• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Projek Smiles dan mendaki bukit Broga

Projek Smiles dan mendaki bukit Broga

22nd May 2016 by akubiomed 23 Comments

Sudah lama pasang impian hendak mendaki bukit Broga di Semenyih. Akhirnya hasrat pendakian tersebut tercapai pada hari Sabtu 21 May 16.

Saya telah mendapat jemputan untuk menyertai Projek Smile dengan kerjasama Bloogers Media, Mamee Malaysia, TP-link Neffos Malaysia dan Santai Travel. Pihak sponsor telah menyediakan PERCUMA snek, t-shirt dan cabutan bertuah telefeon pintar Neffos C5 untuk pendaki yang bertuah. Sudah tentu ia memberikan senyuman kepada pendaki-pendaki tersebut dapat habuan yang disediakan.

Bagi saya mempunyai misi tersendiri adalah mencabar kemampuan diri sendiri untuk mendaki bukit Broga yang setinggi 400meter. Teringin melihat sendiri trek laluan dalam filem Ola Bola.

Jom baca pengalaman saya bersama hero-hero saya mendaki bukit Broga. Kebetulan hari pendakian hujan selebat-lebatnya mengundang kerisauan situasi pendakian yang licin kerana trek basah selepas hujan. Pada hari pendakian ramai pendaki kerana ada penganjuran pertandingan.

Tempat letak kereta dengan bayaran RM3

Antara halangan pendakian sebelum sampai ke puncak bukit Broga yang ada 3 perhentian. Halangan pendakian curam dan licin.

Masyallah indah sungguh pemandangan bukit Broga dari puncak. Gambar diatas adalah perhentian pertama.

Hero-hero saya ini tidak ada pengalaman pendakian dan sepanjang jalan saya memberikan nasihat dan tips pendakian berdasarkan pengalaman saya menyertai kelab rekreasi di kolej dahulu. Saya pernah mendaki gunung Nuag dan gunung Datuk.

Meneruskan pendakian ke puncak tertinggi bukit Broga. Rasanya tidak puas hati kalau tidak mendaki sehingga ke puncak tertinggi dan merakamkan kejayaan pendakian tersebut.

Pemberian oleh sukarelawan membawa snek makanan untuk diberikan percuma kepada pendaki-pendaki di puncak bukit Broga. Terima kasih kepada sukarelawan ini mendaki dengan membawa snek sampai ke atas.

Sempat merakamkan beberapa gambar untuk dibuat kenang-kenangan dipuncak bukit Broga.

Sebelum balik merakam gambar di perhentian kedua di puncak bukit Broga kerana ketika ini kawasan ini diselaputi kabus.

Gambar kenang-kenangan bersama Mister Potato dan Mamee Monster di bukit Broga. Bahagian ini adalah paling sweet sebab mana ada peluang dimana-mana dapat bergambar dengan maskot.

Alhamdulillah saya dan hero-hero berjaya mendaki dan turun dari bukit Broga dengan selamat. Apa yang penting disini kami tidak tergopoh-gapah untuk mendaki kerana pencapaian waktu tidak penting buat saya. Keselamatan sepanjang perjalanan untuk diri sendiri dan anak-anak saya membuatkan saya peka keadaan sekeliling setiap masa.

Kejayaan mendaki ini membuktikan saya berjaya menguatkan mental untuk mempercayai diri sendiri dan semangat untuk sampai ke puncak memnadangkan faktor usia dan fizikal tidak mungkin sama ketika menyertai aktiviti pendakian ketika dikolej dahulu. Masa itu kepala gila-gila dengan berlumba-lumba nak sampai ke puncak. Terima kasih membaca coretan pendakian saya ke bukit Broga.

Sila tekan butang kongsi:

  • Mendaki Broga Hill bersama Public Gold Supporter Group
  • Membidik Silvery Lutung di Bukit Melawati
  • Mendaki Dune pasir di pantai Klebang

Filed Under: advertorial Tagged With: bukit broga, bukit broga semenyih, mendaki bukit broga

Reader Interactions

Comments

  1. Sop says

    28th July 2016 at 9:22 am

    teringin nak panjat broga gak tp blom kesampaian
    bila nak g pun x tau lagi.. huhuhu

    Reply
  2. Padin says

    28th May 2016 at 6:59 pm

    hehee saya berpengalaman mendaki Broga sebelum subuh, hajat nak lihat matahari terbit
    tapi nasib tak menyebelahi hujan renyai… pemandangan memang susah nak lepas dari mata

    Reply
  3. maza says

    27th May 2016 at 10:29 am

    Dah kira hebat ni.

    Walau berusia tinggi, tetap nak panjat bukit tinggi2 ye? (hehehe)
    tahniah!

    psst: maza jugalah entah bila nak panjat bukit2 seperti itu. asyik panjat pokok tumbang retilah..

    hehehe

    Reply
  4. Anarm says

    27th May 2016 at 1:46 am

    Dulu suka jugak daki bukit. Sekarang dah tak larat dah nak panjat2 ni. Huhu.

    Tak pernah lagi daki Bukit Broga. Cantik pemandangan dari puncak tu.

    Reply
  5. Khairul Zamri says

    25th May 2016 at 10:19 pm

    Terbaiklah, saya dah pergi tahun lepas ramai-ramai memang best

    Reply
    • akubiomed says

      26th May 2016 at 12:53 am

      Boleh dikatakan bertali arus dengan pendaki samada yang naik dan turun.

      Reply
  6. titan says

    24th May 2016 at 11:58 pm

    mesti ramai bukit broga masa tu kan.

    hoho..

    Reply
    • akubiomed says

      26th May 2016 at 12:55 am

      Memang ramai yang mendaki sebab beberapa event yang berlaku. Bro Titan lagi hebat sudah beberapa kali takluk gunung Kinabalu.

      Reply
  7. reezluv says

    24th May 2016 at 3:52 pm

    tak pernah sampai sini lagi, tgk kekawan ramai yang dah pegi..ohoho..tak minat sangat daki bukit ni..:P

    Reply
    • akubiomed says

      26th May 2016 at 12:56 am

      Kalau tidak minat panjang mungkin boleh lancar drone dari kaki bukit Broga untuk melihat dari angle bird view.

      Reply
  8. Ani Haryani says

    24th May 2016 at 11:45 am

    Wah bestnya ada maskot tu kat Broga, jelez hihi

    Tahniah hero-hero berjaya panjat Bukit Broga. Anda Hebat! 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      26th May 2016 at 12:57 am

      Terima kasih, sepanjang pendakian dan turun bukit Broga saya pantau dan memberi arahan kepada hero-hero ini. Dapatlah mereka belajar sesuatu daripada pengalaman pendakian saya sebelum ini.

      Reply
  9. Noriza Rahman says

    24th May 2016 at 9:50 am

    Bestnya, kami yang dekat dengan bukit broga ni pun belum berkesempatan nak mendakinya

    Reply
    • akubiomed says

      26th May 2016 at 12:58 am

      Bolehlah buat azam untuk mendaki bukit Broga ini. Saya jamin tidak menyesal. 🙂

      Reply
  10. Aishah says

    24th May 2016 at 1:55 am

    Broga ni memang makin femes dah la ni..view kat atas tu yg Subhanallah

    Reply
  11. Mus says

    23rd May 2016 at 2:37 pm

    bestlah.. cantik kat situ..
    kalau kat kk pun banyak bukit boleh hiking.. mcm dah trend kat sini skrang..

    Reply
    • akubiomed says

      26th May 2016 at 1:05 am

      Kalau di Sabah banyak juga spot highland seperti gunung Kinabalu dan Kundasang.

      Reply
  12. Raihanah Ahmad says

    23rd May 2016 at 11:58 am

    mmg kagum sapa yang suka mendaki ni. saya malas beno

    Reply
    • akubiomed says

      26th May 2016 at 1:07 am

      Sebenarnya pendakian ini lebih kepada mencabar kekuatan mental diri sendiri untuk percaya boleh lakukan atau tidak?

      Reply
  13. Norasikin says

    22nd May 2016 at 10:05 pm

    400m pun saya dah semput dah. Banyak makan kek!

    Reply
    • akubiomed says

      23rd May 2016 at 12:11 am

      Sebenarnya yang menjadi cabaran pendakian adalah diri sendiri. Saya sendiri mencabar diri sendiri untuk sampai ke puncak. Syukur alhamdulillah sampai juga ke puncak bukit Broga.

      Reply
  14. anuar says

    22nd May 2016 at 5:55 am

    wah bestnya.. satu hari nanti saya pun perlu mendaki Bukit Broga ni.. dah lama pun tak join aktiviti macam ni.. bagi saya ia sangat menyeronokkan.. terutamanya, apabila dapat melihat keindahan alam ciptaanAllah S. W. T..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd May 2016 at 8:29 am

      Memang cantik pandangan dari puncak Bukit Broga. Terpengun sekejap melihatnya.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in