• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Qaseh Gold Adinda mampu mengatasi bacaan Hb rendah ibu mengandung

Qaseh Gold Adinda mampu mengatasi bacaan Hb rendah ibu mengandung

3rd January 2015 by akubiomed 15 Comments

Amalan konsisten Qaseh Gold Adinda mampu mengatasi masalah Hb rendah ibu mengandung

ibu hamil makan qaseh gold adinda

Masalah yang biasa berlaku kepada ibu mengandung. Saya masih ingatlah lagi pengalaman isteri hamil anak-anak terdahulu selalu mengalami masalah lelah(hanya berlaku semasa hamil), air kencing kotor, sembelit dan bacaan Hb rendah .

Bagaimana saya mula kenal Qaseh Gold Adinda ini?

Adik perempuan sayalah mengesyorkan untuk isteri saya mengambilnya semasa hamil. Beliau sendiri telah mengamalkannya semasa hamil anak pertama kerana mengalami masalah bacaan Hb rendah dan ketika hamil anak kedua pula ada masalah uri dibawah.

Alhamdulillah beliau mengamalkan secara KONSISTEN sehinggalah melahirkan anak. Qaseh Gold Adinda ini adalah ramuan makanan sunnah dengan 7 ramuan dan ditambah herba.

Masalah Anemia dikalangan ibu hamil boleh diatasi jika mempunyai pengetahuan dengna memberikan pendidikan mengenai anemia dan cara mengatasinya. Izinkan saya berkongsi info untuk pengetahuan ibu hamil mengenai anemia ini.

“Masalah anemia di kalangan ibu hamil masih merupakan masalah kesihatan yang utama di dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2001 melaporkan hampir 40% penduduk dunia mengalami anemia. Anemia di kalangan ibu hamil di negara membangun adalah di antara 35% hingga 75% berbanding dengan 18% di negara maju. Benua Asia mempunyai kadar anemia di kalangan ibu hamil yang paling tinggi iaitu 88%.”-

Kesan HB rendah kepada ibu hamil.

Anemia semasa hamil dalah berpunca bacaan paras haemoglobin (Hb) kurang daripada 11g%. Klasifikasi anemia terkini yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut kriteria WHO adalah seperti berikut:-

1. Anemia ringan ( Hb = 10g% – 10.9g%)
2. Anemia sederhana (Hb = 7g% – 9.9g%)
3. Anemia teruk (Hb = <7g%)

Simptom Anemia pada ibu hamil

  1. Cepat letih
  2. Sesak Nafas
  3. Pening kepala berpanjangan
  4. Pitan/ Pengsan
  5. Berdebar-debar
  6. Insomnia
  7. Bengkak kaki

Penyebab Anemia semasa hamil

1. Perubahan fisiologi semasa hamil. Semasa hamil paras isipadu darah akan bertambah. Pertambahan isipadu plasma lebih tinggi berbanding dengan pertambahan sel darah merah akan menyebabkan ‘hemodilution in pregnancy’.

2. Kekurangan nutritional Anaemia-
i. Kekurangan zat besi
ii. Kekurangan Folic Acid atau B12

3. Kehilangan darah
i. Kehamilan yang rapat
ii. Darah haid yang banyak
iii. Keguguran berulangkali
iv. Pendarahan Antepartum – Placenta Praevia
v. Buasir
vi. Jangkitan cacing

Di kalangan ibu hamil, punca utama anemia adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Komplikasi akibat anemia semasa hamil

Ibu hamil anemia berisiko mendapat komplikasi jika masalah anemia tidak dirawat dan dipulihkan seperti berikuti.

1. Komplikasi ke atas ibu:
i. Pendarahan antepartum
ii. Jangkitan (Septicaemia, septic shock)
iii. Kegagalan jantung
iv. Perdarahan postpartum
v. Kegagalan jantung
vi. Acute pulmonary oedema
vii. Pulmonary embolism
viii. Kematian ibu

2. Komplikasi ke atas janin dan bayi:
i. Keguguran
ii. Kelahiran pra matang
iii. Intra Uterine Growth Retardation
iv. Kelahiran kurang berat badan
v. Kematian bayi dalam kandungan

Definasi anemia adalah nilai hemoglobin kurang daripada 11g% yang dinilai bagi setiap ibu hamil pada usia kandungan 36 minggu kehamilan.

Pencegahan masalah Anemia dengan memgambil makanan mengandungi zat besi yang tinggi

Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi.

Pengambilan pil hematinik dengan dos yang tertentu dapat membantu peningkatan zat besi.

Amalan Qaseh Gold Adinda formulasi makanan sunnah selama 9 bulan

Selain mengambil pil hematinik yang dibekalkan oleh pihak klinik. Isteri saya telah mengamalkan Qaseh Gold Adinda secara KONSISTEN selama 9 bulan iaitu sehinggalah kelahiran bayi perempuan bernama Siti Nur Aisyah.

Bacaan Hb yang direkodkan sepanjang hamil
14 May 14 = 11.3g%
12 Jun 14 = 11.3g%
09 Jul 14 = 11.2g%
06 Ogos 14 = 13.1g%
04 Sep 14 = 12.8g%
02 Okt 14 = 11.9g%
16 Okt 14= 11.7g%

Semasa hamil, beliau tidak mengalami masalah semput, sembelit dan bacaan Hb rendah seperti beliau hamil anak-anak terdahulu. Seingat saya semasa isteri hamil anak-anak terdahulu, apabila serang lelah sehingga lemah badan dan tidak berdaya. Kali ini hamil Siti Nur Aisyah tanda-tanda semput itu tiada.

AkuBiomed: Jika ada kawan-kawan, ahli keluarga atau saudara-mara yang mengalami masalah bacaan Hb rendah semasa mengandung?

Bolehlah syorkan mengambil Qaseh Gold Adinda dengan saya.

——————————————————————-

Dapatkan maklumat PERCUMA mengenai Qaseh Gold dengan mendaftar email dibawah

Nama
E-mail address



100% Spam Free. We respect your privacy

Filed Under: blog Tagged With: qaseh adinda, qaseh gold, qaseh gold adinda, qaseh gold adinda khasiat

Reader Interactions

Comments

  1. rika says

    10th January 2015 at 10:14 pm

    info sangat berguna tentang anemia. Tq sharing.

    Reply
  2. Mahamahu says

    6th January 2015 at 5:15 pm

    Tu lah pernah baca pasal produk ni kat blog hehehe memang bagus..

    Reply
  3. ema says

    6th January 2015 at 3:49 pm

    sepanjang preggy ni, memang kena bebel dgn misi sebab HB low…dan tadi pergi check up barulah okey…

    Reply
  4. emalinmohd says

    6th January 2015 at 12:31 am

    Hb rendah memang berisiko kepada ibu dan juga bayi. Supplement memang penting waktu ni…yang penting istiqamah baru dapat hasil

    Reply
  5. Moms Avenue says

    5th January 2015 at 12:15 pm

    Saya pun alami masalah hb rendah masa preggy hari tu.. Kena jarum iron, memang sakit sangat la..

    Reply
  6. suri says

    5th January 2015 at 11:23 am

    hb selalu rendah ibu hamil kurang darah ahai…sabarlah wahai hati..

    Reply
  7. titan says

    5th January 2015 at 7:24 am

    haa..

    leh la bagi bini gua ni nanti. haha

    Reply
  8. AUC says

    5th January 2015 at 12:12 am

    molek benar yg hamil makan Qaseh Gold ni…

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2015 at 12:15 am

      Makanan formula Sunnah tentu ada hikmah disebalik mengamalkannya.

      Reply
  9. myrujukan says

    4th January 2015 at 5:43 pm

    saya masih bujang so x tau apa benda HB nih, hehhee

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2015 at 12:18 am

      Hb ini adalah Haemoglobin yang membawa oksigen didalam darah ke sel. Ia adalah komponen penting didalam darah selain plasma, sel darah merah, sel darah putih. Jadi yang bujang juga perlu tahu. 🙂

      Reply
  10. ummi says

    4th January 2015 at 12:32 pm

    memang biasa berlaku ibu2 hamil mengalami masalah kekurangan hb ni..

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2015 at 12:20 am

      Fakta yang diberikan memang jelas ibu-ibu hamil di Asia mengalami anemia tertinggi berbanding Eropah. Salah satunya kekurangan pengetahuan mengenai Anemia ini.

      Reply
  11. Hanafi Abdullah says

    4th January 2015 at 8:04 am

    daripada data yang diberikan ternyata ia memang berkesan..bagus untuk dicuba.

    Reply
    • akubiomed says

      5th January 2015 at 12:21 am

      Saya syorkan produk Qaseh Gold Adinda ini setelah isteri mengambil sepanjang 9 bulan hamil. Alhamdulillah ia memberikan kesan positif berbanding kehamilan terdahulu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL