• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Rakaman Video Time-Lapse Bunga Bakawali Mengembang

Rakaman Video Time-Lapse Bunga Bakawali Mengembang

18th January 2021 by akubiomed 6 Comments

Bunga Bakawali mengembang diwaktu malam

Bunga Bakawali

Apa yang menarik tentang bunga Bakawali ni?

Mari saya kongsi secara ringkas mengenai bunga Bakawali ini. Bunga Bakawali ini dari spesis famili kaktus. Keistimewaan pokok bunga Bakawali ini adalah pada bunganya.

Bunga ini juga dikenali sebagai Queen Of The Night kerana mengembang mekar pada waktu tengah malam. Bunga Bakawali ini juga dipanggil bunga Wijayakusuma dalam bahasa Jawa. Manakala dalam bahasa cina dikenali sebagai bunga Tan Hua.

Biasanya bunga Bakawali ini dimiliki oleh orang bangsawan dulu-dulu. Mereka akan mengajak rakan-rakan taulan berkumpul dalam majlis keramaian untuk menyaksikan bunga Bakawali ini mengembang.

Bunga Bakawali ini dipamerkan didalam salah satu babak filem Crazy Rich Asians.

Bunga Bakawali akan mengembang waktu malam. Bermula mengembang selepas waktu Isyak dan mengembang penuh pada tengan malam. Bunga Bawakali ini akan mengeluarkan bau sangat wangi.

Gambar diatas adalah milik bunga Bakawali milik adik Ipar dikampung. Geram dan rasa teruja melihat kuntuman bunganya yang banyak.

Kuntum bunga Bakawali belum mekar

Kebetulan sebelum PKP 2.0 dilaksanakan dapat merentas negeri untuk balik kampung. Punyalah terkejut melihat pokok Bakawali milik adik ipar yang digantung pada pondok Gazebo. Banyak betul kuntuman bunga keluar.

Bunga Bakawali mengembang penuh

Memang rezeki saya dapat menunggu untuk melihat bunga Bakawali mengembang penuh. Bukan sekuntum dua tetapi lebih.

Gambar dibawah adalah pokok bunga Bakawali milik saya. Selepas seminggu balik bunga pokok Bakawali milik saya mula berbunga. Saya ada tiga pasu pokok bunga Bakawali. Dua pasu darinya sudah mengeluarkan bunga.

Dua pokok bunga Bakawali hasil pemberian adik Ipar yang berjaya dapatkan anak pokok. Manakala satu pasu saya beli secara online. Harga pokok bunga Bakawali ini agak keras tetapi bagi saya bila sudah suka. Harga sudah menjadi nombor dua. Saya beli dari seorang Seller di Shopee yang jual siap dengan pasu sekali.

Pokoknya dibungkus dengan baik. Jangan bimbang pokok Bakawali ini lasak kerana macam kes saya ada masalah dengan sistem Shopee yang mana saya dapat pokok ini selepas seminggu. Syukur alhamdulillah pokok tiada masalah walaupun diterima lewat.

Kalau nak dapat pokok Bakawali ini. Saya recommend dapat dari Seller ini di .

Bunga Bakawali

Setiap pasu mengeluarkan dua kuntum bunga. Lalu pasang hajat nak rakam video time-lapse rakam bunga Bakawali mengembang. Saya hampir-hampir terlepas nak rakam video time-lapse kerana menyangka lambat lagi bunga untuk mengembang.

Rupanya kelopak bunga Bakawali sudah mula terbuka selepas solat Isyak. Jadi saya tangguh sehingga tergerak hati nak melihat pokok bunga Bakawali tergantung diluar rumah. Sekali lihat kelopak bunga sudah mula terbuka.

Kelam kabut pacak Smartphone nak rakam video time-lapse bunga Bakawali mengembang. Akhirnya dapat rakam juga video time-lapse. Ia satu pengalaman yang sangat mengujakan.

Bunga mula mengembang penuh menjelang tengah malam dan mengeluarkan bau sangat wangi.

Time-lapse bunga Bakawali mengembang

Filed Under: blog, tanaman Tagged With: bakawali, bunga Wijayakusuma, queen of the night, tan hua flower, Wijayakusuma

Reader Interactions

Comments

  1. Zurainny Ismail says

    9th April 2021 at 1:35 pm

    Ohh,,,,ini pulak bunga yg di Crazy Rich Asians. Mcm payah utk berbunga kan….?

    Reply
    • akubiomed says

      13th April 2021 at 8:24 am

      Betul, bunga yang orang bangsawan dulu-dulu.

      Reply
  2. Azian binti Khalil says

    7th March 2021 at 12:05 pm

    cantik bunganya…

    Reply
    • akubiomed says

      7th March 2021 at 12:14 pm

      Sangat berbaloi buat rakaman video time-lapse menanti bunga Bakawali kembang.

      Reply
  3. Hairul Hissam says

    23rd January 2021 at 3:54 pm

    Belum ada lagi pokok ni di rumah saya.. nampak cantik dan menawan.. boleh beli nanti.

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2021 at 9:27 pm

      Pokok ini susah dapat dan harganya mahal walaupun untuk saiz anak.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in