• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Projek hujung minggu membuat nugget Teddy Bear

Projek hujung minggu membuat nugget Teddy Bear

24th August 2014 by akubiomed 38 Comments

Projek hujung minggu kali ini membuat home nugget Teddy Bear

Sudah lama tidak menulis mengenai projek hujung minggu. Kali ini berkongsi pengalaman membuat home made nugget Teddy Bear bersama adik beradik koning.

Nak buat nugget teddy bear ini tidak susah kerana asas bahan-bahan masih sama untuk membuat nugget ikan.

Bahan-bahan untuk membuat nugget Teddy Bear

  • Tepung gandunm 1 cawan
  • Garam secukup rasa
  • Dada ayam atau fillet ayam
  • 2 biji telur ayam
  • Serbuk roti / Oat

1. Kisar daging ayam hingga boleh dibentuk seperti bola. Saya tidak mengunakan air.

2. Adun daging ayam dikisar dengan tepung gandum, garam. Terpulang hendak menambah perasa jika perlu. Adun hingga menjadi doh.

Bahan-bahan nugget yang telah menjadi doh.

3. Guna air basahkan tangan dan leperkan doh nugget lebih kurang 1cm tebal. Basahkan penekap kuih dan tekap untuk mendapat bentuk yang dimahukan.

4. Pukul 2 biji telur. Nugget kemudian dicelup kedalam bancuhan telur tadi.

5. Taburkan nugget yang sudah dicelup telur dengan serbuk roti atau oat. Boleh tambah tepung goreng ayam.

Nugget Teddy Bear yang comel sudah sedia untuk digoreng.

Pembantu-pembantu saya, adik beradik Koning mempercepat kerja membuat home made nugget Teddy Bear. Apa yang penting kerjasama.

Bahagian Quality Assurance saya serahkan kepada baby Aslah. Nampaknya home made nugget Teddy Bear ini telah menepati piawaian sedap. 🙂

Sila tekan butang kongsi:

  • Cerita semalam home made fish nugget
  • Resepi Nugget ikan lembut dan sedap percuma
  • Home made fish ball untuk sup

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Hafizul says

    28th August 2014 at 3:06 pm

    Memang patut pun kalau anak-anak dan isteri sayang bro ketat-ketat ni..hehe..nanti ada masa nak buatkan juga lahhh..

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:23 pm

      Mahu lemas juga apabila sayang ketat-ketat. 🙂

      Reply
  2. Alin Marlini says

    28th August 2014 at 2:27 pm

    lama dah tak try buat nugget sendiri…memang syok kalau buat sendiri…lebih kepuasan

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:25 pm

      Boleh buat bentuk besar sedikit daripada yang dijual. Baru puas makan.

      Reply
  3. azahairi says

    28th August 2014 at 2:17 am

    mesti cuba nie . Tq satu post yang menarik . Projek hujung minggu aku pulak lepas nie .Maklumlah anak2 suka makan nugget

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:26 pm

      Terima kasih. Tidak susah hendak buat nugget ini.

      Reply
  4. zool says

    27th August 2014 at 9:55 pm

    memang patut kena cuba ni

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:29 pm

      Sangat disyorkan untuk dicuba.

      Reply
  5. Denaihati says

    27th August 2014 at 3:10 pm

    buat sendiri gerenti takde bahan pengawit.. ada oat lagi, mesti sedaplah.

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:30 pm

      Sahaja balut dengan oat biasanya mengunakan serbuk roti.

      Reply
  6. Ismail N says

    27th August 2014 at 8:20 am

    Boleh bukak bisness dah ni. Kawe dtg KL boleh singgah makan..

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:31 pm

      Nantilah akan difikir bahagian untuk komersial.

      Reply
  7. Norasikin says

    26th August 2014 at 6:44 pm

    Tiada yg lebih seronok selain dari bermesra bersama keluarga.

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:31 pm

      Aktitviti bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

      Reply
  8. suri says

    26th August 2014 at 3:08 pm

    tukang perasa sungguh ramai paling geram si cilik gambar yang paling bawah itu 😉 p/s:bulan pose boleh buat niaga eh..

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:33 pm

      Tukang perasa ini jujur. 🙂

      Reply
  9. Hairul Hissam says

    26th August 2014 at 10:33 am

    mmg creative… tentu anak2 lagi syok makan nugget bentuk teddy bear 😀

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:34 pm

      Tidak susah mencari acuan yang ada pelbagai bentuk.

      Reply
  10. titan says

    26th August 2014 at 2:35 am

    memang tak susah sebenarnya. hoho

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:34 pm

      Memang tidak susah. Tinggal rajin tak rajin sahaja lagi.

      Reply
  11. wazy says

    25th August 2014 at 10:42 pm

    nampak sungguh menyelerakan tu,terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ni bro

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:35 pm

      Sama-sama. Resepi mudah untuk semua.

      Reply
  12. Hairul Azni says

    25th August 2014 at 9:51 pm

    Wah..nampak senang buat homemade nugget ni..

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:36 pm

      Ada bahan dan masa boleh buat nugget ini.

      Reply
  13. suri says

    25th August 2014 at 9:01 pm

    anak-anak suka makan air tangan papanya heee..diy sungguh jimat

    Reply
  14. suri says

    25th August 2014 at 8:59 pm

    nak makan tak sampai hati alahai sebab comel bangat

    Reply
  15. Ezad Skytech says

    25th August 2014 at 8:50 pm

    kalau buat sendiri ni memang puas hati kan…dapat makan banyak2…kalau ada pembantu lagi la mudah nak buat…hee

    Reply
    • akubiomed says

      28th August 2014 at 8:37 pm

      Ada pembantu kerja membuat nugget lebih cepat disiap.

      Reply
  16. Hazmin Hamudin says

    25th August 2014 at 4:01 pm

    Kalau buat sendiri mcam ni memang puas hati. Budak2 pun mesti suka dapat tengok sendiri proses menyiapkan nugget.

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2014 at 7:12 pm

      Masa berkualiti bersama anak-anak. Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

      Reply
  17. mancai says

    25th August 2014 at 1:23 pm

    wah nampak menyelerakan… tq kongsi resepi… nak buat juga kat anak2 aku nie…

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2014 at 7:13 pm

      Resepi mudah. Nak buat bahan pun senang untuk diperolehi.

      Reply
  18. Mus says

    25th August 2014 at 12:10 pm

    suka buat yg homemade begini.. nanti nak try juga.. 🙂

    Reply
  19. Jia Rizaira says

    25th August 2014 at 5:14 am

    Boleh jugak mencuba ni kalau ada masa lapang.

    Reply
  20. zik says

    25th August 2014 at 12:44 am

    jadi tuh buat bro… nak suruh orang rumah buat jugakla..hehee

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2014 at 1:06 am

      Bro buatlah bersama-sama dengan isteri.

      Reply
  21. TehR says

    24th August 2014 at 10:25 pm

    pembantu yang penuh bersemangat

    Reply
    • akubiomed says

      24th August 2014 at 10:59 pm

      Ilmu percuma diwarisi supaya dapat kembangkan menjadi perniagaan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in