
Kita gagal menambahkan jaringan gol ketika ditempat lawan dan pada masa ke-2 baru kita menampakkan peningkatan tetapi goyah apabila Singapura menambahkan gol untuk dijadikan bekalan ketika bertandang di Malaysia.
Pemerhatian saya, ketika skuad Harimau Malaya bermain di Singapura kita mampu menang besar kerana pertahanan mereka agak goyah. Berbeza ketika Singapura bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, pertahanan Singapura berjaya menyerap serangan skuad Harimau Malaya beberapa hantaran bahagian tengah ke jentera serangan kelihatan.
Aku kadang2 jadi cam geram, bak kata bro, persiapan dah ada tapi apa yang dibuat dlam persiapan tak menunjukkan Malaysia macam xde persiapan..
mengecewakan.tapi apakan daya.singapore pun tak lemah…
Saya tidak nafikan penyerang Singapura walaupun veteran tapi masih berbisa.Kita tewas kerana pengalaman.
Rasanya bila sudah tewas, segeralah memperbaiki semula pasukan. Semangat untuk bangkit dari kegagalan tentunya lebih membara..