• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / Projek hujung minggu – DIY Photography Mini Studio

Projek hujung minggu – DIY Photography Mini Studio

4th February 2012 by akubiomed 67 Comments

Projek hujung minggu kali in adalah DIY Photography Mini Studio.

Projek hujung minggu kali ini adalah membuat DIY Photograpy Mini Studio sendiri dengan kos yang minimum, murah dan mudah. Sejak membeli kamera DSLR Canon saya kerap membuat eksperimen dengan cuba memahirkan setting yang ada pada kamera DSLR tersebut. Sehingga hari ini saya masih belum puas dengan tahap pencapaian untuk mendapat setting yang terbaik setiap kali mengambil gambar.

Sebagai permulaan bahan-bahan untuk membuat DIY Photograhpy Mini Studio ini dibuat dengan kos yang minimum dan bersesuaian untuk yang baru berjinak-jinak dengan kamera DSLR. Harga Photograpy Mini Studio di pasaran ada yang menjangkau ribuan ringgit termasuk dengan aksesori lampu. Tidak nafi kualiti DIY tidaklah setanding yang asli tetapi untuk permulaan sudah memadai.

Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk menambah aksesori  DSLR kerana aksesori standard tidak cukup mengancam. Boleh rujuk di blog Tarmizi Shukri untuk mendapat panduan memilih aksesori kamera DSLR ini.

DIY Photograpy Mini Studio
DIY Photograpy Mini Studio
Bahan-bahan untuk DIY Photography Mini Studio

Antara hasil kerja fotografi mengunakan Photography Mini Studio.

Yamaha Superbike R1 Red
Yamaha Superbike R1 Blue

Supercar Lamborghini-Murciélago

Studio DIY yang dibuat ini mudah dipasang dan dibuka bila-bila masa sahaja. Perancangan pada masa akan datang saya  ingin menambah 2 lagi lampu untuk Photography Mini Studio ini.

  • Projek hujung minggu DIY bersih air duct Proton Gen2
  • Projek hujung minggu membuat nugget Teddy Bear
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.

Filed Under: diy

Reader Interactions

Comments

  1. Jebengotai™ says

    30th October 2019 at 9:51 am

    sy beli pvc di diy utk project yg sama…haha

    Reply
    • akubiomed says

      30th October 2019 at 12:05 pm

      Projek lama. Sekarang ini bahan nak buat pun murah dan mudah diperolehi.

      Reply
  2. Zul says

    19th September 2018 at 1:54 pm

    Baik juga hasilnya..nice try bro!

    Reply
  3. Zurainny Ismail says

    6th June 2018 at 4:44 pm

    Cantik – nampak real betul! Kalau gini, Biomed dah blh demand upah utk ambik gmbr produk. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2018 at 9:11 am

      Antara gamabr didalam blog ini pernah diambil mengunakan lampu bajet rendah.

      Reply
  4. Oh! budu says

    13th August 2012 at 12:21 am

    ceh, ingatkan betul punya motor. tp nampak cm real

    Reply
  5. Bobby Pian says

    5th June 2012 at 9:28 am

    Menarik boss, bayang-bayang tu saya sangat suka.. 🙂

    Reply
  6. Fariedh says

    2nd April 2012 at 4:33 pm

    Mantaplah.. mini studionya, lampu tutup pakai kain bisa tiadak?

    Reply
  7. Hazmin Hamudin says

    9th February 2012 at 12:31 pm

    rajin betul bro…. yang penting hasil dapat memuaskan diri sendiri dah cukup dah kn…

    Reply
  8. wandisini says

    6th February 2012 at 3:16 pm

    cantik dah bro. tapi cadangan aku, ganti kertas dengan kain putih, lagi cantik rasanya. selimut ke, telekung ke

    Reply
  9. Mus says

    6th February 2012 at 11:56 am

    wah.. tahniah bro..
    good job!!

    Reply
  10. Dulu Lain Sekarang Lain says

    5th February 2012 at 11:10 pm

    Wah, makin hebat la bro.. hebat.. hebat well done.

    Reply
  11. Kak Long Mawar Merah says

    5th February 2012 at 10:09 pm

    Nampak sangat menarik projek ni. Bila ada masa yang sesuai, memang boleh dijadikan rujukan untuk cuba projek sendiri pula.

    Reply
  12. kakyong says

    5th February 2012 at 9:42 pm

    tips yg bagus ni..

    sesuai la utk mereka yg nak snap photo produk perniagaan..

    belum ada dslr.. kamera digital biasa jer..

    Reply
  13. nuriz says

    5th February 2012 at 8:05 pm

    comel mini studio ni ye sesuai nak ambil gambar2 untuk simpanan stok boleh guna di masa depan utk photoshop, edit gambar2 dan sebagainya

    Reply
  14. CMRatu says

    5th February 2012 at 5:33 pm

    best2, saya pun pernah buat, tapi teringin sgt nak ada studio besar sendiri, kat rumah pun jadi la.. 🙂

    Reply
  15. Amirez says

    5th February 2012 at 3:25 pm

    wah terbaiklah. kos rendah takpe, yang penting hasilnya. ada satu tips berguna untuk shoot gambar objek macam ni iaitu gunakan cahaya dari tingkap selain daripada lampu untuk hasil yang lebih baik. boleh rujuk blog noorizamsabran.com, ada video disediakan di bahagian sidebar

    Reply
  16. kulanz says

    5th February 2012 at 3:07 am

    memang kreatif kerja bro.. selalu buat eksperimen
    aku dah lama tak sentuh kamera aku.. kebetulan sekarang hujung minggu pun busy memanjang

    Reply
  17. tarmizishukri says

    5th February 2012 at 2:54 am

    rajin betul buat diy.. setup dah ok, cuma lighting perlu tambah lagi supaya kertas tu nampak putih suci… apa2 pun thanks untuk backlink :p

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2012 at 11:21 am

      No problemo. Memang ada perancangan untuk tambah lagi lampu.

      Reply
  18. maza says

    5th February 2012 at 1:35 am

    wah dah encem dah gambar tu…
    tapi utk menghilangkan bayang2 kena tambah sekurang2nya satu lagi lampu…
    guna lampu suluh pun volleh..ahaks..

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2012 at 11:22 am

      Lampu suluh tambahan ada nanti suruh abang Koning tolong pegang. 🙂

      Reply
  19. hafizmd says

    5th February 2012 at 1:13 am

    wah, syoknyer….
    wslaupun murah, silap2 boleh lwn mini studio yg mhl2 tu…
    lps ni boleh jadikan abg koning model pulak..hihi

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2012 at 11:22 am

      Saiz badan abang Koning lebih besar daripada studio mini ini. 🙂

      Reply
  20. Nur says

    5th February 2012 at 12:44 am

    Good idea.. Cantik gambar2 ni.. 😀

    Reply
  21. nurmisnan says

    5th February 2012 at 12:42 am

    brother. kalau ada lukisan jalan raya lagi kacak.. memang real.. hik3

    Reply
    • akubiomed says

      5th February 2012 at 11:25 am

      Kertas yang ada gambar pemandangan sudah terbuang kalau tidak boleh digunakan sebagai latar belakang.

      Reply
  22. SuhairiDotCom says

    4th February 2012 at 11:55 pm

    Dgn hnya berbekalkan kertas mahjong tu,ko da ley jd jurufoto handalan ni bro! 🙂

    Reply
  23. amirulfaiz says

    4th February 2012 at 11:30 pm

    Uih, model motor dan kereta mewah. Mantap. 🙂

    Reply
  24. tehr says

    4th February 2012 at 11:04 pm

    Aku pernah guna lampu picit untuk ambil gambar
    Haha

    Reply
  25. Kimmy says

    4th February 2012 at 10:05 pm

    Alololo..comel sungguh mini studio dia. Saya suka..saya suka..

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:24 pm

      Tidak besar mana pun studio ini sebesar kangkang kera sahaja. 🙂

      Reply
  26. Syahrulzaman says

    4th February 2012 at 5:55 pm

    sangat menarik idea….salute

    Reply
  27. puanbee says

    4th February 2012 at 4:11 pm

    Rajin betul lah .. terpesona sekejap saya rasa

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:25 pm

      Alang-alang peluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

      Reply
  28. Norizwan says

    4th February 2012 at 3:37 pm

    wah ‘Do It Yourself’…saya pun ada buat camni, menggunakan patung model, belajar daripada noorizam sabran blog….:)

    Reply
  29. yas says

    4th February 2012 at 3:33 pm

    Aku ada sebijik gak R1 kaler merah mcm bro akubiomed…tp tu laa…bila anak2 dah “tunggang” habis sumer tercabut….skg aku tgh dok sorok hak kaler camel yamaha, klau dpt kt derang kompom sumer tercabut jugak…sayang giler aku…:)

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:28 pm

      Ini bertahan sehingga hari ini sebab diselamatkan walaupun dibelikan untuk abang Long dan abang Ngah.

      Reply
      • yas says

        10th February 2012 at 11:51 am

        Hehehe…tu la…kalau tak diselamatkan kompom dah selamat….:)

        Reply
  30. padin says

    4th February 2012 at 2:40 pm

    menarik gambar motor dan kereta tu, huhuuu…
    wah, bro Biomed buatla satu ruangan untuk koleksi die cast bro.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:28 pm

      Saya tidak banyak koleksi seperti bro IsmailN. Malulah nak tunjuk. 🙂

      Reply
  31. Izwan says

    4th February 2012 at 2:17 pm

    ni superb punya idea.. saya masih tercari2 dslr..hoho.. tak nak share setting ke bro? manual mode kan? 😉

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:30 pm

      Memang ada pelan hendak letakkan sekali setting yang digunakan tapi bila sudah edit rasa tidak adil lah pula. Saya mengunakan semiauto.

      Reply
  32. anif says

    4th February 2012 at 1:57 pm

    Mungkin kena upgrade sikit lagi.. Sebab ada bayang-banya la 😀

    Reply
    • Izwan says

      4th February 2012 at 2:16 pm

      ada sesetengah keadaan,bayang-bayang diperlukan untuk naikkan mood gambar.. 🙂
      tapi leh reduce bayang2 kalau bounce cahaya dari atas..

      Reply
      • akubiomed says

        4th February 2012 at 10:32 pm

        Saya setuju kekurangan jumlah lampu Strobe. Ada perancangan ingin membeli lampu yang boleh extend dan fleksibel.

        Reply
  33. titan says

    4th February 2012 at 12:45 pm

    aku pakai kertas A4 dengan lampu handset aje. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:33 pm

      Pun boleh juga. Kalau ada pembantu yang tolong suluh lampu jadi boleh beri tumpuan mengambil gambar.

      Reply
  34. hatiputera says

    4th February 2012 at 12:07 pm

    Berapa harga camera DSLR tu,,,Nak tahu jer

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:35 pm

      Cukup sekadar saya bagi tahu model Canon 600D. 🙂

      Reply
  35. adele says

    4th February 2012 at 11:18 am

    kreatifnya…mesti idea babah ni 😀

    Reply
  36. faiz says

    4th February 2012 at 10:26 am

    mantap..

    Reply
  37. Tuan Tanah says

    4th February 2012 at 7:51 am

    percubaan yang bagus bro….kena bermula A baru berjaya…:)

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:23 am

      Hendak beli aksesori fotografi belum mampu lagi guna apa yang ada dulu walaupun kualiti tidak sebaik yang asli. 🙂

      Reply
      • Tuan Tanah says

        4th February 2012 at 11:03 pm

        tapi ini yang sebaiknya, kira belajar dulu baru beli yang sepatutnya…nanti takde la membazir kan..:)

        bila nak bukak class fotografi nie…:)

        Reply
        • akubiomed says

          4th February 2012 at 11:07 pm

          Malu seh. Belum sampai setahun pegang kamera DSLR. 🙂

          Reply
  38. suri says

    4th February 2012 at 7:29 am

    rsjin mengumpul kete moto kecik2 tu..mesti bapaknya punya koleksi heee..

    ps:pi kedai mamak ka ini pagi heeee

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:19 am

      Anak-anak saya yang punya tapi telah diselamatkan. Hari ini makan Nasi Goreng dirumah sahaja. 🙂

      Reply
  39. suri says

    4th February 2012 at 7:28 am

    isyh klu dh mint tak blh nak ckp apa2 heeee

    Reply
  40. bardboo says

    4th February 2012 at 5:36 am

    bolehlah suruh hubby saya buat macam ni gak nanti..

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:24 am

      Bardboo boleh buat sendiri kerana bahan-bahan tersebut mudah di cari contoh meja kanak-kanak, kertas putih dan lampu strobe boleh guna lampu study.

      Reply
      • bardboo says

        5th February 2012 at 9:02 pm

        tu la…bahan2 tu semua ada dah tu kat rumah..cuma model kereta dan motor tak ada…helikopter adalah..nanti bila dah buat saya akan letak di blog ye…

        Reply
        • akubiomed says

          5th February 2012 at 9:11 pm

          Oh ye ker. 🙂

          Reply
  41. Azman says

    4th February 2012 at 1:36 am

    Ok juga hasilnya.Mungkin nanti bila saya dah ada camera dslr saya boleh buat rujukan tentang mini studio dengan tuan blog nanti.

    Reply
    • akubiomed says

      4th February 2012 at 10:25 am

      Sudah tentu boleh sebab itu ada tip saya catat diblog supaya digunaka untuk rujukan masa hadapan.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in