Tsunami melanda Pulau Mentawai dan Letusan gunung Merapi.
Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan beritaa bencana yang di alami saudara serumpun kita di Indonesia. Aku terpanggil dan berasa simpati dengan musibah Tsunami yang melanda Pulau Mentawai dan Letusan gunung Merapi di Indonesia yang telah meragut ramai nyawa mangsa.
Paling mengejutkan adalah ketinggian ombak Tsunami setinggi 3 meter merempuh daratan sejauh 400 meter manakala gunung Merapi telah meletuskan debu panas menjadi kawasan yang melanda becana ini seperti padang jarak padang terkukur.
Musim Kemarau akibat Al Nino.
Beruntung kita yang mendiami di Malaysia kerana tidak didalam linkungan api pasifik tetapi tidak menjamin kita terselamat dari bencana kerana musibah boleh hadir didalam berbangai bentuk. Pernah sekali negara dilanda kemarau yang pada tahun 1991 menyebabkan paras air dam Durian Tunggal Melaka turun dan kering.
1981 Fenomena Al Nino telah menjejaskan air 3 empangan iaitu Empangan Klang Gates, Empangan Semenyih dan Empangan Batu menyaksikan penurunan air ke paras kritikal pada ketika negara menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel 1998.
Banjir besar melanda selatan tanah air.
Pada tahun 2006 kita dikejutkan tragedi terburuk didalam sejarah iaitu banjir besar melanda diselatan tanah air, negeri Johor yang mana telah menyaksikan kemusnahan besar salah satu tragedi yang tidak dilupakan akibat taufan Utor. Berlakunya banjir ini luar kebiasaan kerana ia kebiasaan dijangka berlaku pada dinegeri-negeri di pantai timur kerana kehadiran musim Tengkujuh.
Adakah kita bersyukur apa yang dilimpahi oleh nikmatNya?
bila ditimpa bencana.
pasti ada hikmah
disebalik kejadian.
begitu la terjadi.
apabila ditimpa bencana.
rumah habis musnah
disebabkan bencana.
kita yang tak kena ni jangan merasa selesa pula, pasal apa2 pon boleh jadi, huu
simpati dengan musibah yang melanda..
Allah dah tunjuk kekuasaanNya…balasan pada manusia yang selalu lupa…cuma manusia je yang masih tak sedar-sedar
Setiap yang terjadi tu ada hikmah di sebaliknya
Setuju.
setiap musibah yang Tuhan turunkan,mesti ada sebabnya..huhuhu. cume, kite jelah yang nak amik ke tak
Ya betul tu nak uji keimanan kuat atau rapuh
dugaan sebagai peringatan buat kita hambaNYA…
bersyukur lahir di bumi Malaysia..alhamdulillah
Bersyukur sangat dilahirkan di bumi Malaysia
Sentiasa bersyukur kerana dapat tinggal dan mencari rezeki di negara ini.
setiap apa yang berlaku ade hikmahnya. Cuma kesedaran kita tu yang perlu. Kita sesama manusia baguslah kalau saling mengingati dan menyedarkan. 🙂
Harap-harap begitulah. Yang senang membantu yang susah
Apa yang berlaku kepada jiran kita tersebut sepatutnya kita ambil pengajaran apakah sebabnya Allah menurunkan musibah sebegitu.
Tak mustahil disebabkan oleh maksiat yang kita lakukan.Pelanggaran demi pelanggaran hukum-hukum al-Quran kita redah tanpa memikirkan akan bala yang akan diturunkan Allah.
Di Malaysia pun tak mustahil akan berlakunya musibah sebegitu atau lebih teruk lagi.Allah berkuasa atas segala sesuatu.Apabila Dia berkehendak,cukuplah hanya mengatakan jadi,maka jadilah.
Marilah kita menginsafi diri dan bertaubat terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.
Kita kena perlu membuat muhasabah apa jua bentuk ujian samada baik dan buruk
nauzubillah!
Mereka ni menganggap debu dan lahar gunung berapi adalah sumber rezeki kerana ia akan menyuburkan tanah untuk tanaman
harap mereka sentiasa tabah menghadapi dugaan
Mudah-mudahan akan lebih mendekatkan diri dengan Tuhan
syukur sangat…malaysia aman tanpa sebarang bencana begini..
syukur dipanjatkan kepada Allah.. bumi malaysia masih selamat dari bencana2 alam yang besar…
dugaan yang harus kita terima dengan hati yang trebuka..
Setuju. buka hati untuk muhasabah diri
Harapnya kita terlindung dari perkara seperti ini,
walaupun banyak perkara yang telah berlaku antara Mal Indon, harap kerajaan kita tak keberatan untuk membantu
erm kita kena bersyukur..
nampaknya mungkin kali ni negara kita tak kena musibah lagi..esok lusa sapa taw..
bersyukurlah kita..
3 bencana alam serangkai.memang sampai bilo-bilo pun mendatangkan bahaya.bahaya tetap ado.taktaula….mungkin nie bala tuhan turunkan sebagai peringatan agak eh.
P/s : Jangan main dengan najis.Kalau tidak merana diri….den bagitau ajo.
Salam.
Beruntunglah kita masih aman damai. Kena byk bersyukur.
Allah akan timpakan bala kepada sesuatu umat, tak kira kita pembuat maksiat atau golongan yg beriman
Setuju, tak semesti si pembuat maksiat sahaja yang kena bala dan anggaplah bala itu sebagai ujian dari Allah
bersyukurlah kita duduk kat Malaysia..kita kena ingat,Allah tak kan turunkan bencana kalau bukan kerana kemungkaran kita..yg penting kena sentiasa beramal dan bersyukur dengan segala pemberian Allah kepada kita
Bencana sebenarnya ujian bukan orang yang lupa pada agamanya sahaja ditimpa bala malah orang bertakwa pun menerima ujian dari Nya
Malaysia siap nak bagi bantuan lagi kat Indonesia tapi rakyat dia sibuk nak berperang dengan Malaysia. Aduhaiiiii. Bala tuhan kot pasal tuhan murka orang yang melampaui batas 🙁 . Anyway, aku pun tumpang simpati atas apa yang berlaku pada jiran kita.
Orang berbudi kita merasa. Tak apalah, kita mempunyai tanggungjawab sesama manusia membantu apabila berlaku musibah. Manakala yang memberontak hanya sekelumit sahaja
itulah kebesaran dan kekuasaan Allah, tapi masih ramai yang tak endah dan membuat kemungkaran..kan?
biasa latu bro,
dah kena baru nak sedar, ada yang kena pun masih taksedar,
jangan sampai kena terus tak sedar dah la
Dah banyak contoh apa yang berlaku disekeliling tapi itulah manusia memang mempunyai sifat mudah lupa
manusia ni alpa dgn perihal duniawi sampa lupa sebab sebenar kejadian manusia